Wednesday, February 25, 2015

Wahai Pemuda!

Wednesday, February 25, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


   


Helllo helloppp wahai pemuda! Headline mau gempak. Start from headline lagi kene baca dengan penuh semangat tahu. Keluarkan semua suara dari dalam perut. Kasi tarik itu nafas panjang-panjang. Jangan sampai semput ek.

Kenapa Ika? Kenapa nak kena semangat sangat ni? Hihuuu. Hari sabtu and ahad yang lepas, Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk hadir lagi ke taman syurgaNya. Allah bagi cann kat aku nak mencari ilmuNya. Allah kasi nikmat kat aku untuk didoakan malaikat-malaikatNya. Allah tunjukkan kasih sayang yang melimpah ruah kat hambaNya yang futur ni. Subhanallah. Perasaan TERPILIH untuk hadir di taman syurga Allah ni, Masha Allah. Tak tau macamana nak cakap. Cer imagine majlis ilmu Allah ni macam satu taman yang sangat la cantik. Rumput luas terbentang. Pepohon menghijau. Sungai-sungai mengalir tenang. Subhanallah.

Dari Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kamu melewati taman-taman syurga, maka singgahlah.” Para sahabat bertanya, “Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab, “Halaqah-halaqah (majlis) zikir.”
Belum lagi kalau Allah izinkan malaikat tu dinampakkan, nescaya gelap la halaqah ilmu tu dengan tebaran sayap-sayap para malaikat Allah. Best tak best? Jawab. Jawab. Jawab.

Alhamdulillah, aku and akhwat yang lain diizinkan Allah untuk berkumpul bersama mengingatiNya dalam program mukhayyam atau camping kali ni. 2 hari 1 malam. Ni 1st time kitorang ikut mukhayyam togeder-geder. Walaupun tak semua ahwat dapat hadir, kata Kak Wani, Insha Allah perancangan Allah lebih baik untuk mereka. Sebab ape pun yang berlaku, kalau Allah tak kate “KUN”, mane nak jadi jugak. Kan?

Untuk entry kali ni, bersiap sedia la korang semua dengan kecekalan yang tinggi dan mantap. Sebab panjang berjela. Tak de part-part tau. Nanti semangat jadi berbahagi. Muahahaha. Seryesly panjang berjela. Sangat. Hihuuu. Tapi Insha Allah, Allah dah gerakkan hati korang untuk bace entry kali ni, mungkin ade hadiah yang Allah nak bagi kat korang sebenarnya. Sweetnyeee dapat hadiah daripada Allah. Sweet tak? Sweet tak? Kannn…

So camping kali ni, tempatnya tak jauh pun daripada rumah. Memula curious jugak, kat hutan mane la akak-akak ni nak campak kitorang. Tanya mak usrah, “Nanti awak akan tau jugak”. Zai siap cakap, “Zai rase kite camping kat masjid je la.” Ngeh. Sebab secretive sangat kan. Aljawabnya sabo je la kan.

At the day, kitorang kumpul kat Mulana, patotnya pukul 6. Tapi pukul 6.30 pun aku tak mandi lagi. Aljawab memang lewat la kan. Baru nak keluar bilik, Zura cakap tunggu jap, dia nak buat breakfast dulu. Then call Kak Wani, “akak, kitorang nak gerak dah ni,” sambil bersandar kat peti ais tengok Zura buat roti telur. Hahaha.

Lepas sampai, kitorang pun gerak la beramai-ramai dengan trak. Trak. Yeppp, trak. 1st time aku jejak kaki dalam trak. Sekolah aku dulu sekolah harian biasa je. Tapi kitorang punya sekolah betol-betol sebelah kem TUDM. So hari-hari boleh dengar Sukoi terbang. Hari-hari juga boleh tengok itu trak tentera. Tapi tengok je la, tak pernah dapat can naik. Muahaha.

Jarak perjalanan, agak-agak selama bace ma’thurat Kubra. Sebab sepanjang perjalanan kitorang baca ma’thurat. Dan dan je habis bace, trak pun berhenti. So lame tu la jarak perjalanan kitorang. Aljawabnya jugak, memang tak tahu tempatnya kat mane sebab dah tak pandang kiri kanan la kan. Haha.

Bila sampai tu, hermmm, memang tempat tu camping site pun. Aku tak pernah tahu pun ade tempat macam ni kat sini. Sampai je, kitorang kumpul kat saung (pondok). Then Kak Ain tadabbur ayat Surah Ali-‘Imran, 3 : 141-148.

Tentang jihad. Dalam entry > TITAS Part 1 - J.I.H.A.D < dulu, aku dah pernah ceritakan apakah jihad ni. Dan dari asal kata jihad ni, lahirlah perkataan MUJAHADAH. Berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kalau kate usaha tapi tak bersungguh, tu bukan mujahadah namenya. Nak pergi majlis taklim kat masjid, alamak angkot takde. Takpe, naik ojeg. Alamak, abang ojeg semua cuti. Takpe, tumpang orang. Alamak, takde orang nak kasi tumpang. Jalan kaki! Itu mujahadah. Usaha sampai kite dah memang takde jalan dah.

Ujian setiap orang berbeza-beza. So mujahadah setiap orang pun berbeza la kan. Paling mujahadah kite ni mujahadah untuk bangun tahajjud, pergi daurah, puasa sunat. Tapi contoh mujahadah yang dibagi ni cuma mujahadah biasa. As in mujahadah kite. Yepp, mujahadah biasa = mujahadah kita.

Kenapa kate mujahadah kite ni mujahadah biase je? Ape tak cukup mujahadah lagi ke jalan kaki 2km pergi masjid? Haaa, cer bandingkan dengan para sahabat dahulu punya mujahadah cemana. Para sahabat dulu ade yang terpaksa berjalan kaki je pergi berperang. Lame perjalanan boleh makan bulan-bulan. Ade pulak yang dalam bulan puasa.

Kenal tak Abu Dzar al-Ghiffari? Tahu sape dia? Dia la seorang perompak tegar dari keturunan Ghiffar, kabilah perompak top class yang memang digeruni sebab kekejaman mereka. Pendek kate sape yang terserempak dengan kaum Ghiffar ni memang tak de cann la nak lepas. And Abu Dzar ni pun termasuk la dalam golongan yang kejam dan digeruni tu.

Tapi at the end bile Abu Dzar melafazkan keislaman, dia digeruni kerana keislamannya. Sangat tabik spring dengan mujahadahnya Abu Dzar ni bile ade satu kisah yang mana dia tertinggal di belakang mase rombongan peperangan sebabkan tunggangannya yang lemah. So Rasulullah dan para sahabat semua takkan nak tunggu die sorang kan, so dorang proceed perjalanan.

Tapi tibe-tibe dalam kabut padang pasir tu, dorang nampak ade satu sosok yang berjalan ke arah mereka. And tak payah teka lagi sape. Sosok tu ialah Abu Dzar yang berjalan dengan mengusung barang-barang bawaannya. Usung barang dengan jalan kaki kot. Tapi wajah dia langsung takde tanda-tanda kepenatan ke, kesal ke. Tapi boleh pulak dia senyum gembira sebab berjaya susul rombongan tu. Takde sape sangka Abu Dzar ni sanggup jalan kaki, usung-usung barang dia dalam panas terik mentari padang pasir tu. Ko sanggup? Sanggup? Panas Malaysia pun ko dah merungut sakan lagi nak padang pasir. *batang hidung sendiri. Uhhh, sakit*

Cer bezakan mujahadah kite dengan mujahadah Abu Dzar ni. Same ke? Same? Lagi mau tanye kenapa kite punya mujahadah ni mujahadah biase.

Mujahadah para sahabat untuk menegakkan Islam. Sanggup korban harta, korban kesenangan hdup, sanggup tinggal family semata-mata untuk Islam tu. Macam perang Tabuk. Tahu perang Tabuk? Ingat senang ke nak tinggalkan kebun kurma yang tengah masak, ternakan yang tengah subur untuk berpanasan ikut berperang.

Jalan dakwah ni tak senang. Takde sape kate senang. 23 tahun dakwah Rasulullah s.a.w, bukan kadar waktu yang singkat. Tapi tak pernah sedetik pun Rasulullah s.a.w tak diuji. Kite pun diuji jugak walaupun tak seberat Rasulullah s.a.w kan. Jauh sangat nak dibandingkan. Tapi still kite tak terlepas dari ujian tu.



  
Dah tu kalau tahu susah, kenapa pilih jugak jalan ni? Aljwabnya sebab ni je jalan untuk kite pancarkan cahaya keislaman ni. Ni je jalannya untuk kita bangunkan negara Islam dengan asasya ialah pemuda-pemuda dan umat Islam yang kukuh aqidahnya. Ni je jalan yang menjanjikan redha Allah. Allah pun dah bagitau kite...

    
Okehh, Alhamdulillah, selesai tadabbur pagi tu. May Allah grants Kak Ain Jannah for the reminder.

Lepas tu, baru la kitorang diperkenalkan kat Kem Komander (Kem Kom) iaitu Kak Ina. Tak pernah expect Kak Ina yang akan jadi Kem Kom kitorang. Sebab orangnya lembut je. Nak dengar Kak Ina cakap kuat-kuat, memang aku tak pernah. And at that time aku baru realize yang setiap orang ade sisi yang berbeza dalam diri masing-masing.

Aku mengaku and aku tahu sangat-sangat yang aku ni somewhat macam childish. Selalu sangat orang expect aku anak bongsu. Bila aku cakap aku ade adik, they will be like..

“Ehhh? Ko ade adik? Ingat ko anak bongsu.” *nganga, mata bulat*
“Tak la. Aku ade adik pompuan sorang.”
“Ehhh, adik pompuan ke? Ingat laki.”
TT__TT

Why? Why? Okeh, fine. Bile aku reflect diri balik, somewhat aku memang childish sikit, playful, jarang seryes, suka gurau. Aku mengaku. And aku tahu orang punya impression kat aku pun memang macam tu. Tapi di satu sisi lain, aku ialah seorang da’ie. Aku ialah seorang murabbi untuk diri aku sendiri. Aku ialah seorang mad’u. Akulah fityatullah tu. Akulah ansarullah tu. Akulah pejuang Islam fisabilillah. Hmmm..

Then awesome gile bile kitorang dibagi identiti baru masing-masing. Randomly divide. And aku dapat Ma’mun Al-Hudaybi. At first aku macam, “Erkkk, sape ni? Tak pernah dengar pun.” Aku tanya Kak Wani. Katanya Ma’mun ni ialah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang ke6. And aku macam, ‘Wowww! Si pejuang legasi Hasan al-Banna rupanya.’ So balik rumah tu terus google pasal Ma’mun ni. And once aku dapat nama ni pun, aku terfikir mungkin Allah nak tunjukkan something kat aku. Kenapa aku bawak name dia? Maybe ade some ibrah aku boleh ambik daripada dia. Mungkin ade similarity aku dengan dia. Hmmm..

Aku paling nak Salman al-Farisi. Jarang kan dengar cerita pasal dia. Mostly orang banyak cerita pasal Mus’ab bin Umair, Zaid bin Harithah, tak pun Khalid al-Walid. Merekalah sahabat yang faymesss kan. Tapi 1st time aku boleh senyum sorang bile bace sirah Salman, sebab tu aku suka dia. And aku dapat rase Salman ade dalam diri aku ni. =P Insha Allah next time aku cerita pasal si pemuda Parsi ni. (“,)

So lepas tu kitorang dirampas barang bawaan yang tak perlu. Arahan yang kitorang dapat cuma bawak few things je. Yang tak dimention dalam arahan, tak boleh bawak. Hengpong, power bank, makanan, ubat gigi, etc. And yeppp, aku pun termasuk golongan yang bawak harta benda ‘haram’ tu. Wahaha. So jadi la harta-harta kami tu sebagai ghanimah. Perghh. Epic la kan.

Bile fikir balik, somehow makin lama kite makin MANJA. Zaman Rasulullah tak pernah ade hengpong bagai ni. Tak de okeh. Tak de. Powerbank? Lagi la tak de. Nak masak kali ni pakai stove. Perghhh la kan. Tak payah susah payah carik kayu api, berhitam-legam nak hidupkan api. Khemah? Kemahen besar boleh muat patblas orang. Padahal 1 group cuma 6 orang. Heaven tak heaven? Makanan? Kalau Rasulullah sendiri ikat perut pakai batu sebab tahan lapar, kite boleh pulak bawak jajan bagai pergi camping dengan alasan takut lapar. Malu tak? Ade yang bawak perfume, bedak, sebab nanti takut busuk, takut muke buruk. Padahal Allah tak pandang semua tu. Busuk ke kite, buruk ke muke kite, Allah pandang hati kite. Iman kite. Ade tak sinar cahaya Islam tu dalam hati kite. Tu yang Allah pandang.

Kalau tak mana mungkin si hitam Bilal terpancar serinya di mata Allah. Mana mungkin si tampan Mus’ab tinggalkan wangian mewahnya untuk mengejar cinta Allah.

Lepas dirikan khemah, kitorang main game warming up jap sebelum makan tengahari, solat Zuhur and then main game lagi. Gamenya ialah panjang. Ehh? Haha. Tu 1st time tau main galah panjang. 20 tahun umur aku, mati-mati ingat galah panjang tu game yang pakai galah. Noob Ika. Noob.

Tapi kali ni galah panjang kitorang lebih mencabar sebab kitorang kena melepasi Jahiliyah. Ade 9 orang volunteer yang masing-masing pegang tag Jahiliyah. Buang masa, cakap lagha, lagu lagha, ghibah, movie marathon, social network, malas, riak dan ikhtilat.  And ‘Jahiliyah’ ni keep on cuba sentuh kitorang and jatuhkan kitorang. Once kena sentuh, mati la kitorang. Tewas dalam jihad. So macamana nak lepas? Mujahadah! Hmmm..

Kitorang main 2 round. And dalam both round, aku termasuk golongan yang cepat je kalah. Buat aku terfikir, alam realiti pun macam ni ke aku? Senang sangat jatuh dengan godaan jahiliyah. Tu ke yang Allah cuba tunjukkan kat aku? Jahiliyah seorang da’ie.

*deeeep*

Lepas solat asar, kitorang dapat pengisian daripada Kak Farami, ukhti dari Jogja yang tengah koas (co-assistant) sekarang. Ulangi, JOGJA. Jauh wehhh Jogja dengan Jatinangor ni. Kalau dekat, patblas kali pergi pun aku tak kisah. Tapi tu la orang kate, ukhwah ni manis. Dakwah tu indah. Jauh perjalanan bukan alasan untuk kite menolak panggilan Allah. Kannn..? Masha Allah. Besar sungguh pahala Kak Farami. Ya Allah, sesungguhnya kami bersaksi bahawa Kak Farami ialah seorang hambaMu yang taat, yang mengingatkan kami semua kepadaMu, ya Allah. Kurniakanlah baginya kesudahan yang baik.

Kak Farami ni sangat comel, lembut je. Perkongsian Kak Farami hari tu mengenai surah As-Saff, 61 : 1-14. Dalam surah As-Saff ni, Allah nak ceritakan kepada kita 2 perkara. RISALAH dan LEGASI. Jumm kite tadabbur satu-satu ayatnya.

Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
-       As-Saff, 61 : 1
Allah dah tetapkan, dah jelaskan, dah bukak mata kita lebar selebar-lebar-lebar-lebarnya yang puji-pujian tu cuma untuk Allah. Tasbih kepada Allah. Layak untuk Allah je. Allah la yang Maha Suci, Maha Perkasa, Maha Bijaksana. So sape kita ni demand untuk dipuji? Dan ape je yang di langit dan di bumi ni bertasbih untuk Allah, Sang Khaliq kita. Tadabbur la alam. Dengar kicauan burung yang bertasbih kepadaNya. Dengar la deruan air yang memujiNya. Lihatlah pepohonan tunduk kepadaNya.

Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
-       As-Saff, 61 : 2-3

Allah seru orang beriman? Sape orang beriman ni? Cer jawab sape yang Allah panggil beriman ni? Jeng jeng jeng. Kitalah orang yang beriman tu. Yang Allah seru tu. So Allah sedang bercakap dengan kita ni tahu. Apa yang Allah cakap? Allah kate, Dia sangat tak suka orang yang cakap tapi tak buat. Bahase mudahnya munafiq. Hipokrit. Ingat lagi recent entry aku? >Hypocrisy..<

Cer belek Surah An-Nisa’, 4 : 77, Allah nak ceritakan betapa ada satu golongan ni yang Allah murka. Alkisah, masa umat Islam masih kat Mekah, Allah larang mereka untuk mengangkat tangan untuk berperang. Walaupun kita tahu yang kehidupan Muslimin kat Mekah sangat la mencabar. Penindasan, kekejaman, caci maki semua la. So diorang mintak untuk berperang sebab tak tahan la asyik ditindas je. Tapi Allah kate,

… “Tahanlah tanganmu (dari berperang), laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat!”…
Tapi bila mereka diperintahkan berperang lepas tu, mereka takut dengan musuh. Takut nak berperang. Boleh pulak tanya Allah kenapa turunkan perintah berperang tu. Kenapa tak tunda. Ehhh? Tadi sape yang nak sangat berperang tu? Haa. Ni la manusia yang tak buat apa yang dicakapkan.

Cakap tapi tak buat vs tak cakap sebab tak buat vs tak cakap and tak buat

Sedar tak sedar kita ialah manusia yang sangat suka mungkir janji. Mungkir janji dengan Allah. Munafiq! Sebelum kita diizinkan Allah untuk jejak ke bumi ni, sebelum kita dilahirkan lagi kita dah janji dengan Allah. Janji untuk galas tugas ‘abid dan khalifah kat muka bumi ni. Tapi at the end..?

Krik ~ krik ~ krik ~

Tahu kisah Nabi Adam a.s yang mungkir janji? Ade dalam hadis Rasulullah, ni aku ceritakan,

Bila Nabi Adam a.s diciptakan, Allah usap belakang Nabi Adam a.s, maka jatuhlah jiwa-jiwa yang akan diciptakan Allah dari keturunan Adam hinggalah kiamat kelak. Di antara dua mata mereka keluar kilatan cahaya. Lepas tu Allah tunjukkan mereka kat Nabi Adam. And Nabi Adam ternampak ade seorang ni yang cahayanya sangat terang. Kate Allah, itu ialah Daud, keturunan Adam yang hidup di akhir zaman nanti. Adam tanya, berapa usia yang Allah bagi kat Daud tu. Allah kate 60 tahun. Nabi Adam cakap, “Ya Allah, tambahkan umurnya 40 tahun dari umurku.” So bila usia Nabi Adam dah nak habis, Malaikat Maut pun datang la nak ambik nyawa. Tapi Nabi Adam persoalkan, bukan ke umur dia masih ade 40 tahun lagi. Malaikat Maut jawab, kan dah bagi kat keturunannya yang bernama Daud tu.

Itulah kita. Nabi Adam mengingkari janjinya kepada Allah dan kita sebagai anak keturunan Nabi Adam pun ikut mungkir janji jugak.

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.
-      As-Saff, 61 : 4

Ni ialah ayat hafazan kitorang sebagai mutaba’ah amal mukhayyam ni. So menghafaz la aku kan. Tanpa aku fahami betol-betol apa yang Allah nak sampaikan. Tapi rupanya Allah nak bagitau aku, “Ika, dakwah ni bukan sorang-sorang. Takde istilah individu. Binalah bangunan yang kukuh untuk jalankan dakwah ni.”

Allah cerita mechanism jihad ni macamana. Iaitu dalam BARISAN YANG TERATUR. Macamana barisan yang teratur ni? Bayangkan kite nak buat rumah. Macamana kite susun batu bata tu?

Cani kan?

Bayangkan setiap batu bata tu mewakili setiap sorang daripada kita. Hilangnya satu bata means robohlah bangunan kita. Sebab asasnya ialah batu bata tu. Nak buat rumah pat tingkat ke, letak chandelier ke, nak cat wane pink ke, nak design ala-ala English punya rumah ke, tu belakang kira. Sebab kalau hilang satu bata tu, takde maknenya semua tu. Kan..?

Takde sape buat rumah main himpun macam ni je. Lol ke?

Pernah dengar kan, solat Jemaah pun, kite kena rapatkan saf, luruskan saf. Sebab nanti syaitan boleh menyelit-nyelit di antara saf-saf yang tak rapat dan lurus. Kalau para sahabat dulu, nak lurus saf, pakai pedang tahu. Pedang. Nampak tak macamana pentingnya nak luruskan saf ni?

Pernah dengar jugak tak kisah dalam perang yang mana ade sahabat datang jumpa Rasulullah s.a.w untuk bagitau yang umat islam waktu tu hampir kalah. Then Rasulullah cakap luruskan saf. Bila saf dah tersusun, kemenangan berpihak pada kaum muslimin. Kisah ni aku ingat-ingat lupa. Insha Allah nanti kite same-same cari balik ye… =D

Tu la nak katanya betapa teguhnya Islam ni kalau kita bersatu. Islam kita bersama. Jihad kita bersama. Dakwah kita bersama. Bergelar seorang da’ie, seorang mad’u, seorang murabbi, kita akan ada jatuh bangun kita. Tapi saat kita jatuh tu, saat tu la kita perlukan tangan-tangan untuk tarik kita balik. Sapekah? Rakan batu bata kita tu la yang akan tarik kita. Rakan-rakan kita. Barisan fityatullah yang bersama dengan kita di atas titian agama Allah. Yang hati-hati kita terikat dengan nama Allah.

Ayat ni banyak sangat bawak makna. Bila reflect balik diri, selama ni aku berjalan sorang-sorang. Jatuh bangun usrahmate aku langsung tak layan. Jatuh bangun kawan-kawan batch aku buat tak kisah. Jatuh bangun aku sendiri? T__T Sombongnya aku kan. Na’uzubillah. And aku expect untuk bertemu mereka di syurga? Pfft Ika. Shame on you.

Teringat game galah panjang tu. Strategi kedua kitorang ialah untuk rempuh J’s tu bersama-sama. Mati sama-sama. Kalau masuk syurga pun nak sama-sama. Kak Wani ade share,

Dan orang yang bertaqwa kepada Tuhan dihantar ke dalam syurga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka : “Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masuklah, kamu kekal di dalamnya.”
-       Az-Zumar, 39 : 73

Sweeeett tak? Masuk syurga berombongan kot. Tak nak? Nak?

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya : “Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu?” Maka ketika mereka berpaling (daripada kebenaran), Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
-       As-Saff, 61 : 5

Allah suruh kita ambik iktibar daripada kaum yang terdahulu iaitu kaum Nabi Musa a.s. yang sangat sombong, angkuh, tak tahu bersyukur. Dalam surah Al-A’raf, 7 : 129 - 131, Allah ceritakan bagaimana kaum Nabi Musa a.s konon mengadu kat Nabi Musa bahawa mereka ditindas oleh Fir’aun. So Nabi Musa pun doa la kat Allah dan datanglah musibah Allah. Lepas datang balik kemakmuran, nak kata betapa tak bersyukurnya dorang, boleh pulak kate tu sebab usaha mereka. Tapi bila ade musibah, dorang salahkan Nabi Musa. Rase macam “ehhh? Ko dah kenapa?”

Allah cakap lagi dalam surah yang sama, ayat 138, bila Allah tolong mereka untuk lepas daripada Fir’aun dan bawak ke seberang lautan, mereka still tak reti bersyukur. Nampak ade kaum yang sembah berhala, boleh pulak dorang mintak kat Nabi Musa untuk buatkan mereka berhala tu jugak. Like.. whattt?? Ko memang tak reti base eh? Dah la Nabi Musa ajak ko tauhidkan Allah, tapi boleh pulak mintak Nabi Musa buatkan berhala untuk syirikkan Allah.

Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata ; “Wahai Bani Israel! Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Namun ketika Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata : “Itu adalah sihir yang nyata.”
-       As-Saff, 61 : 6

Nabi Isa a.s tak pernah claim diri dia Tuhan, tapi dia kate dia utusan Allah. Dan Nabi Isa dah membenarkan khabar bahawa akan ade seorang rasul akhir zaman bernama Muhammad. Dan agama Nabi Muhammad ni iaitu Islam ialah agama yang syumul. Yang sesuai dengan zaman. Kitab Taurat, Zabur, Injil, semuanya datang daripada Allah. Tapi the reason Allah turunkan Al-Quran ialah sebagai pelengkap dan penyempurnaan ialah sebab sesuai dengan keadaan pada zaman umat Rasulullah. Injil sesuai dengan zaman Nabi Isa. Macam tu jugak la Taurat dan Zabur pun.

Kat sini sebenarnya apa yang Allah nak cakapkan, dari kaum yang terdahulu lagi, legasi ni tak pernah padam. Tak pernah hilang dengan membawa risalah yang menyeru nama Allah ni. Dari satu kaum ke satu kaum. Dan kita ialah kaum terakhir yang membawa risalah Islam ni. Tapi ape yang kita bawak ni bukan sekadar adat, atau ajaran nenek moyang tapi satu fikrah Islam, satu tauhid, satu aqidah.

Surah At-Taubah, 9 : 39 dan Surah Hud, 11: 57, Allah dah cakap dah, kalau mereka mengingkari Allah, then Allah akan gantikan mereka dengan kaum lain. Dan semua tu langsung tak datangkan mudarat kat Allah. Sebabnya Allah tak perlukan kita. Instead of that, kite yang perlukan Allah.

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah, padahal dia diajak kepada (agama) Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang musyrik membencinya.
-       As-Saff, 61 : 7-8
Membenci agama Allah? Heh. Fine. Allah tak rugi ape-ape pun. Bila kate mereka ni cuba memadamkan cahaya Allah, apa yang mereka buat ialah serang kita. Musuhi kita para penegak agama Allah ni. Dari dulu sampai sekarang, mereka takkan pernah stop. Bezanya dulu mereka serang physically. Perang. Ghazwah. Sekarang kite diserang mentally. Ghazwul Fikr. Pernah dengar? Penerapan sekularisme dalam diri kite ni memang kuat. Sebab tu senang jatuh.

Dialah yang mengutus RasulNya (Nabi Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama yang lain meskipun orang musyrik tidak menyukainya.
-       As-Saff, 61 : 9
Islam ni agama yang satu. Yang syumul. Allah dah declare ni je agama yang diredhai. Orang yang kufur menidakkan kerasulan Nabi Muhammad padahal nama Rasululullah s.a.w ni dah disebut-sebut dah dalam kitab-kitab sebelumnya.

Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan menempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu sukai, (iaitu) pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin.
-       As-Saff, 61 : 10 – 13

Kat sini as if Allah pujuk kita. Tadi Allah nyatakan kemungkaran Dia kan. Sekarang Allah nak offer kat kite syurgaNya. As long as kite beriman dengan Allah dan RasulNya. Takkan senang-senang je nak dapat syurga kan. Sebab syurga ni manis sangat. Takkan tak buat kerja pun dapat. Usaha la sikit, bayar lebih sikit. Walaupun sebenarnya kita masuk syurga pun bukan dengan usaha ciput tu tapi dengan rahmat Allah. Lagi mau merungut. Pfft.

Dan Allah nyatakan ganjaranNya dalam 2 bentuk. Satu yang abstrak, kite tak nampak iaitu diampunkan dosa. Mane la kite nampak macamana luruhnya dosa. Tengah istighfar tetibe nampak dosa jatuh. Tengah berdoa tetibe nampak gedebuk gedebek dosa jatuh. Takde kan…

Yang konkrit pulak ialah pertolongan Allah dan kemenangan. Kalau dapat pertolongan, takkan la kite tak tau kan. Dapat kemenangan, lagi la kita tahu.

Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikutnya yang setia itu menjawab : “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah,” lalu segolongan daripada Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir, lalu Kami berikan kekuatan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang yang menang.
-       As-Saff, 61 : 14

Dan kami …

“Man ansarullah?” laung Kem Kom
“Nahnu ansarullah!”
“Man fityatullah?”
“Nahnu fityatullah!”

Cukup la Allah menyaksikan laungan ni kami jadikan bukti semangat kami sebagai ansarullah. Kami nak menolong agama Allah. Kami nak berdiri bersama pejuang Islam di syurga dan dengan bangganya berkata kamilah penolong agama Allah tu.

As-Saff buat kitorang sedar yang kitorang la penerus legasi yang akan terus bawak risalah Allah tu. Tapi tanggungjawab ni bukan sekadar ikut-ikutan. Tapi berteraskan kefahaman. Macamana nak bawak? Hmmmm.. tepuk dada tanya iman.

Okeh rakan-rakan. Still okeh? Still semangat? Banyak lagi tau yang kite nak teruskan. Ni baru separuh hari punya cerita. Belum masuk lagi Ahad. Hehehe.

Insha Allah, entry ni ialah wasilah yang nak mengingatkan kalian kepada Allah. Dan siapa yang ingat Allah, Insha Allah, Allah pun akan ingat kat dia. Yo idok? Setuju?

Lepas Isya’ malam tu, Alhamdulillah sekali lagi kitorang dapat pengisian daripada Kak Pawa, pun from Jogja yang tengah koas sekarang. Dalam busy-busy sempat jugak luangkan masa untuk mukhayyam ni. Katenya sebenarnya baru lepas baik daripada demam denggi dan typhoid. Masha Allah ukhti. May Allah grants her Jannah.

Kak Pawa bawak tajuk Wahai Pemuda untuk perkongsian malam ni. Simple sangat perkongsian dia. Sebenarnya Wahai Pemuda ni ialah salah satu daripada tulisan Imam Hassan al-Banna daripada buku Majmuk ar-Rasa’i. Himpunan risalah-risalah HAB. Macamana boleh terhasilnya risalah ni pulak ialah sebab HAB sedar something wrong. Dia tahu dia dah berjaya rekrut ramai pemuda untuk sama-sama berjuang dengan dia. Tapi since pemuda ni tonggak utama, beliau nak hasilkan golongan pemuda yang tip top.

“Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah..”
-       Imam Hassan Al-Banna

Kenapa pemuda? kenapa bukan Wahai kanak-kanak? Kenapa bukan wahai orang tua? Pemuda?? apa yang sepesel sangat dengan pemuda ni? Jeng jeng.

Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”
-          Saidina Ali bin Abu Thalib
Tahu kisah ashabul-Kahfi? Kisah segolongan pemuda yang lari dari kuasa pemerintah yang zalim. Kan.. menceritakan iman para pemuda. Tahu hadis Ghulam? Menceritakan tauhid seorang pemuda fisabilillah. Aku pun seorang pemuda sekarang ni. Ke pemudi? Ehh? Same je la. -.- Pemuda ni energy still mantap. Semangat still berkobar. Young-blooded. Hot-blooded. So si pemuda ni la yang kita harapkan untuk bawak Islam nanti. Pemuda ni la yang kita harapkan untuk bangunkan dakwah islamiah nanti. Sebab kita dah terima tarbiyah tu. Kita sedang ditarbiyah.

Ade je orang-orang yang berusia ikut dakwah tarbiyah. Tapi golongan yang kubur kate mari, rumah kate pergi tu, dakwah dan tarbiyah mereka untuk diri sendiri. Sebagai saham mereka nak jawab soalan bocor Mungkar Nangkir nanti. Tapi kita? Kita yang dah terima ISK. Dah terima SH ni. Seharusnya kita dah sedar akan keadaan umat yang sedang tenat sekarang ni. Target kite bukan kat diri sendiri je sekarang.

Tahu pembentukan pemuda tip top masa zaman Rasulullah dan selepas tu..??

Mus’ab bin Umair. Seorang pemuda yang meninggalkan kemewahan untuk mencari redha Allah.

Tha’labah bin Abdul Rahman. Si pencinta syurga yang merintih takutkan dosa.

Bilal bin Rabah. Si hamba yang tapak seliparnya kedengaran di syurga kerana wuduknya.

Sultan Muhamad Al-Fateh. Pemuda luar biasa yang berjaya menakluk kota besar Konstantinopel.

Imam Hassan Al-Banna. Pemuda yang menyedari jatuhnya Islam saat mata yang lain dikaburi dunia.

Abu ‘Ubaidah Amr ibn Al-Jarrah and Mua’z bin Jabal …



Tak de limitation untuk seorang pemuda. Memang la ade limitnya. Tapi selagi belum buat, tak de istilah tak boleh, tak mampu. Kak Pawa mintak kitorang semua kongsikan pengalaman masing-masing. Ape perkara yang kita tak pernah fikir kita mampu buat, tapi tetibe TERNYATA BOLEH *tagline hottt*. At that moment aku terfikir banyak jugak. Dulu mane sangka aku akan blogging. Dulu tak pernah terfikir boleh involve dalam multimedia. Dulu tak pernah sangka boleh pergi airport Jakarta sorang-sorang. Dulu tak sangka boleh datang sejauh ni untuk study. And the list goes on… Pendek kata terlampau banyak sebenarnya benda-benda yang melebihi jangkaan kite.

Tu la pemuda. Dengan semangat macam ni, cer gitau kat mana pemuda ni tak boleh berdiri bawak agama Allah ni. Tapi macamana nak bawak agama Allah? Berdirilah dalam satu bangunan yang kukuh. Berbalik kepada As-Saff tadi la kan. Kita la sebenarnya si pemuda Allah yang berjihad fisabilillah dengan mendirikan satu barisan yang tersusun umpama bangunan yang kukuh.

Ni lagu tema kitorang..



Alhamdulillah. Perkongsian mantap Kak Pawa berakhir and then kitorang pun masuk tido dalam pukul 10.30 lebih. Bangun untuk qiam dan tahajjud pukul 3. Lepas Subuh ade tazkirah pendek. Tapi sad to say memang aku tak dengar ape. Sebab aku terlelap. Lagi mantap bila aku terlelap sebelah Far yang bagi tazkirah tu. Uhuuuu TT_TT

Lepas tazkirah and sarapan, bermula la aktiviti yang lebih mencabar. So sepanjang hari, aktiviti kitorang ialah games. Hmmm. Sebelum game, kawad kaki dulu. Lame gile kot tak kawad, dah lupe macamana nak betulkan barisan, macamana nak keluar baris. Erkk.

Game yang akak-akak sediakan ialah buat bangunan manusia yang kukuh. This game betol-betol need strategy, strength and determination. Bangunan yang nak dibina mesti la tinggi and kukuh. So group kitorang punya strategi untuk angkat Qila atas bahu Anne dengan Shairah sebab Qila paling ringan and 2 orang tu paling tinggi. Yang selebihnya ialah support sistem. At first aku yang volunteer untuk angkat Qila. Tapi sebab aku dengan Shairah tak same tinggi, Qila jadi tak balance. Shairah suggest untuk tukar dengan Anne. Selama ni tak pernah fikir aku boleh support orang atas bahu. Tapi you never know until you try kan.

Group Nawal buat human pyramid dengan Iche at the top. Selama ni kan aku ingat susah nauu nak buat pyramid tapi bile tengok diorang TERNYATA BOLEH rupanya. Yeppp! Group Zuhur buat ala-ala kitorang tapi tak support atas bahu. Direct terus angkat. Sebab diorang mostly tinggi-tinggi. Zuhur je dah 2 kali ganda tinggi aku. Wuhuhu.

And group paling outstanding ialah group Raja, Zai. Dorang tak pentingkan tinggi tak tinggi. Dorang nak yang kukuh. So beramai-ramai la peluk memeluk. Memang akak-akak tolak, tarik, geletek, langsung tak roboh. After game, sharing ibrah. Kali ni, Zai punya ibrah memang menyentuh hati kitorang.

Katenya peranan kawan ni memang besar. Mase planning strategi, kawan tu la yang support bile kite rase down tengok group lain semua tinggi-tinggi. Kawan la yang convince dan mantapkan semangat bile kite rase ragu-ragu dengan apa yang kite cuba buat. Kawan-kawan ni jugak la yang akan bersama-sama dalam jatuh bangun, susah senang untuk bwak DnT, untuk pegang adik-adik nanti. Dalam mase kurang 6 bulan ni, kitorang kena persiapkan diri sebab akak usrah semua akan balik ke UKM nanti. So mase tu rase la macamana sebenarnya bangunan kukuh yang kita persiapkan dari sekarang ni.

Lepas tu game selamatkan kawan-kawan. Tu ialah game yang paling aku rase helpless. Tapi game ni la yang berjaya buat diorang bermandi air mata. Kitorang gabung 2 group untuk jadi 12. Bahagi 6 untuk jadi ‘mangsa kebakaran yang tengah pengsan’, 6 lagi ‘penyelamat’. So yang 6 orang akan together angkut kitorang si  mangsa ni untuk lepas satu tali. Boleh tahan jugak tingginya. Memang kena julang si mangsa ni la jawabnya. So strategi dividekan sape berat sape ringan. And entah luckily atau unluckily aku terpilih masuk ke golongan ‘ringan’ tu untuk diangkat. Auwww.

Berat tak berat, mujahadah itu perlu. Waktu tu aku terfikir mereka ni ke sebenarnya kawan-kawan aku? Ni ke si pejuang Allah yang akan bersama-sama aku? Subhanallah. Baiknya Allah hantarkan kawan-kawan yang macam ni untuk aku. Yang sanggup bermerah muka, berpeluh sakan, yang berketap gigi, nak kata bersungguhnya diorang untuk usung kitorang bersama. Takde istilah, “Tak nak la angkat ko. Ko berat.”

Same macam perjalanan DnT ni, jatuh bangun kite, Insha Allah akan ade tangan-tangan yang sudi menghulur. Untuk bimbing kite. Selamatkan kite dari terus ‘lemas’ dengan duniawi, dengan jahiliyah. Dan kite yang diselamatkan ni, ape effort kite? Tengok je orang susah payah selamatkan kite? Tengok je orang berkorban demi kita? Tanpa kita hargai diorang. Dengan kite berpeluk tubuh je, jadi si pengsan tu. Wake up, maynn! This world doesn’t revolve around you. Sampai bile kite nak mengharapkan orang? Sampai bile kite nak disuap?

Takde usrah, tak de la tadabbur. Takde usrah, takde la kisah perjuangan para sahabat. Takde usrah, takde la peringatan untuk diri. Macam tu ke? Mane tarbiyah dzatiyyah ko? Mane effort ko untuk bangunkan Individu Muslim dalam diri ko? Mane semangat fityatullah, semangat sang pemuda ansarullah tu? Dan ko nak kate usrah tu pun berat. Pfft.

Kitorang masih ade akak-akak untuk remind kitorang, keep on moving wahai da’ie sekalian! Jangan cepat menyerah di jalan Allah. Aku ade Kak Wani untuk ingatkan aku yang perjalanan dakwah tarbiyah memang tak mudah tapi ni la jalannya untuk aku cari Allah. Aku ade Kak Amee untuk ingatkan aku yang Allah akan bantu hamba-hambaNya yang bantu jalan agamanya. Aku ade Kak Ain yang walau dah tak pegang usrah aku, tapi sanggup peluk aku, dan bisikkan kat aku, “lepas ni awak akan lebih banyak berkorban untuk Allah kan Ika?”. Peluk aku and cakap, “Kuat Ika!”, takpun “Semangat Ika!”.

A good muslim is someone wo never stop trying to be better. Who repents. Who doesn’t lose hope because that hope is in Allah’s mercy, not in our deeds.”
-          Kak Ain, Kak Iqin
And then baru la nak masuk ke game main untuk mukhayyam ni. Sebelum tu warming up game ialah jalan merentas air. Ehhh? Alkisah, kat camping site tu ade satu kolam air yang atasnya ade kayu-kayu yang disusun panjang. So kitorang kena jalan atas kayu tu sampai la ke penghujung. Aku dah rase benda tu macam titian sirat je. Yang tak beriman, tergelincir, pummmm, masuk neraka. Perghhh. Lepas tu tasmi’ hafazan. Ganjarannya? Flying fox untuk 12 orang yang berjaya! Yepppy. Cer imagine. Imagine. Beriman, titian sirat. Neraka vs syurga. Haa, cenggitu la yang aku imagine kan.

Aku ialah orang 1st yang try game tu. Aku ialah orang yang 1st jatuh. Aku ialah orang yang paling banyak try. And aku ialah orang ke-11 yang berjaya.

Krik ~ Krik ~ Krik ~

Seryesly bile tengok kawan-kawan senang gile lepas. Tup tap tup tap, ehh, dah kat hujung. Lepas sorang, sorang, buat aku rase sangat down. Sampaikan aku terfikir, aku ni banyak dosa ke sampai tak boleh lepas ‘titian sirat’ ni? Aku ni si pendosa ke? Tak layak ke syurga Allah ke? Apa yang Allah cuba tunjukkan kat aku sebenarnya?

By the time aku fikir sorang-sorang tu, makin ramai yang lepas. And buat aku fikir lagi, kenapa diorang boleh, kenapa aku tak boleh?

So aku keep on buat. Sebab aku rase aku boleh. The feeling untuk buat tu makin naikkan semangat aku. Basah toksah cerita. Sampai leher. Air bukannya air macam swimming pool tu. Pergghh. Aku dah tak heran dengan flying fox. Aku dah tak fikir boleh setel cepat. Aku cuma fikir, aku nak lepas! And macamana cara pun, aku nak lepas. Sebab aku nak usaha je. Ganjaran belakang cerita.

At the end, aku merangkak! Yepppp. Percaya tak percaya aku merangkak.

Buat aku sedar, yeppp, that’s the other side of me. Mungkin ko nampak aku main-main. Mungkin ko nampak aku childish. Mungkin ko nampak aku tak seryes. Tapi aku ade semangat Khalid al-Walid dalam diri aku. Aku ade mujahadah Abu Dzar dalam diri aku.

Sekali jatuh tak bermakna aku menyerah. And ni, aku jatuh 6 kali! 6 kali bai. Kali ke7 baru aku berjaya buat aku sedar, there’s no tak boleh selagi ko tak usaha sampai ke akhir. This is the very 1st time aku betul-betul rase nikmat mujahadah tu. Yepp, I know this is just a game. Tapi game tak game, Allah dah tunjukkan something. So nak palingkan muka, nak tutup hati, because this is just a game? Tak. That just not me.

By the time, aku tahu gagalnya aku sebab Allah nak tunjuk something kat aku. As if Allah nak bagitau aku,

“Ika, dakwah dan tarbiyah pun macam ni la. Sekali kau jatuh, bangun balik! Bangun! Jangan biarkan diri terus lemas dalam air yang kotor tu. Usaha sampai ke pengakhiran. Sebab janji Allah tu pasti. Mujahadah itu memang pahit. Kerana syurga Allah itu manis..”

Kannnnn…

Then lepas flying fox, baru la kitorang main game last. PERANG. Yepp, perang. Muslimin vs musyrikin. So aku termasuk dalam ‘golongan musyrikin’ tu. Na’uzubillahi min zalik. Ni game je tahu. Game. So rules game ni ialah same macam perang zaman Rasulullah dan sahabat. Panji sape yang jatuh, dia yang kalah. So kitorang akan jaga panji kitorang, supaya tak direbut pihak musuh. Sebab panji ni la penentu tegaknya atau robohnya Islam. Dalam perang, bagi para sahabat, takde istilah takut kalah. It’s either menang atau syahid!

Tahu perang Mu’tah? Di mana para sahabat menyaksikan mujahadah Ja’far bin Abu Thalib dalam memelihara panji Islam. Dan memang selayaknya sang syahid Ja’far mendapat sepasang sayap di syurga Allah.

Tapi kaum muslimin punya bilangan sangat ciput. 8 orang vs musyrikin 15. So akak-akak bagi bantuan kat dorang. Comel sangat akak-akak ni dengan kuasa masing-masing. Siap dengan gaya lagi. Wahaha. So berperang la kitorang dengan senjata belon air seorang satu. Tapak perang kitorang ialah dalam sawah lumpur. Hoyyyeaahh! Mane pernah dapat cann macam ni kan.

Nawal as Abdullah bin Rawahah jadi panglima perang kitorang. So Nawal susun strategi perang yang mantap. Ade few sahabat as attacker. Aku, Qila, Emma and Far kot kalau tak silap jadi 2nd line defender. So bile attacker hampir jatuh baru kitorang akan masuk. Belakang aku ade 1 lagi line defender. Finally baru penjaga panji kat belakang. Kitorang kena sangat alert sebab akak-akak yang tolong kaum muslimin ni boleh pakai macam-macam taktik. So basically macam kitorang la yang mungkin akan kalah kan.

Tapi game tu berlangsung dengan sangat pelik. Sebelum perang, Kak Afiqah dah keluar perang, tarik diri sebab tak yakin menang katenya. Tetibe Kak Syida datang bagi belon air dia kat kitorang. Punya suspiscious la kitorang, tak nak amek pun tahu. Takut Kak Syida punya taktik je tu. Then Kak Amnah serang kaum muslimin sendiri. Kemuncaknya bila Kak Wani datang serahkan panji Islam kat kitorang. Ehhh? The heck is happening kan? Aku tetibe kompius, panji kitorang yang mane 1 sebenarnya? Sape musyrikin sape muslimin?

Ahhh, pedulik. Aku main je lagi. Beracah-acah dengan Ain. Kaum muslimin time tu cuma tinggal Anne dengan Ain je lagi. Tapi tetibe akak stopkan game, cakap perang dah tamat. Ehh? Anne dengan Ain tak mati lagi. Kaum musyrikin pun ramai lagi ni. Ape yang jadi?

“Muslimin! Mane panji awak semua?” Kak Wani tanya.

Semua muslimin tunjuk kat kitorang. Ha’ah. Memang panji muslimin dah dengan kitorang. Baru la akak bukak cerita. Rupanya bantuan yang akak offer tu semua tipu helah para munafiqun je. Para munafiq yang hatinya bukanlah pada Allah. Yang tak sanggup berperang. Yang tak yakin akan menang. Yang menyerang kaumnya sendiri. Dan para munafiqun ni la umpama lopong-lopong pada bangunan yang menyebabkan robohnya bangunan tu.

Kitorang para musyrikin ni tak rase ape-ape la kan. Sebab kemenangan datang tibe-tibe walaupun at first rase macam kitorang je yang akan kalah. Iyolah, dorang ade kuasa. Kitorang ape ade? Tapi tak sangka bile rupa-rupanya kemenangan berpihak kat kitorang bile ade yang belot dalam kaum muslimin. Akak-akak yang memang dah plan untuk belot tu.

Tahu perang Uhud? Macam ni la rasenya kot bila si Yahudi Abdullah bin Ubay yang konon nak ikut berperang tapi separuh perjalanan, dialah yang menggoncang hati para muslimin untuk tarik diri daripada perang. Inilah kot rasenya bile para pemanah di Bukit Uhud melanggar arahan untuk meninggalkan posisi masing-masing sehingga menyebabkan kekalahan muslimin.

Izzati as Khalid al-Walid, panglima perang kaum muslimin cakap, memang tak expect benda ni akan jadi. Salahnya diorang bile dorang terlampau bergantung kepada bantuan manusia yang berbolak balik hatinya rather than bergantung kepada bantuan Allah.

Tahu perang Badar? Umat Muslimin seramai 313 vs musyrikin seramai 1000 orang. Sekali pandang, macam takde harapan je muslimin nak menang. Despite having jumlah yang sikit, kemenangan bepihak kepada para Muslimin. Dengan bantuan siapa? ALLAH.

Tahu Perang Khandaq? Salman al-Farisi suggest untuk gali parit. Yepp, they did. Tapi menangnya mereka bukan kerana parit. Tak lain kerana angin yang Allah datangkan untuk menakutkan jiwa-jiwa musyrikin.

Mukhayyam ni bagi aku memang sangat bermakna. Every single moment, aku dapat rase moment tarbiyah tu. Aku rase Allah nak tabiyah aku in every single things. Even sekecik-kecik benda pun aku dapat rase hadirnya Allah dalam hati aku. Even seremeh fon kena rampas. Seremeh jatuh dalam air. Sesimple kena angkat oleh kawan-kawan.

Dari mula pagi Sabtu sampai la petang Ahad tu, aku dapat simpulkan interrelation semuanya. Bermula dari As-Saff. Kenapa pentingnya untuk bina saf yang lurus. Umpama lurusnya saf perang para sahabat. Sebab kite ialah sang pemuda Allah, ansarullah yang akan berjuang menegakkan agama Allah dalam lurusnya satu barisan. Jatuh bangun kita bersama. Aku jatuh, kau tarik. Kau jatuh, aku tarik. Sebab ukhwah dalam berdakwah ni sangat manis. Cuma hati-hati yang disatukan kerana Allah je akan rase manisnya ukhwah, indahnya dakwah ni.

      

Hati yang berbolak balik ni, Allah la pemegangnya. So sandarkan harapan kat Allah supaya janganlah dibolak-balikkan hati yang sekeping ni. Sandarkan harapan kat Allah untuk bantu perjalanan dakwah kite ni.

Dan berakhirnya setiap pertemuan dengan doa Rabithah, untuk mengikat hati-hati kami untuk terus lurus di saf yang tegak bersama-sama.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu. Bertemu untuk mematuhi perintahmu. Bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syari’ahMu. Maka eratkanlah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya. Limpahkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tak pernah padam. Lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifatMu. Jika Engkau mentakdirkan kematian, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenanlah permintaan ini.
Selama ni bace je. Tapi bile selami maksudnya, itu rupanya yang aku mintak selama ni. Tak pernah aku hayati pun.

       

“Ya Allah, aku bersaksi bahawa rakan-rakan seperjuanganku, kakak-kakakku, akhwatku ialah hambaMu yang taat kepada perintahMu, ya Allah. Mereka ialah hambaMu yang bermujahadah meninggalkan laranganMu, ya Allah. Mereka ialah pemuda-pemudaMu, ya Allah. Mereka ialah penolong agamaMu, ya Allah. Merekalah para ‘abid dan khalifah yang sesungguhnya ya Allah. Di atas penyaksian ini, pertemukanlah kami di syurga ya Allah. Aku ingin tangan yang sama memimpin aku sekarang untuk bersama  dalam pimpinan tanganku di syurgaMu ya Allah.”

Alhamdulillah..
Thanks for reading till the end <3
Jazakumullahu Khayran Katheera..


No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014