Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Yeayyy! Entry baru. Alhamdulillah. Sistem CVS da habis.
Minggu lepas mid-sem exam. In Shaa Allah esok start sistem baru. Respiratory
System. Hihuuu. Jadi student, penat memang penat. Kadang-kadang kerja tak de la
banyak sangat. Tapi penatnya Masha Allah. Aku pun tak tau tang mane yang
penatnya. Nak-nak lagi kalau final sem. Nak mampp je rase. Time tu la baru nak
cover balik midsem, baru nak kumpul slides, mana nak practice OSCE, SOOCA. Seharian
kadang-kadang tak bercakap dengan orang. Terperap je dalam bilik. Makan tinggal
order. Jangan heran kalau seharian aku tak jumpa housemates. Paling kalau
jenguk bilik sebab nak tanya sape nak order makan. Masing-masing pun terperap
je dalam bilik. Bincang soalan pakai Whatsapp. Yepp, even serumah. Hahaha.
Tapi usaha tu macam tak pernah rasa sia-sia. Penat tu tak
pernah tak terbayar. Lepas final, cuti. Balik Malaysia. Jumpa family. Kat situ,
terbayar semua penat exam. Even seminggu, rase memang tak cukup. Tapi dah cukup
bersyukur. 6 bulan sekali. Kadang-kadang rase kejap. Kadang-kadang rase lama. Bila
rindu, terasa la lambatnya lagi nak balik. Bila rindu, bukak gallery. Tengok gambar
setiap sorang. Belek-belek gambar family. Tengok video Keysha. Aku jenis yang
tak pandai cakap rindu. So, mati rindu sorang-sorang la. Hehe.
And alhamdulillah. Minggu lepas-lepas, wedding Kak Jie
berlangsung dengan jayanya. Hohoh. Congratulation ! And celebration! Na na na ~
~ Tapi aku tak balik. Sebab exam. And In Shaa Allah minggu depan majlis belah
lelaki. Pun tak balik. Ma abah cakap takpe tak balik. Nanti in Shaa Allah
majlis Kak Ja yang coming soon aku wajib balik. Hehe.
Member selalu cakap, untung la Ika kau boleh belajar
jauh-jauh. Medic pulak tu. And kitorang kat sini akan cakap, bestnya belajar
kat Malaysia. Dekat dengan family. Ada apa-apa event, boleh balik rumah. Hohh. Tak
bersyukur ke tu? Hmm. Syukur tu masing-masing tahu sendiri la kot. Kadang-kadang
bukan la tak bersyukur, tapi cuma nak luahkan apa yang dirasa.
Jujur, dulu tak la rasa bersyukur sangat. Sebab macam,
kenapa la nak kena datang jauh-jauh. Medic pulak tu. Dah la 6 tahun. Pastu kat
sini rasa macam golongan minority je.
Tapi jalan syukur tu, ada temannya. Iaitu sabar. Mukmin
yang berjaya ialah mukmin yang bersyukur dan bersabar dengan apa yang dia
dapat. Bagi la nikmat anugerah ke, meynah ujian ke, In Shaa Allah dia mampu
bersabar and tak lupa ucap syukur.
Reflect diri balik, kenapa dulu tak rasa bersyukur ialah
sebab tak nampak apa yang Allah nak bagi ni. Lepas lama (lama ke?) berjinak-jinak
dalam dunia dakwah tarbiyah ni, baru disedarkan. Ni sebenarnya yang Allah nak
bagi.
Allah nak bagi nikmat kefahaman dalam Islam tu. In Shaa
Allah.
Siapa tahu sebenarnya kat sini baru aku jumpa Islam, baru
belajar kenal Allah. Siapa tahu kalau study kat Malaysia, maybe aku still sama.
Aku still Ika yang dulu.
Perjalanan yang Allah rancang, memang berkabus. Kita tak
pernah tahu apa yang menanti kat depan. Tak nampak siapa dan apa yang ada kat
depan. Tapi Allah memang sediakan sesuatu untuk kita. Kalau je kita berani
melangkah ke depan..
Dalam daurah Aqila tanya muajjih, Kak Long. Qila pernah
ditanya oleh someone, “dari kaca mata Islam, apa sebenarnya maksud kehidupan?”
Kehidupan? Aku cuba jawab sendiri. Tapi entah. Bila ditanya
macam tu, baru aku sedar, yang kadang-kadang kita tak pernah mendefinisikan
makna ‘kehidupan’ tu dengan sebenarnya. Kita hidup. Noktah. So dah la kan. Tapi
dengan soalan ni, aku terfikir, apa makna kehidupan aku.
Aku pernah fikir sendiri, how life is actually a riddle. Kau
takkan sesenangnya ada jawapan. And terkadang that riddle tu sangat absurd. Sangat
ridiculous. Terkadang macam prank, a joke yang buat kita rasa diperbodohkan. Macam
hidup ni jadi permainan takdir je. Tapi beyond everything, setiap yang jadi tak
pernah sia-sia.
Dalam dunia DnT ni, ada masa kita rasa iman tengah jatuh.
Ada masa iman kita tengah tip top. Masa iman tip top tu, fuhh. Semua benda rasa
nak dibuat. Tiap masa rasa nak buat sharing. Tiap masa nak dengar kak murabbi
bersembang. Kata Kak Long, futur itu fitrah. Tabik salute kepada mana-mana da’ie
yang tak pernah rasa futur tu. Iman manusia ni ada naik turunnya. Sebab tu la
kita akan rasa futur tu. Dan bukan kita tak akan sedar. Kalau kita pernah rasa
macam kosong, incomplete, macam dah lain, itu tanda mungkin kita tengah futur. Boleh
sedar sendiri.
Dan itu perjalanan Dnt yang macam teka-teki ni.
Dan terkadang bila kita futur, nak bangkit balik, kita
perlukan sesuatu untuk buat kita naik balik tu. Nak cari semangat balik. Nak cari
hati yang dah hilang. Kita perlukan satu titik perubahan, a turning point. Yang
kita panggil Muntalaq.
Muntalaq kita boleh jadi bukan satu. Boleh jadi banyak. Sebanyak
mana aku jatuh and bangkit balik, sebanyak tu la muntalaq aku. Berdozen jawabnya.
And mostly muntalaq aku ialah akhwat. Sisters yang
berjalan sama dengan aku. Yang sama-sama di jalan ni. Akhwat yang boleh buat
aku menitiskan air mata. Terkadang tanya diri, kenapa akhwat aku masih boleh
berdiri teguh. Kenapa even bila dah cuti lama, akhwat aku masih tak layu. Kenapa
semangat masih membara.
Far share, kata murabbi dia, “kalau malam tu awak tak
qiam, esok jangan buat usrah adik. Kalau malam tu awak tak lengkapkan tadabbur,
esok jangan buat usrah adik.”
Sentap. Aku memang tak pegang usrah adik. Tapi terfikir,
malunya aku nak pegang mad’u, cari mad’u kalau diri ni still jahil. Kalau diri
ni pun still terkontang-kanting. Jalan tak stabil. Dan semangat Far dan murabbi
yang lain, jujur aku cemburu. Cemburu, kenapa semangat tu tak pernah padam.
Turning point ni, muntalaq ni ialah satu titik tolak yang
mampu bawak kita setapak lebih maju. Setapak melangkah ke depan dari kita yang
sekarang. Ya, kita futur. Dibenarkan. Tapi biarkan muntalaq kita tu membawa
kita lebih tinggi dari diri sebelum kita futur. Itu graf futur seorang da’ie.
Dan bila sebut pasal akhwat, hmm. Aneh. Sebab kita kenal
bukan lama. Ada yang usrah tak sama. Ada yang di Jogja, Jakarta, Bandung. Tapi,
aneh. Bila daurah, kumpul sama, macam tak ada yang beza. As if mengalirkan
darah yang sama.
Cerita Kak Farami, pernah merajuk dengan housmates.
Keluar rumah, lencun menangis. Comel. Itukah ukhuwah kata mereka? Cerita Kak
Atie, berkongsi bumbung yang sama, umpama adik beradik. Sampaikan tahu setiap
helai pakaian milik siapa.
Jazakumullahu Khayran Katheera..