Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha 1435H..

Sunday, October 5, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha tahun 1435 Hijrah. Taqabbalallahu minna wa minkum..



Haa. Aidiladha kali ni ialah Aidiladha yang kedua aku di perantauan. Tahun lepas kitorang 1st year memang semua tak balik sebab segala bagai permit dan visa tu still belom siap. Memula tu rase macam, ‘WHAT??!! TAK BOLEH BALIK RAYA??’ *mata bulat, mulut nganga* Haa, cenggitu la reactionnya bila management kate tak boleh balik. Mahu nangis sembah bumi jugak time tu. Rase macam, mana aci. Akak-akak aku sume balik rumah kot. Paling sedih bile diorang dah start sembang2 dekat Whatsapp, nak BBQ la, nak pegi sane la, pegi sini la. Bile call ma, laen pulak. Ma saje nak sedapkan hati, tak nak bagi sedih la kot. Ma cakap, “takde la, tahun ni ma tak buat ape pun. Ma tak larat la.” *dialog same yang ma cakap tahun ni. Uhuhu* Tapi aku tahu, Aidiladha tahun tu adalah sesuatu yang berbeza buat aku. Tak dapat makan yang ma masak, tak dapat salam peluk cium family, tak dapat nak jalan2 rumah sedare *walaupun aku bukan kaki jalan, aku still rase sedih tu*

Then, tibalah Aidiladha pertama aku tanpa keluarga. Since aku bangun lambat, aku tak sempat nak sembahyang raya kat masjid. So, sorang2 la aku sembahyang kat bilik. Tu jugak la pertama kalinya aku sembahyang raya sendiri. Then, since aku terlibat sebagai AJK merewang, aku pun pegi la dengan excitednya ke rumah2 senior pagi tu. Malaysian students memang setiap tahun akan buat makan2 Aidiladha ni. Sebab students pun boleh ambik bahagian dalam qurban ni. And tak silap aku ada jugak la tajaan daripada MARA kan *thanks MARA*. So pagi sampai ke petang, semua students akan gotong royong la buat semua2 kerja tu then malamnya barulah jamuan makan. Hermm, sambutan Aidiladha dengan kawan2, senior2 yang even baru sekerat je aku kenal tu buat aku rasa macam ‘Wow! We’re like family’. Mungkin betul aku takde family di samping untuk aku sambut Aidiladha bersama-sama, tapi aku masih ada kawan2 yang aku akan habiskan and teruskan masa2 aku and perjuangan aku kat bumi Indonesia ni bersama-sama.

Then Aidiladha kedua aku di sini. Hermm.. tak la terasa terlalu sayu macam 1st tu kot. Since aku sendiri yang pilih untuk tak balik. Kitorang memang takde cuti tapi kalau la nak balik sangat, Sabtu Ahad pun boleh je. Tapi aku pilih untuk beraya kat sini dengan kawan-kawan. Sekali lagi merasai nikmat beraya di perantauan. Hermm, aku takde ambik bahagian dalam qurban and aku tak terlibat sebagai AJK ape2 but then still nak jugak aku menyibuk tempat orang buat kerja. Haha. Aku ikut Jura, Enin dan Kirra pegi Rancakalong, almost an hour jugak daripada tempat kitorang. Sebab dorang punye bahagian qurban ditempatkan kat sane. Total untuk qurban ni ade 4 kawasan tak silap aku. Macam tahun lepas, aku pegi tengok kat Mulana je. Tapi tahun ni saje nak melebarkan sayap. Hahaha.

          Haa, since hari ni hari raya Aidiladha, aku pun nak ambik jugak ksempatan untuk bersembang pasal hari yang barakah ni. Ermm.. sejarah terjadinya ibadah qurban ni, semua orang dah tahu dah kot. Tapi jumm meh, kite relatekan sikit cerita Nabi Ibrahim a.s dengan kita.

Haishh.. macamana nak relate? Nabi Ibrahim zaman mana, kita dah di zaman mana. Susah la kot. Eh, sape kate? Jumm, kite tengok key point pada sejarah Nabi Ibrahim a.s ingin menyembelih putera baginda sendiri, Nabi Ismail a.s. Haa, ape sebenarnya yang kite boleh ambik daripada sejarah tu? Tak boleh sembelih anak? Boleh sembelih anak sendiri sebab nanti Allah gantikan dengan kibas? Jangan bernazar perkara yang susah nak ditunaikan? Hmphh.

Key point pada sejarah Nabi Ibrahim tu ialah mengenai keteguhan dan keikhlasan seorang nabi Allah, sanggup mengorbankan satu2nya putera yang dia miliki sebagai tanda keimanannya kepada Allah. Pengorbanan yang dilakukan tu, Subhanallah. Ayah mana yang sanggup melihat darah anak menitis di tangan sendiri? Tapi tu perintah Allah, nak tak nak kena jugak laksanakan. Mungkin cintanya terhadap anak sendiri melimpah ruah, tapi jika ingin dibandingkan dengan cinta terhadap Sang Pencipta. Masha Allah. Teguhnya iman seorang nabi bernama Ibrahim. Kalau kita kat tempat Ibrahim, sanggupkah kita? Meletakkan bilah pisau di leher anak kita sendiri, yang kita besarkan, didik penuh kasih sayang. Frankly speaking, aku tak rasa aku sanggup. Itulah kasih Ibrahim terhadap Allah, melebihi kasihnya terhadap puteranya. Kerana Ibrahim tahu, cintanya kepada Allah itu yang harus kekal abadi. Dia harus korbankan cintanya di dunia untuk mengejar cinta Allah yang abadi.

Haa, cuba belek kita pulak macamana? Zaman sekarang ni, yang dipandang cumalah duniawi. Yang dikejar pun duniawi. Kerja siang malam, tinggalkan kewajipan sebab nak kumpul harta bertimbun. Sang Hawa berhabis wang, melawa sakan semata-mata nak dipuji cantik, nak menjadi tatapan dan perhatian. Sang Adam bermanis kata, melupai batas, kerana mahu memikat dara jelita. Glamour. Populariti. Wang ringgit. Hiburan dunia. Itu yang dikejar. Andai kata kita terpaksa mengorbankan duniawi untuk mengejar cinta Illahi, mampukah kita redha dengan pengorbanan itu? Mampukah kita setabah Ibrahim? Mampukah iman kita seteguh Ibrahim?





Pengorbanan..

Apakah erti sebenar pengorbanan? Tepuk dada, tanya iman.


Thanks for reading (",)
Kisah Kabus Qaseh © 2014