Sunday, October 25, 2015

Muntalaq..

Sunday, October 25, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Yeayyy! Entry baru. Alhamdulillah. Sistem CVS da habis. Minggu lepas mid-sem exam. In Shaa Allah esok start sistem baru. Respiratory System. Hihuuu. Jadi student, penat memang penat. Kadang-kadang kerja tak de la banyak sangat. Tapi penatnya Masha Allah. Aku pun tak tau tang mane yang penatnya. Nak-nak lagi kalau final sem. Nak mampp je rase. Time tu la baru nak cover balik midsem, baru nak kumpul slides, mana nak practice OSCE, SOOCA. Seharian kadang-kadang tak bercakap dengan orang. Terperap je dalam bilik. Makan tinggal order. Jangan heran kalau seharian aku tak jumpa housemates. Paling kalau jenguk bilik sebab nak tanya sape nak order makan. Masing-masing pun terperap je dalam bilik. Bincang soalan pakai Whatsapp. Yepp, even serumah. Hahaha.

Tapi usaha tu macam tak pernah rasa sia-sia. Penat tu tak pernah tak terbayar. Lepas final, cuti. Balik Malaysia. Jumpa family. Kat situ, terbayar semua penat exam. Even seminggu, rase memang tak cukup. Tapi dah cukup bersyukur. 6 bulan sekali. Kadang-kadang rase kejap. Kadang-kadang rase lama. Bila rindu, terasa la lambatnya lagi nak balik. Bila rindu, bukak gallery. Tengok gambar setiap sorang. Belek-belek gambar family. Tengok video Keysha. Aku jenis yang tak pandai cakap rindu. So, mati rindu sorang-sorang la. Hehe.

And alhamdulillah. Minggu lepas-lepas, wedding Kak Jie berlangsung dengan jayanya. Hohoh. Congratulation ! And celebration! Na na na ~ ~ Tapi aku tak balik. Sebab exam. And In Shaa Allah minggu depan majlis belah lelaki. Pun tak balik. Ma abah cakap takpe tak balik. Nanti in Shaa Allah majlis Kak Ja yang coming soon aku wajib balik. Hehe.

Member selalu cakap, untung la Ika kau boleh belajar jauh-jauh. Medic pulak tu. And kitorang kat sini akan cakap, bestnya belajar kat Malaysia. Dekat dengan family. Ada apa-apa event, boleh balik rumah. Hohh. Tak bersyukur ke tu? Hmm. Syukur tu masing-masing tahu sendiri la kot. Kadang-kadang bukan la tak bersyukur, tapi cuma nak luahkan apa yang dirasa.

Jujur, dulu tak la rasa bersyukur sangat. Sebab macam, kenapa la nak kena datang jauh-jauh. Medic pulak tu. Dah la 6 tahun. Pastu kat sini rasa macam golongan minority je.

Tapi jalan syukur tu, ada temannya. Iaitu sabar. Mukmin yang berjaya ialah mukmin yang bersyukur dan bersabar dengan apa yang dia dapat. Bagi la nikmat anugerah ke, meynah ujian ke, In Shaa Allah dia mampu bersabar and tak lupa ucap syukur.

Reflect diri balik, kenapa dulu tak rasa bersyukur ialah sebab tak nampak apa yang Allah nak bagi ni. Lepas lama (lama ke?) berjinak-jinak dalam dunia dakwah tarbiyah ni, baru disedarkan. Ni sebenarnya yang Allah nak bagi.

Allah nak bagi nikmat kefahaman dalam Islam tu. In Shaa Allah.



Siapa tahu sebenarnya kat sini baru aku jumpa Islam, baru belajar kenal Allah. Siapa tahu kalau study kat Malaysia, maybe aku still sama. Aku still Ika yang dulu.

Perjalanan yang Allah rancang, memang berkabus. Kita tak pernah tahu apa yang menanti kat depan. Tak nampak siapa dan apa yang ada kat depan. Tapi Allah memang sediakan sesuatu untuk kita. Kalau je kita berani melangkah ke depan..

Dalam daurah Aqila tanya muajjih, Kak Long. Qila pernah ditanya oleh someone, “dari kaca mata Islam, apa sebenarnya maksud kehidupan?”

Kehidupan? Aku cuba jawab sendiri. Tapi entah. Bila ditanya macam tu, baru aku sedar, yang kadang-kadang kita tak pernah mendefinisikan makna ‘kehidupan’ tu dengan sebenarnya. Kita hidup. Noktah. So dah la kan. Tapi dengan soalan ni, aku terfikir, apa makna kehidupan aku.

Aku pernah fikir sendiri, how life is actually a riddle. Kau takkan sesenangnya ada jawapan. And terkadang that riddle tu sangat absurd. Sangat ridiculous. Terkadang macam prank, a joke yang buat kita rasa diperbodohkan. Macam hidup ni jadi permainan takdir je. Tapi beyond everything, setiap yang jadi tak pernah sia-sia.

Dalam dunia DnT ni, ada masa kita rasa iman tengah jatuh. Ada masa iman kita tengah tip top. Masa iman tip top tu, fuhh. Semua benda rasa nak dibuat. Tiap masa rasa nak buat sharing. Tiap masa nak dengar kak murabbi bersembang. Kata Kak Long, futur itu fitrah. Tabik salute kepada mana-mana da’ie yang tak pernah rasa futur tu. Iman manusia ni ada naik turunnya. Sebab tu la kita akan rasa futur tu. Dan bukan kita tak akan sedar. Kalau kita pernah rasa macam kosong, incomplete, macam dah lain, itu tanda mungkin kita tengah futur. Boleh sedar sendiri.

Dan itu perjalanan Dnt yang macam teka-teki ni.

Dan terkadang bila kita futur, nak bangkit balik, kita perlukan sesuatu untuk buat kita naik balik tu. Nak cari semangat balik. Nak cari hati yang dah hilang. Kita perlukan satu titik perubahan, a turning point. Yang kita panggil Muntalaq.



Muntalaq kita boleh jadi bukan satu. Boleh jadi banyak. Sebanyak mana aku jatuh and bangkit balik, sebanyak tu la muntalaq aku. Berdozen jawabnya.

And mostly muntalaq aku ialah akhwat. Sisters yang berjalan sama dengan aku. Yang sama-sama di jalan ni. Akhwat yang boleh buat aku menitiskan air mata. Terkadang tanya diri, kenapa akhwat aku masih boleh berdiri teguh. Kenapa even bila dah cuti lama, akhwat aku masih tak layu. Kenapa semangat masih membara.

Far share, kata murabbi dia, “kalau malam tu awak tak qiam, esok jangan buat usrah adik. Kalau malam tu awak tak lengkapkan tadabbur, esok jangan buat usrah adik.”

Sentap. Aku memang tak pegang usrah adik. Tapi terfikir, malunya aku nak pegang mad’u, cari mad’u kalau diri ni still jahil. Kalau diri ni pun still terkontang-kanting. Jalan tak stabil. Dan semangat Far dan murabbi yang lain, jujur aku cemburu. Cemburu, kenapa semangat tu tak pernah padam.

Turning point ni, muntalaq ni ialah satu titik tolak yang mampu bawak kita setapak lebih maju. Setapak melangkah ke depan dari kita yang sekarang. Ya, kita futur. Dibenarkan. Tapi biarkan muntalaq kita tu membawa kita lebih tinggi dari diri sebelum kita futur. Itu graf futur seorang da’ie.

Dan bila sebut pasal akhwat, hmm. Aneh. Sebab kita kenal bukan lama. Ada yang usrah tak sama. Ada yang di Jogja, Jakarta, Bandung. Tapi, aneh. Bila daurah, kumpul sama, macam tak ada yang beza. As if mengalirkan darah yang sama.

Cerita Kak Farami, pernah merajuk dengan housmates. Keluar rumah, lencun menangis. Comel. Itukah ukhuwah kata mereka? Cerita Kak Atie, berkongsi bumbung yang sama, umpama adik beradik. Sampaikan tahu setiap helai pakaian milik siapa.

Kalau tanya apa muntalaq aku. Mereka. Akhwat itu muntalaq aku…


credit


Jazakumullahu Khayran Katheera..

Saturday, September 19, 2015

Medic Itu Tarbiyah..

Saturday, September 19, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Dear readers. Heh3. Acah acah je. Hitung-hitung masa, aku sebenarnya dah masuk 3rd year kat twinning UNPAD ni. Kalau nak kata macam tak percaya, macam nak jeluak la kan dengar. Cliché der. Yehett. Tapi memang tu pun yang aku rasa. Mula-mula jejak kaki kat sini, 24 Ogos 2013. Aku ingat sangat tarikh tu. Sape tak ingat kan. Lepas setahun setahun berlalu.

2,3 hari lepas, aku busy compilekan notes-notes sem lepas, nak jadikan buku. Then aku susun elok-elok kat rak. Bila tengok tebalnya masing-masing semester punya buku, Subhanallah. Banyak tu ke aku dah belajar selama ni?

Bila tengok buku anatomi, buku physiology, pharmacology, tak rasa apa. Hari-hari belek pun tak rasa apa. Sebab tu memang buku medic. Kalau tak tebal, macam doubt pulak. Tu buku yang memang kitorang takkan pernah khatam pun. So no hal la kan. Tapi bila tengok notes-notes setiap case tutorial yang aku dah bukukan, aku macam nak hantuk kepala sendiri. Kenapa macam dah banyak belajar dalam tutor tapi hotak still rasa kosong. Mana sangkut ilmu aku?

Dari sem 1 lagi belajar metabolism cholesterol, tapi hari ni tutor case bincang pasal metabolism cholesterol, kelu lagi. Mamai lagi. Dari sem 1 belajar physiology of cell repair, masuk tutor, bila dosen tanya, sengih lagi. Garu kepala. Kadang-kadang dalam tutor asyik jumpa drugs yang sama je. Tapi dok siku member sebelah, “wehh, ni drugs apa? Macam pernah dengar.”

Kadang-kadang rasa berdosa. Rasa bersalah. Study tak pernah bersungguh. Main memanjang. Seminggu masa untuk siapkan notes tutor. Dari Isnin bukak case sampai Jumaat tutup case. Tup tup Khamis malamnya tu baru aku bukak buku. Baru check aku kena cover part mana.

Dalam lecture, mengantuk bukan problem utama. Tapi melayang. Dosen baru bagi mukaddimah sikit, aku punya berangan dah sampai Zimbabwe mana dah. Sedapkan hati sendiri, tak pe la. Nanti balik aku study sendiri. Nak buat macamana, aku orang visual. Aku bukan orang audio. Susah nak masuk kalau setakat kena dengar je. Tup tup 2,3 hari nak exam, baru kutip semua slides lecture. Konon nak study. Mengeluh lagi.

Terfikir jugak, tak pernah bersyukur ke aku ni? Rezeki Allah dah bagi, tapi sia-siakan. Kata kak murabbi sewaktu mabit minggu lepas, pernah tak terfikir kenapa dalam banyak-banyak orang, aku ialah salah seorang yang terpilih untuk ada kat sini? Belajar ilmu Allah ni. Tengok satu dunia ni. Tengok planet kita, Bumi, ade 7 benua. Kat benua Asia, ada berapa banyak negara. Negara Malaysia, ada berapa negeri. Katakan negeri Kelantan, ada berapa banyak daerah, jajahan, bandar? Kat Pasir Puteh, ada family aku. Dalam family aku, ada 7 beradik. Kenapa dalam banyak-banyak manusia yang menghuni planet ni, yang ada kat benua Asia ni, yang ada kat Malaysia, yang tinggal kat Kelantan, menetap kat Pasir Puteh, yang dalam 7 orang siblings aku, kenapa aku? Kenapa aku yang Allah pilih untuk berada kat sini? Tak rasa spesel ke tu? Yet, aku abaikan anugerah tu.

Berada di sini, walaupun tak sebaik study medic kat Malaysia, still satu nikmat Allah yang besar. Yes, indeed, belajar medic kat Malaysia jauh lagi bagus daripada kat sini for those yang tak tahu. For those yang selalu cakap, “untung la Ika dapat belajar jauh-jauh”. Twinning is nothing better than full medic kat Malaysia. Still, Bandung is anugerah. At least, dapat la merasa duduk kat negara orang. That’s one thing.

*kredit

Just that pernah terfikir, if I’m not here today, kalau ni bukan tempat Allah letak aku, maybe aku sekarang ialah seorang student Enginering Elektrik & Elektronik kat UKM. Tapi aku sekarang kat sini. Kat sini. Kat kota Bandung ni. Belajar medic.

Kenapa?

Well, who knows apa yang Allah rancang sebenarnya untuk aku kan.

*kredit

Minggu lepas kitorang mabit. Which is Malam Bina Iman dan Taqwa. Basically malam tu kitorang ada sharing sikit daripada muajjih jemputan and malam tu bangun qiamullail beramai-ramai. Qiamullail sendiri-sendiri and jemaah. Esoknya kitorang rehlah kat Situ Patenggang.

Masa mabit, kitorang dapat sharing daripada Kak Aisyah, doktor yang sekarang terlibat dengan management hospital sort of. Not really sure. Dia punya husband orang sini, sebab tu sekarang dia menetap kat sini. This is the first time kitorang dapat sharing daripada seorang doktor yang jugak ikut dakwah tarbiyah ni. Rasa macam, whoaaa. Salute la. She’s a wife, a mother, a doctor and a Muslimah. A great musimah.

Dia share about being a Muslim Doctor. Selalu dengar doktor muslimah kan. Tapi betulkan balik. Cause we’re a muslim beyond anything else. Being a doctor, sebenarnya bukan sebab rasa ni ialah peluang kerja yang bagus. Dapat glamour, dapat kumpul duit bebanyak. Yet, being a doctor is a part of dakwah.

Sekurang-kurangnya untuk kitorang sebagai medical students, masih belum rasa macamana nak berdakwah dengan profesi ni. Tapi at least, as a student, nak dakwah diri sendiri tu tak susah. Nak tarbiyah diri tu, kat hujung jari je. Tapi antara sedar tak sedar, nak tak nak je.

Kata Kak Aisyah, ayat-ayat Allah ni ada 2. Ayat-ayat qauliyah dan ayat-ayat kauniyah. Ayat-ayat qauliyah ialah yang berupa perkataan atau ucapan. Directly kita boleh baca ayat-ayat daripada Allah. Iaitu Al-Quran. Allah terangkan kebesaranNya melalui Al-Quran.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal.
‘Ali-Imran, 3 : 190
Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendaahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.
Yaasin, 36 : 40
Tu Allah nyatakan secara direct dalam kalamNya.

Ayat-ayat kauniyah Allah pulak berupa pembuktian tu. yang kita boleh lihat sendiri, kagumi sendiri.

Lihat kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang. So obvious untuk kita bersyukur dan rasa tunduk dengan kebesaran Allah tu.

Lihat peredaran matahari dan bulan yang menyebabkan adanya perubahan malam dan siang. Sains sekolah rendah lagi. Betapa Subhanallahnya penciptaan Allah ni.

Being a medical students, it’s a sort of satu kelebihan untuk kitorang belajar ayat-ayat kauniyah Allah directly. Sekarang kitorang masuk sistem cardiovascular. Belajar pasal jantung. Anatomy. How amazing it is untuk belajar struktur sebijik jantung tu yang berbelit-belit salur darahnya. Yang tersusun every chamber untuk passkan blood to different circulation. Belajar physiology, macamana takjubnya jantung ni merupakan organ yang crucial untuk kita. Macamana every beat of heart tu boleh terjadi. Macamana satu badan kita yang besar ni, darahnya disupply oleh organ yang sebesar tangan ni je.

Itu ialah dakwah dan tarbiyah kitorang terhadap diri sendiri. Teringat dulu cikgu bio masa matriks dulu pernah cakap. Students yang belajar Biology ni sangat untung. Every chapter yang kitorang belajar, every syllabus, every system, organ, semuanya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Mengingatkan kita terhadap kebesaran Allah. Bila kita sedar those amazing creations of Allah, boleh ke untuk kita butakan mata, pekakkan telinga untuk ignore kebesaran Allah ni?

Aku paling amazed masa system reproductive dulu. Macamana kelahiran tu boleh terjadi. Kitorang belajar all those things pasal embryology baby, physiology kelahiran, mechanism labouring. Tapi takde dalam buku explain macamana nyawa atau roh tu boleh ditiup masuk ke dalam janin. Siapa yang tiupkan roh tu. Macamana jantung janin tu boleh mula berdegup. Langman’s Medical Embryology kitorang tak ada mention setakat yang aku baca.

Unless, dalam Al-Quran.

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
As-Sajdah, 32 : 9
Semalam present 3rd case untuk tutor. And aku kena cover parts vascularization of heart. All those salur darah kat jantung kita ni. Untuk presentation, aku lukis kat flipchart. Salute diri sendiri. Dah masuk 3rd year, this is 1st time aku bersungguh yang amat melukis kat flipchart. My flipchart selalu tak berapa macam fipchart. Since flipchart aku ialah tittle-and-subtittle-with-some-arrows-written-flipchart, aku tak rasa tu ialah flipchart yang aku patut banggakan and tampal kat bilik. Hell no.

Tadaaaa!

Sambil berpeluh-peluh melukis (ceitt-sangatlah), aku terfikir sendiri. How cool is this. 1 heart yang sekecik tangan ni, supply darah dia ni crucial gila. Katakan satu salur darah tersumbat, atau mati, jawabnya akan ada masalah kat jantung. Heart ischemia. Myocardial infarction. And epidemiologi kata, statistic kematian sebab masalah jantung ni tinggi. Hohhh.

Pulak tu terfikir lagi. aku nak melukis sebijik jantung ni pun dah mengeluh sakan. Berejam. Dah pulak banyak kali salah, padam. Tapi Allah? Kun Fayakun...

Ni ayat kauniyah yang Allah cuba sampaikan. Cuma perlu bukak mata, bukak hati. In Shaa Allah, nampak apa yang Allah nak bagi.


Jazakumullahu Khayran Katheera..

Wednesday, September 9, 2015

It's Dunya..

Wednesday, September 9, 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Okeh. Jumpe lagi dalam entry baru ni. Ahahaha. Allah bukak hati aku, Allah ringankan tangan aku and Allah permudahkan urusan aku nak menulis kali ni. In Shaa Allah. Dan Allah pun dah jadikan kalian orang yang terpilih and bertuah (ceitt. bertuah ke?) untuk baca entry ni. In Shaa Allah, setiap yang berlaku tak sia-sia. Ada hikmahnya, ada kebaikan dan untungnya Allah dah lapangkan masa korang selama 5 minit ni untuk sejenak menuju jalanNya.

Sebelum tu, nak la jugak tanya. Korang access blog ni dari mana? Ipong 6? S6? A7? Zenfone? BB? Macbook? Acer? Ipad? Youpad? I, my, me, mine?

Anyhow. Nak tanya lagi, hari ni dah berapa jam browsing? Kalau bukak dari direct link FB aku, dah berapa jam ber-facebook-ing hari ni? Kalau bukak direct link dari Twitter aku, dah berapa jam ber-tweet-and-retweet-ing hari ni?

Okeh la. Kot baru je bukak tenet kan. Tetibe naik link entry ni. Husnudzon la saya sama kamu. Ermm. Dah alang-alang bukak ni, jumm kite cakap sikit pasal ‘dunya vs akhirat’.

Recently I tweeted about macamana kita ni terkadang terlalu attach dengan dunya. Time tu tak sempat nak blogkan.

Here’s some situations,


SITUATION 1
A : Wehh, tengok tak cerita korea baru keluar? Best gile wehh.
B : Cite apekah?
A : Yong-Pal
B : *Krik~ Krik~* Sapa belakon?
A : Joo Won
B : *Krik~ Krik~* Sapakah itu? Tak penah dengar pun.
A : Ko tak kenal? Ko tak kenal? Lame gile ko. Tak pernah tengok Good Doctor?
B : *Geleng, terus bukak google. Cari sapa Joo Won, apa Good Doctor ni, best ke Yong-Pal ni*

SITUATION 2 :
A : Aku ingat nak tukaq hempon la.
B : Nak beli hempon apa pulak?
A : Samsung A9 kot
B : Samsung? Beli la Ipong 8 terus.
A : Okeh ke? tak mahal sangat?
B : Eh, okeh je la. Ipong 8 ni canggih tahap gaban kot. Kamera 24 MP. Nak buka screen kena pakai retina scan weh. Bla bla bla… (acah-acah)

SITUATION 3:
C : Best la wehh aku beli buku baru nih.
B : Ye ke? Buku apakah?
C : #Henshin.
B : *Krik~ Krik~* Buku apakah itu?
C : Buku dakwah. Henshin ni maksudnya berubah. So basically untuk ajak berubah la.
B : Sapa tulis?
C : Aiman Banna.
B : *Krik~ Krik~* Sapa dak Aiman ni? Femes?
C : Femes la gak. Banyak orang panggil bagi talk dakwah. Buku dia pun dah banyak. Kau nak pinjam?
B : *Geleng, sengih* Tak pe la. Busy, tak sempat baca.

Ehemmm. Belum sentap lagi kan. Belum faham arah hala tuju lagi ni kan. Hmm. Jangan tipu diri sendiri and cakap korang tak pernah alami situation macam ni. At least berdepan dengan situasi yang lebih kurang.

Cakap pasal drama korea, hamboiiihh. Laju kemahen kau. Cerita tu tengah hot. Cerita ni tengah tayang. Pelakon ni hensem, yang tu cute. Cerita yang belum tayang pun kau tahu semua hujung pangkal. Gosip retis? Mana yang kau tak tahu.

Cer orang mintak kau sebut 10 muwasafat tarbiyah. Gagap jugak kau. Tah sapa yang usulkan muwasafat tarbiyah ni pun tergigit lidah kau nak menyebut namanya. Tapi sebut je nama retis korea, kemahen laju kan. Birthday hafal, drama dia kau hafal. Dok oppa, oppa. Eonni, eonni. (ceitt. macam tak tengok korea je haku)

Terkadang kita malu, kita segan bila kita tak up-to-date. Tak kenal artis ni, orang cakap kita kolot. Tak tahu cerita tu, orang cakap kita ketinggalan zaman. Tak reti nyanyi lagu omputih baru, orang kata kita tak terbukak mata.

Mata hati terbukak tak cukup eh? Memang wajib tahu eh semua artis-artis tu?

Sampai sanggup la google pasal artis ni, cari lagu-lagu dia, hafal. Konon nak tunjuk yang kau pun tahu jugak. Yang kau pun tak ketinggalan jugak.

Cuba akak usrah mintak siapkan homework pasal sahabat nabi, mengeluh tak sudah. “Takde buku la kak. Leceh nak kena google.” Eh?

Kita malu dengan manusia. Kita segan bila kita konon tak maju sebab tak tahu artist tu, tak tahu cerita ni. Pernah tak kita malu dengan Allah kalau kita tak kenal kekasih Allah? Malu tak kalau kita tak kenal sahabat-sahabat Rasulullah yang Allah janjikan syurga untuk mereka.
Okeh, aku tunduk muka. Tak berani angkat. Maluuuuu seyh.

Tadi saja la aku bukak satu site kat fb ni, “how old are you in Korean age”. Aku pikir nanti dia akan convertkan umur kita jadi umur korea. Sebab korea kan ada umur yang beza. Sekali keluar kuiz. Aku layankan je la. Soalan pasal lagu faveret apa, artis faveret and bagai-bagai tu la. Hupenya Korean age yang dimaksudkan kat sini ialah seberapa ‘veteran’ kita dalam dunia K-pop ni. Aku dapat Baby age (0-2 years). Ceitt.

Aku ceittkan awal-awalnya. Sampai la aku terfikir. Alhamdulillah. Aku tak sampai veteran lagi. Aku tak nak. Aku tak nak jadi veteran dalam dunia Kpop. Cakap la aku lame ke, kuno ke, noob ke. Aku tak nak.

Bukan aku tak layan korea. Aku layan je. Cuma aku tak nak jadi obsess. Tak nak. Ya Allah, aku tak nak.

Haa, sebut pulak tadi pasal hempom baru. Hamboiih. Sampai Ipong, Youpong, semua kau nak ambik tahu. Konon nak up to date la. Orang dah tak pakai tepon main tekan butang, semua yang kena slide nak bukak. Yang kena touch touch. Takde sapa nak bengkak jari nak menekan butang hempon dah jaman sekarang.

Dah konon nak smartphone, apa barang pakai yang cikai. Paling nak Ipong, Samsung A7, Note 4, Grand, Mega, apa lagi kau. Setakat 2,3 ratus, tak nak pandang weh. Nak ribu riban.

Jangan bash aku. Lekkk. Aku tak cakap habiskan duit ribu riban beli hempon mahal tu salah. Tak. Aku tak cakap salah. Cuma cer tanya cik hempon tu, boleh tak dorang nak tolong korang jawab soalan Ma Rabbuka kat kubur nanti. Eh, google je la kan nanti kat kubur. Keluar la jawapan Allah Rabbi tu. Tak gitew? Errr.

Cer check wallet and purse korang. Nipis tebal aku tak heran. Tapi try tanya diri sendiri, tebalnya wallet korang tu, adakah akan bawak ke kubur nanti? Nipisnya wallet korang tu, adakah korang nipiskan dengan bersedekah ke jalan Allah?

Kalau sanggup habis ribu riban untuk hempon, sanggup tak habiskan jumlah yang sama, bagi sedekah kat masjid, rumah anak yatim? Perghh. Gila nak bagi ribu riban kat masjid? Memang tak la kan. Baik beli Ipong. Kat masjid, 10 hengget tu pun kira dah patut bersyukur dah. Pfft.

Entry kali ni memang bernada retorik. Sebab aku nak korang fikir sendiri. Sebab korang tahu sendiri korang macamana. Baik buruk korang, aku tak tahu macamana. Tepuk dada tanya iman la kan.

Cuma zaman sekarang, aku sedar yang disebabkan kita ni terlampau nak kejar arus moden, sampai kita terlampau busy untuk akhirat. Even hal dunia pun tak sempat nak kejar habis, lagi nak kejar akhirat. Kan? Sehari 24 jam je. 6 jam tido. 8 jam kat kelas. Dah 14 jam. Tolak tambah makan, minum, mandi, sembang2 total 4 jam la kot. Dah 18 jam. So lagi 6 jam remained? Ahhha. Solat 5-6 minit 1 waktu. So 30 minit. Remain lagi 5 jam setengah. 3 jam setengah study, cukup la tu. Lebih lagi 2 jam. Ahhha! Facebook. Twitter. Ig. Apa lagi kan.

Sayangnya kita kat handphone ni, sampai lepas aminkan semayang je terus melilau mata cari hempon. Nak check kot masuk mesej baru. Nak tengok kot ada yang like status dakwah tadi. Eh? Sampai kita terleka, kita terlupa nak tadahkan tangan kat Allah, mohon doa. Mohon kesejahteraan kat Allah. Minta Allah ampunkan dosa. Tak sempat weh. Tak sempat. Nak kena cepat-cepat check whatsapp ni.

Nak kata attachednya kita kat hempon ni, sampai macam tu sekali tahu. Hempon ni dunia, maksudnya attachednya kita kat dunia ni.

Tepuk dada masing-masing. Aku tepuk dada aku, terbelahak jugak aku. Sentap bila pikir sendiri. Dulu aku tukar hempon, dari yang biasa ke yang upgrade sikit. At least tak primitive sangat la kan. Padahal orang tak pandang dah pun hempon macam aku. Aku keep on tajdid niat aku. Aku nak kekalkan supaya niat aku beli hempon baru tu bukan dengan niat nak bermaksiat, niat nak lagha, niat nak stalk fb crush ke apa ke. Niat aku, biar mudah je nak guna. Kamera bagi cantik sikit, In Shaa Allah aku tak niatkan untuk nak ambik selfie. Tapi aku niatkan senang nak snap notes untuk share kat whatsapp dengan member.

Alhamdulillah. Niat aku tak tersasar. Sampai la few month after pakai hempon baru, and aku dah lari niat, lari kerja. Aku asyik youtubing je, konon best sikit sebab skrin dah besar. Then sebab internal memory da besar sikit, aku install fb. Konon tak nak ketinggalan any new updates pasal Malaysia, Palestine. Tapi aku jadi leka. Asyik belek fb. Basically for nothing.

Sampai la Allah tegur aku. Hempon aku kena rembat dalam angkot masa awal bulan puasa. Nak dijadikan cerita, memang unexpected sangat2. Sebab aku sangat jarang guna angkot since aku ke mana-mana pakai motor. Letak hempon dalam beg, letak beg atas paha, tapi boleh je hempon kena rembat. Memang aku terfikir, macamana boleh jadi macam tu. Dan dan aku naik angkot jugak la jadi kan.

Tapi orang ni, kalau dah salah, bila kena tegur, cepat je mengaku salah. Bila jadi macam ni, aku redha. Aku tahu tu mungkin teguran Allah. Tipu la kalau cakap tak terkilan, tak marah. Aku marah weh, sangat marah. Tapi marah aku ni, marah kat sapa? Ni aturan Allah. Kalau aku marah kat apa yang jadi ni, means aku marah kat Allah. Means aku tak redha dengan aturan Allah.

Then, sebulan aku hidup sebagai manusia yang tak ada hempon. Memang leceh. Nak call ma, kena pinjam hempon orang. Dah pulak tak boleh sesuka hati nak pinjam. Nak browse tenet, wifi rumah kena stop dulu sebab dah nak balik Malaysia nanti. So tenet pun takde. Balik Malaysia, tak beli lagi hempon sebab nak beli dengan member Kak Jie je. 2,3 hari nak raya baru aku dapat hempon. Aku fikir, mungkin Allah nak jaga aku daripada buat benda lagha sepanjang puasa ni. Wallahua’lam.

Leceh memang leceh. Tapi sebulan tak ada hempon ni buat aku sedar, betapa memang hidup kita selama ni sangat attached dengan hempon. Sangat. Sangat. Attached dengan dunia.

In Shaa Allah, korang guna hempon korang tu untuk tujuan dakwah, tujuan ibadah. Alhamdulillah. I salute you brothers and sisters.

Tapi pernah tak korang tak tersasar walau sekali pun??

Haa. Itu la yang aku nak cakap. So still, tajdidkan niat. Jangan jadikan hempon ni satu alasan yang akan memberatkan timbangan dosa kita nanti. Jadikanlah hempon ni sebagai medium korang untuk book tiket syurga. So that bila korang pegang hempon korang macam yang korang pegang sekarang ni, In Shaa Allah korang tengah pegang both DUNIA and AKHIRAT.



Wallahua’lam..

Jazakumullahu Khayran Katheera..


Sunday, August 30, 2015

Hope in ALLAH..

Sunday, August 30, 2015


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hari tu aku download talk Yasmin Mogahed. Tak pernah show interest pun kat dia sebelum ni tapi dunno why, saja la nak try dengar talk dia. Aku download yang lama punya. ‘Hope in Allah’. Buat aku tertarik kat something.

Tahu, aku teringat masa sekolah rendah dulu, aku dengan geng-geng aku berpakat untuk masuk contest nasyid antara sekolah. So practice punya practice. Tapi a day before contest, ustazah datang jumpa aku and request untuk aku keluar from nasyid. Okeh, ayat dinoktahkan ni memang tak sedap didengar. Agak2 mesti sebab suara aku ni golongan suara seru hujan. Ehehe. Tak hade la.

Ustazah jumpa aku and request untuk aku masuk contest story telling. Dan bila ini ialah request daripada ustazah, aku terima la. Tapi jangan imagine aku akan pakai gaun kembang dan bukak cerita Prince Frog hanya sebab aku sebut story telling.

Ustazah bagi aku few choices daripada banyak-banyak kisah anbiya’. And aku decide untuk pilih kisah Nabi Adam a.s sebab tu ialah satu-satunya jalan cerita yang memang dah aku tahu plot ceritanya dengan teliti. Paling kalau tak ingat, aku boleh hentam bikin ayat sendiri. Kemon, aku kan novelis wannabe.

And the fact that aku hafal kisah tu seawal aku masih di zaman Astro masih belum ada actually amazing la kan. Tapi baru aku sedar, rupanya di zaman ko boleh tengok TV dekat handphone ni, baru lah aku betul-betul faham semua plot, konflik dan isu yang wujud dalam kisah Nabi Adam a.s. Kisah yang Allah ceritakan seawal dalam surah Al-Baqarah lagi.

Di sebalik kisah penciptaan makhluk bernama manusia yang Allah jadikan dengan tujuan khalifah dan hamba itu, di sebalik kisah cinta Adam dan Hawa, di sebalik kisah iblis yang angkuh, rupanya banyak yang Allah ingin sampaikan.

Kisah mengenai dua hamba yang khilaf tapi menghadapi kekhilafan tu dengan dua cara yang berbeza. Allah bagi kita 2 plot yang berbeza dalam satu kisah yang sama. Kisah di mana iblis diperintahkan untuk tunduk sujud kepada Adam tapi iblis mengingkarinya. Dan kisah Adam yang dicegah dari memakan buah khuldi tapi juga diingkarinya.

2 hamba Allah ni sama pada dasarnya. Mengingkari Allah. Cuma bezanya yang kita boleh nampak ialah apa tindakan yang diambil lepas tu. Kat situ letak bezanya.

Macam yang kita tahu, iblis ni hamba yang paling sombong, angkuh, berlagak. Konon megah la bila dia diciptakan daripada api. Nak compare dengan Nabi Adam, memang tak la iblis nak tunduk sujud, kan. Iblis derhaka dengan Allah. Tapi bila dia tahu yang dia salah, dia dah derhaka dengan Allah, apa yang dia buat ialah pertama, dia salahkan Allah. Dah lepas tu, iblis makin memusuhi Nabi Adam dan keturunannya dengan lebih dasyat lagi. Dihasut Adam supaya langgar tegahan Allah. Pulak tu dimintanya penangguhan daripada Allah sampai hari kiamat dengan alasan nak sesatkan umat Nabi Adam a.s ni sesesat-sesatnya.

(Iblis) berkata “Oleh kerana Engkau menyesatkan aku, pasti aku akan menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, daripada hadapan, daripada belakang, daripada kanan dan daripada kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.
Al-A’raf, 7 : 16 -17

See? Nampak?

Siapa yang bersalah sekarang ni ialah iblis. Kan? Tapi instead of mintak maaf and menyesal dengan salah dia, iblis put the blame on Allah and berjanji untuk balas dendam kat Nabi Adam. Apa yang dia buat ialah hasut Nabi Adam supaya Nabi Adam dikeluarkan dari syurga. Then bersumpah untuk attack umat manusia dari semua arah. Tu la hamba Allah yang derhaka.

Pernah tak kita, terkadang kita ego. Terkadang kita sombong mengaku salah sendiri. And what do we do is that, we put the blame on others. Pernah? It sounds familiar, isn’t it?

Let’s go back and tengok balik apa salah iblis ni sebenarnya. Hmm. Sebab iblis langgar suruhan Allah untuk sujud kat Nabi Adam. So senang kata, iblis tak perform this one sajdah. Only one sajdah. Okeh, let’s take a look at ourselves pulak. Sepanjang 20, 30 tahun kita hidup, it is almost impossible yang kita tak pernah tinggalkan even 1 pun sujud solat kita kan. Probability kita tertinggal solat tu, banyak kali. Even Subuh pun dah 4 sujud dah. Sape yang tak pernah terbabas Subuh angkat tangan.

Krik~ Krik~

Iblis was denied Jannah sebab dia ignore that one sajdah. So what are gonna happen kat kita yang mana kita dah missed several sajdahs? Are we forbidden to enter Jannah? Na’uzubillah. Actually it’s not about that one sajdah itself. Salah iblis, bukan sebab tak sujud kat Nabi Adam semata-mata.

Isunya kat sini ialah repentance. Familiar with the word repentance? Taubat? That’s what differs us from iblis even though we made the same mistake of not performing sajdah. We seek mercy from Allah. We repent. On the other hand, iblis was guilty because he did not repent himself. Dia tak mengaku salah. Dia tak mohon ampun. Instead of repenting, iblis rebel against Allah.

Tu cerita pasal iblis derhaka. Lain pulak ceritanya dengan Nabi Allah ni.

Nabi Adam a.s ditegah daripada Allah untuk memakan buah khuldi, buah larangan. Tapi sebab hasutan iblis ni, Nabi Adam dan isterinya Hawa makan jugak buah tu dan mendapat murka Allah. Berbeza dengan iblis, bila sedar yang mereka salah, Nabi Adam cepat-cepat memohon keampunan daripada Allah. Apa yang dia cakap,

Keduanya berkata “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya termasuklah kami orang-orang yang rugi.”
Al-A’raf 7 : 23

See? Nampak?

Nabi Adam a.s dengan humble-nya, mohon taubat dengan Allah. Berbeza dengan iblis yang salahkan Allah, Nabi Adam tak salahkan anyone pun. Even iblis yang hasut dia pun dia tak salahkan. It’s not that hard pun nak cakap, “It’s not my fault. Iblis yang hasut aku.” Right? Tapi, tak. Nabi Adam mengaku bahawa dia yang zalimi diri sendiri. Dia mengaku yang dia bersalah. Just imagine it. Kita sendiri. Kadang-kadang bila kita make mistake, the very first thing kita akan buat ialah kita cari orang untuk kita salahkan. No matter who is it, we’re gonna definitely blame that person. Kan?

Kenapa Nabi Adam takes full responsibility? Sebab dia tahu yang dia ada pilihan. Dia boleh biarkan diri terpedaya dengan iblis. And dia jugak boleh build full protection against iblis. Kan? So, macamana dia nak blame iblis untuk hal ni.

And the power of taubah is that, Allah akan naikkan darjat kita lebih tinggi. Just look at Adam. Lepas berdosa, dia mohon taubat. And what Allah do after that is, Allah turunkan Adam ke bumi sebagai khalifah. Allah lantik Adam sebagai seorang nabi. Seorang khalifah. Pemula kepada generasi umat manusia. That’s him.




Itu yang iblis tak ada. And bila iblis berjanji untuk sesatkan kita, means, iblis nak kita ikut jejak langkah dia. To have no hope in Allah. To be in despair.

“Hey muslimah! Kau dah berdosa. Apa yang kau buat sekarang? Kau nak berlindung di sebalik hijab kau atas dosa kau? Such a hypocrite. Kau ingat pakai hijab, Allah akan ampunkan kau? Take off your hijab, woman! You don’t deserve it!”

“Hey akhi! Kau si pendosa. Kau dengan megahnya langgar arahan Allah untuk tundukkan pandangan. Kau zina hati. Kau ingat dengan serban atas kepala, solat tak pernah tinggal, Allah akan pandang kau? Solat kau sia-sia. Dah alang-alang kau bermaksiat, you just go ang get that girl, man.”

Itu iblis yang akan datang hasut kita. Supaya kita tak ada pengharapan kat Allah. Supaya kita berputus asa dari rahmat Allah. Supaya kita jauh dari taubat Allah.

Wahai mawar Jannah. Wahai tetamu Firdaus. Tiada siapa yang tak pernah berdosa. Sebab kita hanya hamba biasa. Mungkin kita rasa terhina. Kita rasa putus asa. Tapi knows that, Allah bukak pintu taubat, pintu pengharapan yang seluas-luasnya kepada kita. Untuk kita kembali padaNya. Untuk kita sentiasa berharap padanya.

Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Az-Zumar, 39 : 53

Jazakumullahu Khayran Katheera..

Thanks for reading.


Kisah Kabus Qaseh © 2014