Wednesday, January 21, 2015

Cuti-cuti Malaysia..

Wednesday, January 21, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Wahaha. Lama suda tak jenguk blog. Muahaha. Baru tau gian. Seminggu cuti, balik Malaysia. So blogging tolak tepi sat. Haruss le. Blogging pun blogging, tapi ma aku still number 1. Gila tak. 6 bulan sekali balik rumah. Kalau la aku balik rumah tapi berkepit dengan blog, mau kena ketuk dengan periuk Vantage ma aku.

“Kalau balik nak ngadap laptop je, baik tak payah balik. Muka ma ni sikit lagi lawa daripada laptop tu, tapi dengan bende sekeping tu jugak kau berkepit”, bebel Puan Laila.

Okeh, bohong je.

So, seminggu kat rumah. Cukup ke seminggu? Tak! Aku seorang yang tamak. Aku mau lebih. Wakaka. Tapi biasa la, hidup student medic, kena banyak redha. Tak gitew? Since seminggu je, memang spend kaw-kaw la kan. Jumm, tetibe rase nak share pulak seminggu di Malaysia aku.

Poyo Ika. Poyo. Bajet ade orang nak dengar cerita ko je.

Pedulik, kesah hape. Nak jugak cerite.

Sabtu 10/1

Flight aku pukul 5.50 pagi lagi. Gigih gile nak balik awal, pagi buta pun aku sanggup. Kebetulan flight same dengan Shaf and Ira. Tak pakat pun. Sebab kali ni aku beli tiket sendiri. Dulu-dulu balik je mesti pakat dengan member, konon nak cari geng balik. Biar ade teman. Tapi since aku pernah balik Malaysia sorang-sorang sem 2 lepas and masa tengok abah, so tahap confidence tetibe tinggi pulak. Konon takde masalah la kalau sensorang pun. Awalnya Shaf kate keluar pergi airport a.k.a bandara a.k.a bandar udara, pukul 2.30 lagi, tapi pak supir yang jemput kitorang lambat, sebab nak kena ambik seniors from Mulana dulu. Kitorang naik shuttle, beramai-ramai. 2.30 aku dah siap packing barang, tunggu sampai pukul 3 lebih. Haa, jangan tak tahu. Aku sekarang packing barang pun last minute. Dulu kemahen, lagi seminggu nak balik, luggage dah siap packing dah. Tunggu nak kena angkut je. Kali ni, dan dan packing sebelum bertolak pergi airport.

Alkisahnya, luggage aku nak sumbat dengan ole-ole untuk family. Tapi Jumaat 9/1 tu baru aku shopping barang nak bawak balik. Sebab tu tak packing awal-awal. Habis je exam, balik rumah jap, terus keluar pergi Bandung dengan Raja, Jura, Enin, Zai, Shu, Syera. Pukul 10 lebih sampai rumah. Tido 2 jam, mintak bebudak ni kejutkan sebab tak packing lagi kan. Tepat pukul 12, Enin kejutkan. Punctual sangat. Muahaha. Pastu dengan mamainya, pening kepalanya, nak tak nak aku packing jugak luggage aku. Maunya tak pening. Minggu exam, memang aku tak cukup tido. 2,3 jam je aku tido. Siap packing luggage, aku kemas bilik kejap. Kejadah sungguh, tak pernah-pernah pukul 1 pagi kemas bilik. Wahahaha. Sape nak buat aku jadik menantu meh la.

Kebetulan Jura tak tido malam tu. Sementara tunggu pak supir sampai, aku layan Umar the series dengan Jura jap. Sempat je. Wahaha.

Flight kurang lebih 2 jam. Bertolak 5.50 pagi waktu sini, sampai dalam pukul 9 waktu Malaysia. Since Malaysia 1 jam awal.


tolong sesape habaq mai kenapa exam akan buat pipi dan lengan aku bengkak?

Malaysia, Wan Norshafika in the house!

Kak Ja yang datang jemput aku. Aku tak balik Kelantan terus sebab nak spend masa dengan Keysha Fakhira! Wahaha. Bila lagi uolss. Keluar KLIA, kitorang singgah UKM Bangi jap, nak jumpa akak aku. Sebab kebetulan Kak Linda ade discussion kat sane. So tak sempat nak jumpa kat rumah, kitorang terus jumpa kat UKM je. Makan-makan jap, then blah. Terus pergi rumah Kak Wan kat Wangsa Maju. Hehe. Kompius le ituuu banyak-banyak nama. Aku ramai kakak hokeh.

Meh sini nak introducekan siblings aku dulu. Nanti idok le kome sume pening-pening nak mikior.

Aku ade 4 kakak. Kak Jie yang sulung (32). Sekarang kerja kat Terengganu. Kak Wan 2nd (29) merangkap ibu Keysha. And Keysha is the only niece yang aku ade so far. Yepp, so far because I’m expecting lots more nieces and nephews. Miahaha. Kak Ja yang 3rd (28). Dia la yang selalu jadi mak supir tak bergaji aku. Then Aten yang 4th (25). She’s the only one yang aku tak akakkan. Sebab rase awkward. Miahaha. Dulu main aku kau je. Sekarang je dah sopan sikit. Kitorang cakap I U.

Sape percaya memang nak kena sekeh.

And I have another sister, Kak Linda. She’s not my real sister actually. Tapi ma jaga dia dari kecik. Furthermore ade la sikit blood related, even bau-bau mempelam je. So she’s like a real sister dah.

Then aku ade sorang abang, Izham. He’s now 23. Dah kerja. Ade adik pompuan, yang aku panggil adik. Hehe. She’s 5 years younger than me. We’re the one yang paling jauh jarak umur.

Okeh, so spend 2 hari kat rumah Kak Wan. Keysha dah besar!! 1 tahun and extra. Uuuu. Dah boleh berdiri, tateh sesikit. Tapi dia kurang la sikit dengan aku. Iyolah, ade mak sedara yang comel ni pun jarang jumpa. Geram sangat aku dengan Keysha. Atoto. Sikit lagi aku rase nak penyet-penyet, sumbat masuk beg, bawak balik Bandung. Keysha dah pandai babbling even uu aa ii je pun. Melum pandai panggil ibu dia lagi tapi panggil miawwww pandai. Apokono eh ini budak. Kucing itu jugak yang ko nak. Keysha suka buat mmmuah, manja nauuu. Pandai high five, salam, kiss pipi. Tokojut la jugak eden. Genius hupenya anak sedara. Wakaka.


Same tak? same tak? Same comel kan....


Isnin, 12/1

Saya sudah di Teratak De’Laila. Konon sangat. Fine. Aku dah sampai Bukit Awang. Hamikk ko. Ma aku actually suke nauu name De’Laila. Klasik tak ma aku?

Aten asalnya stay kat Terengganu, rumah Kak Jie. Saje temankan Kak Jie since dia still melum keje. Tapi dah aku balik rumah, harusss le anak dara itu pulang ke rumah jugak. Aku, Aten and adik, kitorang 3 serangkai memang unseparable. Abah selalu panggil kitorang 3 Abdul. “Abah, anak abah ni pompuan”, jawabku. Baru tau ko pompuan.

Ma dengan nenek, selalu bebel kalau kitorang 3 orang beramah mesra, bergelak ketawa, bergurau senda.

“Anak dara, gelak tu elok-elok la sikit. Orang datang nak minang, tak langkah pintu pagar lagi, dah balik semula dengar korang gelak.”

“Bebudak ni, lapar pun bising. Kenyang lagi la bising. Pastu bangun esok pukul patblas”

Epic gile kan ma aku.

“Bebudak oii, jangan gelak-gelak sangat la. Nanti kalau semua dah takde, sunyi pulak ma”

Yang itu sedihhhh. Iyolah, nanti aku balik Bandung, Aten pulak kalau tak goyang kaki rumah Kak Jie, kerja. Dah sah takde kat rumah. Tinggal adik dengan abang je la kat rumah. 2 orang tu pulak mane la ngam. Nama je adik beradik ramai, tapi tup tup tinggal berapa kerat tu je kat rumah.

So ini hari, spend masa kat rumah. Sambil dalam kepala dah plan esok nak suruh ma masak apa, lusa masak apa. Advantage ko belajar jauh, bile balik boleh nyendeng kat ma, buat muka kesian. Minta masak itu ni. Alasan, “Ma, kat sane mane ade nasi dagang. Dah la balik jarang, kalau kempunan nak makan ma masak camno? Nanti jadi batu belah batu terlungkup tu pulak karang.” Okeh, over.

Tapi ini hari, puas la aku makan nasi putih dengan ikan kembung masak kicap leftover semalam sambil ditemani ma aku makan nasi dengan ikan pekasam. Heaven kan?? Thumbs up for the sarcasm. Heleh, pedulik. Leftover ke, left tak over ke, bertambah jugak aku makan. Heh.

Petang, aku ajak adik keluar jap. Cari burger. Hewahhh. Balik kampung, cari burger. Iyolah nokss. Jatinagor tak jumpa burger double special dua hengget lima posen tu. Gigih aku nak eja.


Selasa, 13/1

Lepak di rumah. Pagi sampai petang layan drama. Nonstop. Jangan tak tau, kat rumah aku, drama melayu tu umpama satu isu semasa yang wajib diulas, dibincang dan didebatkan.

“B***h la cite Indon ni. Mane ade polis yang check orang punya result pregnancy test. Tak pasal-pasal semua tau Kasih mengandung.”

Marah Puan Laila terhadap sinetron pukul 2 tv3 ~ Sinar

“Kak Aten, betul la adik cakap Cindy tu bukannya baik sangat pun. Jahat la dia buat Alex dengan mak dia macam tu.”

“Laa, tapi dik, Alex kan couple dengan mak Cindy. Mesti la Cindy marah”

Debat Cikpaten and Cikadik untuk telenovela pukul 3 tv3 ~ !@#$%^& sebab aku tergeliat lidah nak sebut nama tajuk

 “Ma, rugi la ma terlepas episod semalam. Anak Suraya meninggal, dia ambik anak angkat. Tapi lepas tu dia mengandung pulak.”

Ulasan Cikpaten untuk drama pukul 4 tv3 ~ Ku Tak Rela.

Then aku merayau keluar. Tak tahu ulasan next ape. Aku pergi dengan Aten je, naik motor. Hingat nak angkut ma, adik sekali. Tapi last minute abah amik kete, pergi Terengganu. Tengok bola. Ko nampak abah aku macamana? Fanatik nauu ngan sukan tu. 20 orang berebut sebijik bola. Tapi another 2 orang tak nak bola masuk rumah dorang (goalkeeper letew).

So, merempit la aku dengan Aten. Pergi rumah nenek-nenek. Ramai kan nenek aku. Nenek kandung, nenek sedara. Miahaha. Alang-alang dah keluar, terus aku pergi rumah nenek belah ma dengan abah terus. Dekat je pon. At first aku bajet sebelum Maghrib balik la kan. Sudahnya masuk Isya’ tu baru la kitorang balik. Tu pon nasib baik ma call panggil balik. Muahaha. Since kitorang anak yang mendengar kata, kitorang balik la jugak jam 9. Wahaha. Tak pernak wehh balik rumah memalam, dengan motor. Apa mau jadik la dengan ini budak. Tapi sebabkan keluar bukan tujuan maksiat, melainkan dengan tujuan berziarah dan merapatkan silaturrahim, Alhamdulillah, sampai jugak rumah dengan selamatnya. LOL


Rabu, 14/1

Heh, ini hari aku lepak rumah je dari pagi sampai petang. Lepas asar, ajak adik dengan Aten teman aku pergi kedai jahit. Alang-alang singgah rumah nenek sedara ma a.k.a guru ngaji aku dolu-dolu. So nenek suruh aku jenguk dia. Hengat sikit jasa.

Alkisah pulak, kawasan kampung aku memang banyak sawah. Dolu-dolu rase takde cantik manenya. Tapi lepas je tengok cerita Cun, tetibe naluri sukakan sawah ni meluap-luap dalam diri. Nak je bina rumah tengah sawah. Nasib je aku tak main dalam lumpur, panjat belakang kebau, mekap kat kebau jadi Beyonce. Kalau tak haru orang kampung jaja cerita anak Puan Laila dah buang tebiat.

Dah tu pulak kitorang 3 Abdul ni memang sawan sikit bab bergambar kat sawah. Konon damai leee. So berphoto shoot la kitorang kat sawah sambil orang lalu lalang perhatikan kitorang posing di situ. Feymesss sangat seyh rase diri ini.


yepp! that's us. that is the 3 Abdul

and yepp! that's ever so cute and gorgeous me. someone lempang aku please.

Khamis, 15/1

Keluar rumah awal pagi dengan ma, abah, Aten. Pergi Machang dulu, temankan Aten buat IC baru. Tapi membebel jugak itu pompuan. Katenya muka melumm cantik lagi. Resdung punya pasal. Wakakaka. Tapi since tak nak kena denda sebab belum renew IC, buat la jugak. Pastu breakfast, me makan nasi kerabu. Aku ade suruh ma masakkan sebenarnya, tapi politik ma boleh tahan. “Haa, ni Ika dah makan nasi kerabu, tak payah la ma buat.” Jawabnya no nasi kerabu from my ma T_T

Then off we go to pasar minggu Pasir Puteh. Muahaha. Sebelum tu, masuk kedai kain dulu sebab aku nak cari kain nak buat langsir. Aku punya langsir kat bilik ni tak berapa kena sangat dengan jiwa bebas dan kanak-kanak Ribena aku ni. Haha. Ngadew kan kite.. Haa, jangan tak tahu pulak ma aku dulu tukang jahit femes kat Bukit Awang. Glamm nauu bunyinye.

Nak showing off langsir baru, tapi belom pasang. Aku tak tau mane nak cari besi penyangkut tu. Masalah.

Lepas tu masuk pasar minggu. Ikutkan hati nurani aku yang tengah memberontak nak bershopping ni, memang nak je aku jelajah sampai hujung. Tapi separuh jalan, ma kate tak larat. Nak balik dah. So balik la kitorang. Sebelum tu ikut abah setelkan hal dia jap. Tapi abah dah tak boleh drive dah, lenguh belakang. Tu la, since yang abah accident jatuh tu dulu, abah tak boleh jalan banyak dah. Nanti cepat sakit belakang.

Kan abah pakai braces Jewett untuk support tulang dia. Abah tak pakai cast yang simen tu. Bende alah Jewett tu boleh bukak pakai. So bila nak jalan jauh sikit, abah akan bawak braces tu. Bukan braces gigi naaa. Tapi hari tu abah tak bawak, kesian jugak la. Ma cakap, tu la, anak dara dia memang tak kenal erti penat lelah kalau bab berjalan ni. Diangkutnya pulak orang sakit ke hulu hilir buat jadi pak supir. Nak buat acano aihh. Kurang asam punya anak. Nasib ko tak kena sumpah jadi Ford Fiesta je.

Tengahari balik, petang tu keluar lagi pergi Jerteh pulak. Jerteh ni sebenarnya dah masuk area Terengganu, tapi magicnya sebab just 15 minit dari rumah aku. Magic tak? Magic tak? Sekeh mahu Ika? Sampai je rumah, tengok-tengok kereta Kak Jie ada kat laman. Eh, surprise sangat. Sebab plannya nak pergi Terengganu Jumaat, boleh jenjalan. Pastu since kesian Kak Jie nak kena fetch kitorang, then drive ke Terengganu then hantar kitorang balik Kelantan, then drive balik ke Terengganu. So 3 Abdul ni plan nak pergi naik bas je. Dah deal dah dengan Kak Jie gitu plannya. Tup tup dia balik. Supriseeee!


Jumaat, 16/1

Pepagi lagi dah bangun. Kan nak pergi jenjalan ke Terengganu. Ko memang Ika. Nak berjalan je, kemahen awal ko bangun. Pergi kelas, liat benauuu. Patblas kali orang kejutkan, ade hati nak selubung lagi. Ma buat nasi dagang ini hari untuk breakfast. Muahaha. Gigih aku showing off kat korang.

Yang ikut cuma Aten, adik, abang, Kak Jie dengan ma. Abah tak ikut sebab penat, kan tak boleh jalan jauh sangat. Jadi la abah orang bujang ini hari. Then off we go to Terengganu.

dalam kete pun jadik la


Dalam 2 jam je nak pergi Kuala Terengganu. Pergi rumah Kak Jie dulu. Lepak-lepak jap. Tido dulu, recharge energy.

bangun tido terus selfie. apo nak jadi la bebudak zaman sekarang. and thumbs up to Wan Muhamad Izham

Lepas Zohor kitorang keluar visit Masjid Kristal. Ni 2nd time aku kat Masjid Kristal. Tapi kejap je la. Dah matahari terpacak atas kepala, berkilau benau masjid. Rosak mata iolss. Shade takde pulak. Miahaha. Tak de la. Sebab tak tahan panas sangat.



panas tak panas, jummm bergambau


spoil sungguh camera ade rintik hujan kot. alahai cameraku



bajet merenung nasib di kejauhan

Then pergi pantai. Aku pun tak hengat ape ke nama pantai itu. Dah lama benauu tak pergi pantai, sawan aku. Konon main kejar-kejar dengan ombak, gedebushhh basah. Pedulikkk.

tantekkk kan? kan?

ngehhh. mujur perut tak naik.


konon senyum sangat padahal cuak takut nanti ade ombak kuat

and yepp! that's me with seluar yang dah basah sampai lutut

Lepas tu naik kereta kuda. Bajet princess sangat uolss. Dah ape kejadah aku naik mende tu pun aku tak tahu.



adik cuak nak mampos, kemas pegang tangan aku padahal kete kuda pelan je pon. saje ko nak manje2 ngan akak ko yang comel ni kan

Then makan time! I was recommended to try nasi ayam sebab katenya femes nauu nasi ayam situ.


makan!!!!

Lepas solat Asar, ma beria ajak kitorang pergi pasar malam kat Tanjung. Katenya kat situ best. Melilau jugak cari sebab Puan Laila bukanlah puan waze yang profesional. Then it’s pasar malam time!

Lepas Maghrib, bertolak balik. Sebelum tu singgah Waterfront jap. Ala-ala ICT tu. Kejap je. Bergambau jugak tapi gelap. Miahaha. So aku tak masukkan. Plan asal, kitorang nak stay rumah Kak Jie. Aku siap paksa adik finishkan semua homework dia awal-awal lagi. Tapi last minute ma ikut, so tak jadi la nak stay.

“Korang takpe la takde laki. Ma ni ade laki. Tak boleh la nak bermalam rumah Kak Jie”

Kereknya ma mentang-mentang ade laki. Fine ma. Fine.


Sabtu, 17/1

Not going anywhere. Sebab ma paksa tulang 4 kerat kitorang ni bekerja. Konon bagi bakar lemak. Mau kasi michellin tayar aku ni kempis. Miahaha. Kitorang dipaksa untuk tolong ma bersihkan kedai dia. Since hari tu banjir sikit kat rumah. Takde la melimpah naik atas rumah, tapi still nak kena bersihkan kawasan depan tu.

Then malam keluar kejap. Shopping barang nak bawak balik sini. Barang wajib beli harus megi. Aku rase macam berdosa sangat kalau balik Bandung tak bawak megi. Wakaka.

yeppp! that's right. still dalam luggage. tak sempat kemas. pfft ika.

Yepp. Megi aku 6 paket. Muahaha. Ingat nak boikot Maggi, so aku beli Mamee. Tapi Maggi asam laksa sangat la menggoda jiwa dan perasaan aku. So beli la jugak. Wakakaka. And yepp, aku beli kunyit, sebab kunyit sini tak best. Bajet aku masak je padahal bangun pagi cari MD. Wahaha. Asam jawa sebab itu hari tengok Ainin bawak. Agaknya sini takde kot, hentahlah. Tak tau jugak. Aku beli je. Ngade. And yepp again, that is tumbler Angry Bird. So what?? Dah aku suka, aku bawak la. Sebab sini takde. Dalam plastic putih tu aku bawak beras wangi, nanti nak masak nasi dagang. Insha Allah. Kalau rajin. Muahaha. And dalam plastic guardian tu (LOL), ade ikan bilis and belacan a.k.a terasi. Ma cakap belacan best, Terengganu mari. So hape lagi, aku bawak la. Muahaha. Barang free bai.


Ahad, 18/1

It’s bye-bye time! Lambat bangun, lambat keluar rumah, terlepas flight KB-KL. Sob sob. Mujur sempat je catch yang KL-Bandung. Nanti-nanti kalau aku rajin, aku cerita la pasal terlepas flight ni. Muahaha.

Then around 5.00 WIB, I arrived at Bandung! And welcome to the hectic and miserable life!


Thanks for reading :)



Kisah Kabus Qaseh © 2014