Monday, December 15, 2014

Blogging..

Monday, December 15, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

It’s me again. Rase macam lately banyak pulak update. Iye dok? Hehh. Ni time aku rajin. Tunggu la time aku malas nanti, bersarang la jawabnya. Aku takkan kate tunggu time busy, sebab well, heran ape. Busy tak busy, blog tetap blog. Wakaka. Blogging bagi aku, bukan la keje yang sia-sia, at least bagi aku la kan. Laen orang, lain la cerita. Bagi orang yang tak suka blogging, maybe diorang fikir, “dah ape kejadah la asyik blogging je? Tak boring ke?” Tak!

Aku sangat suka menulis. I mean, kalau aku nak bercerita apa-apa pun, aku lagi suka menulis. Skill mulut dengan tangan aku ni tak sama level uolls. Haha. Sebab tu aku suka blogging. Sebab aku rasa banyak benda yang aku nak cakapkan, and Kisah Kabus Qaseh ni umpama platform untuk aku bercerita and berjemah sesuka hati kat sini.

Benda ni same la macam Twitter, Instagram, FB, and bermacam-macam kejadah lagi la sosial site tuh. *maaf, tak familiar. Hihhuu* Ade orang fikir FB, Twitter, Insta ni bende lagha. Expose diri.

Tapi who knows, tujuan bertwitter is that diorang nak tweet hadis of the day, quotes sentap yang bikin insaf. Kat Insta, share sikit ape ayat apa yang dah tadabbur hari ni. Who knows diorang layan FB sebab nak tengok update kawan-kawan. Study kat mane, course ape, dah kawin ke. *ehh?*. Kalau yang jauh dari family, lagi la, nak tengok family macamana, anak sedare dah besar ke, dah boleh jalan ke. >Rindu Keysha…< *ehh, tetibe?*

Macam aku la pulak, aku jenis yang bukan kaki sosial site. Bukan kaki FB, bukan kaki Twitter. Insta jauh sekali. FB aku tu, memang bersarang sangat. For those yang pernah wish birthday aku and aku reply 2 month later, or those yang selalu mesej aku tapi 4 bulan lepas tu baru aku reply, honestly I’m so sorry. Hehe. Kadang-kadang rasa kelakar jugak. Abang aku pernah mesej aku, tapi berjaman baru aku bukak. Dia kirim mintak beli aku something tapi last-last dia beli sendiri sebab katenya aku lambat. Aku rase kelakar la, orang lain sakit jiwa dengan aku. Eden mentak maap eh.

Twitter, paling-paling ade la aku share gambar yang aku edit. *cekidaut la kat page Halawatul Iman* Tu je la yang paling koman aku buat sebab aku tak pandai nak share cerita aku dalam 2 ayat je. Aku just tak reti. Nak jugak sembang banyak-banyak. Haha.

And Insta, entah la. Tak berape nak gemor. Twitter dah ade, cukup la tu kan. So, conclusion memang aku takde Insta.

Aku noob? Kuno? So, what?? Hade haku kesah?

Paling koman aku biase buat, aku belek blog orang. Macam blog FL, Maria Elena, and ade some of my friends. Tu je la yang aku biase buat untuk cari tau cerita orang. Bace komen, status orang kat FB, Twitter, Insta? That’s just not really me. And aku layan Vlog. Tu je la kot. Haha.

Sebab tu la aku cakap, laen orang laen la pandangan diorang. You have your own, and I have mine. I respect yours, and you respect mine. End of conversation. Haa, giteww.

And sekarang, musim kawan-kawan aku start berblogging. Alkisahnya kitorang nak kena siapkan report kelas UKM Insaniah tu. Prob is that kitorang takde system iFolio macam students kat UKM sekarang. For the previous 6 credits, kitorang just buat report yang simple-simple tu, then emel je kat lecturer UKM kitorang, En Qayyum. Tapi kali ni, kitorang dengan lecturer laen, En Adi Irfan, and dia tak nak kitorang emel je, sebab nanti beratkan folder dia untuk bukak each of our report. So, dia nak something yang dia boleh access di alam maya. Gitew.

So, since blogging lebih senang, most of us prefer buat blog and bagi hyperlink blog kat dia. Nanti semua attachment pun pakai yang dah diattach kat blog. Sekarang notification kat Google+ aku melambak-lambak pasal post blog member. Sikit-sikit Kemahiran Insaniah, UOR, Rainbow. Hihuu.

On top of that *ciwwah*, cara pembuktian yang En Adi nak, not as simply as bagi gambau, hambik nak gedebukk je. Tapi nak jugak video. And dia sarankan kitorang untuk try upload kat mane-mane sosial site. Dia bagi contoh students dia yang lepas, semua pakat upload kat Youtube. Like, seryesly? Dorang upload Youtube? Heh, selama ni, aku salute la sape yang upload kat Youtube tu. Sayang gile la kat korang youtubers sekalian sebab berjaya buat aku jadi burung hantu depan laptop. *ngehh, perlu ke kesarcastism ini?*

And then sampai la one day, aku pun mengupload jugak video aku di Youtube. Fulamakkk. High five sikit Youtubers sekalian.

Okeh, poyo Ika. Poyo..

Memang ade improvement la jugak kot aku ni. Start dengan blogging, pastu dah mengedit-ngedit gambar, pastu start buat video, dah tu upload kat Youtube pulak.

*Ceitt. Poyo tak sudah*

Tapi betol la, kalau bukan aku yang nak sedar dengan improvement sendiri, sape lagi. Ma aku pesan, kalau naik lift tu, tekan sendiri. Faham? Tak faham letew ~ ~

Hehe. Improvement aku dalam bidang multimedia ni, Alhamdulillah. Kalau tak, memang takkan wujudnya blog ni kat sini. Untuk Katcha! pun aku banyak buat poster kan. Alhamdulillah, pengalaman baru. Mane pernah seumur hidup buat poster. Dulu masa pertandingan poster sempena Minggu Antidadah kat sekolah, ade la buat poster gambar tengkorak, gambar rokok. Keh keh keh. Tak pun masa zaman matriks dulu, aku buat flyers jual shawl, tampal kat depan pintu bilik. Tampal kat dinding blok asrama. Flyers yang takde orang pandang pun sebenarnya.  Asyik aku je yang pandang. Turun nak pergi kelas aku usha flyers sendiri. Balik kelas, aku pandang lagi. Nak turun beli makanan, aku pandang lagi. Pandang je takpe la, ni sengih sorang-sorang. Aku memang seorang narcissist. So what?


Okeh, abaikan. Aku dah start merapu meraban dah. Tapi seryes talk, aku sendiri rasa bangga dengan pencapaian aku. Sebab aku dah start buat something yang aku tak pernah buat. Hidup mesti mau maju. Yo idok?

Aku sendiri tak tau la macamana nak cakap. Sebab kita sendiri kot yang boleh rasa bende tu. Kite sendiri yang boleh rase bahagianya bile kite sendiri tengok improvement kita.

Nak cerita pasal 3,4 hari lepas, lagi la aku happy nak rak sebab aku dah berjaya untuk crack satu software video editor ni. Alkisahnya, aku ade suka satu video editor ni. Tapi trial version, so bile buat video, dia akan ade watermark besar-besar kat tengah tu. Memang spoil la kan. Aku cuba untuk crack tapi tak jadik. Dekat berpuluh kali jugak la aku try. Aku tak tau nak cakap berapa jam aku boleh spend depan laptop semata-mata untuk crack bende tu je. Tu kisah 2,3 bulan lepas. Bila dah asyik fail, aku almost give up.

Tapi, tett!! Jangan ingat semudah tu Wan Norshafika akan give up. 3,4 hari lepas, aku try lagi. Then, believe it or not, aku boleh crack trial version tu!!!! Melompat la aku. Happy bagai nak rak wehh. Hihuu. Aku pergi bilik Enin, cakap yang aku dah berjaya crack bende tu. Aku melalak-lalak, menjerit happy, gelak depan dia. Sekali dia cakap, “scarynya ko”. Pfft.

Then pergi pulak bilik Shu, cerita kat Shu. Aku cakap la, aku tak tau macamana nak describe aku punye happy ni. Sebab imagine la, dekat 2,3 bulan aku stuck kat bende tu je. Shu cakap, “haa, Shu faham macamana perasaan tu. Happy kan? Ika je yang boleh rasa, orang lain takkan faham”.

Betol, setuju! Sebab aku rasa aku je yang tau macamana rasa tu.

Macam sekarang ni la, bile dah boleh buat poster, boleh buat video, aku je yang rasa bahagia tu. Orang tengok mungkin akan cakap, “Alaa, ko takpe la. Memang dah biase buat kan. Lagipun video je, so what’s the big deal?”

Dude, it is a big deal for me. Aku bukan lahir-lahir je dah boleh buat video, boleh edit gambar. Aku tak biase buat video. Ape ko ingat buat video ni memang kerja daily life aku ke? Aku start daripada kosong, nil, zero. Aku tak ambik kelas multimedia. Aku tak bayar tutor untuk ajar aku buat video. Aku tak jugak menuntut daripada sesape. It’s only me and my laptop. Me and my determination, my curiousity.

Aku tak kisah spend berjam-jam depan laptop just untuk discover small little thing even about macamana nak masukkan text dalam video. Or macamana nak overlay sequence image dalam video. Sebab bile ko discover sendiri, baru ko tahu macamana rasa puas hati tu. Daripada rasa puas hati tu la yang buat aku every day makin eager and makin minat multimedia ni.

Sekarang musim ramai member aku start buat video untuk pembuktian report. Boleh tengok la sorang-sorang muka berkerut je. Stress le buat video. Haa, baru tau macamana susahnya nak buat video kan. Lain kali respect la those yang selalu buat video. Jangan pandai komen je, jangan pandai mengarah itu ini je, jangan ikut kepala ko sorang je nak apa, at least consider la sikit orang lain kan. *haa, dah kenapa emo pulak?*

Kalau ikutkan, memang aku nooby multimedia. But sekarang, ade la few friends aku sendiri yang sedar improvement aku. Macam Zaidathul, dia selalu la cakap, aku ade skill, ade talent, tau banyak pasal bende-bende ni. Padahal, ape yang aku tau, tak la sebanyak yang diexpect pun. Tapi macam sekarang pun Zai dah start blogging. And dia mintak aku yang ajarkan satu-satu. Shu pun selalu cakap, kalau bab buat video, dia tak sampai standard aku lagi. Kalau ikutkan, standard buat video aku pun cikai jugak. Aku pun tak tau jugak macamana impression diorang kat aku. Ade yang selalu tanya aku, mana aku belajar mengedit,belajar buat video, belajar blogging. Aku tak belajar dengan sesape. Tapi aku suka discover sendiri. Tu je yang aku cakap.

Tapi one thing la yang aku nak tekankan. Jangan expect semua benda mudah. Sebab kalau benda mudah, macamana kita nak belajar untuk bersabar. Iye dok?

This is my experience talking to you.


Honestly aku seorang yang sangat tak sabar. Aku tak suka bende yang require aku tunggu lame-lame. Atau bende remeh yang aku kena spend lots of my time tapi hasil yang sangat ciput. Macam memasak. Ambik mase sejam, 2 jam. Nak prepare, then masak, basuh, kemas. Tapi total masa untuk makan? 15 minit? Boleh la tu kot. Kalau kate kunyah 40 kali, campur makan sambil bercakap, lama la kot sikit.

Okeh, whatever. Tapi nak katanya macam tu la aku punya tak suka terhadap bende-bende macam ni. Tapi bila aku banyak buat poster, banyak mengedit, buat video, well, I learn something.
P.A.T.I.E.N.C.E

S.A.B.A.R
Alkisahnya lagi, ade one of my friend ni, seryesly, aku sentap la sikit dengan dia. *dah kenapa curahan pulak? hehe*. Dia mintak software video editor kat aku. Nak yang senang. So aku offer untuk tolong downloadkan Windows Movie Maker tu untuk dia. And aku pun bagi jugak software yang aku pakai. But then dia tak puas hati dengan video editor aku sebab takde function yang movie maker ade. Bentak-bentak pulak.

Panas wehh.

Ehh, uolls jangan la expect semua video editor ni same. Ade software yang takde function ni, ade software yang ade function ni. Semua pun macam tu kan. Comparekan WeChat dengan Whatsapp. Same ke? Whatsapp ade ke tempat nak share moments bagai tu? Even Whatsapp sendiri pun, bila dah update, berbeza dah dengan version lame. Kan? Betol tak?

So, jangan la nak benda yang mudah je. Kalau even benda kecik macam tu pun dah banyak complaint, banyak merungut, what would you expect bile nak buat video nanti? Bertimbun la komen jawabnya. It just that aku tak pandai nak layan orang stress. Tak lame memang aku bantai orang tu balik la jawabnya. Hihuuu. *Acano awak nak jadi doktot ni Ika?* Again, actually aku bukan sorang yang penyabar sangat untuk layan rungutan, komenan, komplenan orang.



Okeh, see you again. Till then,

Thanks for reading (“,)


p/s : Dear ‘that friend’, I’m sorry to bring things up. Just wanna tell you something in a way that you won’t feel burdened kalau aku cakap direct kat ko. Even bile ko bace pun, ko boleh pretend that ko tak bace and knows nothing bout this. Sebab honestly, I’ll never know either you read this or not. Kan. Love you <3


Kisah Kabus Qaseh © 2014