Saturday, February 28, 2015

Ready..?

Saturday, February 28, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Laptop aku tengah problem! Virus! Word tengah delirium and confusion. Urghh. Tensenn. Tensen. Da la aku buat kerja banyak pakai word. Hadoyaii. Da la pulak semalam macam tah hape-hape. Punya gigih keluar awal pagi sebab nak print out notes. Sekali pendrive aku masuk virus.

VIRUS! Hoyyeah. Bahagia sangat haku. Semua files hidden. Memang tak boleh bukak langsung. Lepas satu-satu PC aku try. Tak jadik. Pergi kedai lain, pun tak jadik. Aku cuak nak mampp la, macamana nak present LI dalam kelas nanti. Sebab aku memang takde notes langsung. Dah la baru siapkan LI pagi tu jugak. Gigih aku tak tido malam tahu. 2 jam sahaja tidurku.

Masalah lagi bila stail flipchart aku untuk presentation pun ade macam hampeh je. Dari 9 page notes, terhasil la flipchart aku selai je. Setakat tulis tajuk, memang haprak la kan. Mane boleh pakai. Muahahaha. Selalu memang aku punya flipchart tak lebih selai. Tak kisah pun sebab aku memang jarang refer flipchart. Aku ade notes, tutor-mates pun ade notes, so flipchart tak pakai la. Hadoyaiii Ika.

Kalau bebudak ni selalunya tak de notes pun no biggie sangat sebab flipchart memang dah penuh dorang copy notes. DNA pemalas aku kan dominant, so memang kuasa sangat la kalau aku nak salin balik semua notes dalam flipchart.

So jawabnya aku kene press otak aku habis-habis. Bukak sume folder dalam kepala. Bersihkan habuk-habuk. Sebab yeahhh, I’m gonna present without notes and with a one paper flipchart. Kui kui kui.

Tapi never mind, bukan tu yang aku nak kisahkan sebenarnya hari ni. Itu cuma luahan hati aku yang mengadew nak merungut. Sekeh jugak karang. Merungut ape barang. Punya la banyak nikmat Allah, tapi 1 ujian je buat ko merungut? Pfft Ika.

Semalam lepas kelas, kitorang ade usrah. Kali ni buat kat rumah Kak Wani. Selalu-lalunya sebab nak senang kitorang biasa berusrah kat Masjid Raya. Habis je lab anatomy, terus berlari-lari anak ke Masjid Raya. Miahaha. Tak de la berlari pon.

Dalam usrah semalam, Kak Wani dengan Kak Amee ceritakan balik pasal As-Saff dengan >Wahai Pemuda< sebab Ainin dengan Mieja tak dapat ikut itu hari. And untuk refreshkan diri aku balik la. Baru seminggu tapi mane tahu dah bersawang da pulak.

Semalam aku baru terfikir betol-betol tentang WP ni. As if aku baru dapat balik benda ni. Akak-akak mainly cakap pasal bergerak. Bergerak ke manakah? It’s not that bergerak untuk jenjalan ke, vacation ke. Tapi sebagai pemuda-pemuda, fityatullah yang da dapat fikrah Islam ni, kitorang kena bergerak untuk menyampaikan ape yang kitorang tahu and ape yang kitorang faham. Bergerak untuk bawak fikrah Islam tu.

Teringat kata Kak Ain dulu mase kitorang rehlah kat waterfall, “dakwah ni macam air sungai yang mengalir. Cuba bayangkan kalau kite tahan air tu, sampai tak ke bawah? Dapat tak orang kat bawah rase air yang sejuk ni? Macam tu la dakwah. Kalau awak tak menyampaikan, apa yang awak dah dapat tu takkan sampai kat orang.”

Kak Wani tanya Ainin dengan Mieja, lepas da faham pasal As-Saff and WP ni, dah bersedia ke nak bergerak. Sebab nanti bila akak-akak kitorang akan balik UKM, kitorang la yang akan pegang adik2 bawah kitorang. So dah bersedia ke nak pegang diorang. Bersedia untuk pegang usrah adik-adik?

Ainin jawab, In Shaa Allah. Sebab macamana pun, memang tu tanggungjawab kitorang kan. Sambil mentarbiyah, kite pun ade jugak ditarbiyah kan. Biar la bergerak selari. Kata Kak Wani, kalau nak mengisi, kite pun kena la diisi dulu kan.

So kalau take a look back, banyak jugak isi-isi yang kitorang dapat. Aku ikut DnT dah hampir setahun setengah. Banyak dah pendedahan yang kitorang terima.

Memula join daurah, kitorang dapat ISK (Ini Sejarah Kita)


   
Tu 1st time dalam 19 tahun aku ikut daurah. Dalam ISK, baru tau macamana hakikat Islam sebenar ni. Graf jatuh bangun agama Islam. Tahu pasal tugas sebenar kita kat dunia. Tahu pasal analogi telur. Comel giloss.

    
Baru dikenalkan dengan tangga Maratib Amal. Then cakap pasal logam iaitu kelebihan, leverage yang ada dalam diri masing2. Tibe-tibe teringat cerita Leverage. Ehh? Haha. Setiap orang akan ade punya la kelebihan masing-masing. And daripada logam tu la kite akan gune untuk bawak fikrah Islam ni.

Contoh, kalau bukak blog dakwah, macam >Mujahadah Itu Pahit<, >Tarbiyah Sentap<, >Angel Pakai Gucci!<, etc, kite akan nampak kan logam dorang tu kat mane. Kat penulisan kan.

Bukak youtube, mytube, ourtube, ade je vlog dakwah. Cik beah osem, Aiman Azlan, etc. Kite pun nampak kat sini macamana creative thinking diorang ni membawak dorang kepada dakwah Islam.


Aiman Azlan

Cik Beah Osem


Banyak lagi sebenarnya cara penyampaian dakwah ni. Tak berkisar kat blog and video je. Sangat banyak. So jumm la bersama tepuk dada tanya iman. Ape logam kite? Macamana nak salurkan logam kite ke arah menaikkan nama islam ni?

Krik~ krik~ krik~

Then kitorang dapat SH (Syahadatul Haq)

  
Mase ni aku rase terbeban sebenarnya. Sebab ni ialah zaman rebel aku. Heh, ingat aku tak rebel ke? Wahaha. Mengaku sangat, dulu aku banyak rebel dengan usrah, dengan daurah. And bile dapat SH ni, rase macam, whaaaattt? Erghhh. Da la aku tak ready lagi nak berusrah-usrah ni, tetibe akak cakap pulak pasal tanggungjawab and amanah Allah.

Amanah yang aku pegang dalam syahadah yang aku dah lafazkan. Rukun islam kita, mengucap 2 kalimah syahadah. Dalam solat, ade kite lafazkan 2 kalimah syahadah. Tapi pernah ke kite sedar sebenarnya ape yang kite lafazkan tu? Kalimah syahadah ape yang kite lafazkan sebenarnya tu?

Aku naik saksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Jeng jeng jeng. Itulah sebenarnya penyaksian kite.

Yet my dear fellas, syahadah yang kite ucapkan bukan sekadar di situ je. Bukan sekadar menandakan, hoyyyeah, aku ni Islam. Tapi tu ialah ikrar kite kepada Allah yang mana kite mengaku kite ni la hamba, kite ni la khalifah. So kalau la tu jawatan kite kat atas muka bumi ni, ape lagi kan. Tugas kite ialah buat kerja tu la.

Macam kite kate kalau sorang doktor ni, kejenya ialah merawat patients kan. Tapi kalau kate doktor ni tak buat kejenya, datang hospital untuk tidur. Datang hospital untuk bersembang dengan nurse cun. Bile ade patients, tak nak layan patients. Tak nak buat kerja dia tu. Agak-agak macamana tu ek?

Sedar tak sedar, sebenarnya kita la sang khalifah tu. Tugas sebagai khalifah ni, berat sangat. Kite nak ajak orang untuk kenal Islam. Kite nak ajak orang untuk bersama-sama bangunkan Islam. Kite nak kena sampaikan fikrah Islamiyah kat orang. Tapi susah tak susah, ade ganjaran yang menanti kite.

Bile tadabur, like seryesly banyak sangat jumpa janji Allah kepada orang-orang yak bertaqwa, yang beriman, yang bersabar. Ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

= An-Nisa’, 4:122
= Al-Hajj, 22:14
= Al-Buruj, 85:11
= At-Taubah, 9:89
= Al-Fath, 48:5
= Ali-‘Imran, 3:136
= Al-Hadid 57:12
= Al-Ankabut, 29:58
= Muhammad 47:12

Saje tak nak bagi ayatnya, sebab lagi best kalau korang sendiri yang bukak satu-satu. Sebab mencari tak sama manisnya dengan dibagi. And bukan ni je, banyak lagi la. Dalam Ali-‘Imran sendiri, beberapa kali Allah sebut. Nanti cari la dalam Quran tu. Ade je. Semua janji Allah ade dalam kitabNya.

Aku pernah tanya akak usrah, kenapa kalau Allah cakap pasal ganjaran syurga, mesti ade statement “yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”. Kate Kak Wani, kalau kate sungai, ape yang kite fikir? Tenang je kan. Sebab tu la Allah statekan pasal sungai ni. Nak tunjukkan betapa indah and tenangnya syurga Allah ni.

Bile sebut pendakwah ataupun da’ie, korang akan fikir ape? Kalau aku la kan, zaman dedolu, aku fikir da’ie ni ialah manusia-manusia yang pakai jubah, pakai tudung labuh, kalau yang laki berkopiah, berserban. And cakapnya nak pasal Islam je. Yang 24/7 nak beribadah je. Tak main la lepak kat shopping mall, paling koman kat masjid. Yang kalau kite ajak bersembang, bergosip, memang harapan la dorang nak join. Yang kerjanya nak menegur orang je. Tengok movie tak boleh, pakai jeans tak boleh, mengumpat tak boleh, minat Kpop tak boleh. Kuno gile. Hidup zaman primitive ke ape? Caymonnn man. Tak payah la nak tunjuk alim sangat.

Cenggitu…

Tapi SH buat aku sedar. Aku pun ialah seorang da’ie. Sebab menjadi da’ie ialah amanah kite. Tanggungjawab kite. Sebab setiap kite yang mengucapkan syahadah ni, kite la da’ie tu. Tak semestinya ko kena pakai tudung labuh untuk jadi da’ie. Tak semestinya kena hafaz Quran untuk jadi da’ie.

Kerja da’ie ni takde limit and takde kosong tak kosong. Takde penuh tak penuh. Takde kite kate, “ehh, ko tak boleh jadi da’ie. Takde position kosong dah. Semua dah penuh.” Takpun tetibe ade iklan kerja kosong dalam paper, “Memerlukan seorang da’ie. Pengalaman kerja setahun. Gaji RM 2500.”

Tapi kalau kite faham pulak tugas kite sebagai ‘abid, hamba Allah, in sha Allah, faham jugak la kot kewajipan seorang hamba tu. Hmm..

Ingat lagi lepas daurah tu, akak-akak tanya, ape yang awak dah buat setakat ni untuk dakwah Islam?

Errrr….

Then ktorang dapat SJ (Sayonara Jahiliyah).



Tahu maksudnya macamana? Maksudnya babaiiii Jahiliyah. Go! Get out from my life! I dun wanna see u anymore. Babaiiii cakap lagha. Babaiii movie marathon. Babaiiii K-pop. Babaii drama. Babaiii bende tak de pekdah. Erghhh!

Sentap tahu tak bile dapat SJ ni. Bile tahu yang jahiliyah ni macamana, bile disedarkan dengan hakikat kite asyik bergelumang dengan jahiliah, rase macam, nehiii babujaiinn!!! Jahiliyah bukan cuma bile ko tanam anak pompuan hidup2, bile merompak, berzina. Jahiliyah bile ko buat ermm.. paham2 sendiri la kot.

Aku rase macam nak sorok muke dalam tanah je time tu. Malu sangat. As if orang akan pandang aku dengan muke belacan and dalam hati dorang, “Ika baru je semalam movie marathon. Dapat tarbiyah, tapi stil buat bende jahiliyah.” Whattt?

And sepanjang aku dalam DnT, aku mengaku yang ade masenya aku tersungkur di kaki jahiliyah. Ade masenya aku lupakan Allah sebab terlalu lalai dengan jahiliyah. Ade masenya aku lambatkan solat sebab lekkk, sikit je lagi movie ni nak habis. Ade masenya bile aku boleh hafal lagu kpop yang bahasenya aku tak faham pun, tapi part mengaji, tajwid tunggang langgang terbabas masuk gaung gedebum gedebamm.

TT__TT

Tapi ingat satu bende ni je la kot. Saidina Umar a-Khattab sendiri pernah bergelumang dengan jahiliyah. Pernah tanam anak sendiri. Tapi at the end, dia juga la sang sahabat yang sanggup berjuang untuk Islam. Khalifah yang memegang tampuk pemerintahan Islam.

Kalau kite sedar yang tak seharusnya kite bermandikan Jahiliyah tu lagi, so wake up maynn! Jangan terus lemas. Kite takde mase untuk “rileks dulu. Nanti bulan depan aku stop la jahiliyah ni.”

Tetibe teringat surah Al-‘Asr,



Then kitorang ade dapat Sejarah Usrah. Tentang macamana sebenarnya usrah ni terbina. Siape pencetus usrah ni. So sedar tak sedar, selama ni ikut usrah, tu bukan sekadar satu bulatan biasa. Tu ialah bulatan gembira. Bulatan ilmu. Bulatan tarbiyah. Bulatan dakwah.

Kenapa dinamakan usrah sebab dalam Bahasa Arab, usrah ni maksudnya keluarga. So kenapa keluarga? Haa, tak semua orang lahir dalam family yang memang menerapkan ajaran Islam daripada kecik. Tak semua orang kenal hijab daripada kecik. Ade orang yang masuk belasan tahun pun still merangkak baca Quran. Mane alif, mana ba pun tak tahu. Ade orang yang belasan tahun baru tahu macamana nak solat.

Sebenarnya kan ajaran Islam dan didikan Islam ni sepatutnya bermula dari dalam keluarga. Bukanlah nak kate salah family yang tak bagi ajaran Islam daripada kecik. Sebab macam-macam lagi la kan faktornya. Tapi still, jangan la pandang perkara ni dari satu sudut yang buat kite rase frust and down. Kenapa family aku macam ni? Kenapa parents tak pernah suruh aku belajar mengaji? Kenapa mak aku pun tak pakai tudung?

Kalau kate kite dah faham benda ni, kite la yang guide family kite. Kite la yang terapkan nilai Islam tu dalam family kita.

Aku sendiri pun bukanlah lahir dalam family yang memang menerapkan ajaran Islam betol-betol. Kelantan pun kan pernah dapat gelaran Serambi Mekah. So suasana Islam tu ade je. Jadinya didedahkan dengan suasana Islam tapi tak terdedah tentang fikrah Islam. Sebab Islam bukan sekadar semayang cukup 5 waktu, puasa bulan Ramadhan. Bukan tu je.

Bile tengok akak-akak murabbi, tudung labuh, cakap sopan, ibadah mantap, buat aku terfikir, untungnya dorang lahir dalam suasana yang islamik. Sampai la mase daurah ni, muajjih kitorang cerita yang dia kenal Islam betol-betol pun bile usia 19 tahun. Baru start betol-betol pakai tudung lepas tu. Tapi perghh, tengok dia sekarang. Mantap seyh.

Sebab tu la wujudnya usrah ni. As if 1 platform baru untuk menerapkan tentang Islam ni yang mana kite tak dapat dalam family. A final chance to finally change.

Then pada masa yang sama dapat tentang Gen-Q (Generasi Quran). Siapakah Gen-Q ni? Jeng jeng jeng. Diorang la para sahabat Rasulullah dulu. Kenapa diorang generasi Quran? Nak kate bezanya generasi kite dengan diorang, para sahabat melihat Quran ni sebagai satu peringatan untuk diorang. Tentang ape yang Allah perintahkan, ape yang Allah larang. And kite pulak bace Quran sebab..? Mak membebel Quran dah berhabuk. Sebab esok usrah kena tadabbur surah ni. Sebab kawan bace, so saje nak tiru dia.

Pada zaman Rasulullah, Islam tak berkembang pun lagi. Berape kerat sangat je. Tapi zaman ni la, Rasulullah tinggalkan sahabat-sahabat yang hati mereka memang pada Allah. Yang aqidah mereka dah mantap habis la. Yang berjaya takluk 2/3 dunia tu. So nak la jugak rase jadi macam diorang. Kan? Kan? Nak tak? Haa.. sangat nak.

Then hari tu dapat pasal Usul ‘Isyrin. Aku dah pun cerita dalam entry >2 hari 1malam< dulu.

Memang rase masih belum cukup apa yang aku dah dapat ni. Macam satu mug yang berisi air. Rasenya kalau nak dibandingkan, ilmu aku tak capai separuh mug pun. Aku rase baru cukup untuk basahkan bibir je. Belum boleh hilangkan dahaga lagi. Tapi cukup la sekadar untuk fahamkan aku tentang dakwah islamiah ni.

Berbalik kepada tadi, sebenarnya soalan yang sama Kak Wani dah tanya kat aku sebelum ni. Jawapan aku, hmm.. tak. Aku rase tak bersedia. Like seryesly betol-betol tak bersedia. Aku rase macam, kalau aku ni stil lemah, macamana aku expect untuk support orang.

Kalau kate aku tengah naik, iman tengah gemilang, In Sha Allah aku akan bawak same orang untuk naik bersame dengan aku. Tapi aku tak nak jadi sebab orang jatuh same kalau kate aku jatuh. Kalau iman aku tengah drop. Aku tak nak tarik dorang same jtuh dengan aku.

Aku tak nak jadi contoh yang salah untuk adik-adik. Sebab pada pandangan aku sendiri la kan, aku pandang tinggi tau kat akak-akak murabbi. Bile akak buat macam ni, macam tu, aku macam .. “perghh. Hebat la akak ni.” Aku ade la kadang-kadang compare diri ni dengan akak-akak. Tengok akak-akak tudung labuh, aku pandang tudung aku. Tengok akak-akak tak pernah cakap lagha, bersalahnya dengan mulut aku. Tengok akak-akak jage ikhtilat, aku cermin diri aku. Even tengok akak-akak bace ma’thurat bile tengah free, ya Allah, mane mase aku dengan Allah? Malunya rase.

Aku tak nak nanti adik-adik akan pandang aku and fikir, “heleh, Ika pun movie marathon je.” Takpun, “heleh, dalam fon Ika banyak je Kpop.” Aku tak nak adik-adik cakap, “heleh, Ika pun bersembang lagha je.” Lagi kalau, “tengok Ika punya pakaian, heleh, tak semenggah je nampak.”

Malu wehh. Aku tak nak macam tu. Aku tak nak cakap je tapi tak buat. Ingat lagi As-Saff, 61 : 2-3. Betapa Allah tak suka orang yang cakap tapi tak buat.

Tak pernah ade istilah ilmu sape lebih banyak. Tapi kalau kite berniat memberi tapi tangan kosong, ape yang nak diberi? Bile fikir macam ni la yang buat aku rase takut untuk pegang adik-adik.

Tapi Kak Wani kata, jangan la anggap perkara tu macam satu ancaman, kejian. Tapi ambik tu sebagai satu motivation. Satu penggerak semangat. Kalau dah tahu Allah tak suka kalau kite cakap tanpa buat, so buat la. Kalau dah tahu kite pernah cakap kat adik-adik kena buat apa, so at the same time kite pun kena la buat jugak. Kalau cakap kat adik-adik untuk tinggalkan Jahiliyah, so kite pun tinggalkan la. Kalau kite rase tak banyak ilmu, so cari la. Ilmu takkan datang bergolek gedebuk gedebek kat kite.

Kate Kak Wani, sekarang ni bile bergelar murabbi, diorang sangat berhati-hati dengan ape yang diorang pernah pompam pompam kat kitorang ni. Sebab at last, diorang diuji dengan ape yang dorang pernah ucapkan. Tapi tu la kan, tak pernah sekali pun dorang nak tarik diri. And aku rase daripada awarenya dorang dengan ape yang pernah diucapkan, tu yang jadi cerminan diri dorang yang kitorang nampak sekarang.

Dan balik daripada usrah, aku terfikir, kenapa terlalu cepat mengalah Ika? Kenapa terlalu takut untuk bergerak? Ko nak simpan fikrah Islam ko tu sorang2 bawak masuk kubur? Ko dah selesa dengan keadaan ko sekarang? Ko sayang nak tinggalkan dunia ko sekarang? Ko kate ko ansarullah, tapi ko tak nak bantu sampaikan agama Allah kat adik-adik? Ko kate ko fityatullah, tapi mana semangat berkobar seorang pemuda tu Ika?

Bila nanti Allah tanya, ke mana masa muda aku dihabiskan, ape aku nak jawab? Bila Allah tanya ape aku dah buat untuk tolong agama Dia, ape aku nak cakap?

Dan ko kate ko tak sedia Ika..?

*sigh*

Thanks for reading..

Jazakumullahu Khayran Katheera..


Kisah Kabus Qaseh © 2014