Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,
ade jugak mase tersisa aku nak menulis kat sini. Ni pun mencelah-celah kat masa
yang ade. Busy? Agak la. Kali ni aku busy dalam erti kata yang betol. Hahaha.
Sebelum ni busy dengan movie, movie and movie. Tapi minggu ni jadual boleh kate
agak pack jugak la kot. Aku terlibat dalam projek baru, multimedia punye keje.
So, paham-paham la cane. Setakat ni aku cuma buat poster je pun. Bukan la
susah. Tapi kalau semua nak last minute, tak masak ke aku? Buat poster, idea
melambak tapi ade je la yang tak kena. Font tulisan tak cantik, gambar tak
sesuai, takde gambar format yang betol, warna dull, warna terlalu bright.
Macam-macam la yang tak kena membuatkan aku rasa nak campak je laptop. Hahaha.
Nak kate aku serabut sangat hari tu dengan benda-benda lain, aku campak phone
kat dinding. Mak aih bunyi gedebuk dia tu buat aku panik, cuak jugak,
takot-takot pecah. Hahaha. Tau pulak sayang ghete bende tu kan.
Bila aku reflect
diri balik, tu la aku. Senang marah? Sangat ya. *Mengaku* Terlanggar batu, batu
tu yang aku marah. Susah nak tutup pintu bilik, pintu tu yang aku kate bodoh.
Marah kat orang, bertimbun aku maki hamun.
Kata ikut usrah,
kata nak tarbiyah diri, tapi kenapa kesabaran tu nipis sangat?
Dushh! *pedih*
Itu la, dalam
perjalanan aku mentarbiyah diri sekarang ni, rupanya masih jelas ada palitan
jahiliyah kat aku ni. Na’uzubillah. Bila kata jahiliyah, bukan la bermaksud aku
merompak, mencuri, tanam anak perempuan hidup-hidup bak zaman Jahiliyah dulu.
Eh, no no no. Tak mencuri, merompak macam zaman Jahiliyah dulu, means kita ni
takde jahiliyah la dalam diri kite ye? Gitu ke hakak-hakak, hadik-hadik? Haa,
nak jawab?
Jomm nak cerita
sikit. Last entry, aku ade mention pasal member aku ni yang sedang mentarbiyah
diri dia dan Alhamdulillah dah banyak perubahan yang dia lalui yang membuatkan
aku terdetik, Masha Allah, hidayah Allah ni di mana-mana. Dan perubahan dia tu
jugak buat aku asyik terfikir apa yang membezakan aku dengan dia? Kami
sama-sama ikut usrah. ISK, SH, tak ade bezanye. Tapi apa yang trigger perubahan
dia tu yang tak trigger aku sama? Macamana dia boleh tinggalkan Jahiliyah
sedangkan aku ni masih diulit jahiliyah? Usrah dia lagi best? Dia rajin pergi
usrah?
Haa, ni la
skeptikalnya pemikiran aku ni. Kata Murobbi aku, usrah ni cuma wasilah
tarbiyah. Memang dia ikut usrah, aku pun ikut usrah, tapi yang membezakan
kitorang is kehendak dan penerimaan aku. Persoalannya, terbuka ke aku ni nak
ditarbiyah? Ikhlas tak aku ni menerima untuk ditarbiyah?
*Gulppp*
Kalau itulah
yang membezakan kitorang, Ya Allah, sia-sianya hidup aku. Ikut usrah, daurah,
tapi rupanya tak ada keikhlasan dan keinginan dalam hati ni untuk terima ilmu
dan teguran Allah. Semahunya, aku tak nak jadi manusia yang meniru dan
mengikut. Ikut usrah sebab Murobbi ajak. Ikut daurah sebab ikut usrah-mate
join. Buat ibadah sebab Murobbi suruh lengkapkan Mutaba’ah amal. Dah tu, mana
manisnya ibadah tu? Mana indahnya tarbiyah tu?
Kita nak
jadi ‘abid yang tajarrud, beribadah totalitasnya kepada Allah. Tak ada sebab
dan alasan duniawi. Sebab kita nak jadi Sibghatallah, celupan Allah.
"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih
baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah."
(Al-Baqarah, 2:
138)
Sebenarnya
aku cuma nak ambik ungkapan yang disebut member hari tu iaitu Sibghatallah ni.
Kalimah pendek ni buat aku terfikir, sampai tahap mana dah perjalanan dan usaha
kita untuk menjadi celupan Allah tu. Celupan yang disebut di sini umpama the
walking Quran. Insan yang sepenuhnya mengikut apa yang diperintahkan bukan
hanya dalam ibadah dan fiqh sahaja tapi perfect sebagai seorang hamba Allah
yang Islam di luar dan Islam di dalam. Muslim yang Islam.
Insha
Allah kita nak jadi Islam macam roti yang dicicah milo. Nampak biasa-biasa je.
Alaa.. makanan orang bujang je kot. Tapi bukan itu pemikiran skeptikal yang
kita nak. Kita nak jadi macam roti tu sebab dia menyerap milo tu sampai ke
rongga-rongga dia. Meresap jauh ke dalam. Nanti biar perah macamana pun, akan
lekat sisa-sisa milo tu kat roti. Tak boleh hilangkan. Macam tu la hati kita,
biarlah diwarnai dengan warna-warna Islam yang takkan luntur walaupun kita
ditekan macamana sekali pun. Itulah umpamanya Sibghatallah.
Na’uzubillah,
kita tak nak jadi Islam yang macam strawberi celup coklat. Penah makan? Hmpphh.
Nampak manis, sedap, comel je tapi celupan tu tak ke mana. Hanya melekat di
luar permukaan strawberi tu je. Manisnya coklat tu tak terasa sampai ke dalam
pun. Tak lama, coklat tu pun mencair dan tinggal sebagai sisa-sisa coklat yang
melekit di tangan dan merimaskan. Itulah umpamanya Jahiliyah.
Thanks for reading (“,)