Saturday, February 14, 2015

You Never Know..

Saturday, February 14, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Pejam celik. Tidur bangun. Rupanya aku dah setahun lebih dah kat bumi Jatinangor ni. Selalu aku cakap kat ma, lambatnya nak habes belajar. Dah penat belajar. Nak keje. Lambatnya boleh balik UKM. Haa, then ma mula la dengan rajin dan gigihnya buat kira-kira. “Ika masuk UNPAD 2013, pastu 3 tahun kat Bandung. 2016 balik UKM. 3 tahun bukannya lama sangat pun. Ni dah masuk tahun kedua kan. Tinggal lagi setahun lebih, boleh la balik UKM pulak.” Cenggitew uolss ma pujuk kemalasan tahap gaban aku ni. Nasib ko tak kena maki je Ika, konon ngadew sangat nak mengadu malas belajar. Puiii.

Since sekarang aku dah masuk sem 4, rasenya sistem makin mengancam tahap kesabaran dan kerajinan aku. Dedolu masa memula nak masuk sistem NBSS, aku kekonon excited la. Sebab belajar pasal otak kan, bukan senang. Lagipun aku minat psikologi sebenarnya. So ade la tu relation kan. Tapi bila tibanya sistem NBSS, manis khabar dari kenyataan hidup. Merana. Azab.

Tapi bila result macam hampeh, so masuk sem 4 ni, untuk kali ke patblas aku pasang azam dan niat yang ikhlas untuk belajar dengan rajin dan bersemangat. Dah tak nak memain. Sistem untuk sem ni ialah Dermatomusculoskeletal (DMS). Bahasa saintifiknya ialah sistem kulit, otot dan tulang. Wahaha. Untuk sistem ni, sebenarnya aku tak expect banyak. Memang tak nak expect kekonon sistem ni best dan menarik dan menyeronokkan. Huhuuu. Aljawabnya sebab aku tengok buku pun dah meremang dah.
  
Masuk minggu ni, kitorang dah bukak tutup 3 kes dah. Kes 1st pasal jerawat. Jerawat. Iyolah. Jerawat je ponnn. Nak jugak bikin kecoh. Muahaha. Takde la. Jahat betol mulut haku. Judge patient sesuka jiwa. Hahaha. Iyolah nokss, dalam kamus hidup aku, jerawat ni dah macam makan nasik. Biasa sangat dah. Tapi ini kes luar biasa. Jerawat batu. Perghhhh. Plus eczema. So kes ni basically belajar pasal kulit. Boleh tahan menyeramkan jugak bila aku jumpa gamba-gamba yang kulit mereput la, berbijik-bijik, naik bintil, kudis, nanah. Haaa, benda-benda gitew la. Bende yang boleh buat akak aku tak makan nasik lapan hari. Tapi boleh pulak aku wat lek wat peace. Sambil study tu sambil makan megi. Errrmmm, enak banget. Kenyal jeeee megi aku. Hahaha.

Kes 2nd, pasal complication infection gigi. Moral of the story, jaga la gigi anda dengan baik. Jangan takut jumpa doktot gigi tahu. Macam haku ni, penakutnya ya ampun. Tah kat mana yang konon jiwa kental la sangat. Muahaha.

Kes 3rd, yang ni sekali lagi mulut aku jahat nak judge patient. Wahaha. Patient terlibat bar fight. Hermm. Kan aku dah cakap. Tu laaaa. Pastu korang paham-paham la kalau dah bar fight, cedera dia macamana. Imagine eh. Jenis yang macam ko tengok cite industan bila hero kena hentak dengan botol. Pastu kena belasah dengan geng-geng Don sampai separuh lenyek. Tapi herannya bila tengok heroin kena kacau, tetiba jadi macam magic pulak. Tetibe dapat kekuatan luar biasa yang buat muscle naik berketul-ketul. Perghhh. Main bilkul samjha nehi hain. Tapi yang tu jugak yang aku layankan. Wahaha.

Untuk tutor, aku rase can go lagi kot. Untuk lab activity, macam hampeh sikit. Asik anatomy je. Wuuuu. Sedih tau iolss. Rase macam kerdil sangat diri ini. Aku tak tau macamana nak upgrade otak aku jadi 3D. Cumanya aku excited tunggu skill’s lab. Sebab nanti kitorang akan belajar cara nak jahit wound. Wooooo. Kelasssss. Selama ni pandai jahit seluar koyak je, bila lagi nak jahit kulit koyak pulak kan. Miahaha.

Tapi sekali lagi indah khabar dari kenyataannya. Minggu lepas kitorang belajar skil nak rawat luka yang dah dijahit. Macamana nak bersihkan luka and tukar dressing, ataupun balutan luka tu. Selalu sebelum practice dalam kelas, kitorang akan dapat brief explanation dulu. Doktor akan bagi lecture sikit and tunjuk demo. So alkisahnya untuk brief lecture, perghhh. Sangat menguji keimanan aku.

Ditunjuknya gamba jenis luka dalam, bernanah, bengkak tu. Meremang jugak. Tapi konon kental, aku tengok je lelame. Lecturer aku lagi la, lama dia tunjuk satu satu gamba tu. Bla bla bla dia punya la panjang. Bila masuk kelas lepas tu, kesian tengok Far. Pening katenya.

Minggu ni, stil benda yang lebih kurang sama. Cumanya kali ni jenis open wound. Yang jenis kaki putus, deep punya open wound, bleeding tak sudah. Aku dah loya dah sikit. Tapi still nak tayang kental, aku tengok je la. Tapi lama tu start rase laen. Berpinar. Kepala dah rase macam sikit lagi nak tercabut. Dah tu tangan sejuk dingin, kebas. Rase macam ade butterfly dalam whole body. Nampak tak teruk tak teruk aku rasa macam nak pitam ni. Doktot tunjuk demo hape, sikit pon tak masuk kepala.

Dzul tegur pehal nampak pucat. Sekali boleh dia budakkan aku. “Alalaaa, ciannya.”

-__- Mekasih sangat kawan.

Masuk kelas tu, dorang tegur la pehal pucat. Aku cakap pening, tapi entah kenapa. Shu kate, dia pun macam tu. Sebab tengok gamba wound yang tah pape tu. Aku deny. Sebab aku jenis jiwa kental sikit. Wahaha. Selama ni no hal je. Tapi rase tak sedap badan tu memang sangat cannot go. Aku bagitau lecturer nak keluar jap, dia ingat aku nak gi toilet. Sekali aku keluar kelas, pergi mart, cari coklat. Why? Coz I reaaaallly need glucose. Wakakaka.

Seryesly maynnn, I really dunno wat is wrong with me. Aku ialah seorang yang kental jiwa raga. Hehe. Among siblings aku, aku ialah the one yang one of the fearless person. Even compare dengan abang aku, aku lebih kental tahu. Ko jangan tak tahu yang abang aku tu boleh pengsan tengok darah. Baru sebut pasal darah sikit, pucat muka macam sikit lagi mahu sembah bumi. Dulu pak cik sedara aku pernah injured, quite serious la. Sebab main artery kat lengan dia putus. Tapi boleh pulak abang aku yang nak pitam mase visit kat hospital. Extreme tak extreme. Aten pulak, baru luka kena pisau sikit, muka dah macam hypovolemic. Ma pun same, bile tengok luka, mula la meremang-remang. Yang okeh sikit dengan benda-benda gini, aku, adik, Kak Ja. Sebab Kak Ja punya field pun sains jugak even bukan medical. So dia dah biasa sikit.

Raya haji yang lepas (last raye haji aku sambut kat rumah T____T), kitorang buat qurban. Alkisah mase potong-potong daging tu, ade sorang pakcik ni (maaf pakcik, saya dah tak ingat nama pakcik ape. Huhu), tangan dia luka sebab kena pisau tu. Macam terbelah la sikit tapak tangan tuh. Kalau potong daging kan, tak pakai pisau biase potong bawang tu kan. Pakai yang jenis besau tu. So haa, tangan dia kena yang tu. Dia tak kecoh pun tapi sekali aku yang ade kat tempat kejadian, memang aku buat kecoh. Wakaka. Aku shock weh. Mana tak terkejut tengok darah menitik-nitik. Tapi shock tak shock still aku yang tolong pakcik clean up luka dia, letak iodin, minyak bagai-bagi then balut. Huhuuu.

Then aku cakap la kat ma abah ape yang jadi kan. Sekali Aten punya muka yang kelat. Seram dengar katenya.  Dia boleh questioning aku macamana aku buat, tak takut ke.

Bila fikir balik, entah la. Tak takut ke tengok darah? Sebenarnya aku tak rase takut pun dengan darah. Aku cuma takut bila tengok orang tu injured. Sakit ke dia, okeh ke dia. Sebabkan rase tak takut aku ni, ma selalu cakap, “haa, Ika boleh la jadi doktor ni.”

Aku tak pernah accident teruk-teruk. Paling koman, aku jatuh basikal masa kecik-kecik dulu. Darjah 6 tak silap. Tapi luka kat kaki boleh tahan deep. Wakaka. So time tu aku ade jugak rase nak pitam sebenarnya. Tu la 1st and last time aku rase nak pitam tengok darah sampai la skill’s lab hari tu. Hehhh. Memang tercalar ego aku ni. Dulu aku selalu cakap kat Qila, “macamana nak jadi doktot ni kalau takut tengok darah.” Alkisah sebab Qila memang takut darah. Dulu pun time matriks aku penah sakat member aku yang collapse dalam kelas sebab tengok darah dalam lab. Tapi bile kena atas batang hidung, perghhh, ego aku ni dah jatuh terhumban dalam gaung dah.

Bila dorang cakap aku nak pitam tu sebab gamba-gamba wound yang doktor tunjuk, perghhh, rase diri ini sangat kerdil. Aku deny la. Sebab aku bukannya yang jenis takut darah. Then Ain cakap,
“you never know until you face it.”

Hmmmmmmmmmm….

Thanks for reading..



Kisah Kabus Qaseh © 2014