Saturday, May 2, 2015

KRAYON..

Saturday, May 2, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai hai. Hari tu bilik aku bising dengan aku and Ainin menjerit. Ehh? Alkisah, Ainin datang bilik. “Dah tengok trailer maisen?”. Terus aku bukak utube cari trailer kitorang. Dah jumpe, melalak la kitorang. Tengok lagi. Aku tak tahu ni kali yang keberapa ratus aku tengok trailer sendiri. Narcissistnya seorang manusia bernama Wan Norshafika ni.

Lega wehh bile tengok trailer yang kitorang submit dah diupload. Berdebar nak tunggu short film diupload jugak. MAISEN sangat stress. Banyak benda jadi sepanjang tak sampai 2 minggu tu. Sangat banyak. Dengan mood aku yang tak menentu, kerja2 yang tetibe melambak macam muatan kontena gedebukk jatuh, dengan tak cukup tidor. Stress.

Okeh, nak diceritakan. Every year, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) akan organize satu contest yakni Malam Inspirasi Seni (MAISEN). Tema tahun ni ialah “Life Is A Journey”.



Banyak kategori dalam MAISEN ni. Ada short film, short clip, photography, Malaysian Got Talent (MGT). Untuk short film, every batch wajib hantar satu penyertaan. So tahun lepas twinning 2013 tak hantar apa2. Yang hantar ialah dak2 farmasi.

MAISEN 2015, inilah hasilnya. *trailer je baru*


KRAYON by TWP 13 (Merpati Pictures)

LA VIE by KPBI FK 13 (AmircaMyCountry Production)

AKU MEMILIH SETIA by TWP 14

WABAK X by TWP 12 (Paperboat Production)

LAYANG-LAYANG HARUN by UIN (JHP Production)

Untuk aku sendiri, perjalanan cerita MAISEN kitorang kali ni sangat berat. Sangat berkonflik.

Alkisah, tahun ni Shaf suggest untuk kitorang join buat short film. Kebetulan masa diorang suggest tu ialah time cerpen aku naik kat Penulisan2u. Ingat tak pasal tu? Tak ingat, meh belek balik >>sini<<. So dalam seryes tak seryes dorang semua mintak aku dengan Ummi untuk buat skrip. Tu je la. Then dorang create group watsapp. Tapi krikk~ krik~ sebab semua orang senyap je.

Aku tunggu orang gerak dulu. Orang lain tunggu orang lain nak buat apa dulu. Tapi semua dok asyik tanya, jadi ke nak buat video, bila nak buat video. Semua dok tanya tapi takde sape nak gerak. Submission date dah dekat. Aku geram la jugak kan, kalut dok tanya tapi hampeh nak kerja. Sekali aku sound halus2 kat watsapp, kalau betul nak buat, plan betul2. Jangan asal nak siap je. Buat bagi sistematik sikit. Carik production crew. Kalau ko tunggu aku, aku tunggu kau, bile nak jadi. Semua tak berani balas sebab dorang ingat aku mengamuk marah.

Dah tu ingatkan jalan la lepas tu, lagi la tak jadi kerja apa. Makin semua orang senyap je. Last2 aku mintak Ummi tolong arrangekan semua. Carik sape director, sape camera, sape editor, scriptwriter semua. Pastu setiap orang buat kerja masing2. Aku siap bagi dah skop kerja masing2. Then Ummi letak aku jadi scriptwriter sebab aku dah ada rough idea. Tapi still discuss2 dengan Ummi and oter mana2 yang tak sesuai. So Khamis, 9 APRIL tu semua orang dah didivide kerja masing2. Shaf director. Zai main actress. Malam tu jugak aku start tulis script. Jumaat 10 APRIL tu oter lagi mana2 yang nak kena edit.

Sayang sebab aku tak sempat nak brief kat Ummi dengan Shaf pun pasal jalan cerita. Sabtu 11 APRIL pagi tu dorang terus start shooting yang scene simple2. Supposedly aku nak brief diorang pasal the whole jalan cerita macamana nak bagi diorang nampak rough idea. Sebab script aku, so aku je yang perfectly boleh imagine how is it actually. Tapi minggu tu memang minggu yang sangat hectic. Sabtu dengan Ahad 12 APRIL tu kitorang busy dengan kelas UKM. So nak brief pun tak sempat.

Shaf kate takpe, nanti dia yang akan briefkan. Aku hesitate jugak sebab Shaf sendiri tak tahu jalan cerita macamana, lagi nak brief kat orang. Dah tu nak brief exactly sebelum start shooting pulak tu. Makan masa satu hal. Blur satu hal. Kalut satu hal. Aku risaukan team editing sebab tak sempat wehh.

Aku bajet mase untuk shooting cuma sampai Isnin 13 APRIL. The rest sampai Jumaat 17 APRIL tu, kerja team editing pulak. Sabtu 18 APRIL dah nak kena submit. Tapi Shaf kate takpe, sempat. Okeh, fine.

Then since I’m done with my job, aku serahkan semua kat crews yang lain untuk bahagian shooting. Since kerja aku sepatutnya cuma tulis script je kan. Scriptwriter tak perlu ikut sampai tempat shooting. Memang terkilan sebab aku tak sempat nak explain kat diorang bout the whole story. Tapi dah Shaf kate no hal, then aku serahkan everything kat dia la.

Bila dah habis shooting, which delayed daripada plan, Raja mintak tolong aku untuk edit sama. Sebab katenya tak sempat kalau dia sorang. Then aku decide untuk tolong Raja. Aku mintak Ummi carikkan sorang lagi team untuk editing sebab memang tak sempat. Ummi cakap tak de yang nak. Even Shaf pun tak nak ngedit. Katanya tak nak masuk campur. So tinggallah aku dengan Raja je editor.

Then bila aku tengok semua video yang dorang recorded, berasap telinga aku. Sakit hati ada. Nak marah ada. Terkilan. Kecik hati.

Dorang tak ikut skrip wehh. Tak ikut skrip.

Like, what???

Ape guna aku tulis skrip kalau korang memandai nak buat jalan cerita sendiri. Kalau dari aku sendiri, memang skrip yang aku tulis sangat cikai2. Sesimple mungkin. Dah ko bayang, dalam 2 malam je aku tulis benda tu. Aku pikir, takpe la simple pun, sebab nanti aku akan explain jugak kat diorang.

Tapi, seryes aku terkilan. Bila dorang sesuka tukar skrip aku into a total mess. Kalau kate tak paham cerita tu macamana, tak paham tu scene apa, then tanya aku. Apa susah nak tanya aku. Bukan aku nak telan orang. Tapi tak. Sorang pun takde tanya aku or mintak pendapat aku nak buat scene tu macamana. At least kalau nak tukar pun, mintak la jugak opinion aku macamana. Boleh ke tukar. Nanti terjejas tak jalan cerita. Tapi tak bai.

Dude, ko kena paham yang scriptwriter pun ada pride.

Tapi, this is not pasal pride je. Wehh, dah aku nak pening2 kepala pikir jalan cerita. Pastu sesuka hati korang mess upkan jalan cerita aku. Then korang expect untuk aku betulkan balik salah korang? The heck la kan.

Aku tak tau la aku yang oversensitive ke orang yang tak respect aku. Just that, kite semua a grown up kan. So aku expect untuk semua orang bekerja like a grown up.

Aku marah, dorang kata aku cerewet. Aku membebel, dorang kata aku baran. Aku kata scene tak kena skrip, dorang persoalkan kenapa aku tak ikut kat tempat shooting. Eh, scriptwriter kena ikut gi tengok shooting ke? And at the end, all the blames were put on me.

Seryes aku mengaku yang aku panas hati, aku makan hati, aku jauh hati. Semua yang hati2 tu la. Last2 aku mintak untuk reshoot via watsapp. Aku mintak reshoot dengan baik, dorang semua senyap sebab ingat aku mengamuk. Haa, memang aku marah. Tapi tak de la pulak aku mengamuk dalam watsapp. Jadah nak menaip bernada marah.

Ummi keep on mintak maaf dengan aku. Katanya bersalah gila dengan aku. Shaf pun apologize kat aku. Aku tak kisah pasal mintak maaf tu. Sebab aku tak perlu mintak maaf tu. Aku cuma nak, tolong jangan put the blames kat aku lepas benda jadi macam ni. Tolong cooperate sama, untuk aku siapkan semua ni. Dah aku kena betolkan all the mess korang buat, melampau la kan kalau korang buat tak tahu je. Tu je aku mintak.

Alhamdulillah, kitorang da boleh settle down dengan baiknya pun. Ummi sangat supportive. Dia yang keep on tengok2 kitorang punya progress macamana.

Jalan cerita aku ada 2 part. 1 part reality and another one flashback scene. Semua flashback scene aku mintak reshoot sebab memang tak boleh fit in langsung. Untuk part reality, Raja yang editkan. Walaupun ada yang tak kena tapi since tak sempat nak reshoot, Raja kata nanti pandai2 la pakai yang mana ada. Sebab mostly scene tu kat luar and kat kampus. Susah. Kalau scene flashback, kat rumah je. So no hal. Tapi ada satu scene yang aku cut out terus sebab memang tak boleh nak fit in dah. Macamana pun, memang tersasar jauh.

Untuk semua scene flashback, aku yang direct sendiri. Sebab Shaf pun dah tarik diri dah. In one night, hari Rabu 15 APRIL kitorang shoot kesemua 3 scene flashback tu. Dengan Zai and Dija injured tangan. Kesian jugak kat Zai tapi nak buat macamana lagi. So kitorang suruh dia limitedkan movement tangan. In fact, memang tak banyak bergerak pun semua scene ni. Another 1 scene, kitorang reshoot a day before nak submit. Haa, mujur jugak submission date diorang tangguh sampai Selasa 21 APRIL.

Hari Sabtu 18 APRIL, aku start warming up. Bukak editor video, and go trough sikit2. Sebab this is the 1st time aku edit video. Selama ni cuma pernah buat video yang compilation pictures je. Tapi kalau real one, seryes aku tak pernah. Sabtu lepas Asar tu kitorang ada daurah sampai Ahad. Balik je dari daurah Ahad 19 APRIL tu, terus start editing. Aku edit semua scene flashback je and malam tu Alhamdulillah sempat siap 3. And then Ummi remind kena buat poster and trailer.

Isnin esoknya, 20 APRIL, aku mintak tolong satu batch untuk photoshoot for poster. Alhamdulillah, kejap je. Then balik je kelas, aku mintak reshoot 1 scene flashback yang tak jadi. Total scene flashback ialah 4. Dah siap, terus aku edit and bagi Raja. Dah siap 4 scene flashback tu, terus fokus buat poster, credits for production crews dengan trailer pulak.

This is what we've decided untuk letak. Since crews banyak bertukar kerja last minute.

Gambar untuk poster, malam tu baru Aiman bagi. So tengah malam tu aku start buat poster.
Hari Isnin tu sampai 4 pagi Selasa aku buat kerja. Pukul 5 pagi Ummi datang bilik nak tengok progress. Terus aku jaga balik, sambung buat kerja. Sejam je sempat tidor. Pagi tu ada lecture CRP. And Selasa tu jugak la last date submission. Sambung editing trailer. Dan2 sebelum pergi kelas, poster siap.

Tadaaa!

Balik kelas tu, aku fokus nak siapkan trailer sikit lagi. Tinggal masukkan soundtrack je. Then siap. Hoho. Pastu Raja dengan Ummi mintak tolong buat video intro production sikit. Siapkan video intro, kejap je. Then tolong2 tengokkan yang Raja punya. Nak kena submit pukul 3-5 petang. So Raja dengan Ummi yang kena tolong submitkan sebab aku ada kelas mengaji dengan kelas Arab tengahari tu.

Tapi sape sangka, kelas mengaji aku ponteng. Kelas arab pun aku ponteng. Sebab aku tidor. Wahaha. Alasan yang merepek gile.

Alkisah, tengahari sebelum kelas tu Far datang bilik nak pinjam motor. So aku pikir, okeh la. Nak lelap kejap sementara tunggu Far pulangkan motor. Nanti Far datang, dia kejutkan aku la tu. Sekali, pukul 2.30 Raja kejutkan aku. Dia ingatkan aku dah pergi kelas, rupanya aku tidor. Aku cakap tak pe la, kelas mengaji dah nak habis dah pun. Tunggu kelas Arab nanti je la aku pergi. So aku sambung tidor kejap, sebab kelas Arab start pukul 3.45 selalunya. And aku expect akan bangun pukul 3.15, siap2 then keluar.

Pukul 3 berapa hentah, Shu call aku. Remind aku kelas arab. Aku mamai. Seryes aku tak tahu aku cakap apa dengan Shu. And finally, aku bangun pukul 7 pagi keesokan harinya. Epic gile. Aku tido selama 18 jam. 18 jam weh. Mujur time aku tak solat. And lagi mantap bile aku tido kat lantai dengan tak berselimut and kipas betol2 hujung kepala aku. Aku tak tahu macamana aku boleh tahan sejuk tu.

Dorang semua dah risau sebab aku tidor lama gile. Aku ingat malam tu Zai datang bilik and tanya aku sihat tak. Seryes aku tak expect aku akan tidor lama gile. Aku tanya Zura, kelas mengaji and arab semalam apa cer. Ustaz tanya tak. Dorang buat alasan katanya aku ada kerja. Padahal dorang tahu je aku tidor. Katanya biar la aku tidor sebab dah seminggu aku tidor tak menentu.

Hari Khamis 16 APRIL sebelum tu, seharian aku tak tidur langsung. Tak pernah2 tak tidur langsung. Selalu paling2 sejam sempat jugak lelap. Kali ni pergi kelas dengan kepala macam nak pecah. Bawak motor balik kelas tengahari tu pun mamai2 mata berat. Terus aku bukak shade helmet, bawak laju2 bagi kena angin. Heh3. Minggu tu seryes sangat hectic.

And actually the real thing is that, MAISEN is fun actually. Memang banyak problem. Banyak konflik. Like seryes banyak gile. Tapi MAISEN mengajar aku something. And the fact yang sebenarnya the script was written by myself, buat aku terfikir sendiri. Aku ni pandai cakap je kan.

“Langkah kaki kita tidak akan pernah sama. Ada langkah yang pantas mengejar masa. Ada langkah yang teratur berwaspada. Ada langkah yang gopoh tidak sekata. Kerana kita manusia. Manusia yang pada dasarnya kita sebenarnya sama. Yang membezakan, hanya rantaian langkah perjalanan hidup kita..
Lumrahnya, hidup kita tidak akan berseorangan. Kerana itu fitrahnya manusia. Di setiap langkah yang kita susun, akan ada insan yang menemani. Berdampingan kala susah dan senang. Itulah anugerah Allah buat yang tahu erti sepatah Alhamdulillah. Mungkin kita berbeza rasa. Mungkin kita berbeza gaya. Mungkin kita berbeza cara. Tapi kau perlukan aku. Dan aku perlukan kau. Kerana manisnya ukhwah, hanya kita yang rasa.
Di perjalanan ini, akan ada juga insan yang hadirnya sebagai cabaran dalam hidup kita. Mungkin menduga kesabaran kita. Mungkin menggali titik kemarahan kita. Kerana benar. Manusia pada sikapnya tidak akan pernah sama. Tapi bezanya manusia, bukan itu ukurannya. Kerana kita ialah sang manusia itu. Tidak lekang dari kesalahan. Tidak pernah jauh dari masalah. Tidak terlepas dari ujian.
Aku pernah merasakan betapa rapuhnya tali silaturrahim yang terbina. Kerana aku lupa bahawa aku hanya hamba biasa. Lupa bahawa secangkir senyuman itu mahal nilainya. Lupa bahawa tajamnya lidah berbicara bisa menggaris luka. Dan aku gagal untuk merasa manisnya didakap ukhuwah itu..
Aku pernah menjadi si angkuh itu. Merasakan hanya aku yang betul. Merasakan hanya aku yang tahu segalanya. Lupa bahawa aku juga manusia yang terkadang masih futur. Yang diri ini masih serba kurang. Alpanya aku.
Hidup ini umpama satu teka-teki yang kita tidak pernah akan pernah kita tahu apa yang menanti di hadapan. Terkadang takdir mempermainkan kita. Alam mepersendakan kita. Namun, jika sahaja kita mengerti, alangkah indahnya percaturan hidup ini.
Itulah perjalanan dalam kehidupan kita. Pahit manis hidup ini, hanya kita yang tahu. Kerana hidup kita, Hanya kita yang mengerti.
Perjalanan hidup ini aneh. Kerana hidup ini persis KRAYON. Mungkin ada warna yang sangat kita hargai. Ada juga warna yang mungkin kita tidak gemari. Namun masih, kita memerlukan setiap satunya untuk melengkapkan sebuah gambaran cerita kita.
Dan itulah kehidupan yang menemani perjalanan kita…”



Yepp, tu monolog dalam video pendek ni. Written by me. By Wan Norshafika. Tapi the fact untuk aku mengaku yang this is what I’ve wrote, aku malu. Malu. Sebab the thing is that, aku cuma pandai menulis. Tangan aku ni cuma pandai menulis. Konon penulisan yang lahir dari hati. Tapi pfft. The real is that, aku gagal merasa dengan hati…

Akulah yang gagal untuk faham tentang krayon tu...




p/s : Terima kasih untuk Twinning 2013 yang terlibat secara langsung atau tak langsung sepanjang pembikinan filem pendek ni. Kredit kepada production crews and pelakon2 yang sangat mantap. And mintak maaf atas segala kekurangan, kekasaran and ketidakpuasan hati sepanjang proses pembikinan. Kepada yang sabar dengan aku, aku sayang gile la kat korang. Korang mantap!


Thanks for reading..

Kisah Kabus Qaseh © 2014