Tuesday, March 31, 2015

Fly High..

Tuesday, March 31, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Last 2-3 weeks, kitorang exam. And macam biasa, exam akan memberi impak kelam kabut yang sangat besar kepada aku. Ahaks. Lepas exam, ramai yang pergi vacation, balik Malaysia. Tinggal la aku, Zura and Zai je. Nak dijadikan pulak, dan dan je lepas exam, aku demam. Huahaha. The last survivor pun tumpas jua akhirnya. Tapi demam aku naik turun. Yang tak naik turunnya aku punya pening kepala. And bile demam, aku sangat panas. Selalu aku panas bile pagi nak masuk tengahari and malam tu. Aku tak pergi klinik. Sebab kejap okeh, kejap tak. Cuma aku rajinkan diri minum air. Makan. Mandi.

Dorang sebenarnya takut aku kena denggi jugak. Ma suruh aku pergi klinik, buat blood test. Esoknya aku pergi tapi since ramai sangat, aku balik and sampai ke sudah tak pergi. Sampai la aku dah baik sendiri. Hahaha. This is Ika. Adik aku bebel kat aku. Katanya doktot pun takut nak pergi, apa macam la. Heh3. Cuma demam-demam pun aku still nak berjalan. Aku nak cari angin luar. Kononnya la. So berjalan la aku, Zura and Zai ke Pasar Baru. Kih3. And minggu depannya berjalan lagi. Hadoyyai.

     

I have a good news. Aku pun tak tau la it’s either aku je ke yang exaggerate. Hari tu google blog sendiri. Sekali naik benda lain.

Ada site penulisan2u yang mana nama Kabus Qaseh naik. So aku macam pelik la. Kenapa kan. Tetibe aicehhh mak, cerpen aku wehhh! Cerpen aku masuk penulisan2u. Untuk yang tak tau apekah penulisan2u ni, sila la bukak >link ni<. Penulisan2u ni macam satu platform untuk penulis2 baru share dorang punya karya. So aku pun send la. And finally, cerpen aku terpilih! Meh bace kat >sini<

Korang tak paham eh ape la aku melalut sekarang nih? Haha. Alkisah, aku kan memang berangan nak jadi penulis lame dah. Kalau bace blog page >cerpen< aku, korang akan tau la. So, aku banyak jugak buat cerpen, buat >puisi<. Sebab aku memang minat menulis. And dulu aku simpan sorang-sorang. Malu pulak orang tau aku menulis. Tapi one day cikgu aku announce kat kelas, sesape yang suka buat cerpen, boleh hantar kat dia. Sebab dia ade satu projek baru. Dia nak bukukan koleksi cerpen. So aku hantar la kat cikgu. Tapi so sad sebab projek dia tu cancel. Tak jadi. Time tu hujung tahun Form 4. Aku start buat cerpen mase Form 1 lagi.

Frust la jugak bile tak jadi nak bukukan tu. Tapi the best part is that lepas tu cikgu aku start buat private class dengan aku. Not exactly private class sebenarnya. Cuma aku ade la consult dia untuk tanya feedback dia tentang cerpen and puisi yang aku buat. Dia cikgu BM and Sastera. So memang dia capable untuk buat cerpen and puisi ni. Sebab tu aku selalu consult dia.

Since dia tahu ade few students yang minat menulis ni, dia buat satu kursus penulisan. And aku ajak few kawan yang pun suka menulis untuk join aku. Time tu aku rase sangat puas hati. Sebab all this time, aku simpan minat aku ni sorang-sorang. Aku pernah bagitau ma yang aku minat menulis. And aku nak jadi penulis. Obviously it’s a NO from ma. So aku menulis senyap-senyap belakang ma. Of course la ma tau je sebenarnya kan. I mean, jauh mane aku nak sorok from ma.
Pernah ade satu contest cerpen from DBP mase aku Form 5. So cikgu aku encourage kitorang untuk join. So aku tulis cerpen, and aku consult cikgu BM aku masa Form 5. Cikgu aku terkejut jugak katenya sebab dia tak expect sorang budak sains macam aku, boleh menulis. And yepp, aku pun tak expect macam tu jugak sebenarnya. Hahaha. Lepas hantar cerpen tu, tertunggu jugak la kan macamana resultnya. Terpilih tak cerpen aku. Sampai ke sudah, tak de ape-ape.

Time tu memang frust la jugak. Tapi aku fikir, this is only the beginning. The real life untuk dunia penulisan aku baru nak bermula kat sini. Then aku menulis lagi. Cuma aku tak hantar ke mana-mana sebab aku fikir nak still improvekan tahap penulisan. Then bila SPM aku tak macam yang aku expect, aku frust. Aku salahkan minat menulis aku ni. Sebab, yepp, this is Wan Norshafika. Aku seorang yang bile aku dah start buat something yang aku suka, aku then untuk jadi terlalu fokus and ignore benda2 lain. Ignore study.

Bila masuk matriks, aku tolak ke tepi dunia penulisan. Aku fikir this is not the time untuk aku buat benda-benda macam tu. Aku tak nak penulisan buat aku ignore study lagi. Ma pun keep on pesan untuk aku tak terlalu main-main. Ma pesan untuk aku kurangkan menulis. Told ya, ma tau je even aku tak bagitau ma pasal aku menulis. Aku tak bagitau ma aku masuk contest. Aku tak bagitau ma aku ikut kursus menulis. Aku tak pernah bagitau ma aku tengah try improve penulisan aku. Tapi ma tau..

Bila keluar matriks, and aku masuk sini, aku fikir, I’m a medical student. Aku takkan sempat menulis punya la. Aku takkan involve dah. Tapi that’s right when I start to write again. Susah kan untuk kite lupakan minat and passion kita. Aku keep on reset mind aku. I’m a future doctor. So aku kena ketepikan benda2 macam-macam ni dulu. Tapi tak boleh. Aku start buat cerpen and menulis puisi balik.

Aku ade hantar cerpen aku kat penulisan2u. Tahun lepas lagi. Almost everyday aku check site tu, nak tengok cerpen sendiri. Almost for a month. Lame-lame aku penat. Aku fikir, maybe aku je yang syok sendiri. Maybe penulisan aku hampeh je sebenarnya tapi bajet bagus. Most important is that aku fikir, this is not my destiny. This is not what I’m supposed to do. This is not my path.

So aku give it up. It’s time untuk aku realize. Allah tak letakkan aku kat sini untuk aku menulis. Allah letakkan aku kat sini untuk aku belajar. So, there it is. Aku stop menulis. That’s it.

There’s time yang aku rindu nak menulis cerpen balik. So aku relief dengan update blog. Kadang-kadang aku baca balik cerpen aku. Saja.

And finally hari tu aku saja google nama sendiri. Aku google Kabus Qaseh and this is what I’ve found.

      


Like OMG!!!!!! Seryesly?? Am I dreaming or what?? Aku menjerit sorang-sorang dalam bilik. Keep on cakap aku gila. Keep on cakap “ko biar betul Ika!”. Tak puas menjerit sorang, aku pergi bilik Ainin. Then aku share link tu kat family, kat geng rumah. Because I’m soooooooo happy! This feeling of happiness buat aku gelak sorang-sorang and keep on bukak the same site untuk convince diri sendiri yang I’m not dreaming. I’m much more happy daripada aku dapat 4 flat matriks. Much more happy daripada balik Malaysia. Much more excited daripada first time jejak Bandung. The happiest time ever!

And makin buat aku happy bile there’s comment yang encouraging kat situ.

     

    
My friends pun give positive comments. So aku fikir, who knows sebenarnya this is my destiny. Memang ni yang sebenarnya Allah nak bagi kat aku.

Teringat mase sembang dengan Zai hari tu.

“Tau tak Zai nak beli ape sekarang ni?”

And dalam hati aku, aku nak beli gitar. Yepp, aku memang teringin jugak nak beli gitar. Cuma tak pernah mention kat sape-sape. Sebab tak seryes sangat kot.

“Beli apa?” Zura yang tanya Zai.

"Gitar.”

Perghhhh. Bulat mata aku pandang Zai. “ Same la Zai!”

Then kitorang dok sembang la pasal gitar. Nak beli gitar kat mana. Ade akak senior ade gitar. Pasal buddy Zai pandai main gitar. Then aku cakap, aku macam nak tak nak je beli sebab aku takut nanti melalaikan aku. Paham-paham la kalau aku ni lain macam sikit. Once aku dah start, susah untuk aku stop. Aku takut nanti aku terlampau leka. Sampai lupa study, lupa usrah, lambat solat. Haa, bende2 gitu la. Then Zai cakap, kalau gitu, better tak payah.

“Zai rase baik tak payah beli kot kalau macam tu. Ika sabar je la. Nanti Allah akan bagi something yang better untuk Ika. Mana tau kan.”

And yeahh, aku just nak kena sabar je. Bile aku fikir balik, same la jugak dengan menulis. Sabar dulu. Maybe ade something better yang Allah nak bagi sebenarnya. Maybe tunggu masa je sekarang ni.

Aku pernah rebel. Kenapa aku kena ambik medic? Tak boleh ke aku menulis je? At least aku ambik ape-ape course yang santai, so I have extra leisure time untuk aku menulis. Somekind like part time la kan.

Dalam pada aku menulis, memang aku happy. Sebab tu yang aku nak. Tapi bila kita buat something yang orang tegah. Yang tak de orang nak support. Yang tak pernah ade orang akan tanya progress kite. Yang tak pernah ade orang cakap, “Go Ika! You can do it!”. Yang bile aku cerita pasal aku menulis, diorang cuma akan cakap, "Dah-dah la menulis Ika. Study." Kadang-kadang rase nak give up. Buat aku menangis sorang-sorang. Buat aku rase how not fair! Kenapa aku tak pernah dapat an opportunity untuk buat ape yang aku suka. Kenapa aku nak kena lupakan minat aku ni and live like a fake, buat ape yang aku tak nak. And aku rase nak stop je. Sebab tak de orang pernah ambik tahu. So buat ke tak buat ke, same je. Bende remeh ni takkan bawak aku ke mana.

Yet, bende remeh ni la yang buat aku senyum sorang-sorang. Gelak sorang-sorang. Bende remeh ni la yang boleh buat aku lupa lapar. Buat aku lupa makan. Bende remeh ni la yang boleh buat aku rase there are butterflies inside me. Yang buat aku rase like I’m flying in the sky. Among the singing birds. High in the sky..

Setiap orang ade impian masing-masing. We deserve to dream. Tu memang fitrah kite. Untuk bermimpi. Tapi sejauh mana kite bermimpi, tak menentukan sejauh mana langkah kita. Tapi sejauh mana kite berusaha, tu yang akan tentukan siapa kita.

Tapi tak semua mimpi kite tu indah. Dan tak semua mimpi kita, kita berjaya gapai. Sebab tu mimpi la setinggi langit. Asalkan kita tahu untuk kembali. Setidaknya kalau kita jatuh, kita masih bisa melangkah.

Kalau gagal? Jangan pernah putus asa. Sebab perancangan Allah lebih baik. Mungkin Allah tak jadikan kita gagal. Cuma Allah belum mahu berikan kite kejayaan. Mungkin sebab kite masih belum kuat untuk berdiri tinggi di dada langit. Mungkin kerana kite masih belum cukup kuat untuk merasa manisnya kejayaan. Mungkin kerana kite masih belum cukup untuk untuk tahu Dia-lah yang menganugerahkan kejayaan itu.

Maybe He doesn’t want me to fly too high as I might not know how to come back down to earth…

Thanks for reading..


Kisah Kabus Qaseh © 2014