Tuesday, October 28, 2014

Kita Manusia..

Tuesday, October 28, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Aku tertanya-tanya sorang2 sebenarnya. Pernah tak korang dalam hidup, even sekali pun, pernah tak korang rasa macam tetibe nak nangis? Tak de sape marah, tak de gaduh dengan sesape pun, tapi rasa macam laju je air mata nak jatuh. Tak pun dalam hati korang ni ada satu perasaan yang susah la nak diexplainkan. Tak keluar perkataannya. Susah benau nak cakap apa rasenya. Tak pun rasa macam serba tak kena. Nak study rasa macam tak boleh fokus. Lapar nak makan, tapi rasa tak selera. Nak tengok movie, tapi rasa macam tak de mood. Nak tidur pun, mata macam tak boleh lelap. Tutup laptop, bukak laptop. Tutup handphone, bukak handphone. Last-last termenung sorang-sorang bawah katil. Pernah tak korang mengalami salah satu daripada tanda-tanda ni?

Hmm. Aku selalu tertanya-tanya, aku je ke yang kadang-kadang rasa macam tu. Sampai la satu hari, dalam usrah, akak usrah tanya, “Pernah tak korang tetibe rasa macam serba tak kena, rasa nak nangis tetibe?”.

”Errkk, kalau pernah, kenapa? Penyakit ke tu?”

“Yupp, penyakit hati.” *ni aku yang cakap, bukan akak*

Akak cakap, tu tandanya awak jauh dari Allah. Awak dah mula leka dengan dunia, dah mula lupakan Allah. Dah banyak bermaksiat. Erkk.. bila cakap maksiat kat sini, bukan la just bermaksud berzina ke ape. Berdosa, itulah dia. Hmm.. akak cakap, tu tandanya Allah nak tegur hambaNya yang telah alpa, leka. Allah sayang hambaNya, tak nak tengok terus hanyut dalam kehidupan dunia, so Allah jentik sikit perasaan kita ni untuk kembali ingat kat Dia. Allah nak kita ingat tujuan kita kat dunia ni. Macam cikgu kat sekolah. Bila tengok anak murid dia ni memain kuat, dia pun bagi kuiz mendadak. Haa, baru kau nak gelabah. Cenggitu la kita dengan Allah ni. Kita dah start playful, Allah bagi ujian berupa ketidak amanan dalam hati kita ni.

Dalam usrah petang tadi, akak usrah cerita pengalaman dia. Lepas midsem exam hari tu, kitorang semua tak de cuti macam bebudak laen pun. Setakat cuti hujung minggu. Sabtu, Ahad plus Jumaat yang takde exam. 3 hari je bai. Sedeyhh! Tapi akak-akak 3rd year, total 15 orang, diorang saja la nak jenjalan ke Surabaya. Jauh jugak daripada tempat kitorang sebab Surabaya kat Jawa Timur. Kitorang kat Jawa Barat. Kena cross satu lagi Jawa, which is Jawa Tengah. Hehehe.

Nak dijadikan cerita, diorang bersuka ria la kan dah travel jauh-jauh ni. Ade satu tempat dorang pergi, Bromo, ade air terjun bagai-bagai la. Sebab Indonesia ni, macamana sekalipun, aku sangat la takjub dengan view kat sini. Subhanallah. But then, tengah hari yang diorang sepatutnya naek train balik ni, ade sorang akak ni tertinggal beg dia kat air terjun tu. Perasan pun time dah turun dah. So pak supir naek balik nak cari, tapi tak jumpa. Masalah yang timbul is that, dorang dah terlepas train. Lagi pulak, akak yang hilang beg tu tak dapat naek train sebab tak de ID. So dorang sewa kereta untuk balik Bandung. Guess what, 30 jam! Kurang lebih 30 jam total perjalanan balik dorang. Masha Allah. Kalau aku, agaknya memang mati katak aku. Tapi dorang so sweet, sangat tenang.

Macam-macam je masalah lepas tu. Kereta ade masalah, dorang terpaksa mandi kat bengkel anak saudara supir, and macam-macam la. Tapi apa yang buat aku sentap jugak la, is that, dorang tak nak jadikan perjalanan dorang sia-sia. Dorang nak isikan masa perjalanan dorang dengan pengembaraan mencari sang Pencipta.

Dorang cari ibrah di sebalik semua yang jadi ni. Katanya, Allah nak tegur sikit sebab terlalu alpa dengan percutian kali ni. Bersuka-ria kat air terjun, mungkin menjauhkan sikit mereka dengan Allah. So Allah tegur sikit. Sikiiiit je. Kalau ikutkan, hanya sebab sebijik beg je. Sebab beg yang satu tu, mereka terlepas train, naek kereta 30 jam balik Bandung, bermalam dalam kereta je, kereta pulak ade masalah, etc. Haa.

Yang buat aku macam sentap lagi is that dorang boleh cool and ambik bende ni sebagai satu ibrah. Instead of salahkan masing-masing or salahkan takdir, dorang salahkan diri sendiri yang leka. (T_T)

So macam tu la kadang-kadang kita manusia. Selalu sangat alpa, leka. Dunia ni indah, sape yang tak terpukau kan. Tapi kalau kata kita tau yang kita ni dah alpa, cepat-cepat la kita kembali ke landasan. Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sayangnya Allah kat kita ni sampaikan Dia guide satu-satu jalan kita ni. Kita salah, Allah tegur. Kita leka, Allah cuit. Sweet tak Allah?

Teringat pulak perkongsian Kak Ain dulu. Tentang jiwa manusia. Jiwa manusia ni ada 3 kategori.

1. Al-Muthma'innah
Ni jiwa yang tenang. Jiwa yang sangat bergantung kat Allah, apa-apa yang dibuat pun, semua kerana Allah. Semuanya bersandarkan Allah. Jiwa yang mencintai Allah. Bila berbuat dosa, dia akan rasa sangat menyesal, bersalah.

2. Al-Ammarah Bi Suu'
Ni jiwa yang selalu mengajak nak berbuat jahat, berbuat lagha. Itu la motif hidup, nak buat jahat je. Sampaikan bila buat dosa pun, dah tak ada rasa bersalah tu. Wat lek wat peace je.

3. Al-Lawwaamah
Ni jiwa yang Kak Ain cakap, 50-50, macam lalang. Buat jahat boleh, buat baik pun boleh. Ada masa, rilex je lepas buat jahat. Ada masa, menyesal tak habis bila buat salah. Jiwa yang takde pendirian, sangat senang berubah-ubah dan digoda.


And then Kak Ain tambah lagi. Ada satu jiwa yang memang langsung tak layak nak disebut. Tak de dalam mane-mane kategori kat atas pun. Jiwa ni, bila buat jahat dia tak rasa bersalah, bila buat baik pun dia tak rasa tenang. Buat apa-apa pun tak pernah nak buat betul-betul. Hidup umpama takde hala tuju. Tak tau nak buat jahat ke baik. Gitu la.

So tepuk dada, tanya iman. Jiwa kita ni jiwa yang mana?

*Jiwa Muthma’innah!! Insha Allah*

Thanks for reading (“,)

Thursday, October 23, 2014

Kuntum Khairu Ummah..

Thursday, October 23, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Entry hari ni akan bermula dengan soalan, tahukah kita bahawa kita ialah umat terbaik yang Allah ciptakan? Allah angkat martabat kita dalam Quran. 



Haa, meh nak cite siket. Nanti kat padang Mahsyar, kita yang akan dipanggil untuk ditimbang dahulu. Kita yang layak menerima syafaat Nabi Muhamad (Insha Allah). Kita umat akhir zaman yang lepas ni dah takkkan ade umat laen dah.

So umpamanya kita ni dah jadi perkara terakhir, takkan kita nak buat endah tak endah. Lets say macam mak kita nak buat wedding untuk adik bongsu kita. Adik yang bongsu dah ni, yang last, mesti la mak kite buat grand habis kan. Sebab lepas ni dah tak anak yang akan dia kawinkan. Macam tu jugak la kita. Allah letakkan kita sebagai umat terakhir, makhlukNya terakhir, so Allah tinggikan martabat kita. Di zaman yang terakhir ni jugak la, Islam pernah menakluk 1/3 dunia. Wow! Kegemilangan Islam time tu, Subhanallah. Umpamanya Islam dah jadi Ustaziyatul Alam. Ilmuwan Islam berlumba-lumba mencari ilmu. Lagi2 pulak kita ni umat kepada kekasih Allah, Rasulullah. Seorang Nabi yang Allah angkat darjatnya. Nama Muhamad dijulang-julang dan diungkap dalam syahadah. Even dalam syahadah pun, Allah nak letak nama kekasih Dia. Tak bangga ke kita jadi umat Nabi Muhamad?

Tapi cuba tanya la diri balik. Apa yang kita nak banggakan sebenarnya? Dengan fakta yang kita ni umat terbaik? Dengan fakta yang kita ni umat Nabi Muhamad, nabi akhir zaman, umat seorang kekasih Allah? Dengan fakta umat Muhamad dah pernah meninggikan Islam di mata dunia setelah menakluk 1/3 dunia tu?

Layak ke kita berbangga dengan fakta tu? Memang Islam pernah berada tinggi di mata dunia, then sekarang? Islam jatuh. Bukan lagi berada pada puncak dunia. Macam yang kita tengok sekarang. Umpamanya sekarang ni, US, Amerika yang jadi ‘ustaziyatul alam’. Islam? Di Palestin, di Gaza, Islam ditindas. Islam dipijak-pijak. Even kat Malaysia, Islam kat hujung kaki Non-Muslim je. Cuma bezanya secara lahiriah ke batiniah. Cara kita diserang tu, lebih fatal yang batiniah sebenarnya. Tapi kita tak sedar.

Islam jatuh sekarang ni. Kenapa? Sebab kita! Ya, kita! Anda dan juga saya. Sedar tak sedar, sebenarnya kita la punca Islam jatuh ada hari ni. Tak nak mengaku? Cuba fikir balik apa sumbangan yang telah kita buat untuk naikkan nama Islam tu? Cuba listkan.

“Eh, ade je la Ika. Aku selalu sampaikan ayat-ayat Quran, hadis. Kat Twitter, kat FB. Cukup la tu. Semua orang baca, retweet, share, dapat jugak pahala kan.” (-.-)

Aku tak perlukan jawapan korang. Sebab nanti yang akan tanya kita, Allah. Usia muda kita, ke mana kita habiskan. Tepuk dada, tanya la iman.

Hakikatnya, kita lagi banyak bercakap daripada buat. Kita lagi banyak membangkang daripada bermusyawarah. Kita lagi banyak mendabik dada daripada memenuhkan dada. Keluar isu-isu sensitive yang menyentuh isu Islam, hah, semua pakat tweet, FB sane sini, bangkang isu tu bangkang isu ni. Kita sebenarnya lebih banyak melatah. Sangat senang melatah. Nampak tak betapa rapuhnya iman kita, kesatuan kita? Kita tak berada dalam satu saf yang sama. Padahal dalam Quran, Allah dah suruh untuk kita bersatu.




Aku ingat lagi dulu aku pernah baca somewhere pasal satu kisah ni. Zaman perang dahulu, Nabi suruh pahlawan perang untuk rapatkan saf. Lepas tu baru la dorang menang perang. Nak katanya betapa kesatuan ummah tu penting untuk menaikkan dan memperjuangkan Islam. Tapi kita? Sibuk bergaduh, perang mulut sana sini. Non-Muslim baru je jentik sikit, kita dah mengamuk sakan.

Terbaru, isu “I Want To Touch a Dog”. Isu besar ke? Entahlah. Bukan la aku nak berada kat pihak mana-mana. Sebenarnya sepatutnya tak harus ada dua, tiga pihak yang berbeza. Islam tu satu, so kenapa kita perlu ade dua, tiga pihak? Ade yang menyokong isu ni, ade yang membantah, ade pulak yang buat tak kisah. Lain orang, lainlah ragam. Tapi Islam ni bukan sekadar satu ragam. Islam ni sendiri satu pegangan, kepercayaan yang wujud bukan sekadar pada kata-kata kita, bukan sekadar melalui perbuatan. Tapi corenya, HATI. Isu anjing ni, melalui kata-kata, ramai la yang bangkang itu ini. Keluarkan hujah satu-satu, petik hadis tu, hadis ni. Melalui perbuatan, buat poster bangkang isu ni, tweet itu, tweet ini.

Tapi hakikatnya, melalui hati? Sebenarnya apa yang kita bangkangkan tu? Faham ke sebenarnya? Kita cuma faham, ade segelintir umat Islam yang menyalahi hukum fiqh, menyalahi Mazhab Syafie. Diorang kate pegang anjing saje-saje pun takpe, nanti boleh sertu. Okeh, kita bangkang sebab kita tahu tu salah. Hakikatnya, kita betol-betol faham ke ape agenda di sebalik keluarnya isu ni? Itu la dia. Agenda untuk memecah belahkan umat Islam sampai jadi dua, tiga puak. Sedar tak, semakin kita berpecah, semakin kita senang dijatuhkan. Nak patahkan satu lidi, heh, pakai dua jari pun boleh. Tapi cuba ambik satu ikat lidi, berpuluh-puluh batang, cuba patahkan. Kim Jong Kook pun kena pakai dua belah tangan.

Tapi itulah, Islam umpama dah kembali ke zaman Assabiyah dulu. Di mana Ansar dan Mujahidin menjadi dua suku yang sangat berpuak-puak. Padahalnya kita masih mengikut satu agama yang sama, agama yang Mustaqim, Islam. Kita masih mengikut perintah Tuhan yang sama, Tuhan kita yang Satu, ALLAH. Kita masih mengikut ajaran rasul yang sama, Rasulullah, Nabi Muhamad. Dah tu, apa yang kita buat sekarang? So layak ke kita nak berbangga kat satu dunia, kata yang kita ni umat terbaik? Padahal yang menjatuhkan dan memecah belahkan Islam sendiri ialah kita?

So, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Perjuangkan Islam. Perjuangkan identiti kita. Di mana kita meletakkan Islam ialah di mana kita meletakkan diri kita sendiri. Di bawah, di atas, di tengah? Insha Allah, di kedudukan yang terpuji.

Wallahua’lam


Jazakumullahu Khayran Katheera..

Saturday, October 11, 2014

Salam Kerinduan..

Saturday, October 11, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Jumm.. Hari ni aku nak sharekan puisi aku. Ni ialah puisi pertama yang aku buat… kat dalam kelas. *Saje mengada nak boldkan* Nampak tak betapa aku ni seorang pelajar kesayangan cikgu dulu. Hamboii.. punya la tekun menunduk je masa cikgu mengajar. Cikgu sengih sampai telinga tengok aku. Haa.. hupenya tengah berjiwang sakan. Tu kot agaknya kenapa SPM aku kantoi. Hahaha. Maafkan saya cikgu.

Puisi ni is my most favourite puisi of all. 1, sebab ni puisi pertama aku. Opkos la kan. Umpama cinta pertama beb. Sayang lebih la *dah kenapa aku ni? sekeh mahu?*. 2, sebab puisi ni macam mendalam kot maksudnya walaupun tak berapa nak dalam. And tak de la sampai buat orang menangis tisu habis sekotak *over*. Tapi bagi aku, ade something yang ouch and menyentuh hati aku, menusuk kalbu aku. *What? Hahaha*. 3, sebab puisi ni ialah puisi pertama yang aku persembahkan masa Contest Minggu Bahasa dulu. Dah la 1st time aku perform puisi. I mean like man, I never had my interest toward sajak and puisi before then. So heran ape aku. Mane la penah nak masuk pertandingan sajak puisi bagai. Tapi time tu saje la, konon nak try je. Masa tu member-member aku semua gigih sakan google2, cari puisi untuk deklamasi kan. Sekali aku naek pentas, ehem.. ehem.. “Saya akan mempersembahkan puisi bertajuk Salam Kerinduan, hasil karya saya sendiri”. Iciwahhh. Bayangkan la macamana perasaannya bila audience macam.. “Oooo”. Rasa macam wow, aku ade something yang aku boleh buat. *Perlu ke aku berbangga?* Tapi rasa tu la yang sebenarnya makin mendorong untuk aku buat lebih banyak puisi lepas tu.

And then aku terhilangkan semua folder puisi aku yang dah berpuluh-puluh tu. What?? Just imagine how would I feel. Like crap. But then, believe it or not, among all of puisi-puisi yang aku penah buat, aku stil ingat puisi ni. The 1st one. Yang dah lama aku buat, yang dah lama aku tak belek-belek. I mean like, wow! Aku boleh rewrite puisi ni the same as before. And then aku edit balik sikit-sikit, nak menambah perasa. So now, here it is!

Salam Kerinduan

Oh Bulan
Ajarkan aku erti kerinduan
Seperti dirimu
Yang tidak lelah mendamba malam
Agar bisa aku
Mendamba rindu dan kasihNya

Oh Langit
Ajarkan aku erti kesetiaan
Seperti dirimu
Yang senantiasa memayungi insan
Agar mampu aku
Belajar mengabdi hanya kepadaNya

Oh Mentari
Ajarkan aku erti pengorbanan
Seperti dirimu
Tidak berkeluh menerangi insan
Agar dapat aku
Merasakan akan hangat cintaNya

Oh Angin
Ajarkan aku salam kerinduan
Seperti dirimu
Yang menyapa penuh pesona
Agar aku tahu bagaimana
Membisikkan kata rindu
Mendendangkan puisi cinta
Terbang bebas
Menyapa Yang Maha Esa

-Kabus Qaseh-

That’s all.

Thank you for reading (“,)

Monday, October 6, 2014

A Perfect Average = MUMTAZ..

Monday, October 6, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hehe. Hari ni tak plan nak menulis pun sebenarnya. Buat plan, petang tadi balik kelas nak rileks kejap. Then malam start buat revision kes-kes lepas untuk exam. Hari ni kitorang dah masuk system yang baru. Neurological Behavior and Sensory Sense.

Tadi dah dapat jadual untuk exam. Empat hari je sebab untuk 2nd year, kitorang takkan ade SOOCA and OSCE time Mid Sem Exam *great!* Aku memang la tersangat blur dengan kes-kes Endocrine ni. Susah ke? Entah la. Belajar mana yang tak susah kan. Tapi aku kurang focus and kurang determination kot nak belajar. *Hahaha. determination?* Aku tersangat la playful. Like seriously, bile aku cakap aku main-main, means aku memang main-main. Aku sangat rileks… chill…. sempoi… Hahahaha.

Sebab tu aku sangat suka dengan group aku yang lepas. MUMTAZ. Hahaha * Nama group itu wajib* Aku dah dengan MUMTAZ lama la jugak. Since Reproductive System II mase mid sem 2. Then bersambung lagi dengan Endocrine system 6 minggu. Total almost 5-6 bulan. Kitorang dah bertukar group tutor banyak kali dah. And setakat ni group yang aku paling sayang is MUMTAZ.

Kenapa? Hmpphh. MUMTAZ bukan la group yang punctual, yang notes kena siap on time, yang semua orang competitive mase discussion, yang akan study awal-awal sebelum masuk tutor. Tak! That is sooo… not MUMTAZ. Tapi tu la yang membuatkan aku sangat berat hati nak tinggalkan MUMTAZ. MUMTAZ is so average. A perfect average. So simple. So chill. So sempoi. No pressure bile dengan MUMTAZ. Senang kate MUMTAZ is so MUMTAZ. 

Gaduh? Kitorang ade jugak berselisih faham, bertekak time discussion, time presentation. Tapi gaduh MUMTAZ buat aku rase macam we’re family. Lagi-lagi dengan MUMTAZ aku ade Enin, Jura, Kirra, Shu, Ira and Iche. Susah kot nak cari someone yang sama kepala dengan kita. Yang boleh terima kita no matter what and how we are. And aku rase MUMTAZ is the one yang boleh buat macam tu. *maybe some of us*

Aku dah experience dengan almost semua kawan-kawan batch aku. They all have their own way and character. Ade karakter yang strong, mild, dominant. Ade satu group aku penah masuk, ‘identiti and character’ group tu sangat strong. Sampai-sampai buat aku jadi berubah. I mean, betol-betol berubah. Jadi more serious, rigid. Sampai Enin sendiri cakap takut dengan aku. Enin tak berani nak discuss and tanya aku ape-ape time aku dengan group tu. It’s not that aku salahkan group tu sebab buat aku jadi berubah. It’s me, aku la yang kene handle diri sendiri, kan? Tapi, serious talk, bukan environment yang macam tu aku expect untuk aku belajar. Pressures. Negative aura. For the 1st time in forever, aku rase teramat-amat dan tersangat-sangat happy bile nak exam. Exam means dah habis system. Dah habis system means shuffle group. (>,<)





Aku sayang MUMTAZ. Aku rindu MUMTAZ. Rindu…


Enin yang selalu je gaduh dengan aku. Yang kitorang selalu sama-sama mengata satu sama laen gemuk. Yang aku boleh ajak dia mengumpat and mengutuk orang laen sesame. Hahaha.

Ajurah yang spontaneous. Apa yang dia cakap semuanya maen hentam. Even teori yang dia cakap pun semua maen bantai je. Tapi sangat buat kitorang gelak sakan. Aku suka usik dia dengan pelat Jawa dia tu. Hahaha.

Kirra yang suka menjerit bila kena usik and bile happy. Aaaa… And sangat secretive. Huhuhu. Diam-diam ubi berisi. Nampak santai tapi bile study sangat seryes. Hmmmm..

Shu yang soooo… adorable. Hehehe. Yang kadang-kadang tenggelam sebab tak banyak cakap dalam group tapi suka pulak usik aku kalau lepak-lepak bersama. Peminat tegar EXO yang hasut aku same. Hahaha.

Ira yang macam biasa, seayu mungkin. Hahaha. Yang aku asyik suka cari gaduh dengan dia sebab dia la manusia yang selalu layan kalau aku nak cari gaduh. Huhuhu.

Aiman yang sampai sekarang stil lack of konfiden bile presentation and stil mengelak jadi chief kes. Tapi he’s soo… pandai sebenarnye. Senang bawak bincang. Hmmm.. And paling suke tanye, "Aku handsome tak?" What??

Latip yang sangat poyo and tak seryes. Tapi sekarang boleh tahan alert and banyak idea bile discussion. Uuuuu..

Niezam yang blur. Tak banyak cakap sangat, tapi tengok muke je dah boleh buat aku gelak. Hahaha.

Zu yang makin lame makin pandai mengusik and bergurau dah.

Azie yang notes sampai sekarng stil panjang berjela.

And lastly, Wan Norshafika yang jadi the real her bile dengan diorang semua…


Thanks for reading <3

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha 1435H..

Sunday, October 5, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha tahun 1435 Hijrah. Taqabbalallahu minna wa minkum..



Haa. Aidiladha kali ni ialah Aidiladha yang kedua aku di perantauan. Tahun lepas kitorang 1st year memang semua tak balik sebab segala bagai permit dan visa tu still belom siap. Memula tu rase macam, ‘WHAT??!! TAK BOLEH BALIK RAYA??’ *mata bulat, mulut nganga* Haa, cenggitu la reactionnya bila management kate tak boleh balik. Mahu nangis sembah bumi jugak time tu. Rase macam, mana aci. Akak-akak aku sume balik rumah kot. Paling sedih bile diorang dah start sembang2 dekat Whatsapp, nak BBQ la, nak pegi sane la, pegi sini la. Bile call ma, laen pulak. Ma saje nak sedapkan hati, tak nak bagi sedih la kot. Ma cakap, “takde la, tahun ni ma tak buat ape pun. Ma tak larat la.” *dialog same yang ma cakap tahun ni. Uhuhu* Tapi aku tahu, Aidiladha tahun tu adalah sesuatu yang berbeza buat aku. Tak dapat makan yang ma masak, tak dapat salam peluk cium family, tak dapat nak jalan2 rumah sedare *walaupun aku bukan kaki jalan, aku still rase sedih tu*

Then, tibalah Aidiladha pertama aku tanpa keluarga. Since aku bangun lambat, aku tak sempat nak sembahyang raya kat masjid. So, sorang2 la aku sembahyang kat bilik. Tu jugak la pertama kalinya aku sembahyang raya sendiri. Then, since aku terlibat sebagai AJK merewang, aku pun pegi la dengan excitednya ke rumah2 senior pagi tu. Malaysian students memang setiap tahun akan buat makan2 Aidiladha ni. Sebab students pun boleh ambik bahagian dalam qurban ni. And tak silap aku ada jugak la tajaan daripada MARA kan *thanks MARA*. So pagi sampai ke petang, semua students akan gotong royong la buat semua2 kerja tu then malamnya barulah jamuan makan. Hermm, sambutan Aidiladha dengan kawan2, senior2 yang even baru sekerat je aku kenal tu buat aku rasa macam ‘Wow! We’re like family’. Mungkin betul aku takde family di samping untuk aku sambut Aidiladha bersama-sama, tapi aku masih ada kawan2 yang aku akan habiskan and teruskan masa2 aku and perjuangan aku kat bumi Indonesia ni bersama-sama.

Then Aidiladha kedua aku di sini. Hermm.. tak la terasa terlalu sayu macam 1st tu kot. Since aku sendiri yang pilih untuk tak balik. Kitorang memang takde cuti tapi kalau la nak balik sangat, Sabtu Ahad pun boleh je. Tapi aku pilih untuk beraya kat sini dengan kawan-kawan. Sekali lagi merasai nikmat beraya di perantauan. Hermm, aku takde ambik bahagian dalam qurban and aku tak terlibat sebagai AJK ape2 but then still nak jugak aku menyibuk tempat orang buat kerja. Haha. Aku ikut Jura, Enin dan Kirra pegi Rancakalong, almost an hour jugak daripada tempat kitorang. Sebab dorang punye bahagian qurban ditempatkan kat sane. Total untuk qurban ni ade 4 kawasan tak silap aku. Macam tahun lepas, aku pegi tengok kat Mulana je. Tapi tahun ni saje nak melebarkan sayap. Hahaha.

          Haa, since hari ni hari raya Aidiladha, aku pun nak ambik jugak ksempatan untuk bersembang pasal hari yang barakah ni. Ermm.. sejarah terjadinya ibadah qurban ni, semua orang dah tahu dah kot. Tapi jumm meh, kite relatekan sikit cerita Nabi Ibrahim a.s dengan kita.

Haishh.. macamana nak relate? Nabi Ibrahim zaman mana, kita dah di zaman mana. Susah la kot. Eh, sape kate? Jumm, kite tengok key point pada sejarah Nabi Ibrahim a.s ingin menyembelih putera baginda sendiri, Nabi Ismail a.s. Haa, ape sebenarnya yang kite boleh ambik daripada sejarah tu? Tak boleh sembelih anak? Boleh sembelih anak sendiri sebab nanti Allah gantikan dengan kibas? Jangan bernazar perkara yang susah nak ditunaikan? Hmphh.

Key point pada sejarah Nabi Ibrahim tu ialah mengenai keteguhan dan keikhlasan seorang nabi Allah, sanggup mengorbankan satu2nya putera yang dia miliki sebagai tanda keimanannya kepada Allah. Pengorbanan yang dilakukan tu, Subhanallah. Ayah mana yang sanggup melihat darah anak menitis di tangan sendiri? Tapi tu perintah Allah, nak tak nak kena jugak laksanakan. Mungkin cintanya terhadap anak sendiri melimpah ruah, tapi jika ingin dibandingkan dengan cinta terhadap Sang Pencipta. Masha Allah. Teguhnya iman seorang nabi bernama Ibrahim. Kalau kita kat tempat Ibrahim, sanggupkah kita? Meletakkan bilah pisau di leher anak kita sendiri, yang kita besarkan, didik penuh kasih sayang. Frankly speaking, aku tak rasa aku sanggup. Itulah kasih Ibrahim terhadap Allah, melebihi kasihnya terhadap puteranya. Kerana Ibrahim tahu, cintanya kepada Allah itu yang harus kekal abadi. Dia harus korbankan cintanya di dunia untuk mengejar cinta Allah yang abadi.

Haa, cuba belek kita pulak macamana? Zaman sekarang ni, yang dipandang cumalah duniawi. Yang dikejar pun duniawi. Kerja siang malam, tinggalkan kewajipan sebab nak kumpul harta bertimbun. Sang Hawa berhabis wang, melawa sakan semata-mata nak dipuji cantik, nak menjadi tatapan dan perhatian. Sang Adam bermanis kata, melupai batas, kerana mahu memikat dara jelita. Glamour. Populariti. Wang ringgit. Hiburan dunia. Itu yang dikejar. Andai kata kita terpaksa mengorbankan duniawi untuk mengejar cinta Illahi, mampukah kita redha dengan pengorbanan itu? Mampukah kita setabah Ibrahim? Mampukah iman kita seteguh Ibrahim?





Pengorbanan..

Apakah erti sebenar pengorbanan? Tepuk dada, tanya iman.


Thanks for reading (",)
Kisah Kabus Qaseh © 2014