Monday, November 24, 2014

TITAS Part II - Konstantinopel (Intro)

Monday, November 24, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Okeh, since hari tu (2 hari lepas je pun) aku dah cerita pasal Titas Part 1, so hari ni nak cerita pasal Titas Part 2 la pulak. Pasal apa? Aiyyo. Mesti la pasal tajuk kitorang. Then Insha Allah akan menyusul Titas Part 3. Dah kenapa nak banyak-banyak part pulak ni? Hehe. Sebab aku pun tak expect presentation and tajuk-tajuk yang diorang pilih sangat-sangat la best and syok sakan. Insha Allah nanti next entry nak masuk sikit pasal Ghazwul Fikr.

So, meh nak cerita pasal presentation kitorang. Aku yang buat presentation. Cekidaut la presentation aku buat tu kat sini. Untuk kertas kerja, aku ade edit sesikit, Raja sikit, Kirra tambah dia punya and compile. Jura pulak aku suruh check typo. Actually at first kitorang pilih tajuk laen. Aku decide nak buat peristiwa 9/11 yang pasal serangan WTC tu. Members group aku, tak lain tak bukan housemates. Enin, Jura, Kirra, Raja. Then since 1 group kena ade 6 orang, so kitorang tambahkan Shu dalam group kitorang. Memula, dorang setuju nak buat 9/11 tapi last minute, Jura and Shu came up dengan idea laen. And dorang pun setuju since kitorang rasa macam 9/11 tu tajuk yang berat. Banyak kena buat research. Hehe. So kitorang tukar tajuk kepada..

Penaklukan Konstantinopel ke Arah Ketamadunan Islam

Sultan Muhamad Al-Fatih

~Sang Penakluk Agung~



Haa.. pernah tak dengar nama Konstantinopel ni? Tahu tak sape la Sultan Muhamad Al-Fatih ni? *Fatih Seferagic? Ehh?*

Haa, jumm la kita menelusuri kisah Al-Fatih ni, kenapa dia digelar Al-Fatih dan ada apa dengan penaklukan Konstantinopel ni.

First thing first, tak kenal maka tak cinta. Tak tahu maka blur. So, nama sebenar Al-Fatih ni ialah Muhammad bin Murad, sultan ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyah. Ayahanda baginda ialah Sultan Murad II dan bonda tercinta ialah Huma Hatun. Lahir pada tanggal 29 Mac 1432M kat Kota Edirne. Edirne ni tempat dia dekat dengan Kota Konstantinopel dah. Al-Fatih ni sorang yang sangat pandai, bijak, baik and senang kata sultan yang memang tip top habes la. Awesome gile. Dia dah dididik dengan ilmu pemerintahan ni daripada kecik lagi. Umur 2 tahun start belajar cara pemerintahan. Mak aihh. Kita cakap pun pelat lagi, hingus meleleh. Tapi dia dah didedahkan dengan tanggungjawab tu dah kot. Umur 6 tahun, dilantik menjadi gabenor Amasya. Dia dah dididik daripada kecik untuk jadi sultan. Menariknya sebab umur 12 tahun dia dah ditabalkan jadi sultan untuk memerintah kerajaan Turki Uthmaniyah time tu. Awesome tak? Kita umur 12 tahun dok asik tengok Doraemon dengan Shinchan je tiap malam. Petang tu maen lompat getah. Pegi sekolah malas. *Ehh, sape tu?*

Haa, masa umur 12 tahun tu, dia dah start jadi sultan kan. Dia memerintah selama 5 tahun sebelum dia panggil Sultan Murad II balik untuk memerintah. So dia turun takhta jap. Then umur 19 tahun, dia naik balik jadi sultan lepas ayah dia meninggal. (T_T) Umur 21 tahun, dia berjaya menakluk Kota Konstantinopel.

Masuk part aku. So, kita dah tahu kan yang sebenarnya nak jadi seorang sultan ni bukan senang. Jangan fikir hidup sultan ni best. Kaya raya, tak payah kerja, goyang kaki, perintah orang je. Tapi tak. Nak pikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ni, Masya Allah, berat tahu. Nanti di akhirat, Allah akan persoalkan tanggungjawab kita tu. So Al-Fatih ni tak terkecuali. Bukan senang dia nak pikul gelaran tu, lagi-lagi bila dia ni tersangat la muda bila ditabalkan tu. Tapi somehow, tengok la apa sumbangan Al-Fatih ni kepada kerajaan Islam. Dalam tangga Maratib Amal, tangga yang paling atas ialah Ustaziyatul Alam kan. And tangga tu, Al-Fatih dah berjaya dah capai. Tapi sebelum sampai ke tangga tu, mesti la bermula dari bawah. And Al-Fatih pun macam tu. Tangga paling bawah, Individu Muslim. Nak katanya hebat Al-Fatih ni, means dia dah berjaya membentuk diri dia sebagai seorang individu Muslim ni. Acano?? Macamana nak membentuk seorang IM yang bergelar penakluk agung macam dia ni?

Haa, jawapannya pendidikan la kan. Al-Fatih pun belajar jugak. Tapi pendidikan dia bukan sekadar pendidikan akademik semata-mata tapi jugak pendidikan rohani dia. Al-Fatih start belajar secara serius masa umur 9 tahun. Masa kecik-kecik, Al-Fatih ni seorang yang nakal and bebas. Alaa, budak-budak.. Disebabkan nakalnya dia ni sampaikan takde ulama’ yang tahan dengan dia. Sampaikan ayah dia pun bawak la beberapa ulama’ untuk betul-betul ajar Al-Fatih ni. Ketua ulama’ ni namanya Syeikh Muhamad al-Qurany. Syeikh dia ni memang Al-Fatih sangat respect habis.

Sultan Murad II memang sungguh-sungguh nak anak dia ni dididik dengan sempurna kan. So dia bagi kebebasan kat Syeikh Muhamad ni untuk pukul Al-Fatih. Dah dibagi kebebasan kan, so apalagi. Memang Syeikh ni pukul betul la tanpa Al-Fatih buat salah pun. Tapi Syeikh punya tujuan is that untuk mendidik Al-Fatih ni. Dia nak bagi Al-Fatih ni rasa macamana diperlakukan tanpa adil, dengan zalim. So that bila dia dah jadi sultan nanti, Al-Fatih akan faham rakyat dia dan memperlakukan mereka dengan adil. Nampak tak macamana didikan yang Al-Fatih ni terima? Superb kan.

Tapi ada guru lain yang paling rapat dan paling Al-Fatih sayang iaitu Syeikh Shamsudin al-Wali. Syeikh Shamsudin ni keturunan Abu Bakar as-Siddiq and seorang polymeth yang mana dia menguasai banyak bidang. Dah orang hebat, keturunan hebat, ajar pulak orang hebat, tak ke hebat tu. Nak kata sayangnya Al-Fatih ni kat Syeikh Shamsudin sampaikan dalam ucapan dia selepas penaklukan Konstantinopel tu, dia kata cenggini.

“Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi adalah kerana hadirnya Syeikhku yang mulia, yang merupakan pendidikku, Asy-Syeikh Shamsudin al-Wali”

Ada pulak satu kisah ni, semasa proses penaklukan yang lama tu, ada la satu masa ni Al-Fatih almost give up. Sebab tentera dia dah ramai yang syahid, dah asyik tembak benteng tu, tak jugak runtuh. Tapi tetiba Syeikh Shamsudin datang untuk pujuk dia and bagi kata-kata semangat kat dia. As if Syeikh ni cakap gini, “Muhamad, kau ialah penakluk yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Percayalah, kaulah raja itu. Sedangkan Abu Ayyub pun meminta untuk dikebumikan dekat dengan Konstantinopel ni sebab nak dengar derapan kuda para pahlawan penakluk kota, takkan kau nak hampakan harapan tu. Takkan kau nak berputus asa di saat-saat genting ni. Kau dah separuh jalan, takkan nak berundur senang-senang. Once kau berundur, there’s no way untuk kau usaha nak takluk lagi.”

Haa, bile dengar je apa yang cikgu kesayangan dia ni cakap, terus semangat dia berkobar-kobar balik. Dia pun susun la strategi baru untuk pecah masuk jugak ke kota Konstantinopel tu.

Hasil daripada didikan guru-guru yang dasat-dasat ni, lahirlah seorang Individu Muslim yang tip top macam Al-Fatih ni. Yang mana dia berjaya hafal Quran usia 9 tahun dalam masa yang sangat singkat. Mampu menguasai hadith, ilmu matematik, ilmu falaq, ilmu fiqh, sejarah, geografi and ilmu ketenteraan which ayah dia bawak betul-betul pasukan tentera untuk ajar dia berperang. Masa umur 17 tahun, dia berjaya kuasai 8 bahasa – Arab, Turki, Parsi, Perancis, Hebrew, Latin, Greek and Serbia. Sebab dia kan bakal sultan, so nak jalinkan hubungan diplomatic dengan negara lain, kena la pandai cakap Bahasa asing jugak. iyo dokk? Kalau aku, aku belajar 4 bahasa. Bahasa Melayu, Inggeris, Arab (yang sekarang aku dah banyak lupa dah) and Bahasa Kelantan *LOL sangat*. Hahaha.

Dia jugak dididik untuk solat malam.

Alkisahnya, selepas penawanan kota Konstantinople, gereja kebanggaan Byzantine, Hagia Sophie berjaya ditawan dan kemudiannya ditukar menjadi Masjid Aya Sofia. Maka baginda Sultan al-Fateh ingin melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah dengan para tentera baginda. Namun timbul pula pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk diri baginda sendiri untuk bangun.
Lantas baginda bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!”
Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!”
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Kesemua tentera Uthmaniyyah menjadi saksi kehebatan dan ketawadukkan Baginda. Pergh..

Apa yang ditekankan melalui pembentukan Individu Muslim is that nak cakap, yang hebatnya seseorang tu bukanlah sebab pangkat dia. Bukan jugak sebab keturunan dia. Jangan fikir yang Al-Fatih ni hebat sebab dia memang dah lahir dalam dulang emas, so nak upah ulama’, nak upah cikgu tu senang. Ehh, tu ke alasan berjaya ke tak seseorang tu? Tak kan.. Sebab para sahabat, ada je yang lahir dalam keluarga yang daif. Ada yang jadi hamba. Tapi suasana macam tu tak menghalang diorang daripada jadi hebat pun. So, kita? Apa yang menghalang kita untuk jadi Individu Muslim yang bakal menaikkan Islam suatu hari nanti?

Haa, dari tadi asik mention Konstantinopel je. Apa Konstantinopel ni? Pasar? Shopping mall? No no no. Konstantinopel ni ialah sebuah kota besar kat Turki yang sekarang ni kita panggil dengan nama Istanbul. Pada masa tu Konstantinopel ni berada di bawah pemerintahan Byzantine yang beragama Kristian Ortodoks. Nak kata hebat sebenarnya kota ni, bukan calang-calang sebab ada ungkapan yang kata, “Jika dunia ini ialah Negara, maka Konstantinopel ialah ibu kotanya”. Perghh. Jangan nak bangga sangat la dengan KL yang kecik tu je kalau nak dibandingkan dengan Konstantinopel  ni. Hebat tak hebat kota ni, Konstantinopel digelar The Gates Of The East and West sebab kota ni ialah tempat pelabuhan paling sibuk. Nak lalu ke barat ke, ke timur ke, memang akan lalu ikut Konstantinopel ni dulu.

Geografi kota ni, aku tak nak cerita sangat sebab aku tak suka Geografi. Ahaha. So tengok je la peta ni.




So, since kota ni memang tersangatlah hebat, mesti la ade yang nak takluk kan. Tapi operasi nak takluk kota ni memang fail habes. Sebab kota ni ade benteng dia sendiri yang mana benteng ni ade 2 tingkat and 2 lapisan. Dalam masa 1123 tahun, sebanyak 23 serangan dilakukan untuk takluk kota ni tapi sumenya fail. Sebab tu la namanya The City with Perfect Defense. Sampai la pada detik 29 Mei 1453M, kota ni jatuh ke tangan Sultan Muhamad Al-Fatih ni. Bermulanya sejarah nak takluk kota ni bukan setahun, 2 tahun tapi 825 tahun yang lalu di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Macamana boleh startnya usaha nak menakluk Konstantinopel ni bila Rasulullah s.a.w bersabda,




So Rasulullah kata yang macamana pun, kota Konstantinopel akan ditawan. And sahabat pun yakin kalau kata Rasulullah tu benar. Ramalan Rasulullah tak pernah salah. It is as if kota ni dah dijanjikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada umat Islam. Disebabkan keyakinan tu la semangat mereka nak menakluk tu sangat berkobar-kobar. Ada pulak sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub al-Anshari ni, dia punya semangat lagi la lain macam. Sampaikan bila dia meninggal dalam usaha penaklukan tu, dia mintak supaya jenazah dia dikuburkan berhampiran dengan Konstantinopel sebab dia nak dengar derapan kuda pahlawan-pahlawan yang nak menakluk kota tu. Nampak tak betapa umat Islam memang sangatlah yakin yang Konstantinopel akhirnya akan jadi milik diorang. Selama beratus-ratus tahun, keyakinan tu tak pernah padam, malah makin bernyala. Sebab tu la dikatakan yang misi penaklukan oleh Al-Fatih ni bukan misi biasa-biasa. Ni ialah misi kerinduan selama 825 tahun.

So cukup la pengenalan kepada siapa sebenarnya Sultan Muhamad Al-Fatih ni and apa Konstantinopel ni. Kenapa orang Islam nak sangat takluk kota ni. Insha Allah next entry, aku akan cerita pasal macamana proses diorang nak menakluk ni. Hehehe. Okeh, macam biasa..

Thanks for reading <3

Kisah Kabus Qaseh © 2014