Wednesday, April 22, 2015

Hater..

Wednesday, April 22, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Finally! Alhamdulillah, finally baru sempat post. Lama dah aku tulis entry yang ni, tapi postnya tak. Konon tak sempat. Haha. Lame sudah tak membebel kat sini kan. Entry sebelum ni, aku sempat post puisi je. Konon tak nak berhabuk sangat, ade la jugak puisi tu. Pehh.

Ni nak cerita pasal marah. Ehh? Haha. Marah kat sape?

Marah. Tak kira la marah orang ke, marah kucing berak merata ke, marah batu tengah jalan ke, marah bapak angkot hisap rokok ke, mesti kita pernah je marah kan. Paling selalu mesti banyak marah kat orang. Dah bila marah tu, datang pulak perasaan bernama tak suka. Benci. Uhuk.

Aku pernah la konon mengadu kat ma, tak suka orang tu, tak suka orang ni. Sekali guruh berdentum kat telinga aku, “Ko tak suka orang, dah tu ingat orang suka sangat ko?”. Thumbs up ma! Sentap habis iolss. Lain kali jangan mengada nak mengadu cenggitu kalau tak nak kena bantai Ika.

Tapi betol la jugak kan. Kita asyik tak suka orang. Yet kita expect semua orang untuk suka kita? Pfft. Are we that good untuk expect semua orang suka kita? Blog aku ni pun boleh jadi ade yang tak suka, last-last kena maki je.

Kenapa boleh jadik tak suka, benci orang ni?

Maybe orang tu memang jenis yang annoying, suka buat kepala, kaki gaduh, kaki sarcastic, kaki mintak kaki. Kan.. Tak pun memang kita sendiri ni yang jenis cepat annoyed. Orang tak buat apa, tapi meluap je rasa nak bagi pelempang. Apa pun la reasonnya, just ingat one thing la kot. “NOBODY IS PERFECT”. Neither you nor them.

*credit : google

From now one, maybe kita boleh belajar untuk bukak hati kita untuk sukakan orang. Not that “suka”. Tapi as in kita selesa dengan that person and stop daripada rasa tak suka kat dia regardless dia punya attitude and behaviour. Who knows yang sebenarnya bukan attitude and behaviour dia yang salah tapi cara penerimaan kita yang berbeza. Sebab setiap orang ni berbeza preference diorang. Maybe kita tak suka dia sebab kita rasa dia mengada-ngada, yet dia punya kawan bersepah. Kalau betul perangai dia teruk, how come orang lain boleh je kawan dengan dia. Betol tak?

Sama macam kalau aku kata aku tak suka bawang. Onion ring, teramat la aku tak suka. Tapi housmates aku semua suka. Haa. Salah bawang ke salah lidah aku?

Jawab. Jawab. Jawab.

Takde yang salah kat sini kan. Dah lidah aku tak boleh terima rasa bawang tu, nak buat macamana. Takkan nak paksa pulak. Nak sumbat aku ni dengan segala macam jenis bawang satu guni. Bawang putih, bawang merah, Alya, Siska, Rika Sumanto, Oma Bertha. Bawang tu pulak, dah rasa dia macam tu, nak buat macamana lagi. Orang lain boleh je makan. Maknanya tak de yang salah pun la kat bawang tu kan. Kesian ko Encik Bawang sebab tak pepasal ko jadi contoh.

Kenapa aku panggil bawang encik bukan cik? Sebab bawang.. awang.. bawang.. awang.. encik awang.. encik bawang..

Wakakaka.

Lame Ika.

Laaaaayyyme….

So macam tu la. Bila kita tak suka orang, maybe bukan salah orang tu. Dah perangai dia cenggitu, nak buat macamana. Maybe jugak bukan salah kita. Dah penerimaan kita cenggini, nak buat macamana. Nak paksa?

Tapi kalau kita kate kat orang, “you can’t expect me to like you.” Same la jugak orang boleh cakap kat kita balik, “then you can’t expect me to like you either, right?”

Hambik nak ko. So win-win?

Win-win ke tak, we can’t live like that, right? We can’t live being such a hater. So however, maybe we can try to like people. At least give it a try.

“Cakap senang la Ika. Macam ko tak pernah tak suka orang.”

Right, I know. Bukan setakat pernah, tapi selalu. Ramai gile orang yang aku tak suka. Ramai sangat orang yang aku senang annoyed. Berlambak. Senang sangat untuk aku tak suka orang. Sebab aku jenis yang senang marah. Senang annoyed. Sebab tu la aku terdetik nak cakap pasal ni. Sebab nanti korang boleh la jentik aku kalau aku kate aku tak suka sesape. Muahaha.

credit : google

Nope la. Just that aku terfikir, why do I hate people? Are you that good Ika? To make you think that others are just not ‘likeable’ as you do?

Sentapp nokss…

Pernah aku bukak satu review pasal gadget ni, tengok komen-komen orang kat bawah, fulamak mencarut tak sudah bai. Yang itu bangang, yang ini bengap, yang tu maki yang ni, yang ni bash yang tu. Padahal kenalnya tak pun satu dengan yang lain tu. Tapi gaduh macam 7 keturunan dah bermusuh. Just sebab sebijik gadget. Padahal syarikat gadget tu bukan korang punya pun. Ikutkan mulut jahat haku ni, nak jugak join same. Ape masalah sangat nak kena gaduh-gaduh. Dah orang tu suka, orang lain tak suka, nak buat macamana. Setiap orang ada la pilihan masing-masing kan. Macam waste masa je nak gaduh untuk pertahankan benda tu sebijik. Kejadah. You have your own opinion, they have theirs. The end.

See, hati orang kita tak boleh duga hitam putih kan. Allah jadikan kita berbeza-beza sebab nanti baru hidup ni berseri. Imagine kalau kata semua orang ade taste and perangai yang sama, tak rasa boring ke.

Keluar pergi kelas, sekali tengok classmates semua baju sebijik sama dengan ko. Dah jadi pertandingan boria dah pulak.

Pergi makan café, semua order sama je. Tukang masak pulak boring asyik masak nasik goreng kicap je.

Orang marah, kita pun marah. Orang nangis, kita pun nangis. Dah takde complementnya air dengan api. Api dengan tanah and whatsoever tu. Just sebab perangai semua orang sebijik sama.

Silap-silap hari bulan cuma ada satu pekerjaan je atas dunia ni. Sebab semua orang suka buat kerja yang satu tu je. Muahaha. Ko bayang kalau semua orang ade minat blogging. Jawabnya bersepah la blog.

Sebab tu Allah buat ade yang suka blogging, ade yang pefer vlogging. Ade yang lagi suka berkicau (tweeeeeting), ade yang suke bermuka buku, ada yang minat berinsta. The more the merrryyy sangat uolsss. Baru la boleh kasi gegar ini dunia siber. Muahaha.

Tak gitew? Kannnnn….

Hari tu mase usrah kitorang main game kurang lebih untuk ta’arufan la. Each of us akan randomly pick 1 kertas and jawab soalan yang tertulis kat situ. Nak dijadikan cerita, Ainin dapat soalan “Listkan 3 perangai orang yang akan buat awak marah”. It took almost 5 minutes untuk Ainin fikir tapi end up with no answer. Kalau kate aku, in no time, aku dah boleh listkan 30 dah agaknya. Sebab Ainin bukan jenis yang senang nak marah, takpun annoyed dengan orang. And me? Heh. Sendiri bisa jawab.

haha. this is soooo.. me

Dulu Mieja pernah share tazkirah pasal marah and aku oucchh sikit sebab aku baru je lepas mengamuk and marah2 dalam group. Time tu pulak aku satu group tutor dengan Mieja. Hahaha. So aku mengaku, ha’a, aku jenis yang senang marah sikit. And Mieja cakap aku bukan jenis yang cepat marah, tapi aku jenis cepat annoyed dengan orang. And I do agree with that. Betol la tu kot. Tapi bile datangnya perasaan annoyed tu, datang la perasaan nak marah. Bile dah selalu marah orang, datang pulak perasaan tak suka. Duhhaii. Apa nak jadi dengan aku kan.

credit : google

Aku sedar, takkan selamanya aku nak jadi macam ni. Living as a hater kan. I’m trying to change for the better. Kalau tak best, better pun okeh la kan.

At least, just try, Ika.

Just. . . try.

Thanks for reading..


Monday, April 13, 2015

Dengar Kata Hati..

Monday, April 13, 2015

Bismilahirrahmanirrahim..




Dengar Kata Hati
Mengapa aku masih begini
Terus begini
Meski aku cuba mengerti
Namun bisikan hati
Sering  menghambat perasaan ini
Membuat aku sering sahaja terjelepok lemah
Membuat aku sering sahaja jatuh rebah
Dalam dunia yang penuh dengan teka-teki
Dunia yang masih belum aku temui realiti

Masihkah aku dibuai fantasi
Jika gagal untuk aku mengerti
Bahawa hidup ini satu perjalanan
Yang tidak mampu aku tentukan penghujungnya
Atau masihkah aku hanyut di alam mimpi
Jika aku masih ingin menggapai
Destinasi yang bukan milikku

Aku tak ingin lemah
Aku tak ingin rebah
Namun air mata
Seakan tidak mahu habis
Tatkala aku menangisi
Keperitan sang hati yang disapu lara
Bukan mahuku dipermainkan takdir
Bukan juga dayaku melawan takdir
Namun hati ini masih berdegil
Dengar kata hati
Akankah bahagia yang menanti?

-Kabus Qaseh-


Kisah Kabus Qaseh © 2014