Saturday, May 7, 2016

Garut Time..

Saturday, May 7, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Only God knows betapa lama dah aku nak buat entry ni tapi asyik sangkut-sangkut je. Dalam kepala, banyak entry yang terabai. Banyak events before. Nak buat entry for each events tapi nak kena goes one by one. Ceitt. Entry ni pun tulis dah berminggu, tapi tunggu nak collect gamba. C’mon, apalah trip kalau takde gambar kan. Zaman dulu zaman sekarang, gamba masa trip itu perlu. Hokeh. A picture tells a thousand stories. Isn’t it? Tapi yang ni, a story was told by a thousand pictures. Hehekk.


This is it !

Nak jadi cerita, hari tu belek2 fb, jumpa post pasal Garut. Bapak melampau lawa tempat. Terus aku tag members, nak ajak diorang pergi. Sebelum ni, masa kat Bale lagi, ade member Indonesia, Rique Novia pernah ajak kitorang pergi Garut, since dia asal sana. Kira dia ajak kitorang melawat tempat dia la, singgah rumah dia semua. Tapi paham2 la Puan Laila kesayangan mesti susah sikit nak bagi. Mau Puan Laila nak bagi aku ikut orang yang dia tak kenal pergi balik rumah? Masa tu pun tak tahu la ape yang menarik sangat pasal Garut ni.

Tapi anyhow, sampai jugak kitorang ke sana. Right after exam hari tu, 19/3 esoknya kitorang ke sana. At first plan 7 orang, kitorang 1 rumah campur Zai dengan Shu sekali. Tapi tetiba Zai bagitau dia tak jadi join. Jumaat tu Zura pulak bagitau yang dia pun tak join. Aku dalam hati, jangan la ada lagi yang cakap tak nak ikut. Then sudahnya kitorang 5 orang je la. Aku, Ainin, Raja, Kirra, Shuhadah.

Kitorang sewa kereta include supir terus. Keluar rumah around 7 pagi lebih. Lebih tu berapa banyak punya lebih, paham-paham la. Kitorang ni melayu semua. Hahaha. Sampai lebih kurang 10 lebih kot kalau tak silap. This trip aku lupa nak journalkan. Heheh.

Garut besar, banyak tempat-tempat yang kitorang nak pergi actually jauh with each other. Aku meroyan nak pergi Pantai Santolo. Giloss lawa tengok gambar. Tanya bapak, fulamak, jauh seyhh dari Bandung. Pak supir suggest kalau nak pergi Santolo, then kitorang kena book that one day full untuk Santolo je, pergi balik. Kalau nak stay laen cerita. Kitorang tak nak stay, nak balik hari. Pulak tu kitorang nak pergi banyak tempat and kalau boleh tak nak spend masa banyak dalam kereta je. So, destinasi kitorang, bapak yang decide. Tempat yang dekat-dekat to each other.

#1 : SITU CANGKUANG

Jangan tanya aku Cangkuang ni apa. Hahak. This place macam tasik then seberangnya ada like perkampungan something. Kitorang naik rakit (rakit ke?) untuk nak ke seberang. 1 rakit kena full around 20 orang, so tiket around Rp 20,000 per person. Tapi kitorang tak nak kena tunggu untuk cukupkan 20 orang sebab lambat. So kitorang ambik 1 rakit untuk kitorang 5 orang je. Total around Rp 180,000.



This is the rakit

Left behind sebab tolong amek gamba. Hahaha.

Go ! Go ! To the infinity, and beyond....

Spread your wings.. and fly to sky...

Berdoa tak jadi tragedi Titanic. That's what I've been praying. Hahaha.

Seberang sana tu is our destination.

Together we fly. We put quite an effort into this. Sambil cuak mintak2 tak tenggelam. Hahak.


Welcome !

Bergambar kat pintu masuk nak ke candi

Again...

Candid time !

Selfie addiction !

Aku rasa gamba ni super cooool ! Except for nampak tangan aku. Lupa adjust monopod.

Nak selfie pun susah nak cari position

There you go. Ni Candi Cangkuang. Aku intai dalam, ada macam patung sami ape ntah. Quite scary.

Oppp. Still not over.

Thumbs up for Ainin and Kirra. Hehehhh.

Kirra being static. Haha.


Ainin dah pengaruh Shu

Me at front be like, "Ooo emm jayy! Besaqnya muka !"

So kita tukaq sama Ainin. Haha. But the thing now, mana mata? Mana mata?

Belakang ni is rumah adat. Ada penghuni dia tapi at the same time untuk pameran jugak. Btw, jangan salah faham. Kirra tak tido. It's just her being cute. Hahahaha.

Handcraft

Handcrafts. I bought kapal in glass bottle tu. Nampak tak? Aku sawan sikit dengan benda2 cemni.

Using 3 straws simultaneously is not tamak. This is being productive.

Bonus ! Hahaha. Believe it or not, ni gamba selfie. New skill discovered ! Ceittt.
Sembang dengan orang-orang kat situ, actually Situ Cangkuang ni macam tempat bersejarah lebih kurang la. Dulu dia perkampungan something, then after tukar pemerintahan ke ape tah, dia jadi like tempat pelancongan dah. Dalam tu ada perkampungan rumah adat, candi, kubur. And museum yang mana kitorang tak jenguk pun sebab tak tahu ada. Hahaha.

#2 : CHOCODOT

Chocodot is a kedai coklat. This is one is sooo unplanned. Bapak tak suggest, and kitorang pun tak tau prior to this. Keluar dari Situ Cangkuang tu, aku tetiba ternampak kedai ni. Then aku bagitau Ainin, wehh, kedai coklat tu comel la. Sebab siap ada mascot lagi. Raja pun, ohhh, tu kedai coklat yang famous jugak, Iche pernah ke sana. So, aku pun like, jooom singgah. Terus cakap kat bapak untuk U-turn. Mujur u-turn pun senang je. So singgah la kejap kedai ni.

Actually ada maskot kat luar ni, tapi tak tersnap sama

Walaupun aku beria mintak singgah sini tapi ironically, aku tak suka coklat. Hahaha. I used to suka. Tapi not anymore. Eden poning kopalo kalau makan coklat. Eden boleh makan dark chocolate jo.

Kedai dia memang awesome. Banyak sangat jenis coklat yang ada. Dark chocolate, milk chocolate, white chocolate? Common sangat tuh. Coklat dodol? Coklat cili? Coklat cinnamon? Haaaa. Hamek kau. Sawan semua orang. Tho aku claim tak suka coklat, terbeli jugak pastu. Hahahak.


Interior

Chocolatessss !

Kasi zoom in. Ni dodol coklat.

Variety of weirdly named chocolate. Hahak. Here we have coklat konspirasi kemakmuran, coklat gawat darurat (ICU), coklat anti galau, coklat anti stres, coklat labil ekonomi, coklat rasa sayang, etc...

Cuteness overload !
Seryess aku tak rekemen coklat cinnamon. Unless korang suka cinnamon. Aku tak suka. Tak tahan bau, tak tahan rasa dia. Aku dah macam tetiba ade tic disorder. Whole facial muscle twitching. Hahaha.

Ni coklat yang aku terbeli. Yang gamba wayang kulit tu coklat cinnamon. Ainin yang paksa beli. Huuu

Aku syak Chocodot ni memang famous melampau sebab along jalan lepas tu, kiri kanan ada franchise dorang. Ada yang like in collab with kedai kerepek, kedai kek, kedai dodol.

Ahhha, garut famous dodol. And dodol diorang tak macam kita. Diorang ada dodol buah, dodol durian, dodol manga, dodol coklat, dodol avocado, dodol kopi. Ape takde. Aku suka dodol tapi dodol kat sini tak masuk tekak aku sangat sebenarnya. Heheh. Aku pernah je beli dodol garut kat Bandung, bawak balik. Puan Laila sorang je yang makan. Sobb sob. Lepas tu aku set keazaman yang tinggi untuk tak beli dah.

#3 : KAWAH DARAJAT

2nd destination, Kawah Darajat. Kitorang cakap dengan bapak, kalau boleh nak pergi tempat yang ada kawah and kolam air panas. So bapak bawak kitorang ke sini. Katanya tempat ni baru dibukak, so tak ramai yang tahu.



Bermula la tough journey
Kalau Bandung ada Kawah Putih, Garut ada Kawah Darajat. Nak lawan jugak. Kawah Putih kat Bandung memang sangat cantik, tapi dah tak aktif. So dia jadi macam tasik gitu. Tapi kalau yang Kawah Darajat ni menggelegak2 lagi aktif. Abang guide cakap yang lowest temperature around 150°C. Ulangi, lowest.

Ni kawah 150 degree

Abang guide bagi can turun bawah sikit untuk gamba dekat2. Cuak.

Kena kukus

Tempat ni sejuk, sebab kat puncak gunung. Tapi bila duduk dekat dengan kawahnya, perghh, rasa la macam kena kukus. Steaming. Kat tempat ni ada banyak kawah tapi yang kitorang lawat 3 je, sebab takde access nak ke sana. I mean laluan tak berapa nak aman. Yang 2nd kawah, sangat cantik. Biru dia. Fulamak. Rasa nak main celup-celup kaki pun ada. Tapi jangan nokk. Jangan buat kerja gila.

2nd kawah

Thumbs up for the background



This is awesomeeee ! (baca dengan suara chipmunk)

Should I? Should I not?

Shu 

Ainin

Raja

Kirra

p/s : aku rasa gamba each of the girls is soooooo beautifully taken... Wooot wooot..

3rd kawah paling mantap. 350°C. Perlu ulangkah? Hahaha. Yang ni memang mantap dia punya menggelegak. Steam naik berkepul-kepul. Kitorang ambik gambar dekat2 kawah tu. Muka confident tinggi seyhh tapi kau tak tahu cuak aku cemano. Dalam hati, jangan la tetibe aku terselisih bahu dengan dorang, psatu terpele’ot jatuh masuk. Jangan la jugak tetibe ade orang tertolak aku tak sengaja. Pengaruh final destination. Tapi kau jangan tak tahu, kematian tu sangat dekat wehh.


Getting to the 3rd kawah.

3rd kawah. Kat belakang kitorang ni, kawahnya memang tak nampak apa sebab wap berkepul2

Group photoshoot sambil tahan bau belerang kuat sangat

Kita kasi can sikit kat Ainin. Walaupun kitorang kat belakang blur. Muahaha.

Waterfall. Hehehhh

Yang ni tak sampai 350 degree cuma dia satu aliran dengan yang tu.







Okeh, last..

After that, masa turun tu, kitorang berkira-kira nak main kolam panas tak. Kawah ni kat puncak gunung, bawah tu kawasan air panas, kolam mandi, outbund semua bagai. Tanya harga kolam panas berapa. Rp 25,000 je untuk yang open region. Tapi kitorang tak nak yang open. Tanya yang bilik, Rp 500,000. Gulppp. Okeh, pak, gak jadi. Mutar aja pak.

Teheee.

#4 : BARANGAN KULIT GARUT

Aku tak ingat the exact tempat ni punya nama. Okeh, ni info penting tahu. Garut sangat2 famous dengan barangan kulit. Kalau sebut Garut, it’s either barang kulit atau dodol. So aku pun tak nak la melepaskan peluang ni (ceittt) untuk singgah cuci mata. Cuci mata je, nasib purse aku tak kena cuci sekali. Saja intai2 tengok kalau ada beg kulit yang cecomey kan. Tapi fulamakk harga dia. Menangis purse aku kalau dengar. Dengar je harga, aku decide, okeh, kita cuci mata je.

Tapi diorang pun bagitau yang ada slack sikit bila aku try galas beg kulit. Ada something yang off. Hahaha. Bila aku mintak Kirra try, cantik elok je. Bila aku yang try, err.. mana yang salah eh. Shu cakap, tak kena dengan image and style aku. Ehhh ehh. Shu ni paham je dia.

So sebab macam tak nak la balik tak beli apa-apa, aku pun borong la coin purse. Rp 20,000 each. Tapi kalau untuk seorang Wan Norshafika yang pakai purse macam jantan ni, nak pakai purse coin ni macam… hmm. Last-last aku buat simpan barang menjahit aku. Takdenya aku nak usung hulu hilir purse ni. Wakaka.

Kat tempat ni kitorang takde bergambar ape pun. Kejar masa nak balik 1 hal. Penat satu hal.

Then around pukul 5, kitorang gerak balik. Maghrib tengah jalan. Sampai rumah dalam pukul 8 something. Penat. Aku balik, terus cari katil. Lapar. So order makanan. Tapi tidor lagi penting. Sudahnya aku tido dengan perut sayu2 menyanyi lullaby. Kikikkk.

Itulah cerita Garut. Since kitorang tak familiar with Garut, banyak tak tahu tempat. Tapi kitorang have fun ! Hehe. At least aku la. Hahaha.

In Shaa Allah next entry akan menyusul pasal Utopia. Then HOTS. Then Trans Studio. Ikut kronologi sikit. Hehe.

Thanks for reading <3



Kisah Kabus Qaseh © 2014