Tuesday, October 28, 2014

Kita Manusia..

Tuesday, October 28, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Aku tertanya-tanya sorang2 sebenarnya. Pernah tak korang dalam hidup, even sekali pun, pernah tak korang rasa macam tetibe nak nangis? Tak de sape marah, tak de gaduh dengan sesape pun, tapi rasa macam laju je air mata nak jatuh. Tak pun dalam hati korang ni ada satu perasaan yang susah la nak diexplainkan. Tak keluar perkataannya. Susah benau nak cakap apa rasenya. Tak pun rasa macam serba tak kena. Nak study rasa macam tak boleh fokus. Lapar nak makan, tapi rasa tak selera. Nak tengok movie, tapi rasa macam tak de mood. Nak tidur pun, mata macam tak boleh lelap. Tutup laptop, bukak laptop. Tutup handphone, bukak handphone. Last-last termenung sorang-sorang bawah katil. Pernah tak korang mengalami salah satu daripada tanda-tanda ni?

Hmm. Aku selalu tertanya-tanya, aku je ke yang kadang-kadang rasa macam tu. Sampai la satu hari, dalam usrah, akak usrah tanya, “Pernah tak korang tetibe rasa macam serba tak kena, rasa nak nangis tetibe?”.

”Errkk, kalau pernah, kenapa? Penyakit ke tu?”

“Yupp, penyakit hati.” *ni aku yang cakap, bukan akak*

Akak cakap, tu tandanya awak jauh dari Allah. Awak dah mula leka dengan dunia, dah mula lupakan Allah. Dah banyak bermaksiat. Erkk.. bila cakap maksiat kat sini, bukan la just bermaksud berzina ke ape. Berdosa, itulah dia. Hmm.. akak cakap, tu tandanya Allah nak tegur hambaNya yang telah alpa, leka. Allah sayang hambaNya, tak nak tengok terus hanyut dalam kehidupan dunia, so Allah jentik sikit perasaan kita ni untuk kembali ingat kat Dia. Allah nak kita ingat tujuan kita kat dunia ni. Macam cikgu kat sekolah. Bila tengok anak murid dia ni memain kuat, dia pun bagi kuiz mendadak. Haa, baru kau nak gelabah. Cenggitu la kita dengan Allah ni. Kita dah start playful, Allah bagi ujian berupa ketidak amanan dalam hati kita ni.

Dalam usrah petang tadi, akak usrah cerita pengalaman dia. Lepas midsem exam hari tu, kitorang semua tak de cuti macam bebudak laen pun. Setakat cuti hujung minggu. Sabtu, Ahad plus Jumaat yang takde exam. 3 hari je bai. Sedeyhh! Tapi akak-akak 3rd year, total 15 orang, diorang saja la nak jenjalan ke Surabaya. Jauh jugak daripada tempat kitorang sebab Surabaya kat Jawa Timur. Kitorang kat Jawa Barat. Kena cross satu lagi Jawa, which is Jawa Tengah. Hehehe.

Nak dijadikan cerita, diorang bersuka ria la kan dah travel jauh-jauh ni. Ade satu tempat dorang pergi, Bromo, ade air terjun bagai-bagai la. Sebab Indonesia ni, macamana sekalipun, aku sangat la takjub dengan view kat sini. Subhanallah. But then, tengah hari yang diorang sepatutnya naek train balik ni, ade sorang akak ni tertinggal beg dia kat air terjun tu. Perasan pun time dah turun dah. So pak supir naek balik nak cari, tapi tak jumpa. Masalah yang timbul is that, dorang dah terlepas train. Lagi pulak, akak yang hilang beg tu tak dapat naek train sebab tak de ID. So dorang sewa kereta untuk balik Bandung. Guess what, 30 jam! Kurang lebih 30 jam total perjalanan balik dorang. Masha Allah. Kalau aku, agaknya memang mati katak aku. Tapi dorang so sweet, sangat tenang.

Macam-macam je masalah lepas tu. Kereta ade masalah, dorang terpaksa mandi kat bengkel anak saudara supir, and macam-macam la. Tapi apa yang buat aku sentap jugak la, is that, dorang tak nak jadikan perjalanan dorang sia-sia. Dorang nak isikan masa perjalanan dorang dengan pengembaraan mencari sang Pencipta.

Dorang cari ibrah di sebalik semua yang jadi ni. Katanya, Allah nak tegur sikit sebab terlalu alpa dengan percutian kali ni. Bersuka-ria kat air terjun, mungkin menjauhkan sikit mereka dengan Allah. So Allah tegur sikit. Sikiiiit je. Kalau ikutkan, hanya sebab sebijik beg je. Sebab beg yang satu tu, mereka terlepas train, naek kereta 30 jam balik Bandung, bermalam dalam kereta je, kereta pulak ade masalah, etc. Haa.

Yang buat aku macam sentap lagi is that dorang boleh cool and ambik bende ni sebagai satu ibrah. Instead of salahkan masing-masing or salahkan takdir, dorang salahkan diri sendiri yang leka. (T_T)

So macam tu la kadang-kadang kita manusia. Selalu sangat alpa, leka. Dunia ni indah, sape yang tak terpukau kan. Tapi kalau kata kita tau yang kita ni dah alpa, cepat-cepat la kita kembali ke landasan. Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sayangnya Allah kat kita ni sampaikan Dia guide satu-satu jalan kita ni. Kita salah, Allah tegur. Kita leka, Allah cuit. Sweet tak Allah?

Teringat pulak perkongsian Kak Ain dulu. Tentang jiwa manusia. Jiwa manusia ni ada 3 kategori.

1. Al-Muthma'innah
Ni jiwa yang tenang. Jiwa yang sangat bergantung kat Allah, apa-apa yang dibuat pun, semua kerana Allah. Semuanya bersandarkan Allah. Jiwa yang mencintai Allah. Bila berbuat dosa, dia akan rasa sangat menyesal, bersalah.

2. Al-Ammarah Bi Suu'
Ni jiwa yang selalu mengajak nak berbuat jahat, berbuat lagha. Itu la motif hidup, nak buat jahat je. Sampaikan bila buat dosa pun, dah tak ada rasa bersalah tu. Wat lek wat peace je.

3. Al-Lawwaamah
Ni jiwa yang Kak Ain cakap, 50-50, macam lalang. Buat jahat boleh, buat baik pun boleh. Ada masa, rilex je lepas buat jahat. Ada masa, menyesal tak habis bila buat salah. Jiwa yang takde pendirian, sangat senang berubah-ubah dan digoda.


And then Kak Ain tambah lagi. Ada satu jiwa yang memang langsung tak layak nak disebut. Tak de dalam mane-mane kategori kat atas pun. Jiwa ni, bila buat jahat dia tak rasa bersalah, bila buat baik pun dia tak rasa tenang. Buat apa-apa pun tak pernah nak buat betul-betul. Hidup umpama takde hala tuju. Tak tau nak buat jahat ke baik. Gitu la.

So tepuk dada, tanya iman. Jiwa kita ni jiwa yang mana?

*Jiwa Muthma’innah!! Insha Allah*

Thanks for reading (“,)

Kisah Kabus Qaseh © 2014