Thursday, September 25, 2014

You're My Idiot..!

Thursday, September 25, 2014
Bismillahirrahmanirraim..

Assalamualaikum..

Ermm. Hari ni aku rase begitu semangat nak share something. Uikss..? Apakah? Ngeh ngeh. Aku ade mention tak sebelum ni yang aku suka berkarya? Berkarya as in berpuisi and bercerpen. Biase la, aku ni berangan je lebih, haduyaii. So ahha! Ini la alkisahnya. Hari ni dengan bahagianya *bukan bangganya* aku nak mempersembahkan cerpen pertama aku kat sini. Ermm.. sebarang kekurangan dan kelemahan harap maaf dan sila la tinggalkan komen anda *Hoommaaiigaddd!*

Bismillahirrahmanirrahim..

**********************************************************





You’re My Idiot!
“Hoi!” serentak dengan sergahan itu, Arisa terasa bahunya dicuit. Berterbangan menungannya. Tindakan refleksnya membuatkan dia segera mencapai tangan yang melekap di bahu kanannya dan berura-ura untuk mempraktikkan kemahiran seni mempertahankan diri yang dipelajari.
“Risa, nanti! Nanti! Saya ni!"
Tegahan itu menghentikan niat Arisa. Dia menoleh mahu memastikan siapakah empunya tangan itu. Seketika, dia menarik nafas lega. Aril!
“Laa.. apa awak buat ni?” soal Arisa dengan nada tidak puas hati. Mujurlah sempat Aril menahan, kalau tidak, free-free je kena bantai.
“Saya cuit je pun. Senang sungguh melatah,” Aril menyakat.
“Tu bukan melatah, tapi defend diri,” Arisa cuba membela diri. Sejujurnya dia bukan seorang yang senang melatah apabila disergah begitu tapi dia benar-benar terperanjat sebentar tadi kerana saat ini fikirannya bukan di sini.
“Eleh, ke saja ambil kesempatan nak pegang tangan saya?” Aril masih ingin menyakat. Dia suka melihat merahnya wajah Arisa saat disakat terutama bahagian pipinya yang sedikit berisi itu. Comel!
“Eh, tolong sikit. Tak hadap!”
Aril menyambut dengan tawa besar.
“Cakap pasal ambil kesempatan, teringat dulu masa kita mula-mula kawan,” Arisa berjeda. Mahu menanti reaksi Aril, masihkah ingatkah tidak dia pada kisah lebih setahun yang lalu.
“Kenapa?”
Arisa mendengus. Tak ingat la tu. Inilah lelaki, kan.
“Masa tu, kan yang saya terseliuh kaki masa practice. Ayah Zul mintak awak yang tolong hantarkan saya ke klinik sebab semua assistant busy. Awak papah saya sesuka hati je time tu, langsung tak mintak izin. Saya ingat awak nak ambil kesempatan,” Arisa terasa bagai mahu tergelak juga mengingatkan kenangan lalu.
“Ha’ah. Ingat.Tu la awak, fikiran awak tu asyik negatif je,” Aril menempelak.
“Eh, dah awak tu suka-suka hati pegang saya. Tak cakap sepatah pun alih-alih peluk kita macam tu je. Marah la,” Arisa tidak mahu kalah. Haishh, pantang keturunan Haji Mahmud kalau menyerah kalah sebelum berperang.
Arisa bagai tidak percaya kalau sebenarnya alasan lelaki itu tidak meminta kebenarannya terlebih dahulu adalah kerana segan. Segan mahu mengungkapkan kata ‘boleh saya papah awak?’, ‘meh saya papah’ atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Setelah pulang dari klinik, lelaki itu terus meminta maaf dan menjelaskan situasinya.
 “Alaa, kalau dah suka tu cakap je la.”
Arisa membulatkan mata. Dia menayangkan buku limanya tepat di hadapan wajah Aril. Tidak kuasa melayan sengalnya Aril.
Bila memikirkan kembali saat bermulanya perkenalan mereka dulu, Arisa bagai tidak menyangka kalau akhirnya dia dan Aril akhirnya menjadi sahabat baik. Bukannya dia dan Aril sama sombong tapi mungkin masing-masing segan. Hampir lapan bulan dia mengikuti kelas taekwondo itu, hanya setelah kejadian di mana Aril membantu menghantarnya ke klinik, barulah mereka mula bersahabat. Ada hikmah juga dia cedera agaknya.
Setelah mengenali Aril, barulah dia tahu hati budi Aril sebenarnya. Barulah dia menyedari kenapa Aril menjadi kegilaan hampir sebahagian daripada pelatih taekwondo di dalam kelas mereka. Kehebatannya dalam seni mempertahankan diri yang satu ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Mungkin kelebihannya bila berbadan tinggi. 178cm. Kalah la kalau nak dibandingkan dengan Arisa. Ditambah pula dengan kekacakan Aril, matanya yang redup, keningnya yang lebat dan dagunya yang terbelah sedikit, tak hairan lah kalau ramai admirer termasuk akaks-akaks dan aunties-aunties pun. Hot gitu, kan.
Selama ini dia hanya memerhatikan Aril dari jauh sewaktu lelaki itu dalam latihan. Menjadi penyokong dan penyorak yang paling bersemangat sewaktu dia bertanding dalam kejohanan. Bukan Arisa seorang stalker. Tapi dia pun mengakui bahawa dia suka melihat langkah Aril yang pantas, gerak tangannya yang tajam, hayunan kakinya yang mantap. Mengingatkan dia kepada lagak Lee Minho pujaannya dalam drama korea City Hunter. Ahh! Seminggu sahaja dia mampu menghabiskan 20 episod drama itu. Itu pun tengah dalam ujian akhir semester. Rakan-rakan yang lain demam exam, dia sahaja yang angau tak sudah, demamkan Lee Minho.
*          *          *          *          *          *
BUAT kesekian kalinya, Arisa mengeluh lagi. Dia tidak kuasa mahu melayan cerewetnya Aril berbelanja. Itu tak kena, ini tak cantik, warna suram, corak macam zaman dulu, belang hitam kuning dah macam lebah. Penat Arisa melayan kerenah rakannya itu. Kalau ikutkan hati dia malas mahu menemani Aril, sudah tahu benar kerenah Aril. Namun tidak sampai hati pula mahu menolak. Selama ini kalau dia dalam masalah, tak lain tak bukan lelaki itulah orang pertama yang dia akan cari. Tak nak lah jadi kacang lupakan kulit. Cewah! Pandai pulak aku berperibahasa. Siapa kata anak Haji Mahmud fail BM?
 “Risa,” panggilan garau itu membuatkan Arisa mendengus.
 “Apa dia?” Arisa menjawab malas dan berpaling.
Eh? Mana Aril? Dia memandang kiri dan kanan. Di hadapannya kini bukan Aril tapi seorang lelaki tinggi yang segak dalam kemeja. Siap bertali leher lagi. Wah! Hensem bukan main lagi kau ye. Siapa ni? Tau pulak nama aku? Sangkanya Aril yang menyeru namanya sebentar tadi.
“Ingat lagi?” ringkas soalan itu.
Arisa mengerutkan dahi. Berfikir. Siapa ek? Macamanalah sikit punya handsome macam ni aku boleh tak ingat.
“Tak ingatlah tu kan,” duganya.
Arisa mengangguk jujur.
Terdengar gelak halus dari bibirnya. Dah makin handsome pulak dah.
“Dah agak. Ini Syamil la.”
“Err..” Arisa masih bingung. Siapa? Anak angkat mak aku ke? Kawan sekolah dulu ke? Aku pernah gaduh dengan mamat ni kat mana-mana ke? Ex boyfriend aku tak mungkin handsome macam ni. Dah tu, secret admirer?
“Bunga kaktus. Kedai bunga err.. Lucy. Depan Seven Eleven Taman Saujana. Tahun lepas.”
Hah! Ambik nak kau Arisa! Sebijik-sebijik detail dia bagi kat kau. Memang nyanyuk sungguh kau Arisa Farhana kalau tak ingat lagi. Tapi Arisa mengaku kalau dia memang seorang yang pelupa.
Seminit..
Dua minit..
Tiga minit..
“Ahh!! Ingat!” Arisa memetik jari. Bercahaya matanya bagai orang yang baru sahaja memenangi anugerah Nobel. Overreact! Okey, Arisa Farhana memang seorang yang over.
“Syamil. Yang kita berebut kaktus masa tu. Depan Seven Eleven. Betullah. Aduh, macamana sebijik-sebijik awak boleh ingat eh?” dalam kagum, Arisa mengutuk kebebalan sendiri.
“Mujur ingat lagi. Kalau tak saya dah rasa macam nak sorok muka dalam baju ni je. Syok sorang-sorang,” Syamil bergurau.
Aiceh! Bergurau pulak dia. Bahagia sungguh. Arisa lihat senyuman dari bibir merah lelaki itu. Wah! Bagus-bagus. Merah bibir tu tanda tak merokok. Sama macam Aril, pun tak merokok. Bangga pula dia dengan rakannya itu. Walaupun rakan-rakan lelaki Aril boleh dikatakan hampir 80% merokok namun Aril tidak pula terpengaruh. Bagus!
Eh? Baru kini dia teringatkan Aril. Mana pula mamat sorang ni? Dia mahu mengenalkan Aril dengan Syamil. Syamil ialah pemuda yang ditemuinya dahulu. Lebih tepat untuk dia katakan lelaki yang dia berebut kaktus sewaktu mencari kaktus sebagai hadiah kepada umi sempena ulang tahunnya. Macam budak-budak sungguh bila difikirkan padahal banyak lagi kaktus lain di kedai itu. Cuma Arisa enggan mengalah kerana kaktus itu dahulu yang menangkap perhatiannya. Warna merah durinya membuatkan Arisa tertarik. Selama ini dia ingatkan duri kaktus warna putih sahaja. Barulah dia tahu rupanya berbagai spesies yang wujud di muka bumi ini. Dia sahaja yang hidup di alam kuno.
“Sihat?”
Arisa sekadar mengangguk. Soalan berbasa-basi gitu dia memang tidak berapa gemar sebenarnya. “Awak?” cakap orang, aku pun sama je soalannya. Agaknya dengan orang handsome macam ni, aku memang lidah beku. Otak pun dah macam dalam freezer agaknya.
Seketika Arisa sedar bahawa kedudukan yang rapat dan ketinggian Syamil membuatkan tengkuknya naik lenguh apabila harus mendongak memandang lelaki itu. Arisa lantas menjarakkan diri ke belakang supaya dia tidak perlu mendongak lagi.
“Eh!”
Arisa tergamam saat tangannya ditarik Syamil. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Tahu-tahu sahaja dirinya sudah seinci sahaja dari pelukan Syamil. Astaghfirullah! Apa ni? Arisa menolak tubuh Syamil dan membetulkan kedudukan.
“Maaf, tadi awak hampir nak terlanggar orang tu,” Syamil menjelaskan perkara yang sebenar. Khuatir kalau Arisa fikir dia ingin mengambil kesempatan. Syamil menuding ke arah lenggok seorang lelaki bertubuh gempal yang semakin menjauhi mereka. Arisa mengangguk, mengerti. Mujur juga Syamil menarik tangannya sebentar tadi. Kalau tidak memang lenyek aku jawabnya kena langgar. Salah dia kerana mengundur ke belakang sebentar tadi tanpa melihat keadaan trafik sekitarnya terlebih dahulu. Itulah Arisa yang sangat cuai.
Baru ingin mengucapkan terima kasih, sekali lagi tangannya terasa dipaut dan ditarik ke belakang. Aduh! Yang ni aku memang hangin. Asyik kena tarik je. Memang orang tubuh kecik kena buli macam ni ke.
“Kau kenapa? Ada masalah dengan awek aku? Main tarik-tarik pulak?”
Awek? Arisa gamam melihat Aril yang tiba-tiba sahaja muncul berhadapan dengan Syamil dan mengaku kekasihnya. Kekasih? Sejak bila? Tersedak susu agaknya kecil-kecil dulu. Dah besar ni jadi berhalusinasi pula. Arisa melepaskan pegangan Aril yang kemas melekap di tangannya.
“Apa ni Aril?”
“Mamat ni nak apa dengan awak? Suka hati kacau anak dara orang,” Aril bersuara bengis. Arisa nampak pandangan mata Aril yang tajam mencerlung.
“Oii, ni kawan saya la. Syamil. Awak rilekslah,” Arisa cuba menenangkan Aril. Tidak mahu kalau Aril tiba-tiba menunjukkan kemahiran taekwondonya kepada Syamil. Masak aku yang kena jadi pelerai nanti.
“Kawan?”
“Iye. Meh sini saya kenalkan. Syamil, ni kawan baik saya, Ar..”
“Jom, dah lambat dah ni. Saya ada janji pulak lepas ni,” belum sempat Arisa menyempurnakan ayatnya, Aril memotong.
“Tapi..”
Bro, sorry. Lain kali jumpa lagi. Pergi dulu,” Aril hanya mengangkat tangannya kepada Syamil dan terus berlalu.
Arisa pandang langkah Aril yang laju meninggalkan mereka. Itu je? Arisa pandang pula Syamil yang sedari tadi menjadi pemerhati. Diam tak berkutik.
“Err.. awak. Sorry ye dengan kawan saya tu. Angin kus-kus dia dah datang. Insha Allah kalau ada masa, saya akan kenalkan awak dengan dia. Okey?” Arisa memohon maaf bagi pihak Aril. Menaikkan kembali saham yang sudah gedebuk jatuh akibat perbuatan Aril. Aduh! Bikin malu member je. Mana mahu disorokkan wajah dengan perlakuan kurang sopan Aril tadi.
“Tak apa. Faham. Lain kali ada jodoh kita jumpa lagi,” Syamil melemparkan senyuman mesra.
Jodoh? Aiceh! Arisa sudah tersenyum dalam hati. Berangan. Amin, moga-moga termakbul la hendaknya ya.
“Insha Allah. Kalau macam tu, saya pergi dululah ye.”
“Eh, nanti. Boleh minta nombor telefon?” Syamil sempat menahan Arisa yang sudah mula mengatur langkah.
Nombor telefon? Hehe. Alamatnya tak lama lagi Haji Mahmud dapat menantu la gamaknya kalau macam ni.
“Err.. just in case kalau ada apa-apa. But, its okay kalau awak keberatan. No biggie,” suara Syamil kedengaran layu.
Keberatan? “Eh, tak. Tak. Tak keberatan pun.” Gila tak nak bagi nombor? Haruslah bagi. Umi cakap kalau rezeki jangan ditolak. Umi, ni dikira rezeki la, kan? Kan?
Setelah bertukar nombor telefon, Arisa melangkah berlalu mendapatkan Aril yang sudah tidak tahu ke mana menghilangnya. Mamat ni dah kenapa pulak? Tiba-tiba hangin semacam. Tak pernah-pernah pulak macam ni.
*          *          *          *          *
ARISA mengerling lagi jam yang melilit di pergelangan tangan. Sudah hampir setengah jam dia menanti. Langsung tiada teksi mahupun bas yang lalu. Teringat pelawaan Sara yang ditolak sebentar tadi. Dia tidak mahu menyusahkan gadis itu untuk menghantarnya pulang. Arah rumah mereka berlainan. Satu ke barat, satu ke timur. Takkan dia mahu menyusahkan Sara terpaksa memandu jauh-jauh.
Dia juga tidak sampai hati mahu meminta tolong abangnya. Dia tahu pasti abangnya yang berkerjaya doktor itu sedang sibuk. Nak cari bini pun tak sempat, lagi nak jemput aku bagai. Kalau tidak kerana keretanya buat masalah pagi tadi, dia pasti tidak akan ada di sini. Pagi tadi datangnya dijemput Aril. Tapi memandangkan dia baru sahaja bertikam lidah dengan Aril sebentar tadi, dia tidak  mahu dikatakan tebal muka meminta bantuan lelaki itu. Gila nak tayang muka tak malu nak minta tolong?
Kenapa dia bergaduh dengan Aril. Heh! Pening kepala dia memikirkan sikap Aril sejak kebelakangan ini. Anginnya tidak menentu. Senang marah tidak tentu pasal. Hari itu dia dimarahi kerana membiarkan Syamil memegangnya. Eh? Masalahnya, mana ada aku kasik sesuka hati macam tu. Orang tu nak tolong aku je pun. Lepas tu, Aril naik angin bila Arisa sembang dengan waiter muka jambu waktu mereka keluar makan beberapa hari lalu. Tu tak kira lagi bila Arisa sembang dengan uncle jual paper, bila ada mamat hensem menguratnya. Dia dikatakan melayan saja. Aduhai, mana ada dia menggedik mahu melayan. Susah sungguh mahu memahami Aril sekarang ni.
Tadi, tiba-tiba entah kenapa Aril memintanya berhenti daripada kelas taekwondo ini. Tak nak! Arisa tak rela kalau terpaksa menghentikan minatnya itu hanya kerana Aril risaukan keadaannya yang sering sahaja tercedera. Seperti kecederaan yang dialaminya sekarang ini.
Arisa akur kalau dia seringkali mengalami kecederaan sewaktu berlatih. Mungkin kerana dia lalai. Mungkin juga kerana saiz kakinya yang kecil membuatkan dia sukar untuk stabil. Apabila ada asakan daripada lawan, mudah sahaja untuk dia rebah. Namun, Arisa bangga kerana walaupun hanya dengan ketinggian 150cm, Arisa masih berjaya merangkul banyak pingat dalam acara sparring kejohanan taekwondo yang disertainya.
Bangga Haji Mahmud dan Hajah Zaleha dengan anak gadis yang seorang ini. Nampak sahaja lembut di luar. Nampak seperti mudah sahaja dibuli tapi Arisa bukan gadis lemah. Dia sudah masak dengan jatuh bangun dunia seni mempertahankan diri. Ini sudah bukan kali pertama dia mengalami kecederaan sebegitu. Sudah masak. Dia akur kalau adat berlatih, jatuh, cedera bukan lagi perkara asing.
Namun pendapatnya bertentangan dengan Aril. Kata Aril, sebagai perempuan, aktiviti lasak begitu tidak sesuai dengannya.  Kaki mahu pakai lama, nanti kalau jadi apa-apa takut tak ada yang nak masuk meminang, tak perlu belajar defend diri sebab nanti boleh depend kat suami dan bermacam lagi sebab-sebab yang keluar dari mulut Aril. Tapi, bagi Arisa, taekwondo benar-benar sudah sebati dengan jiwanya. Tidak bererti tidak. Dan jawapan itu membuatkan Aril berang. Gaduhlah jawabnya. Disebabkan gaduh itu, mahu tidak mahu, Arisa akur bahawa tiada lagi Aril untuk dia minta bantuan.
Sebuah kereta perdana yang berhenti di hadapan membuatkan Arisa mengeluh. Marahnya pada Aril masih belum reda. Kenapa lelaki itu harus muncul pada saat ini?
“Jom, saya hantarkan,” itu bicara pertama yang keluar dari mulut Aril.
Arisa buat tidak dengar. Tak kuasa membazirkan tenaga mulutnya nak menjawab.
“Arisa Farhana, jom. Teksi susah nak dapat kat sini,” Aril masih tidak putus asa.
Arisa mengetap bibir. Eleh, konon prihatin la ni dengan aku? Arisa tayang muka dingin. “Tak payahlah. Abang datang ambil,” bohong Arisa.
“Buat apa nak susahkan abang awak, saya boleh hantarkan.”
Arisa diam. Lama.
Aril mengeluh. Putus asa dengan kedegilan Arisa lantas dia kembali masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju.
Arisa hanya memandang dari hujung mata.
“Fuiyoo! Langkah kanan la kita. Ada awek cun la!”
Arisa dikejutkan dengan suara bising dua orang remaja yang semakin mendekati. Ah, sudah! Bala apa pulak ni?
“Ha’ah la Burn. Rezeki kot,” balas seorang remaja yang memang membuatkan mata Arisa naik berbulu. Dengan rambut karatnya, baju gambar tengkorak entah apa-apa, jeans koyak rabak, telinga capangnya yang bertindik subang yang bukan satu tapi boleh bukak kedai aksesori dah. Mana la datangnya manusia macam ni?
“Aku pun memang tengah ‘lapar’ ni,” sahut lelaki yang dipanggil Burn tadi. Burn konon. Entah Bakar je nama kau.
Burn dan mamat bersubang itu mengelilingi Arisa sambil memandangnya atas bawah. Arisa kecut perut tapi dia tetap bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Sedia menggunakan kemahiran taekwondo yang dipelajari. Meskipun lawannya ini ialah lelaki, Arisa tidak gentar.
Saat dagunya dicuit mamat bersubang itu, Arisa tidak membiarkan. Dicapai kemas tangan itu dan terus disilangkan ke belakang badan. Kemas dia mengunci lengan kanan itu. Baru sahaja Arisa ingin meneruskan langkah seterusnya, bahunya terasa dicengkam kemas dan ditarik ke belakang. Arisa hilang imbangan lantas terjelepok. Aduh!
“Fuhh! Barang baik der. Pandai dia melawan. Ni buat aku makin geram ni,” Burn bersuara dengan suara yang memang Arisa sangat-sangat meluat.
Arisa ingin bangkit, namun kesakitan yang kembali menyerang di bahagian pergelangan kakinya membuatkan dia menyeringai. Aduhai, time ni jugaklah aku nak sakit-sakit bagai. Arisa sudah mula kecut perut. Dia tahu sukar untuk dia melawan saat ini dengan keadaan kaki yang membatasi pergerakannya. Ya Allah, tolonglah aku. Apa aku nak buat ni?
Bagai mengerti keadaan Arisa, lelaki berdua tadi sengih bahagia. Tahu bahawa kemenangan berpihak pada mereka memandangkan keadaan Arisa menyukarkan gadis itu untuk melawan. Mereka semakin menghampiri.
“Hoi!”
Serentak dengan sergahan itu, entah dari mana datangnya tendangan kemas yang membuatkan Burn tersungkur mencium bumi. Arisa terperanjat lantas mendongak. Aril! Lelaki itu sudah siap sedia dengan penumbuk dan kuda-kuda yang dipasang kemas. Bersedia menghadapi mamat bersubang yang kelihatan terkejut namun jelas berang itu.
Mamat bersubang menyerang dahulu. Serangan yang sangat rapuh dari pemerhatian Arisa. Aril mengelak sedikit. Lantas tanpa bertangguh,dia terus menghayunkan penumbuknya tepat ke wajah mamat bersubang. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Disudahi dengan tendangan padu di perut. Side kick itu membuatkan mamat bersubang terus rebah.
Aril mengalihkan sasaran kepada Burn yang memerhati. Baru sahaja dia melangkah setapak, Burn sudah mengangkat tangan. “Cukup! Cukup! Aku blah! Okey? Aku blah! Aku tak kacau!” Burn bersuara takut-takut.
Arisa menyimpan tawa. Nama je macam taiko, tapi pengecut. Baru sergah sikit, dah angkat tangan. Arisa memerhati Burn memapah rakannya dan berlalu dari situ. Langsung tidak dipandang Aril, takut barangkali. Heh! Baru kau tahu siapa kawan aku ni.
“Arisa, awak okey?” Aril lantas mendapatkan Arisa. Dipautnya lengan gadis itu, membantunya berdiri tanpa sempat Arisa menepis.
Arisa kembali mempamerkan muka dingin. Dia masih belum mengisytiharkan perang antara mereka tamat. “Awak buat apa lagi kat sini? Ingat awak dah pergi tadi. Why are you still here?
 “Sebab saya risaukan awak. Saya nak make sure awak selamat kat sini sampai la abang awak datang jemput,” Aril benar-benar khuatirkan Arisa. Dia sanggup menanti Arisa, memerhatikan dari jauh. Dia mahu memastikan bahawa Arisa selamat dijemput pulang. Kalau Arisa tidak mahu dihantar pulang olehnya, paling tidak dia harus memastikan bahawa dia tidak akan sesal kalau ada apa-apa yang berlaku pada gadis itu.
“Tak perlu! Saya tak perlukan awak untuk risau pasal saya. Saya boleh jaga diri.”
“Ya, saya tahu awak boleh jaga diri.awak dah besar, tahu taekwondo segala bagai. But right now, dengan keadaan kaki awak macam ni, what do you want me to expect from you?”
Melihatkan Arisa yang tidak berdaya mempertahankan diri di hadapan dua remaja tadi, Aril tidak pasti apa yang dirasakan saat itu. Dia rasa marah. Marah kerana dua manusia bertuankan syaitan tadi mahu mengganggu Arisa. Marah kerana Arisa kedegilan Arisa yang membawanya kepada bala tersebut. Marah kepada diri sendiri kerana tidak berada di sisi Arisa untuk melindungi gadis itu. Yang pasti dia hanya rasa ingin melindungi Arisa. Tidak mahu gadis itu diapa-apakan.
Arisa diam.
“Dahlah, jom saya hantarkan balik. Call abang awak, cakap tak payah datang jemput,” Aril melembutkan suara. Cuba memujuk Arisa.
Ewahh, suka hati pulak. “Orang cakap tak nak. Awak ni memang susah faham ek?”Arisa masih berkeras.
“Ya ALLAH! Arisa Farhana! For God sake, kenapa awak ni degil sangat? Kenapa susah sangat nak dengar cakap orang? Susah ke kalau sekali je awak mengalah, buang perangai keras kepala tu, cakap je ya.”
Arisa tersentak saat keras suara Aril menjengah gegendang telinganya. Dia memberanikan diri menatap wajah tegang Aril. Namun anak matanya yang mencerlung membuatkan Arisa kecut perut.
Seketika terdengar lafaz istighfar berkali-kali terbit dari bibir Aril. Aril menghela nafas dalam seraya meraup wajahnya beberapa kali. Cuba menenangkan perasaannya yang bergelodak kala ini. Dia tidak tahu kenapa dia meninggikan suara. Yang pasti, dia sangat geram dengan kedegilan Arisa. Setelah apa yang berlaku sebentar tadi, masih saja mahu berdegil.
“Arisa, boleh tak kalau awak berhenti buat saya sesak nafas. Berhenti buat saya risaukan awak. Risau dengan sikap terlampau berani awak ni. Saiz badan awak dengan saiz berani awak ni langsung tak balance, tahu tak? Saya tak mintak banyak pun, saya just mintak nak hantar awak balik. Tu je. Faham tak? Itu je yang saya nak. Hantar awak balik. Make sure awak selamat sampai kat rumah. Saya tahu awak still marahkan saya, tapi kejap je, lupakan rasa marah tu. Bila awak dah sampai rumah, sambung la balik rasa marah tu. Boleh?” Aril masih cuba memujuk. Mana mungkin dia akan menurut kata Arisa kali ini setelah apa yang baru sahaja terjadi.
“Kenapa awak perlu risaukan saya?”
Because I love you, Arisa! Tahu tak? I love you damn much!
Arisa terkedu dengan apa yang baru didengari.
Aril tergamam dengan tindakan sendiri.
Sepi.
“Tolong hantarkan saya balik,” perlahan Arisa menuturkan kata.
*          *          *          *          *
ARIL Shahfyz. Arisa tidak tahu kenapa nama itu harus berada dalam kepalanya saat ini. Sesak nafas terasa apabila memikirkan apa yang terjadi antara dia dan Aril. Lebih-lebih lagi mengenangkan apa yang dituturkan Aril beberapa minggu yang lalu. Beberapa minggu itu jugalah Arisa bagai orang mati suami. Kalau tak termenung, dia akan berangan. Kalau bukan berangan, dia akan berkhayal. Arisa tidak tahu apa bezanya berangan, berkhayal dan termenung itu, tapi yang pasti itulah kerjanya kini.
Disebabkan kehandalannya termenung, menyebabkan dia hampir sahaja melanggar kereta orang sewaktu traffic light. Bukan sekali, bukan juga dua tapi beberapa kali sampai dia malas mahu mengiranya. Tersalah meletakkan garam dalam kopi abah yang dah pun ada tekanan darah tinggi. Dia juga tersalah masuk rumah jirannya. Tebal mukanya di hadapan Aunty Annie. Otaknya ligat memikirkan alasan yang dirasakan paling tak menampakkan dia seorang yang sedang angau tika ini. Angau? Ya, mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan Arisa tika ini. Dia angaukan Aril.
Disebabkan rasa angau itulah, Arisa bertekad untuk berdepan dengan Aril setelah berminggu tidak bersua muka.
“Kenapa dah lama tak masuk kelas?” setelah hampir setengah masing-masing tayang drama bisu, Arisa akhirnya membuka mulut.
Aril senyum hambar. Soalan itu tidak terjawab. Tidak perlu jawab, Aril pasti Arisa tahu jawapannya. Dia melabuhkan pandangan memandang tasik yang terbentang luas di hadapan mereka. Mencari secebis ketenangan di situ.
“Awak sihat?” soal Arisa.
Aril angguk.
Angguk je? Mana hilang suara? Arisa hampa. Aril seakan tidak rela berada di sini. Bagai tidak mahu berjumpa dengannya. Reaksi itu membuatkan Arisa ragu-ragu dengan apa yang diucapkan Aril tempoh hari. Hai, mamat ni April Foolkan aku ke apa?
“Ingat tak bila first time kita jumpa?” tiba-tiba sahaja Aril mengutarakan soalan.
Hehe. Ada lagi suara rupanya. Tapi, dah kenapa pulak itu yang ditanya? Arisa angguk laju. Yakin. “Kat kelas taekwondo la.”
Bibir Aril tertarik. Terukir senyuman manisnya. Benar-benar menggetarkan hati Arisa. Aduhai!
“Salah.”
Arisa kerut dahi. Eh? Betullah jawapan aku. Dah tu kat mana lagi. “Dah tu?”
Aril mengalihkan pandangan, beradu dengan pandangan Arisa yang mengharapkan jawapan. Tangan kanannya yang tergenggam kemas diajukan ke hadapan Arisa lantas genggamannya dibuka. Dia menjulang tangannya separas kepala, membiarkan rantai leher silver yang terukir huruf ‘AF’ itu teruntai di celah jemarinya. AF untuk Arisa Farhana.
Arisa terpana. “Err.. itu? Ni..? Ermm..?” gagap.
Aril mengangguk, mengiyakan walaupun tiada sebarang soalan jelas yang terkeluar dari bibir Arisa. “It is yours.
Arisa mengerutkan kening. Tidak mengerti bagaimana rantai miliknya itu boleh berada di tangan Aril. Padahal dia tercicirkan rantai pemberian umi itu lama sebelum dia mengenali Aril lagi. Rantai kesayangannya itu memang tidak pernah ditanggalkan sekalipun. Saat Arisa sedar kalau di lehernya sudah tidak terlilit rantai itu, dia buntu. Tidak tahu di mana dia menghilangkan rantai itu.
“Mungkin awak dah tak ingat yang kita first kita jumpa is 3 tahun dulu. Lama sebelum kita jumpa kat kelas taekwondo. Kat mana? It is here,” mukaddimah dari Aril itu membuatkan Arisa terpana. 3 tahun lalu? Di sini? Di tempat kegemaran Aril ini?
At that time saya saja lepak-lepak kat sini for the first time. Sangat tenang je time tu. But then awak tiba-tiba datang, menangis-nangis kat tepi tasik tu. Mungkin awak tak nampak saya time tu but I can see everything from here. I can see you cry. I can see bila awak koyak gambar pakwe awak dan buang dalam tasik tu. Macamana saya tahu tu pakwe awak? Obviously, takkan la ada orang tiba-tiba datang tepi tasik, sorang-sorang , menangis bagai nak rak sebab gaduh dengan kawan, or abang kan. It must be awak baru je putus dengan dia, from my assumption la. And I don’t think I’m wrong. Kan?” duga Aril.
Arisa diam. Tidak mahu menjawab soalan itu. Dia tidak mahu mengimbau luka lama. Dia tidak mahu mengingati lagi peritnya hati saat Adam mengabarkan berita pernikahannya dengan bekas tunangnya dahulu, Anita. Wajah tanpa rasa bersalah Adam membuatkan dia sedar kalau dia hanyalah tempat persinggahan saat Adam terluka dengan putusnya pertunangannya sebelum itu. Dia hanya tempat Adam mengisi waktunya yang sepi tanpa Anita.
And then, tak cukup dengan awak dah sedia terluka, awak diganggu lagi dengan mamat-mamat tak senonoh yang lalu situ waktu tu. I can see how defendless you were at that time. Tapi lepas tu, kalau awak still ingat, ada seorang lelaki ni, datang tolong awak and belasah semua mamat-mamat tu. Ingat tak?” Aril berjeda, memberikan peluang kepada Arisa untuk mengingati peristiwa lama.
Arisa tidak perlu berfikir lama. Dia mula menyedari sesuatu. “That guy, awak ke?”
“Awak pergi macam tu je lepas tu. Not a single word came out from your mouth. Not even a thanks. Tapi saya tak kisah. Somehow, rantai tu mungkin tercicir masa awak cuba selamatkan diri dari orang yang ganggu awak tu. Saya jumpa and simpan baik-baik sebab in case kalau jumpa awak, saya akan pulangkan. Every single day saya tunggu kalau-kalau ada rezeki untuk terserempak dengan awak. Almost setiap masa lapang, saya akan datang sini. Who knows that I might be able to see you again. Sampai-sampai tempat ni akhirnya jadi tempat favourite saya tapi still tak jumpa awak.
Then, Allah pertemukan kita lama lepas tu. Saya tak ambil masa lama untuk tahu awaklah yang saya cari selama ni. Tapi, sayang sebab awak tak cam saya. Saya takut nak dekati awak sebab saya tak tahu macamana reaksi awak dengan lelaki. Lepas awak dilukakan dulu, saya takut kalau awak tak nak didekati lelaki. Bila kita kawan, saya jadi takut nak mengaku kalau saya pernah jumpa awak kat sini. Saya tak nak awak ingat balik cerita lama awak walaupun saya tahu awak kuat. 3 tahun saya simpan rantai ni. Saya fikir betapa bodohnya saya. Selama ni saya cari awak, setiap hari tunggu kalau awak akan muncul kat sini but then bila saya dah jumpa awak, saya takut nak mengaku pulak.”
Arisa tersentuh. Itukah yang selama ini berada di hati Aril?
“Aril, tahu tak, the reason why saya belajar taekwondo is that I wanna defend myself. Saya dah tak nak dipandang lemah. Saya tak nak orang fikir saya ni boleh dibuat apa je, boleh main-main dengan hati saya, boleh sakitkan hati saya, boleh buat tak senonoh dengan saya. Saya nak orang tahu, walaupun saya perempuan, jangan ingat boleh ambil kesempatan kat saya. I never thought rupanya Allah gerakkan hati saya masuk kelas taekwondo tu sebab Allah nak pertemukan kita,” setelah sekian lama berdiam, Arisa membuka mulut. Mengisahkan bahawa kelukaan yang dicoret Adam, membuatkan dia menjadi lebih kuat. Kejadian di mana dirinya hampir diambil kesempatan oleh insan bernama lelaki, membuatkan dia bangkit membuktikan bahawa dia tidak lemah.
“Mungkin betul jugak apa yang awak buat, belajar untuk defend diri sendiri. Then, kenapa saya suruh awak berhenti? Macam benda bodoh je saya buat kan. Tapi, saya buat macam tu sebab saya sangat risaukan awak. Saya tak sanggup tengok awak cedera, sikit pun. Saya nak lindungi awak. Ada di sisi awak tapi tak mampu lindungi awak, buat saya rasa sangat tak berguna. That’s all. I’m sorry Arisa.”
“No, I’m sorry sebab selalu buat awak risau.”
“No, I’m sorry sebab tinggikan suara kat awak.”
“No, I’m sorry sebab dah lukakan hati awak.”
“No, you never hurt me. In fact, awak selalu buat hari saya bahagia.”
“No, I’m an idiot.”
“Yes, you’re my idiot. My cute, little idiot.”
Arisa gelak besar.
“Kenapa? Salah ke?” soal Aril tidak puas hati. Terasa dirinya ditertawakan.
“Nothing,” jawab Arisa setelah ketawanya reda.

Dan menyambung, “Just that, I love you too.”

*******************************************************

Thanks for reading (“,)

Love you!!

Tuesday, September 23, 2014

Kami Family..

Tuesday, September 23, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hehehe *Dah kenapa tetibe nak hehehe? Confuse* Masih hari ni macam tak de ape sangat yang nak disharekan. Dah kenapa Ika? Idea kering. Haha. Erm.. sabtu hari tu aku ikut daurah lagi. Kali ni dalam Jatinangor lagi. Tak jauh daripada rumah pun. Kurang 10 minit naek motor kot.

Ahha! Daurah kali ni bukan yang macam dulu-dulu lagi. Sebab.. ade berita mengejutkan yang disampaikan kat kitorang. Uhuk.. uhuk.. Katenya, group usrah kitorang yang sekarang akan dibubarkan. *Sob.. sob..* Akak-akak murobbi kitorang mungkin Insha Allah akan pegang group usrah baru daripada 1st year. Kitorang yang tua-tua dah ni, yang 2nd year semua akan dapat murobbi baru Insha Allah. Bukan setakat murobbi je, usrah-mates pun akan berubah jugak. Pendek kate, semua akan dishuffle habis-habis la. Katenya sebagai satu perubahan untuk memantapkan lagi perjalanan tarbiyah and mungkin group usrah yang baru akan membawa lebih banyak perkembangan.

Nak dijadikan ceghitanya pulak, cerr teka sape usrah-mate baru aku? Ahha! Housemate aku iaitu si Ainin Roslan. Haha. Memula akak usrah mesej dia, bagitau yang dia ade 2 murobbi baru and 3 lagi usrah-mates. Dibagi la pulak password usrah untuk dia cari usrah-mates dia tu. Semalam dia heboh2 la kat group Whatsapp batch, bagi password kat sesape yang tau. Tapi hambar sebab takde sape yang ngaku kan.

Pastu, pagi ni bangun je tido, aku bukak mesej. Tengok2 ade mesej yang sebijik same macam Enin ni. Kopi pasta sebijik. Harapkan nama aku je yang diubah. Aku ingat nak suprisekan Enin bile group usrah nak jumpa tapi macam tak sampai hati pulak sebab Enin dah monyok semacam sebab tak tau adik beradik usrah dia sape. So aku pun dengan baik hatinya tunjukkan la mesej yang aku dapat tu. Haha. Melalak la cik akak tu tadi. Jadi la oficiallynya aku dengan Enin ni usrah-mates yang baru. Alhamdulillah.

Semalam aku ade ‘usrah terakhir’ dengan murobbi lama iaitu Kak Ain n Kak Iqin. Bersama-sama dengan usrah-mates yang laen, Zaidathul (Zai), Ku Nurmahirah (Ku), Najihah (Jihah), Syafikah (Syaf) and Mazni Hamizah (Mieja). Kitorang makan-makan sikit and bagi-bagi hadiah, ala-ala token usrah and berfoto-fotoan la kan. Itu sudah semestinya.

Semua orang sedih la kan nak tinggalkan group usrah yang ni. Ku menangis-nangis la jugak semalam. Yang laen-laen dah penat dah menangis time daurah hari tu so semalam tayang muka selamba je la. Even aku sendiri pun sebenarnya rasa la sedih tu. Tak tunjuk je kot *nampak sangat kepoyoan tu kat sini*. Aku sedih jugak bila fikir lepas ni aku dah takkan usrah dengan Kak Ain and Kak Iqin. Aku baru je nak bebetol berusrah lepas ni dengan dorang, alih2 bubar pulak. Bukan apa, dulu waktu dorang mula-mula masuk jadi murobbi kitorang, bukan senang nak adapt. Nak qadhaya, nak isi slot, nak tadabbur dengan dorang. Rasa macam hambar je. Bila dah lama, aku rasa selesa sangat dengan diorang. Sampaikan aku dah boleh qadhaya ape yang aku nak, aku dah boleh cerita zaman jahiliah aku dulu macamana, aku dah boleh ngaku betapa dulu2 aku sangat rebel dengan usrah ni. Sebab aku teramat la selesa dengan diorang sebagai mak usrah aku. Macam family. Nama group usrah pun memang 'Kami Family'. Tapi sekarang, aku kena start balik semua tu dengan mak usrah yang baru. Proses adapting tu, I wish it is as simple as A, B, C. Kan?? Tapi entahlah, still tak tahu macamana.




Aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan tarbiyah aku ni. Aku doakan supaya nanti usrah-mates and murobbi aku akan jadi bi'ah solehah yang mampu menuntun aku ke jalan Allah. Menarik aku saat aku hampir terjatuh. Memeluk aku saat aku hampir putus asa. Membimbing aku saat aku hilang arah. Mendampingi aku saat aku perlukan teman. Menjadi saksi aku di hadapan Allah suatu saat nanti. Yang penting, Insha Allah bersama-sama aku di syurga kelak. Amin.. 




Thanks for reading (",)

Sunday, September 21, 2014

Pedih..

Sunday, September 21, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

           Since hari ni aku rase macam tak ade nak share ape-ape, aku nak la mengsharekan hasil karya terulung aku. Uikss..?! Hahaha. No la. Aku ni kengkadang boleh tahan berayat-ayat jiwang la jugak kot eventhough aku sangat membenci perkara-perkara kejiwangan ni. Hehehe. Aku suka buat puisi. Since sekolah lagi. Semua bermula bila satu hari tu aku dilanda keboringan yang teramat dalam kelas Sejarah. So aku pun cipta la puisi pertama aku yang aku namakan tajuknya ‘Salam Kerinduan’. Huhuhu. Bermula saat itu la aku start menghasilkan lebih banyak puisi dan karya-karya kejiwangan itu. Tapi since masuk matriks dulu, aku stop kejap sebab konon nak focus study. Tapi bila masuk sini balik, bermula la balik zaman kegemilangan tu. Hahaha. So, kat sini aku nak sharekan la puisi 1st yang aku tulis kat sini…



Pedih
Sudah penat aku menangis
Namun air mata
Seakan tidak pernah habis
Basah pipi menanggung bebanan perasaan
Tak mampu menahan pedih yang tak ada habisnya

Ingin bahu untuk bersandar
Namun aku rebah dalam kegelapan
Bersendirian
Keseorangan
Hanya diri sendiri
Dipeluk duka
Tak mungkin ada yang mengerti
Berat perasaan ini

Ku cuba melawan hati
Ku tak ingin rebah lagi
Ku cuba bangkit
Mengesa air mata
Namun seringkalinya acu cuba tabah
Aku pasti rebah

Anggaplah semua ini
Satu langkah dewasakan diri
Namun aku tak mengerti
Mengapa peritnya semua ini



-Kabus Qaseh-

Hehehe. Terima kasih sebab sudi berjiwang secara jemaah dengan aku.


Thanks for reading <3


Thursday, September 18, 2014

Family + Home = Blessing..

Thursday, September 18, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..




~Home Sweet Home~

~Baiti Jannati~


Ermm, dah kenapa kan tetiba start dengan quotes ni. Dunno la. Hahaha. Tetiba je aku teringat kat family aku, kat rumah aku. Aku bukan la type yang manja, asik fikir nak balik rumah je. No no no *sambil goyang telunjuk*. Hehehe. Aku memiliki self confident yang sangat tinggi yakni aku rasa aku boleh berdikari dan stay jauh dari family and rumah. Uikss.

Tapi jauh mana pun kita melangkah, setinggi mana pun kita terbang, family comes first. Dulu aku tak rasa aku akan rindu family aku. Even dulu, masa akak-akak aku tak ade kat rumah, aku tak rasa pun macam jauh dengan diorang. Mungkin sebab masa tu aku stay kat rumah je, so aku sendiri tak jauh daripada rumah la kan. Bila masuk matrik, kat Changloon Kedah, still aku tak rasa aku rindu family aku. Padahal 3 bulan sekali kot baru aku balik. Maybe sebab still dalam Malaysia. Maybe jugak sebab aku ni ialah manusia yang sangat susah nak tunjukkan perasaan aku. Ehh? Hahaha.

Tapi, haaa, sekarang ni bila aku dah setahun kat bumi Indonesia ni, baru la aku rasa betapa aku rindukan family aku and aku nak sangat ada dengan diorang time ni. Aku rindu rumah. Aku rindu family. Apa ada kat rumah sampai aku sangat rindu rumah ni? Erkk, tak ada apa pun. Tapi, well.. RUMAH…

Aku rindu nak makan ma masak. Aku rindu nak dengar nenek membebel *padahal dulu punya la rasa leceh kena bebel*. Aku rindu nak berebut channel tv dengan abah. Rindu nak gile-gile dengan akak-akak and adik aku. Rindu nak dengar abang aku pasang lagu kuat-kuat dalam bilik dia. Rindu nak main anak sedara aku yang teramat chommeell itu *sambil buat muka geram*

Itu la kan. Lagi-lagi bila sekarang ni abah tengah sakit, makin la aku rasa hati ni meronta-ronta nak balik *ciwwahh*. Ceghitanya, abah jatuh hari tu, less than 10 kaki tingginya. Conseqencenya, his left rib yang ke5, patah. The worse thing is tulang belakang abah pun injured at 2nd Lumbar but Alhamdulillah nothing is wrong with his nerve and blood vessel. Tapi abah memang langsung tak boleh gerakkan badan.

Mula-mula kena admit tu, abah almost tak boleh gerakkan his whole body. Tangan sikit-sikit and kaki sikit. 2-3 hari lepas tu, abah dah makin boleh gerak banyak. Dah boleh angkat kaki tangan, cuma dari bahu sampai pinggang memang tak boleh freely bergerak. Cuma boleh miring sikit-sikit je la. Kalau gerak lelebih, sakit tu sampai ketap gigi, sampai kadang-kadang menangis jugak la abah. The worst part is bila kitorang semua helpless bila abah sakit macam tu. Sebab memang tak boleh nak buat apa. Cuma boleh tengok and tunggu sampai sakit tu hilang. Selalu sekejap je, tapi tengok abah punya sakit tu buat aku berair mata jugak la. Abah demam pun jarang, sebab tu bila tengok abah macam ni, aku rasa macam useless sangat. Tak sampai hati.

Doktor bagi dua pilihan untuk management. Satu is surgery tapi not recommended la sebab risk sangat tinggi. For the time being memang la tak ganggu nerves tapi takut nanti ada mistake masa operation, makin teruk nanti. So kitorang pun tak nak ambik risiko tu. Second option is pakai cast je. Since masa untuk abah sembuh pun lebih kurang sama je untuk kedua-dua option ni, so kitorang pilih yang lebih better. Which is cast. Tapi abah tak nak cast yang biasa tu. So, dia ambik yang Jewett brace untuk support spine tu. More convenient la sikit.

Aku sempat balik kejap je hari tu untuk tengok abah. Berat sungguh rasa hati bila nak fly balik sini. Tapi aku fikir Alhamdulillah, Allah dah permudahkan jalan untuk aku balik pun, aku dah cukup rasa bersyukur.




Uhuuk uhuuk.. Rindu. I love my family. I miss my family. I miss my home.

Cc:
~ Wan Muhamad Zin (abah), Laila Awang (ma), Jeriah (nenek)
~ Wan Zaizielawany, Wan Izarnie + Keysha Fakhira *si chommell kesayangan*, Wan Fariza, Wan Norfatin Shahira, Wan Muhamad Izham (abang), Wan Nur Afiza Syafira (adik).


Ahaha. *aku rasa entry ni membuatkan aku nampak mengada. Ye ke?*


Anyway…..,

Thanks for reading (Peace!)
Kisah Kabus Qaseh © 2014