Monday, November 24, 2014

TITAS Part II - Konstantinopel (Intro)

Monday, November 24, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Okeh, since hari tu (2 hari lepas je pun) aku dah cerita pasal Titas Part 1, so hari ni nak cerita pasal Titas Part 2 la pulak. Pasal apa? Aiyyo. Mesti la pasal tajuk kitorang. Then Insha Allah akan menyusul Titas Part 3. Dah kenapa nak banyak-banyak part pulak ni? Hehe. Sebab aku pun tak expect presentation and tajuk-tajuk yang diorang pilih sangat-sangat la best and syok sakan. Insha Allah nanti next entry nak masuk sikit pasal Ghazwul Fikr.

So, meh nak cerita pasal presentation kitorang. Aku yang buat presentation. Cekidaut la presentation aku buat tu kat sini. Untuk kertas kerja, aku ade edit sesikit, Raja sikit, Kirra tambah dia punya and compile. Jura pulak aku suruh check typo. Actually at first kitorang pilih tajuk laen. Aku decide nak buat peristiwa 9/11 yang pasal serangan WTC tu. Members group aku, tak lain tak bukan housemates. Enin, Jura, Kirra, Raja. Then since 1 group kena ade 6 orang, so kitorang tambahkan Shu dalam group kitorang. Memula, dorang setuju nak buat 9/11 tapi last minute, Jura and Shu came up dengan idea laen. And dorang pun setuju since kitorang rasa macam 9/11 tu tajuk yang berat. Banyak kena buat research. Hehe. So kitorang tukar tajuk kepada..

Penaklukan Konstantinopel ke Arah Ketamadunan Islam

Sultan Muhamad Al-Fatih

~Sang Penakluk Agung~



Haa.. pernah tak dengar nama Konstantinopel ni? Tahu tak sape la Sultan Muhamad Al-Fatih ni? *Fatih Seferagic? Ehh?*

Haa, jumm la kita menelusuri kisah Al-Fatih ni, kenapa dia digelar Al-Fatih dan ada apa dengan penaklukan Konstantinopel ni.

First thing first, tak kenal maka tak cinta. Tak tahu maka blur. So, nama sebenar Al-Fatih ni ialah Muhammad bin Murad, sultan ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyah. Ayahanda baginda ialah Sultan Murad II dan bonda tercinta ialah Huma Hatun. Lahir pada tanggal 29 Mac 1432M kat Kota Edirne. Edirne ni tempat dia dekat dengan Kota Konstantinopel dah. Al-Fatih ni sorang yang sangat pandai, bijak, baik and senang kata sultan yang memang tip top habes la. Awesome gile. Dia dah dididik dengan ilmu pemerintahan ni daripada kecik lagi. Umur 2 tahun start belajar cara pemerintahan. Mak aihh. Kita cakap pun pelat lagi, hingus meleleh. Tapi dia dah didedahkan dengan tanggungjawab tu dah kot. Umur 6 tahun, dilantik menjadi gabenor Amasya. Dia dah dididik daripada kecik untuk jadi sultan. Menariknya sebab umur 12 tahun dia dah ditabalkan jadi sultan untuk memerintah kerajaan Turki Uthmaniyah time tu. Awesome tak? Kita umur 12 tahun dok asik tengok Doraemon dengan Shinchan je tiap malam. Petang tu maen lompat getah. Pegi sekolah malas. *Ehh, sape tu?*

Haa, masa umur 12 tahun tu, dia dah start jadi sultan kan. Dia memerintah selama 5 tahun sebelum dia panggil Sultan Murad II balik untuk memerintah. So dia turun takhta jap. Then umur 19 tahun, dia naik balik jadi sultan lepas ayah dia meninggal. (T_T) Umur 21 tahun, dia berjaya menakluk Kota Konstantinopel.

Masuk part aku. So, kita dah tahu kan yang sebenarnya nak jadi seorang sultan ni bukan senang. Jangan fikir hidup sultan ni best. Kaya raya, tak payah kerja, goyang kaki, perintah orang je. Tapi tak. Nak pikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin ni, Masya Allah, berat tahu. Nanti di akhirat, Allah akan persoalkan tanggungjawab kita tu. So Al-Fatih ni tak terkecuali. Bukan senang dia nak pikul gelaran tu, lagi-lagi bila dia ni tersangat la muda bila ditabalkan tu. Tapi somehow, tengok la apa sumbangan Al-Fatih ni kepada kerajaan Islam. Dalam tangga Maratib Amal, tangga yang paling atas ialah Ustaziyatul Alam kan. And tangga tu, Al-Fatih dah berjaya dah capai. Tapi sebelum sampai ke tangga tu, mesti la bermula dari bawah. And Al-Fatih pun macam tu. Tangga paling bawah, Individu Muslim. Nak katanya hebat Al-Fatih ni, means dia dah berjaya membentuk diri dia sebagai seorang individu Muslim ni. Acano?? Macamana nak membentuk seorang IM yang bergelar penakluk agung macam dia ni?

Haa, jawapannya pendidikan la kan. Al-Fatih pun belajar jugak. Tapi pendidikan dia bukan sekadar pendidikan akademik semata-mata tapi jugak pendidikan rohani dia. Al-Fatih start belajar secara serius masa umur 9 tahun. Masa kecik-kecik, Al-Fatih ni seorang yang nakal and bebas. Alaa, budak-budak.. Disebabkan nakalnya dia ni sampaikan takde ulama’ yang tahan dengan dia. Sampaikan ayah dia pun bawak la beberapa ulama’ untuk betul-betul ajar Al-Fatih ni. Ketua ulama’ ni namanya Syeikh Muhamad al-Qurany. Syeikh dia ni memang Al-Fatih sangat respect habis.

Sultan Murad II memang sungguh-sungguh nak anak dia ni dididik dengan sempurna kan. So dia bagi kebebasan kat Syeikh Muhamad ni untuk pukul Al-Fatih. Dah dibagi kebebasan kan, so apalagi. Memang Syeikh ni pukul betul la tanpa Al-Fatih buat salah pun. Tapi Syeikh punya tujuan is that untuk mendidik Al-Fatih ni. Dia nak bagi Al-Fatih ni rasa macamana diperlakukan tanpa adil, dengan zalim. So that bila dia dah jadi sultan nanti, Al-Fatih akan faham rakyat dia dan memperlakukan mereka dengan adil. Nampak tak macamana didikan yang Al-Fatih ni terima? Superb kan.

Tapi ada guru lain yang paling rapat dan paling Al-Fatih sayang iaitu Syeikh Shamsudin al-Wali. Syeikh Shamsudin ni keturunan Abu Bakar as-Siddiq and seorang polymeth yang mana dia menguasai banyak bidang. Dah orang hebat, keturunan hebat, ajar pulak orang hebat, tak ke hebat tu. Nak kata sayangnya Al-Fatih ni kat Syeikh Shamsudin sampaikan dalam ucapan dia selepas penaklukan Konstantinopel tu, dia kata cenggini.

“Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi adalah kerana hadirnya Syeikhku yang mulia, yang merupakan pendidikku, Asy-Syeikh Shamsudin al-Wali”

Ada pulak satu kisah ni, semasa proses penaklukan yang lama tu, ada la satu masa ni Al-Fatih almost give up. Sebab tentera dia dah ramai yang syahid, dah asyik tembak benteng tu, tak jugak runtuh. Tapi tetiba Syeikh Shamsudin datang untuk pujuk dia and bagi kata-kata semangat kat dia. As if Syeikh ni cakap gini, “Muhamad, kau ialah penakluk yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Percayalah, kaulah raja itu. Sedangkan Abu Ayyub pun meminta untuk dikebumikan dekat dengan Konstantinopel ni sebab nak dengar derapan kuda para pahlawan penakluk kota, takkan kau nak hampakan harapan tu. Takkan kau nak berputus asa di saat-saat genting ni. Kau dah separuh jalan, takkan nak berundur senang-senang. Once kau berundur, there’s no way untuk kau usaha nak takluk lagi.”

Haa, bile dengar je apa yang cikgu kesayangan dia ni cakap, terus semangat dia berkobar-kobar balik. Dia pun susun la strategi baru untuk pecah masuk jugak ke kota Konstantinopel tu.

Hasil daripada didikan guru-guru yang dasat-dasat ni, lahirlah seorang Individu Muslim yang tip top macam Al-Fatih ni. Yang mana dia berjaya hafal Quran usia 9 tahun dalam masa yang sangat singkat. Mampu menguasai hadith, ilmu matematik, ilmu falaq, ilmu fiqh, sejarah, geografi and ilmu ketenteraan which ayah dia bawak betul-betul pasukan tentera untuk ajar dia berperang. Masa umur 17 tahun, dia berjaya kuasai 8 bahasa – Arab, Turki, Parsi, Perancis, Hebrew, Latin, Greek and Serbia. Sebab dia kan bakal sultan, so nak jalinkan hubungan diplomatic dengan negara lain, kena la pandai cakap Bahasa asing jugak. iyo dokk? Kalau aku, aku belajar 4 bahasa. Bahasa Melayu, Inggeris, Arab (yang sekarang aku dah banyak lupa dah) and Bahasa Kelantan *LOL sangat*. Hahaha.

Dia jugak dididik untuk solat malam.

Alkisahnya, selepas penawanan kota Konstantinople, gereja kebanggaan Byzantine, Hagia Sophie berjaya ditawan dan kemudiannya ditukar menjadi Masjid Aya Sofia. Maka baginda Sultan al-Fateh ingin melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah dengan para tentera baginda. Namun timbul pula pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk diri baginda sendiri untuk bangun.
Lantas baginda bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!”
Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!”
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Kesemua tentera Uthmaniyyah menjadi saksi kehebatan dan ketawadukkan Baginda. Pergh..

Apa yang ditekankan melalui pembentukan Individu Muslim is that nak cakap, yang hebatnya seseorang tu bukanlah sebab pangkat dia. Bukan jugak sebab keturunan dia. Jangan fikir yang Al-Fatih ni hebat sebab dia memang dah lahir dalam dulang emas, so nak upah ulama’, nak upah cikgu tu senang. Ehh, tu ke alasan berjaya ke tak seseorang tu? Tak kan.. Sebab para sahabat, ada je yang lahir dalam keluarga yang daif. Ada yang jadi hamba. Tapi suasana macam tu tak menghalang diorang daripada jadi hebat pun. So, kita? Apa yang menghalang kita untuk jadi Individu Muslim yang bakal menaikkan Islam suatu hari nanti?

Haa, dari tadi asik mention Konstantinopel je. Apa Konstantinopel ni? Pasar? Shopping mall? No no no. Konstantinopel ni ialah sebuah kota besar kat Turki yang sekarang ni kita panggil dengan nama Istanbul. Pada masa tu Konstantinopel ni berada di bawah pemerintahan Byzantine yang beragama Kristian Ortodoks. Nak kata hebat sebenarnya kota ni, bukan calang-calang sebab ada ungkapan yang kata, “Jika dunia ini ialah Negara, maka Konstantinopel ialah ibu kotanya”. Perghh. Jangan nak bangga sangat la dengan KL yang kecik tu je kalau nak dibandingkan dengan Konstantinopel  ni. Hebat tak hebat kota ni, Konstantinopel digelar The Gates Of The East and West sebab kota ni ialah tempat pelabuhan paling sibuk. Nak lalu ke barat ke, ke timur ke, memang akan lalu ikut Konstantinopel ni dulu.

Geografi kota ni, aku tak nak cerita sangat sebab aku tak suka Geografi. Ahaha. So tengok je la peta ni.




So, since kota ni memang tersangatlah hebat, mesti la ade yang nak takluk kan. Tapi operasi nak takluk kota ni memang fail habes. Sebab kota ni ade benteng dia sendiri yang mana benteng ni ade 2 tingkat and 2 lapisan. Dalam masa 1123 tahun, sebanyak 23 serangan dilakukan untuk takluk kota ni tapi sumenya fail. Sebab tu la namanya The City with Perfect Defense. Sampai la pada detik 29 Mei 1453M, kota ni jatuh ke tangan Sultan Muhamad Al-Fatih ni. Bermulanya sejarah nak takluk kota ni bukan setahun, 2 tahun tapi 825 tahun yang lalu di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Macamana boleh startnya usaha nak menakluk Konstantinopel ni bila Rasulullah s.a.w bersabda,




So Rasulullah kata yang macamana pun, kota Konstantinopel akan ditawan. And sahabat pun yakin kalau kata Rasulullah tu benar. Ramalan Rasulullah tak pernah salah. It is as if kota ni dah dijanjikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada umat Islam. Disebabkan keyakinan tu la semangat mereka nak menakluk tu sangat berkobar-kobar. Ada pulak sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub al-Anshari ni, dia punya semangat lagi la lain macam. Sampaikan bila dia meninggal dalam usaha penaklukan tu, dia mintak supaya jenazah dia dikuburkan berhampiran dengan Konstantinopel sebab dia nak dengar derapan kuda pahlawan-pahlawan yang nak menakluk kota tu. Nampak tak betapa umat Islam memang sangatlah yakin yang Konstantinopel akhirnya akan jadi milik diorang. Selama beratus-ratus tahun, keyakinan tu tak pernah padam, malah makin bernyala. Sebab tu la dikatakan yang misi penaklukan oleh Al-Fatih ni bukan misi biasa-biasa. Ni ialah misi kerinduan selama 825 tahun.

So cukup la pengenalan kepada siapa sebenarnya Sultan Muhamad Al-Fatih ni and apa Konstantinopel ni. Kenapa orang Islam nak sangat takluk kota ni. Insha Allah next entry, aku akan cerita pasal macamana proses diorang nak menakluk ni. Hehehe. Okeh, macam biasa..

Thanks for reading <3

Saturday, November 22, 2014

TITAS Part I - J.I.H.A.D

Saturday, November 22, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hehe. Hari ni ada kelas UKM, kelas TITAS. Tamadun Islam dan Asia. And believe it or not, aku tulis entry ni dalam kelas. Ahak. Maaf. Hari ni kitorang ada presentation. So at first, kitorang diundi jadi group first tapi since Jura dengan Kirra lambat masuk, so kitorang postponekan la. And then group Anne nak tukar dengan kitorang sebab diorang nak present dulu. Katanya sebab hari ni dorang dah ada dress code dorang. Uii. So kitorang esok la jawabnya.

Cunn jugak sebab aku rasa macam banyak yang stil nak kena tambah. Ye la, cer imagine, aku baru carik isi lepas Subuh tadi. Then siap carik tu, aku nak kena compilekan semua orang punye part untuk buat presentation. And semua orang punya part pun baru carik tadi juga. So keje aku kena tunggu dorang siap then baru boleh compile. Masa compile, aku rasa macam banyak lagi yang nak kena tambah. Untuk presentation memang tak tambah la sebab memang aku akan buat sesimple mungkin. Tapi untuk kertas kerja, rasa macam tak cukup. Kertas kerja pulak typo melambak. Kepantangan aku. *Ceitt. Hahaha* So since masa untuk compile ciput sangat, aku maen buat je, selekeh gile la hasilnya.

Presentation tadi start dengan group budak laki, dorang cerita pasal perang dalam Islam. Etika perang, perang pertama Islam, World war semua tu. Rasa macam belajar sejarah balik pun ada. Then, group Anne sembang pasal pandangan Barat terhadap Islam dan perang. Pun pasal perang jugak kan. And kitorang punya tajuk pun kaitan dengan perang jugak. Haa, takpe, nanti akan ade TITAS Part II. Aku akan sembang kat korang. Tajuk..? Ihihi. Nak bagitau ke tak ek? Haha. Tak payah? Suprise? Okeh.. Alaa.. nak jugak cakap. Ermm.. aku cakap sikit je. Sang Penakluk.

Okeh, abaikan kegedikan aku ni. Meh nak masuk kepada apa yang aku nak cerita hari ni. 

JIHAD. PERANG. ISLAM.

Cerita pasal perang dan jihad, buat aku terfikir sendiri. Kenapa kena ada perang? Kenapa kena ada jihad? Apa sebenarnya jihad dan perang untuk kita?

Bila cakap pasal perang jugak, buat aku teringatkan zaman Rasulullah dan sahabat menegakkan Islam sampai ke peringkat Ustaziyatul Alam. Kalau tanya aku apa yang aku fikir pasal Islam dan perang, aku akan fikir sebenanya Islam ni agama yang sukakan kedamaian dan berperang untuk mencapi kedamaian tu. Tapi kalau kita tanya non-Muslim apa yang dorang fikir pasal Islam dan perang, mostly sah-sah dorang akan kata Islam is terrorist. Perang dalam Islam melahirkan Islam yang ganas.

“My name is Wan Norshafika and I’m not terrorist”
*Iklan*

Cenggitu la. And bila kita dengar tu yang dorang fikir pasal kita, macamana perasaan? Marah? Geram? Sakit hati? Wat derk..? Err. Hmm, tu la. Kita rasa marah kan, sebab kita tahu yang disebut ganas tu KITA. Yang dipanggil terrorist tu KITA. Yang dikatakan suka berperang tu KITA. Sebab kitalah orang Islam tu. Ye idok? Kan..

Dah tu rasa tak nak cakap kat dorang yang kita bukan cenggitu? Rasa tak untuk nak pegang dorang, tatap mata dorang, bukak telinga dorang and cakap kat dorang, ISLAM BUKAN PENGGANAS. Nak tak buat macam tu?

Aku nak.

Then terfikir pulak, macamana nak bagitau dorang macam tu? Kalau la sekali dorang tanya soalan kat kita macam ni..

“Apa yang ko tau pasal perang dalam Islam? Perang pertama Islam? Perang antara Islam dan bukan Islam?”
“Err..”
“Apa yang kau tau pasal teori konspirasi 9/11?”
“Hmm..”
“Apa yang kau tau pasal konflik and perang kat Iran, Iraq, Gaza dan Palestin sekarang ni?”
“Erk..”
“Apa yang kau tahu pasal Hamas, Al-Qaeda, Bridged Qassam?”
“Aaa..”
“Apa yang kau dah BUAT setakat ni dalam konteks perang?”
“Uwaa..”

Rasa nak nangis. Sebab frankly speaking, aku tak tau apa-apa pasal dorang. Nil. Zero. Kosong. Padahal Islam sendiri bukan setakat cukup solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, bayar zakat, etc. Tu hablun minallah kan. Tapi hablun minannas? Kita, as in aku, korang and mereka, kita semua ade tanggungjawab kepada satu sama lain. Bila tengok saudara Islam kita kat Gaza, Palestin, ditindas, dibunuh, apa yang kita rasa? Pernah tak cuba letakkan kaki kita ni kat tempat dorang? Rasa apa yang diorang rasa. Apa yang korang akan buat? Copp, better tak payah kot. Sebab kita TAK LAYAK. Tak layak nak bandingkan diri kita dengan diorang. Tak layak pun nak rasa apa yang diorang rasa. Sebab hakikatnya, kita sendiri yang pejam mata saat dorang sangat memerlukan kita. Kita sendiri yang berpeluk tubuh saat dorang bermandi darah.

Nak jihad sama dengan dorang? Diorang tak minta macam tu. Yang dorang mintak, cumalah doa kita. Cumalah perhatin dan keprihatinan kita kat dorang. But then kalau kita sendiri tak pernah ambik tahu pun pasal dorang, mana kita nak letak hablun minannas kita? Hubungan sesame saudara kita. Kalau kita even tak tau apa tu Hamas, apa tu Gaza, siapa tu Bridged al-Qassam, kita tak layak nak panggil diri kita ni sebagai saudara diorang.

Macamana nak cakap kat non-Muslim yang tak faham Islam tu, yang Islam tak macam yang diorang sangkakan tu?

Kawan aku pernah cakap yang sebenarnya kalau kita masuk syurga ni, bukanlah kerana amal ibadat kita, kerana solat kita, sedekah kita. Tapi kita masuk syurga sebab Rahmannya Allah kat kita. Kalau kata ada pahala pun, semua akan habis dikikis-kikis oleh orang yang kita bertanggungjawab ke atas mereka. Siapa mereka ni? Semua. Yang Islam, non-Islam. Sebab syahadah kita adalah amanah yang kita pikul untuk kita sampaikan Islam kat diorang. Then aku tanya dia, dah tu kalau kata American, African ke sape-sape je la yang tak peluk Islam, even tak pernah dengar pun pasal Islam, berdosa ke kita? Susah ke kita nak masuk syurga nanti? Then dorang cakap, Wallahua’lam. Sebab dosa pahala, syurga neraka tu kerja Allah kan. Yang penting kita usaha untuk tarik diorang. Dah tu macamana kita nak buat dorang tertarik dengan Islam, kenal Islam sebenar-benarnya? Kalau kat Africa, America sane, bukan kita kenal diorang, lagi nak cakap kat diorang pasal Islam. Acano?? Haa.. cukup la kalau kita bawak Islam tu dalam diri kita. Berjalanlah dengan Islam, berbicaralah dengan Islam, bertindaklah dengan Islam. Jangan asingkan Islam dengan kehidupan kita. ISLAM IS THE WAY OF LIFE.



         So then nanti dorang pun akan nampak macamana Islam ni. Bukan yang macam orang kata, terrorist tu. Haa, panjang pulak explainnya.


Cukup la kalau kita bawak Islam tu dalam diri kita. Sedarkan diorang, kat Gaza, Palestin tu, yang kejam sebenarnya ialah Israel, Zionis laknatullah. Sebab Islam dan orang Islam ni ialah yang cintakan kedamaian. Cukup la kita start dari bawah dulu.

Sebab kalau kata kita nak jihad bersama-sama dengan diorang, kita belek la diri dulu kot. Jihad..? Macamana jihad ni sebenarnya? Jihad bukan perang. Tapi perang ada dalam jihad.


Kenapa jihad bukan perang? Sebab jihad ade 3 peringkat.

Peringkat 1 – jihad melawan hawa nafsu
Peringkat 2 – jihad melawan syaitan
Peringkat 3 – jihad melawan kafir

So kat mana state jihad kita sekarang?

Peringkat 3?
Thee hee, tak kot.

Peringkat 2?
Hek3, macam tak sampai situ lagi je.

Peringkat 1?
Haa, yang tu kot.

Peringkat 1? Seriously? Pfft. Kalau kata kita sekarang sedang berjihad kat peringkat 1, takdenya kita ni asyik tinggal solat, bermalas-malasan kat depan TV, asyik Youtube, Insta, FB, Twitter sampai lupa dunia.

*Member cakap, salah sebenarnya perumpaan kita sampai lupa dunia. Sepatutnya sampai lupa akhirat*

Okeh, sambung. Kita ni, kejap-kejap je dah jatuh tergolek kat kaki nafsu. Kalau ikutkan, jihad melawan hawa nafsu ni tak perlukan duit berlambak, tak perlukan senjata pun. Cuma sekadar kefahaman kita je. Iktikad, usaha, doa dan tawakkal. Tu je modal jihad melawan hawa nafsu. Orang-orang kat Palestin, Gaza tu, jihad mereka ialah jihad yang ke3. Melawan penindasan kafir terhadap dorang. Dorang nak tegakkan hak diorang. Tanah Palestin ialah tanah diorang.

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiyai. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. Iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-baiara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Al-Hajj, 22:39-40

         Allah dah kata kan, orang yang dianiayai, iaitu yang diusir dari kampung halaman. Siapa? Islam kat Palestin tadi la.

So, belek-belek la diri balik. *Aku jugak*. Kat mana sumbangan kita sebenarnya dalam nak menegakkan Islam ni..?  Tangga maratib amal, bermula la kita membentuk Individu Muslim dulu. Iaitu bentuk la diri kita dulu. Ye idok?

Wallahua’lam

Jazakumullahu Khayr Katheera

Thursday, November 13, 2014

Allah Loves Us..

Thursday, November 13, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hmm. Nak cerita ni. Hari tu aku jenjalan balik rumah dengan Anne. Singgah kedai makan jap, then mase jalan nak cari angkot, Anne cakap kat aku,

“Ko banyak berubah kan sekarang Ika.”

Gulp. Berubah? Kenapa? Aku makin sombong ke? Makin berlagak ke?
Cuak..

“Ko macam makin baik sekarang”

Ooo. Ingat berubah makin jahat. Tapi still cuak lagi. Entah kenapa aku cuak, aku pun tak tau. Aku tanya la Anne apa yang berubah? Cara pemakaian aku? Cara bercakap aku? Sebab aku rasa aku cakap boleh tahan kasar. Uhhuuk.

Then Anne cakap, “Entah la berubah macamana. Cuma rasa macam ko berubah dah sekarang.”

Aku pun tersengih la sensorang lepas tu.

Moral of the story, bukan la aku nak perasan sorang-sorang kat sini, tak pun nak meriakkan diri dengan bukak cerita ni. It just that aku tertanya sendiri lepas tu, Anne sedar perubahan aku?? Well, aku mengaku memang aku tengah cuba berubah ke arah yang lebih baik sekarang. Dan aku pun mengaku yang aku pun rasa aku berubah sikit. It just that aku tak expect akan ade orang lain perasan perubahan aku ni. And bila aku tau ade orang yang sedar, aku rasa … entah la. Happy ke? Bahagia? Macam tu la kot.

Aku terfikir, Anne bukannya housemate aku. Bukan jugak satu group dengan aku. Jarang spend time dengan aku. And bukan la orang yang selalu balik rumah together-gether dengan aku. Tapi kalau Anne boleh perasan perubahan aku, mesti Allah pun acknowledge jugak kan. Memang la aku tahu yang Allah sebenarnya tahu. In fact, apa yang tersembunyi kat hati aku ni pun Allah tahu. Even sekecik-kecik benda yang aku buat pun Allah akan tahu. Tapi aku ni manusia. And fitrah manusia ni, dia nak bukti yang nyata. Dia nak something yang dia boleh nampak, boleh dengar.

Contoh macam bila kita dapat result exam. Kalau la kawan kita awal-awal lagi da mesej kita, call kita cakap kita dapat sekian sekian result. Contoh dapat straight A’s. Pastu kita buat apa? Takkan wat lek wat peace je kan. Walaupun dah ada yang bagitau result kite tapi still, kite mesti macam, “ooo.. eymm.. jeee..!!” Terus kelam kabut, cepat-cepat nak pergi tengok board result kan. Takpun amek slip. “Betol ke straight A’s? Ahh, tak caye la. Nak kena tengok ni.” Nak tengok sendiri, betol ke dapat straight A’s macam yang kawan cakap.

Sebab ape? Sebab kita nak tengok sendiri bukti tu.

So macam tu jugak la aku. Aku nak bukti yang Allah tahu aku ni tengah berubah. Patutnya aku tak perlukan bukti la kan. Patutnya cukup la aku yakin Allah tu ada. Cukup la aku tahu yang Insha Allah, Allah pandang aku, pandang usaha aku dan tahu apa yang tersirat kat hati aku. Tapi still, fitrahnya manusia macam aku ni, nak jugak bukti tu. Degil. Nak jugak macam.. “nah, ambik la, bukti!” Haa. Macam tu. Sebab tu bila Anne cakap, baru la aku jadi makin yakin, makin confident.

Aku rasa macam aku keep repeating the same things je. Hahaha. Tu sebab memang sungguh-sungguh aku rasa macam tu. Tak tau nak cakap macamana dah. Macam tu je. Tapi faham kan..?

Allah tak cakap direct kat aku tapi umpamanya Allah hantar Anne kat aku. As if datangnya Anne ni nak cakap, “Okeh Ika, aku nampak ko dah berubah. So kalau aku tahu, mesti Allah lagi tahu kan. Allah tahu niat dan usaha kau sekarang. Good job.”

Contoh lagi, masa kecik-kecik dulu, kalau kite lukis bende-bende yang cantik, kalerful habes, lawa bagai nak rak, nak tak tunjuk kat mak kita? Mesti melompat-lompat bagai kanak-kanak riang kan. Ngeh ngeh.

Mesti kita macam ni, “Mak.. mak.. tengok la. Tengok la. Cantik tak kite lukis?”
*mata kedip-kedip, sengih kerang*

Ye idok? Mesti macam tu kan? Kenapa macam tu ek? Haa. Sebab kite nak mak kite tengok ape yang kite buat tu. Kite nak mak kite tengok betapa cantiknya hasil usaha kita tu. Pastu bile mak puji cantiknye lukisan kite, rasa bahagia tak? Gile tak bahagia?? Mau melompat sampai atap kot.

So macam tu la kite sekarang. Bila kite berusaha buat something. And that something tu turn out to be sangat bagus, so perfect. Then kite tahu Allah tengok. And dah sah-sah Allah akan puji kita sebab kite ikut cakap Dia kan. So bahagia tak?

Haa. Beruntung la kalau kamu rasa bahagia itu. Sebab umpama kamu tahu Allah tu sedang berbicara dengan kamu. Allah sedang menatap kamu dengan rasa cinta.
Subhanallah..


Tapi jangan la pulak kite berubah, beribadat ni semata-mata nak orang sedar pulak. Itu namanya … tak ikhlas. Ye idok? Tak tajarrud. Tajarrud ni bile kite beribadah semata-mata kerana Allah. Takde alasan duniawi, takde alasan manusiawi. Alasan beribadah kite semata-mata menjalankan perintah Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Bukan jugak sebab alasan takut kepada azab Allah. Bukan jugak sebab mengharapkan ganjaran pahala Allah.

Teringat pulak yang Kak Wani share hari tu. Dalam beribadah, manusia a.k.a hamba a.k.a kita ni,*Kita = kamu, aku dan mereka*, terbahagi kepada 3 golongan.

1.    Golongan hamba
- Yang mana golongan ni pun beribadah, takde bezanya dengan yang lain. Cumanya, golongan ni beribadah sebab takutkan azab Allah. Takut janji Allah tentang neraka dan balasan terhadap orang-orang yang kufur perintahnya. Takut kalau tak jalankan perintah Allah, nanti kena azab. As in bibik-bibik, pembantu rumah, dorang buat kerja, ikut perintah majikan. Kenapa? Sebab tak nak kena marah, tak nak kena potong gaji, tak nak kena buang kerja. Haa, cenggitu.

2.    Golongan pedagang
- Ini ialah golongan yang suka berjual beli. Ye idok? Golongan yang bile dia memberi, dia mengharapkan ada balasan. Bila dia beribadah kepada Allah, dia sangat mengharapkan ganjaran. Mengharapkan pahala Allah, mengharapkan ganjaran syurga yang Allah janjikan untuk orang-orang yang beriman. Umpamanya businessmen, dorang kalau berniaga, mesti nakkan ganjaran kan. Nakkan pulangan modal and keuntungan yang banyak. Mana ada bagi free-free. Bayar la. Haa, tak gitew? Padahal kalau ikutkan, bukan Allah yang kena ‘bayar’ kat kita. Tapi kita yang banyak kena ‘bayar hutang’ kat Allah.

3.    Golongan kekasih
- Ni ialah golongan yang paling sweet. Golongan yang beribadah kerana mencari cinta Allah. Menyembah Allah kerana mengharapkan cinta Allah. Matlamat cuma satu, dicintai Allah dan mencintai Allah lebih dari dia mencintai diri sendiri. Sanggup berpenat lelah, berkorban harta, masa, nyawa kerana Allah. Macam seorang kekasih, mesti sanggup buat ape je untuk orang dicintai tu. Berhabis duit ke, berpeluh sakan ke, takpe, semua untuk orang yang dicintai tu. I tak kisah sebab semuanya demi you. Haa, gitew uolss.




Dalam banyak-banyak golongan, kite nak jadi golongan yang mana?? Haa, Insha Allah, jadi la golongan kekasih. Yang beribadah hanya kerana mencintai Allah. Bukan la tak nak syurga. Bukan jugak tak takut neraka. Yang tu memang janji Allah kan. And kita dah sah-sah nak syurga tu, kampung halaman kita. Tempat asal Nabi Adam and kita sebagai keturunan Nabi Adam, autometik tu jadi kampung kita la kan. Mesti la nak balik kampung. Lagi-lagi nikmat melimpah ruah tengah tunggu kat syurga, mau tak nak kejar syurga?? Tapi kejar la syurga tu dengan cinta Allah. Gitew.

So, hmm. Tu je la.

Thanks for reading (“,)

Friday, November 7, 2014

Hijrah..

Friday, November 7, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Petang ni hujan mencurah-curah membasahi bumi. Rahmat Allah. Hmm. Awalnya merungut jugak sebab tak boleh balik rumah. Sangkut kat kampus, lepas lab activity petang tadi * Bile nak start tulis entry, baru terfikir tak patut merungut. Kan rahmat Allah* Heh. Memula boring sebab ye la, aku kan paling tak suka menunggu. Pembenci tegar sebuah penantian. *Cehh!* Terfikir nak je tinggal motor kat UNPAD, balik naik angkot tapi macam hmm.. tunggu je la hujan reda. Ingat kejap je hujan tapi boleh tahan la jugak tadi dari pukul 3.30 sampai la 6.00. Tapi tunggu punya tunggu hujan reda, last-last pukul 5.30 tu kitorang redah jugak balik. Dah tak lebat sangat pun. Tapi sampai rumah, menitik jugak la air kat baju ni.

Tapi tu la, macam tak terasa lama pulak tunggu. Heh? Apa jugak la yang dibuat sampai tak sedar. Haha. Guess what, tak pernah-pernah aku buat selama ni tapi tadi join sekaki tengok Ainin dengan Syera Sam googling gambar makanan. Haha. At first macam.. what?? Dah kenapa nak kena tengok gambar makanan kan. Tapi aku sangkut jugak dengan kerja yang membuatkan aku rasa nak makan tu. Haha. Dah tu excited pulak bila Ainin cari gambar masakan Kelantan. Biasa la, jiwa Kelantan aku kan tak pernah luput ditelan arus kemodenan dunia ni. Pfft. Hahaha. Bile tengok laksam, nasi kerabu, akok, singgang daging, nasi dagang, aku dah telan liur habes dah. Pastu pot pet kat Syera dengan Ainin, semua makanan aku nak kepochikan. Ni fevret aku la, yang ni masak cenggini cenggitu, yang ni nama itu ini. Hah, macam-macam la. Bising macam bebudak dapat gegula je. Heh. Pastu mula la rasa rindu nak makan ma masak. Huuuu.

*aku pun tak tau kenapa aku gian sangat nak cakap pasal ni. Hahaha*

Macam biasa, tadi kitorang balik jalan baru bukak belakang UNPAD. Nak jadi cerita, sebenarnya UNPAD dah tak kasik mat-mat motor dengan akak-akak motor *aku haramkan penggunaan kata minah motor kat sini. hehe* pakai gate masuk yang biasa kat depan tu. Padahal yang depan tu lagi dekat dengan fakulti aku. Memang kalau diikutkan sebenarnya pintu utama kat belakang, ade pejabat administration and bagai-bagai tu la. And fakulti kitorang ni sangat tercorok kat hujung dunia tu. Tapi kalau mengikut kitorang pulak, umpamanya pintu utama kitorang ialah yang dekat depan ni and pintu utama kat belakang tu ialah ‘pintu belakang UNPAD’. Kitorang memang inverted sangat. Hahaha. So bila dorang tukar laluan masuk, macam susah la nak ikut. Sebab makin jauh dengan fakulti aku. Tapi since peraturan, ikut je la *walaupun aku pernah langgar peraturan sekali. Hahaha* Awalnya, kitorang masuk ikut gate utama kat belakang then keluar kat gate kecik kat depan. Tapi recently, dorang dah tutup gate depan ni. So masuk ke keluar ke memang pakai gate belakang. Renyah. Sangat menyakitkan hati aku.

Tadi balik, aku pun macam biasa, ikut jalan belakang sebab dah terbiasa macam tu kan. Sekali bila lalu kat gate depan dari jalan raya, aku nampak ade motor keluar pakai gate depan. Erkk..? Baru la aku tahu rupanya petang tadi dorang bukak gate depan ni. What??? Aku apa lagi, menyumpah nak rak la. !@#$%^&* Kalau aku tau gate depan bukak, tak payah la nak redah hujan lalu jalan jauh. Macam hentah hape-hape je. Basah sia-sia. Dah sampai rumah, hati bengkak lagi. Ape punya management la. Kalau nak tutup, tutup je la. Kalau nak bukak, bukak je la. Tak payah la kejap tutup, kejap bukak. Yang aku sakit hati sangat sebab dorang tak pernah bagi notis ke ape ke. Tau-tau je dorang blok jalan untuk ke gate depan. Tau-tau je dah tak boleh lalu gate depan langsung. Tau-tau je kitorang cuma boleh pakai jalan belakang. Sakit pulak hati kite.

Then lepas maghrib tu, tetibe terfikir pulak. Aku sakit hati kat sape sebenarnya? Aku marah sape sebenarnya?

“Management la. Macam tak boleh fikir kesenangan orang ni. Renyah la nak kena lalu jauh untuk pergi balik kelas. Dah tu kalau bukak gate depan pun, bukannya nak cakap. Tak de la kita macam bodo nak kena balik jalan jauh, padahal yang dekat ade”

“Tapi macam salah aku jugak. Dah kenapa tak check dulu gate depan tu bukak tak”

“Eh, dah kenapa nak kena check. Sebelum ni dorang tak bukak, mana la tau dorang tetibe bukak petang ni”

Haa. Tu la monolog dalaman aku. Monolog pendek yang hentah hape-hape. Monolog yang membuatkan aku terfikir sesuatu. Membuatkan aku terfikir tentang hijrah. Haa, macam jauh je kisah motor dengan hijrah ni. Ape jugak relationnya?

Meh nak cite meh. Ehem.. Kita manusia ni, bila kita buat sesuatu yang baru, awal-awal mungkin tak biasa lagi. Tapi bila apa yang kita buat tu kita selalu ulang, lama-lama benda tu akan jadi satu kebiasaan. Jadi tabiat. Jadi satu kewajipan yang memang kita akan buat. Kadang-kadang dalam tak sedar pun kita akan buat bende tu kan. Iyo dok? Contoh macam aku sendiri. Dulu setiap kali balik rumah, aku selalu bawak masuk helmet dengan kunci motor ke dalam bilik. Tapi menyusahkan aku sebab lepas tu aku selalu susah nak jumpa kunci motor. Then aku pun decide untuk letak je helmet dengan kunci motor kat atas meja ruang tamu. Mula-mula susah nak biasakan macam tu. Tapi bila dah hari-hari aku buat, lama-lama macam dah biasa dah pulak. Asal balik je, tak kisah la aku masuk dari pintu belakang ke, pintu depan ke, memang aku akan simpan helmet dengan kunci kat ruang tamu. Sebab dah terbiasa. Zura pun dah tahu dah mane aku letak kunci motor aku. Haa, nak katenya tabiat tu sebenarnya senang je nak didevelop.

Relate dengan jalan yang biasa aku lalu untuk pergi balik kelas. Same la jugak. Mula-mula tak biasa lalu jalan jauh. Sampai langgar peraturan pulak tu. Selambanya hari tu aku lalu gate depan untuk pergi kelas, patutnya tak boleh. Tapi heran ape. Hentah satpam tu maki hentah. Tapi dah bila setiap hari pergi balik kelas pakai jalan same, tangan ni pun otometik je bawak motor pakai jalan tu. Sampaikan tak terdetik pun kat hati ni *iciwahh* untuk try check jalan depan. Haa.

So ape yang sebenarnya aku nak cakap, *actually banyak-banyak tu, mukaddimah je. Muahaha* tak susah untuk kita berhijrah tu. Mungkin pada awalnya kita rasa susah. Kita rasa nak rebel. Kita rasa macam nak protes. Tapi kalau la kita just follow je flow tu, tak susah pun kita nak berubah tu. Lama-lama dari tak biasa akan jadi selesa. Dari selesa akan jadi terbiasa. Dari terbiasa jadi suka. Dari suka jadi wajib ade. Haa.

Contoh macam berubah untuk berhijab. Memula try pakai je. Saje nak try. Awal-awal tu mungkin rasa tak selesa. Panas. Rimas. macam-macam la kan. Tapi cuba pakai tudung tu untuk 3,4 hari lepas tu.

”Ehh, macam best la pulak pakai tudung ni. Tak de la rimas sangat kot sebenarnya. Wee.. sukenya..”

Dari saiz S tukar ke saiz M.

“Haa, saiz besar pun takde la rimas sangat kot. Macam selesa jugak ye.”

Dari saiz M tukar ke saiz L.

“Hmm. Makin selesa la pakai saiz L. Sukenye kite..”

Kan.. dah ade rasa suka.

“Nak pakai saiz M macam dulu, haishh rasa tak best la pulak. No waaayy maann. Harus saiz L”

Haa. Tu la contohnya. Walaupun agak merapu meraban, (T_T) aku cuma nak bagi contoh yang paling simple. Hijrah tu sebenarnya tak susah. Cuma perlu ade jihad kita je. Kena la usaha sikit kan. Sebab Allah takkan mengubah nasib kita kalau kita sendiri yang tak usaha untuk ubah. Ye idok?

Nak berubah pun tak perlu la berubah secara drastik kan. Faham dulu betul-betul niat dan aim kita untuk berhijrah tu. KENAPA? Tu soalan crucial yang kena ada untuk kita berubah ni. Sebab tanpa fahaman yang sebenar, kita ni rapuh. Secepat tu kite boleh berubah ke arah yang lebih baik, secepat tu jugak kita boleh kembali kepada yang lama kalau kita tak faham kenapa kita buat bende tu sebenarnya. Kalau kate pakai tudung sebab pakwe suruh. Dah lepas putus dengan pakwe tu, ade lagi ke perasaan nak berhijab tu? Wallahua’lam. Setiap orang berbeza la kan. Mungkin ade yang takkan tinggalkan hijab tu walaupun dah ditinggal pakwe. Tapi mustahil ke kalau ade yang tinggalkan hijab tu lepas tu? Mustahil? Haa. Sebab tu la core untuk hijrah ni ialah kefahaman kita sendiri. Kenapa nak kena berhijrah ni?

Jalan hijrah tak pernah mudah. Jalan nak sentiasa berada dalam keadaan selepas hijrah tu pun tak senang. Sebab tu mujahadah itu perlu.




*Ihsan google. Untuk check blog fevret aku ni (Ommaiigadd.. best sangat!) Mujahadah itu pahit, cekidaut siniTakpun nanti check kat Linkie Love. Hehe*

          Rasa susah? Rasa berat? Allah dah bagitau kita … 



So what puts you to halt when it comes to hijrah..?


Wallahua’lam

Jazakumullahu khayran katheera
Kisah Kabus Qaseh © 2014