Sunday, November 2, 2014

Choices..

Sunday, November 2, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Peace..! Maafkan aku atas kegianan aku nak menulis. Muahaha. Believe it or not aku still belum study learning issues aku. Apakah? Means aku still belum siapkan notes untuk presentation besok. Biasa la, aku memang suke tunda kerje. At the end, aku jugak yang gelabah sorang-sorang. Mase exam tu la aku mula kelam kelibut nak cover semua cases. Tapi, instead of stress, aku tak la stress sangat kot. Sikit tu ade la. But I like it that way actually. Aku suka kot bila pressure macam tu. Sebab tu akan buat kita makin fokus. Iyo dak? Err.. maybe aku je la kot. Some of my friends tak suka pressure sangat. Bila nak exam je, muke berkerut. Serius memanjang. Pastu nangis sorang-sorang sebab terlampau stress. Tak pun tak boleh nak tegur langsung.

“Jangan kacau aku boleh tak? Aku nak exam kot. Ko tak pe la, otak genius, tak payah belajar pun top scorer. Aku ni lembab, lampi.”

*Errr..*

Bukan la aku nak tuju kat sape-sape. In fact, tak pernah pun ade yang maki aku macam tu. Saje aku nak exaggerate sikit. Hehehe. Tapi stress ke tak stress ke, sebenarnya tu pilihan kita. Kalau aku pilih untuk study last minute, so I have to bear with the pressure sebab aku sendiri yang nak macam tu kan. Tapi kalau ade orang yang tak boleh study last minute sebab nanti stress, so tak payah la buat cenggitu. Cover semua benda awal-awal. Kalau ko stress sorang-sorang nanti, you can blame no one, right?

Sebab tu hidup ni sebenarnya pilihan. Everyday, every single minute, every second, kita akan dihadapkan dengan berbagai pilihan. *ehh, macam lagu pulak – sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita… ne ne ne…* So it is up to us, apa pilihan yang kita pilih. Nak A ke B ke C ke and bla bla bla

“Dah tu, pilih je la apa-apa pun?”

Haipp. Nak buat pilihan pun biarlah betol-betol. Jangan main hentam je. Kita ada matlamat, kita ada vision, so takkan la perjudikan hidup kita dengan pilihan yang kita main pilih hentam kromo je.

“Dah tu?”

Di sini la pointnya kat mana iman kita akan diuji. Keyakinan kita. Faith. Kita kate kita Islam, percaya kat Allah. So, kenapa tak biarkan Allah yang buat pilihan untuk kita? Lets say nanti kita berdepan dengan pilihan yang sukar dalam hidup, so mintak la hidayah, petunjuk kat Allah. Tanya Allah, apa yang patut kita pilih. Ini ke itu?

“Macamana nak tanya tu?”

Doa. Senjata orang Muslim kan doa. Senjata yang paling senang nak diguna tapi jarang pulak kita pakai. Kalau ikutkan, tak payah keluarkan duit, tak payah susah-susah ke sane ke mari. Just angkat tangan, rendahkan hati, mintak kat Allah seikhlas mungkin. Insha Allah, Allah akan tolong kita. Nak lagi? Istikharah..

Haa, cakap pasal istikharah pulak, ade sorang member aku ni, sebaya dengan aku. Sekarang ni dia macam dalam dilema. Sebab mak dia ade carikan jodoh untuk dia. *gulp* Mak dia kate, “Okeh, sekarang ko dah tak payah risau lagi dah. Mak dah carikan jodoh untuk ko.” Heh. Advance habes. Si member aku ni, at first terkejut jugak la. Tak nak sebab dia tak kenal sape laki tu. Tapi mak dia ni memang berkenan habis la pulak. Mak dia call, tanya si budak laki tu ade contact dia tak, ade call tak.

Kawan aku ni makin lama makin stress la jugak. Sebab dia tak ready lagi. Dia fikir nanti 5,6 tahun lagi, baru la dia nak kawin. Cenggitu la lebih kurang. Nak tolak, dia takut nanti jadi derhaka dengan mak. Well, aku fikir takde la sampai derhaka pun kan. Tapi, aku takde kat tempat dia, nak cakap lelebih pun, tak nak la macam buat kepala je. Bajet tahu semua bende pulak. Lagipun mak dia dah bersungguh sangat. So kitorang cakap la kat dia, senang cerita, buat la istikharah. Haa, so Insha Allah, dia kate dia akan buat. Sebab dia memang tak tahu nak buat macamana sekarang ni. Setuju ke tak setuju. Laki tu pulak kate sanggup tunggu 5,6 tahun tu. Tapi macam tak nak la pulak terbeban kot. Kalau kate tetiba nanti member aku ni jumpa pilihan hati sendiri, mana nak dibuang yang laki tu. Padahal dah bertahun kot tunggu.

Hmm.. tu la kan. Kita manusia memang selalu ade pilihan dalam hidup. Dari sekecik-kecik pilihan sampai la sebesar-besarnya. Pilihan nak kawin, pilihan nak masuk U mane, pilihan nak masuk sekolah mane. Tu semua pilihan dalam hidup. Even esok pergi kelas nak pakai baju apa pun, sebenarnya satu pilihan.

Cuma skeptikal manusia, kalau nak berdoa, kalau nak istikharah, mesti untuk pilihan yang besar-besar je. Selalu kita dengar kalau nak terima pinangan, mesti buat istikharah. Ye tak? Sampai ade pulak la lagu Istikharah Cinta. Pernah dengar lagu Istikharah Sekolah? Istikharah Universiti? Tak pernah kan. Sebab kat minda kita ni umpama dah disetkan yang solat Istikharah ni untuk buat pilihan terima pinangan kawin. Heh.

Aku pernah dulu tanya member aku, macamana nak solat Istikharah. Sebab aku nak try buat, untuk isi UPU time tu. Tapi tak pulak cakap kat dia tujuan ape. Dia pun ajar la, cenggitu, cenggini. Bla bla bla. Lepas tu, dia tanya aku, “Ko nak buat pilihan antara si A dengan si B tu ke? Ko konfius nak terima yang mana ek?”

*err..?*

Itu la skeptikal pemikiran orang kita. Iyo dak? Padahal sepatutnya, setiap hari kita berdoa mintak petunjuk, setiap hari kita solat Istikharah. Sebab sekali lagi aku ulangi, setiap hari, kita akan dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Aku pernah bukak blog somewhere, dia kate la Ustaz dia ajar, setiap kali qiam malam, buat same solat Istikharah tu. Bukan tunggu kena pinang baru nak Istikharah.



So jumm la perbaiki skeptikal pemikiran kita. Insha Allah. Wallahua’lam.

Thanks for reading (“,)
Kisah Kabus Qaseh © 2014