Monday, April 13, 2015

Dengar Kata Hati..

Monday, April 13, 2015

Bismilahirrahmanirrahim..




Dengar Kata Hati
Mengapa aku masih begini
Terus begini
Meski aku cuba mengerti
Namun bisikan hati
Sering  menghambat perasaan ini
Membuat aku sering sahaja terjelepok lemah
Membuat aku sering sahaja jatuh rebah
Dalam dunia yang penuh dengan teka-teki
Dunia yang masih belum aku temui realiti

Masihkah aku dibuai fantasi
Jika gagal untuk aku mengerti
Bahawa hidup ini satu perjalanan
Yang tidak mampu aku tentukan penghujungnya
Atau masihkah aku hanyut di alam mimpi
Jika aku masih ingin menggapai
Destinasi yang bukan milikku

Aku tak ingin lemah
Aku tak ingin rebah
Namun air mata
Seakan tidak mahu habis
Tatkala aku menangisi
Keperitan sang hati yang disapu lara
Bukan mahuku dipermainkan takdir
Bukan juga dayaku melawan takdir
Namun hati ini masih berdegil
Dengar kata hati
Akankah bahagia yang menanti?

-Kabus Qaseh-


Kisah Kabus Qaseh © 2014