Wednesday, August 26, 2015

Ilham dan Nawaitu..

Wednesday, August 26, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sekian lama cari semangat and keinginan nak menulis. Bukan malas. Ilham takde. Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Dari cuti sem sampai la bukak sem baru ni balik. Gatal meghenyam tangan ni nak menaip entry baru, tapi rasa macam jammed je kepala ni. Asik dok fikir, macamana la nak cari ilham nak menulis. Banyak cerita, tapi tak tertaip dek tangan ni. Ahha, agaknya kena menulis time tengah-tengah malam kot. Tak pun di pagi hari tika embun masih menitis. Segar…

Except for the fact yang aku ni anak dara pemalas yang selalu bangun lambat. Ehh? Dah tu, mana nak jumpa embun pagi.

Setiap hari merungut sebab otak jammed. Banyak makan ketupat agaknya raya lepas. Sebab tu ilham macam tersekat.

Lupa bahawa ilham tu sebenarnya milik Allah. Tak sedar rupanya Allah nak aku tulis something yang lain. Rather than melalut panjang pasal how’s my raya, pergi mana je raya ni, duit raya berapa, pakai baju kaler apa.

Throwback seminggu lepas raya, rumah jadi kosong balik. Akak-akak dah balik rumah masing-masing. So jadilah aku anak dara pingitan yang terperap kat rumah. Nak keluar konon tak nak kasi hitam kulit. Ecceh. So aku fikir sepanjang cuti ni, aku nak isi dengan kerja-kerja yang mendatangkan faedah jugak. So aku cuba nak menulis. Nak buat cerpen islamik sikit. Cerpen tentang tarbiyah aku.

Tapi macam haremmm je semua. Plot cerita melambak, taip 2,3 perenggan, aku lost. Apa dah jalan cerita aku tadi? Takpe, sambung je dengan harapan akan ingat balik plot cerita kat tengah jalan. Sampai persimpangan cerita, aku confuse. Apasal cerita aku dah larik je ni? Takpe la, janji jalan cerita menjadik. Sampai traffic light, aku kantoi dengan lampu merah. Terus stop sebab aku dah tak tahu jalan cerita aku terbabas ke mana dah. Hancurrr.

Bila tengah makan, tengah gosok gigi, tengah dalam kereta, time tu la idea nak datang macam hujan batu. Gedebuk gedebakk. Tapi tengah nak menulis tu, dah siap bukak Word, tangan dah dekat keyboard tapi macam biul je aku rasa. Tahan perasaan nak maki diri sendiri sebab otak macam putus letrik. Kelam..

Aku fikir, kenapa susah sangat ye aku nak menulis ni. Padahal aku nak buat cerpen islamik tuuu. Cerpen tarbiyah tuuu. Apa yang tak kena ek? Aku cuba nak sampaikan kat orang melalui tulisan, cara aku cuba jalankan SH aku. Dah tu?

And that one night punya cerita..

Disebabkan aku tak rasa aku boleh menulis malam tu (macam malam-malam sebelumnya), so aku decide untuk belek blog member. Entry tentang tarbiyah dia. Macamana dia rasa dia jauh dari Allah and cuba kembara cari diri dia balik. Cari Allah balik. Aku sentap! And aku tabik la dia. Serious. Sis, may Allah grants you Jannah. You’re super duper awesome, girl. Aku pernah baca entry dia sebelum ni. Totally different dengan apa yang dia tulis sekarang. Baru aku faham kenapa dia delete blog lama and start baru. Dia tulis apa yang dia rasa. Dia tulis cerita dia. Dia tulis tarbiyah dia.

And baca tentang dia buat aku terfikir, untuk siapa sebenarnya aku cuba menulis ni? Untuk bacaan orang? Untuk tatapan orang? Semata-mata? Buat aku wonder, pernah tak, even for once, aku tulis untuk diri sendiri? Pernah tak, for once, aku tulis dengan harapan bila one day aku lost, aku akan baca tulisan aku sendiri. Dengan harapan aku akan tersedar baca tulisan sendiri. Supaya aku akan cuba cari diri ni balik.

Aku claim yang kononnya cuti panjang buat aku hilang idea menulis. Sebab bila menulis konon nak kena under pressure. Bila buku bertebar atas meja sebab esok exam, time tu la idea mencurah. Tak pun dapat inspirasi bila baca blog orang, baca buku, tak pun lepas usrah atau daurah.

So sebab nak cari idea hari tu, aku baca novel yang ada kat rumah. Konon dapat inspirasi untuk gaya penulisan. Dah tu pulak gigih ajak ma pergi keluar, aku nak pergi lepak kedai buku. Nak cari buku terbaru. Jumpa Henshin, jumpa Tarbiyah Sentap tapi last-last aku sambar Mat Luthfi je. Balik rumah, terbaca komen-komen orang pasal Henshin. Alamak, nyesal pulak tak beli. Kalau tak, untung-untung kot dapat ilham nak menulis.

Terlalu berharap pada manusia. Pada hasil karya mereka.

Mengharapkan inspirasi daripada mereka.

Sekali lagi alpa. Leka. Lupa. Bahawa ilham itu milik Allah.

Dan aku rasa aku hilang identiti bila menulis. *sigh*

Atau..

Aku bukan hilang identiti bila menulis.

Aku cuma hilang nawaitu….

Jazakumullahu Khayran Katheera..

Thanks for reading.


Kisah Kabus Qaseh © 2014