Monday, November 3, 2014

Bumi Tarbiyah..

Monday, November 3, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hmm… it’s me again. Another entry? Nak buat macamana, aku masih dalam state gian nak menulis. Salam 10 Muharam! Hehe. Alhamdulillah, tadi aku puasa 10 Muharam. Bestnya, berbukak dengan housemates and Kak Wani (kak usrah). Sweet gile Kak Wani, sanggup datang sini daripada rumah dia kat Mulana, sebab nak bukak puasa dengan kitorang. Dia masak gulai lemak telur dengan sayur. Jura pulak buat bubur lambuk, bahagikan kat satu Sukawening. Katenya tak pernah masak bubur lambuk lagi, tapi gigih buat 2 periuk. Fuhh. Tapi yang buat aku rasa nak gelak, dia nak berbukak dengan bubur lambuk tu je. Konon tu dah main course. Aku ingat nak makan nasik jugak la kan. Perut aku ni perut stoking, kena kasi penuh sikit sebab kapasiti besar. Tapi Jura cakap, tak payah la. Bubur lambuk tu cukup la untuk berbukak. Hahaha. Pastu mujur la Kak Wani cakap nak masak. Aku baru ingat nak order makanan kat kedai je kalau Jura memang tak masak nasi.

Lepas tu, tak tahu la kenapa housemate aku yang sorang tu gigih nak memasak hari ni. Dibuatnya pulak donut. Tapi series talk, donut dia sedap. Gebu uolls. Ngeh3. Dalam banyak-banyak yang dia pernah masak, aku rasa donut tu yang the best. Heh3. Cicah pulak coklat cair yang aku buat.

*Alang-alang, meh nak share cara buat coklat cair yang sooo simple. Korang just campurkan susu pekat krimer dengan serbuk koko. Kacau sampai likat, agak-agak yang korang suka. Banyak mana pun, agak korang suka la. Hentam je.*

Kalau ikutkan, Jura nak buat kek coklat hari ni. Tapi aku stopkan dia, sebab takut tak habis pulak nanti. Macam banyak desert je pulak, makan beratnya tak seberapa. Hehe.

Bila terfikir betapa sweetnya dorang, suka sangat masak macam-macam, buat aku touched habes. Heaven habes tau tak hidup aku ni. Kadang-kadang pagi bila bangun tidur je, “Ika, jom makan!”. Heh. Kadang-kadang malam, “Ika, jom makan! Siap masak dah ni”. Tak ke heaven? Kalau ikutkan, bilik aku la yang paling dekat dengan dapur, tapi aku jugak la muka yang paling jarang jejak dapur. Kat rumah ni, Raja, Jura and Kirra memang sangat rajin masak. Enin, jarang-jarang tapi better sikit daripada aku kot. Huk3.

Akak-akak kitorang lagi la dasyat dorang punya rajin. Asal usrah je, mesti ada makanan. Kak Iqin dengan Kak Ain dulu suka masak untuk usrah. Pisang goreng la, cekodok la, pudding, macaroni, macam-macam la. Syok habes.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dorang sangat sweet ek. Alhamdulillah, dalam hidup aku ni, Allah kurniakan orang-orang macam diorang untuk maniskan hidup aku ni. Terharu tau tak bila ada orang dalam hidup korang, yang kalau diikutkan tak de apa-apa pertalian darah dengan korang, bukan la sedara korang, bukan sape-sape sangat pun dalam hidup korang, tapi so sweet dengan korang. Yang buat korang jatuh sayang kat dorang.

“Kat Malaysia tak pernah jumpa orang baik-baik macam ni eh Ika?”

No la. Jumpa. Ade je, in fact, ramai. Daripada sekolah, masuk matriks, keluar matriks, ramai je yang aku jumpa, yang sangat sweet dengan aku. Tapi bila sekarang ni, dengan situasi aku jauh daripada family, kehadiran dorang dalam hidup aku ni dah macam mengubat hati aku. Mengubat rindu aku kat Malaysia. As if kehadiran dorang ni nak bagitau aku, “Come on Ika. Kat mane pun ko berada, kat ceruk mana pun ko sekarang, ingat la, you’ll never be alone. Ukhwah yang terjalin akan selalu dijaga.” Haa, gitew. Lagi-lagi bila bukan kalangan member, akak-akak je yang baik tapi including locals kat sini sekali.

Kalau nak tau, orang-orang kat sini sangat baik, sopan, friendly. Kalau dulu kan ada isu ‘ganyang Malaysia’ apa hentah. Yang Indonesia ni memusuhi Malaysia. So kita dok fikir, habes la, Indonesia mesti pulaukan, ganyang students Malaysia habes-habes. Ehh, no la. *goyang telunjuk* Dorang tak macam tu. Maybe kat tempat aku tak la. Jakarta ke, Medan ke, Bali ke, tak tau la pulak. Tapi still, orang-orang kat tempat aku sendiri, dorang layan Malaysian seadanya. Tak kisah sape pun, golongan mane pun, memang dorang takde masalah dengan Malaysians. Bukan dorang tak tau yang kitorang ni Malaysians. Sekali bukak mulut, dorang dah boleh agak dah.

Students local kat sini, ade je yang aku rapat. Not exactly rapat betul, tapi kalau jumpa tengah jalan tu, sembang la jugak. Bukan setakat buat-buat terkejut nampak dia, lambai, senyum then blah. Tapi, “Eh, hai. Kamu dari mana? Udah lama gak ketemu sama kamu, kangen banget. Kamu lagi ngapain sekarang? Busy ya? Ujian kemaren gimana? Bla bla bla…”. Macam member dah kenal patblas tahun je.

Bila aku singgah beli makanan tepi-tepi jalan, mak cik-mak cik kedai boleh cun-cun je sembang panjang dengan aku. Lepas tu keluar la macam-macam cerita, yang sedara dia sekarang kat Malaysia la, itu la, ini la. Pernah aku jumpa sorang abang kedai gajet ni, dia lulusan UM in Syariah. Sembang panjang la dengan dia kan. Dia tanya aku duduk mana, aku cakap Kelantan. Tahu dia balas ape? “Oh, Kelate ko?”. Errk, amek nak ko Ika. Hahahaha. Iolls pulak yang terkejut time tu. Pastu gelak la sorang-sorang. Kelakar kot bile ko fikir ade Indonesian yang boleh sebut Kelantan dengan loghat Kelantan tu. Shopping kat Pasar Baru ke Jatos ke, dorang macam excited pulak bila tau kita ni Malaysian. Dorang akan tanya Malaysia ni macamana, pastu tanya aku sini study apa, berapa tahun, bla bla bla.

Mak cik laundry aku pun, baik dia sampai buat aku serba salah. Aku tak ingat apa nama dia, Ibu Tati kot. Malu nak tanya lagi sekali sebab dia dah boleh ingat nama aku tapi aku tak ingat dia. Padahal bukan aku sorang customer dia. Uhuk. Aku hantar selimut dengan comforter kat dia, dia cakap harga beza dengan cuci biasa. Pastu dia tanya, “12 ribu bisa neng? Biarin?” Ehh? Dia pulak yang tanya aku harga cucian dia. Dah aku yang hantar kat kedai dia, takkan aku nak tentukan harga pulak. Hahaha. Tak pernah pulak berkira pasal duit dengan aku. Kadang-kadang aku nak bayar dulu baru ambik, dia tak bagi. Dia cakap tak payah la, nanti dah siap baru bayar. Erkk? Ade sekali tu aku ambik baju yang dah siap, bila nak bayar, bukak purse tak cukup duit *sob.. sob..* Hahaha. Then dia kate takpe la, nanti-nanti je bayar. Dia suruh aku ingat sebab takut dia lupa, aku pulak suruh dia yang ingatkan sebab aku pun senang lupa. Last-last kitorang masing-masing buat reminder. Hahaha. Next aku hantar baju tu, dia tak remind kat aku yang aku ni hutang kat dia padahal depan buku resit tu je dia tulis. Aku la yang ingatkan. Best la hantar laundry kat dia sebab tak banyak masalah. Member yang laen macam-macam masalah ade. Baju hilang, tertukar hantar, minta duit advance. Haishh.

Then kitorang punya tuan rumah ni, kitorang panggil Teteh je. Nama sebenar Rahmah. Actually, she’s not exactly the tuan rumah. Tapi apa-apa hal pasal rumah, memang kitorang deal dengan dia. Dia sangat sempoi. And sweet dia pulak memang tak tau nak cerita macamana. Jumpa tengah jalan, siap boleh bagi flying kiss lagi kot. Heh. Mane nak jumpa orang macam dia? Tak banyak masalah la kat rumah ni dengan dia. Kalau ikutkan, kitorang pulak yang selalu bagi masalah kat dia.

Tak kisah la sape sekali pun, sepanjang setahun lebih aku kat sini, tak pernah lagi aku kena hentam ke, kena maki ke dengan Indonesians. Sebabnya ade yang kata, orang Sunda memang sopan. Kat Bandung, kat Jatinangor ni, memang mostly dorang are Sundanese. Nak dibandingkan dengan Jakarta, orang kate Sundanese lagi sopan and baik sebenarnya. And no doubt. Memang dorang sangat baik.

Dulu mase aku dapat offer datang sini, ma berat hati nak bagi. Ma kate, “yakin ke nak pergi sane? Sane ramai orang jahat la Ika.”

“Kalau jahat, kat Malaysia ni pun berlambak orang jahat.”

“Tapi orang Indonesia ni, kita tak tau macamana jahat dia. Tengok la kat tv macamana”

Aku diam.

Haa, ni la padahnya ma aku banyak tengok sinetron. Dah terpengaruh. Ape yang takde dalam sinetron tu? Heh, semua ada. Dari tukar anak, menculik, bunuh, sindiket culik budak untuk jadi pengemis sampai la berebut harta. Tapi tu sinetron je ma oii. Bila kat sini, aku cakap la kat ma, don’t worry sangat sebab orang kat sini tak macam yang sinetron tu. Ma cakap, ye la, baik pun baik jugak, tapi jangan percaya sangat. Kalau nak buat baik kat orang, biar la berpada-pada jugak. Haii, baiklah ma. Sudahnya, aku aware jugak la. Betul jugak apa yang ma cakap tu, nak buat baik pun berpada-pada jugak sebab kita tak boleh baca putih hitam hati orang kan.

Pernah dengar tak pepatah orang kate, dalam setandan kelapa, mesti ada yang komeng. Haa, bile aku cakap semua orang kat sini baik-baik, tak bermaksud takde orang yang tak baik langsung kan. Nauzubillah, bukan nak kata apa la, tapi ade je segelintir, in fact sangat sedikit. Its not that dorang pilih untuk jadi tak baik. Tapi as kita tahu, Indonesia is still developing country. Nak dibandingkan dengan Malaysia, memang Malaysia ni lagi mewah. Tekanan hidup kat sini membuatkan some of them terpaksa cari jalan lain untuk hidup. Ade yang terpaksa menipu, ade yang terpaksa meminta-minta dengan alasan anak tak makan lagi, ade yang minta pinjam duit dengan bohong kate anak sakit.

Pernah pulak dalam angkot sekali tu, ade sorang budak lelaki, remaja, membebel sorang-sorang. Boleh kate meminta la jugak. Dia kate daripada dia mencuri, merompak, buat kerja tak senonoh, baik la kitorang bagi duit sikit kat dia. Untuk makan pakai dia and bla bla bla. Aku pandang dia atas bawah. Mak oii, kasut lawa daripada kasut aku kot. Silau mata tengok berkilatnya. Jeans cantik kemain, macam baru je. Heh. Aku terfikir, dia tu muda lagi, sangat muda, boleh buat kerja lagi, takde cacat cela kat mana pun. Kenapa nak kena meminta dengan alasan nanti dia tak payah mencuri. Ehh? Dah kenapa nak mencuri pulak, kerja la elok-elok. Macam-macam sebenarnya. So sendiri mau ingat la jugak kot. Memang kesian kat diorang bile fikir tentang keadaan dorang, tapi nak tolong pun, aku tolong ape yang mampu je la kan.

Untuk kelas UKM sebelum ni, kitorang dah 2 kali buat program dengan komuniti kan. So pergi melawat tempat-tempat diorang, buat aku terfikir, Ya Allah, ade orang yang mungkin tak bernasib baik macam aku. Well, bukannya aku ni anak Dato’ pun nak kate bernasib baik tu *anak kepada datuk Keysha tu ye. Hahaha* , tapi bila ko tengok sendiri keadaan rumah dorang, ko akan terfikir rumah papan kat kampung tu pun dah mewah dah sebenarnya. Korang akan terfikir motor Honda cabuk atuk korang tu pun sebenarnya dah nikmat dah. Makan nasi dengan ikan kembung goreng tu pun sepatutnya dah bersyukur habes dah. Dorang nak jumpa nasi sehari sekali pun susah.

Aku pernah sekali shopping kat Pasar Baru (PaBa), aku tawar menawar la dengan abang tu. Aku beli T shirt Bandung, banyak la jugak sebab untuk semua family aku kan. So since banyak, aku mintak murah dengan dia. Dia bagi discount 1-2 ribu each. Aku mintak murah lagi. Discount 3 ribu each. Sekali dia cakap apa tau, "Aka (panggilan untuk perempuan, macam kakak gitew la), 3 ribu itu kalau di Malaysia udah 1 ringgit kan? Kalau buat aka mungkin gak ada apa-apa nilai, tapi buat kita di sini, 3 ribu itu udah cukup besar ka."

*Sentap*

Terus aku angguk. Bukak purse, bayar.

Jurang ekonomi antara orang kaya dengan orang miskin kat sini pun jauh berbeza. Aku selalu bandingkan Jatos *Jatinangor Town Square – shopping mall kat sini, 10 minit dari rumah* dengan PaUN *Pasar UNPAD – almost like pasar minggu, tiap pagi Ahad, ade kat belakang kampus*. Kalau jalan-jalan kat Jatos, ko akan jumpa orang yang pakai cantik-cantik je. Jeans brand itu ini, dress, blaus, tudung lilit-lilit belit kepala. Shopping itu ini, duit keluar macam air mengalir je. Makan Pizza Hut, KFC, Richeese. Cuba tengok pulak kat PaUN, orang pergi sane pakai tracksuit dengan T shirt lusuh je kot. Makan nasi kuning, takpun bubur ayam harga 6 ribu tu. Bersamaan kurang 2 ringgit. Nak beli seluar track sehelai, harga 20 ribu je (lebih kurang 6 ringgit), tapi tawar menawar sampai kering air liur.

Tapi, kalau tanya aku kat mana aku lagi suka, of course PaUN sebab kat PaUN la aku boleh bersilaturrahim. Hehehe. Bersilaturrahim la sangat. Tapi betul la, baru belek baju sehelai, mak cik kedai dah sembang nak rak dah dengan aku. Bila tau aku Malaysian, lagi la dia kepochi habes. Ko jangan harap akak-akak kat Jatos tu nak sembang bagai dengan ko. Memang sembang. Sembang nak promote baju baru sampai, harga murah, bla bla. Tanya harga, bayar, terima kasih lepas tu blah. Tu je la.

Sebab tu aku rasa Indonesia ni sebenarnya bumi tarbiyah. Macam-macam yang aku dapat kat sini. Daripada semua pengalaman yang aku ceritakan ni, sebenarnya mengajar aku sesuatu. Sesuatu yang sebenarnya aku tak pernah dapat selama aku 19 tahun kat Malaysia. A new experience, yes. A tarbiyah, indeed. So bila aku fikir balik, plan Allah untuk aku ni sweet. Allah letakkan aku kat sini untuk aku belajar something different. Not only belajar Medic ni je, belajar treat sakit orang. But belajar untuk treat hati aku sendiri.

Hmm..
Thanks for reading..
Kisah Kabus Qaseh © 2014