Thursday, November 13, 2014

Allah Loves Us..

Thursday, November 13, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hmm. Nak cerita ni. Hari tu aku jenjalan balik rumah dengan Anne. Singgah kedai makan jap, then mase jalan nak cari angkot, Anne cakap kat aku,

“Ko banyak berubah kan sekarang Ika.”

Gulp. Berubah? Kenapa? Aku makin sombong ke? Makin berlagak ke?
Cuak..

“Ko macam makin baik sekarang”

Ooo. Ingat berubah makin jahat. Tapi still cuak lagi. Entah kenapa aku cuak, aku pun tak tau. Aku tanya la Anne apa yang berubah? Cara pemakaian aku? Cara bercakap aku? Sebab aku rasa aku cakap boleh tahan kasar. Uhhuuk.

Then Anne cakap, “Entah la berubah macamana. Cuma rasa macam ko berubah dah sekarang.”

Aku pun tersengih la sensorang lepas tu.

Moral of the story, bukan la aku nak perasan sorang-sorang kat sini, tak pun nak meriakkan diri dengan bukak cerita ni. It just that aku tertanya sendiri lepas tu, Anne sedar perubahan aku?? Well, aku mengaku memang aku tengah cuba berubah ke arah yang lebih baik sekarang. Dan aku pun mengaku yang aku pun rasa aku berubah sikit. It just that aku tak expect akan ade orang lain perasan perubahan aku ni. And bila aku tau ade orang yang sedar, aku rasa … entah la. Happy ke? Bahagia? Macam tu la kot.

Aku terfikir, Anne bukannya housemate aku. Bukan jugak satu group dengan aku. Jarang spend time dengan aku. And bukan la orang yang selalu balik rumah together-gether dengan aku. Tapi kalau Anne boleh perasan perubahan aku, mesti Allah pun acknowledge jugak kan. Memang la aku tahu yang Allah sebenarnya tahu. In fact, apa yang tersembunyi kat hati aku ni pun Allah tahu. Even sekecik-kecik benda yang aku buat pun Allah akan tahu. Tapi aku ni manusia. And fitrah manusia ni, dia nak bukti yang nyata. Dia nak something yang dia boleh nampak, boleh dengar.

Contoh macam bila kita dapat result exam. Kalau la kawan kita awal-awal lagi da mesej kita, call kita cakap kita dapat sekian sekian result. Contoh dapat straight A’s. Pastu kita buat apa? Takkan wat lek wat peace je kan. Walaupun dah ada yang bagitau result kite tapi still, kite mesti macam, “ooo.. eymm.. jeee..!!” Terus kelam kabut, cepat-cepat nak pergi tengok board result kan. Takpun amek slip. “Betol ke straight A’s? Ahh, tak caye la. Nak kena tengok ni.” Nak tengok sendiri, betol ke dapat straight A’s macam yang kawan cakap.

Sebab ape? Sebab kita nak tengok sendiri bukti tu.

So macam tu jugak la aku. Aku nak bukti yang Allah tahu aku ni tengah berubah. Patutnya aku tak perlukan bukti la kan. Patutnya cukup la aku yakin Allah tu ada. Cukup la aku tahu yang Insha Allah, Allah pandang aku, pandang usaha aku dan tahu apa yang tersirat kat hati aku. Tapi still, fitrahnya manusia macam aku ni, nak jugak bukti tu. Degil. Nak jugak macam.. “nah, ambik la, bukti!” Haa. Macam tu. Sebab tu bila Anne cakap, baru la aku jadi makin yakin, makin confident.

Aku rasa macam aku keep repeating the same things je. Hahaha. Tu sebab memang sungguh-sungguh aku rasa macam tu. Tak tau nak cakap macamana dah. Macam tu je. Tapi faham kan..?

Allah tak cakap direct kat aku tapi umpamanya Allah hantar Anne kat aku. As if datangnya Anne ni nak cakap, “Okeh Ika, aku nampak ko dah berubah. So kalau aku tahu, mesti Allah lagi tahu kan. Allah tahu niat dan usaha kau sekarang. Good job.”

Contoh lagi, masa kecik-kecik dulu, kalau kite lukis bende-bende yang cantik, kalerful habes, lawa bagai nak rak, nak tak tunjuk kat mak kita? Mesti melompat-lompat bagai kanak-kanak riang kan. Ngeh ngeh.

Mesti kita macam ni, “Mak.. mak.. tengok la. Tengok la. Cantik tak kite lukis?”
*mata kedip-kedip, sengih kerang*

Ye idok? Mesti macam tu kan? Kenapa macam tu ek? Haa. Sebab kite nak mak kite tengok ape yang kite buat tu. Kite nak mak kite tengok betapa cantiknya hasil usaha kita tu. Pastu bile mak puji cantiknye lukisan kite, rasa bahagia tak? Gile tak bahagia?? Mau melompat sampai atap kot.

So macam tu la kite sekarang. Bila kite berusaha buat something. And that something tu turn out to be sangat bagus, so perfect. Then kite tahu Allah tengok. And dah sah-sah Allah akan puji kita sebab kite ikut cakap Dia kan. So bahagia tak?

Haa. Beruntung la kalau kamu rasa bahagia itu. Sebab umpama kamu tahu Allah tu sedang berbicara dengan kamu. Allah sedang menatap kamu dengan rasa cinta.
Subhanallah..


Tapi jangan la pulak kite berubah, beribadat ni semata-mata nak orang sedar pulak. Itu namanya … tak ikhlas. Ye idok? Tak tajarrud. Tajarrud ni bile kite beribadah semata-mata kerana Allah. Takde alasan duniawi, takde alasan manusiawi. Alasan beribadah kite semata-mata menjalankan perintah Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Bukan jugak sebab alasan takut kepada azab Allah. Bukan jugak sebab mengharapkan ganjaran pahala Allah.

Teringat pulak yang Kak Wani share hari tu. Dalam beribadah, manusia a.k.a hamba a.k.a kita ni,*Kita = kamu, aku dan mereka*, terbahagi kepada 3 golongan.

1.    Golongan hamba
- Yang mana golongan ni pun beribadah, takde bezanya dengan yang lain. Cumanya, golongan ni beribadah sebab takutkan azab Allah. Takut janji Allah tentang neraka dan balasan terhadap orang-orang yang kufur perintahnya. Takut kalau tak jalankan perintah Allah, nanti kena azab. As in bibik-bibik, pembantu rumah, dorang buat kerja, ikut perintah majikan. Kenapa? Sebab tak nak kena marah, tak nak kena potong gaji, tak nak kena buang kerja. Haa, cenggitu.

2.    Golongan pedagang
- Ini ialah golongan yang suka berjual beli. Ye idok? Golongan yang bile dia memberi, dia mengharapkan ada balasan. Bila dia beribadah kepada Allah, dia sangat mengharapkan ganjaran. Mengharapkan pahala Allah, mengharapkan ganjaran syurga yang Allah janjikan untuk orang-orang yang beriman. Umpamanya businessmen, dorang kalau berniaga, mesti nakkan ganjaran kan. Nakkan pulangan modal and keuntungan yang banyak. Mana ada bagi free-free. Bayar la. Haa, tak gitew? Padahal kalau ikutkan, bukan Allah yang kena ‘bayar’ kat kita. Tapi kita yang banyak kena ‘bayar hutang’ kat Allah.

3.    Golongan kekasih
- Ni ialah golongan yang paling sweet. Golongan yang beribadah kerana mencari cinta Allah. Menyembah Allah kerana mengharapkan cinta Allah. Matlamat cuma satu, dicintai Allah dan mencintai Allah lebih dari dia mencintai diri sendiri. Sanggup berpenat lelah, berkorban harta, masa, nyawa kerana Allah. Macam seorang kekasih, mesti sanggup buat ape je untuk orang dicintai tu. Berhabis duit ke, berpeluh sakan ke, takpe, semua untuk orang yang dicintai tu. I tak kisah sebab semuanya demi you. Haa, gitew uolss.




Dalam banyak-banyak golongan, kite nak jadi golongan yang mana?? Haa, Insha Allah, jadi la golongan kekasih. Yang beribadah hanya kerana mencintai Allah. Bukan la tak nak syurga. Bukan jugak tak takut neraka. Yang tu memang janji Allah kan. And kita dah sah-sah nak syurga tu, kampung halaman kita. Tempat asal Nabi Adam and kita sebagai keturunan Nabi Adam, autometik tu jadi kampung kita la kan. Mesti la nak balik kampung. Lagi-lagi nikmat melimpah ruah tengah tunggu kat syurga, mau tak nak kejar syurga?? Tapi kejar la syurga tu dengan cinta Allah. Gitew.

So, hmm. Tu je la.

Thanks for reading (“,)
Kisah Kabus Qaseh © 2014