Saturday, November 22, 2014

TITAS Part I - J.I.H.A.D

Saturday, November 22, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hehe. Hari ni ada kelas UKM, kelas TITAS. Tamadun Islam dan Asia. And believe it or not, aku tulis entry ni dalam kelas. Ahak. Maaf. Hari ni kitorang ada presentation. So at first, kitorang diundi jadi group first tapi since Jura dengan Kirra lambat masuk, so kitorang postponekan la. And then group Anne nak tukar dengan kitorang sebab diorang nak present dulu. Katanya sebab hari ni dorang dah ada dress code dorang. Uii. So kitorang esok la jawabnya.

Cunn jugak sebab aku rasa macam banyak yang stil nak kena tambah. Ye la, cer imagine, aku baru carik isi lepas Subuh tadi. Then siap carik tu, aku nak kena compilekan semua orang punye part untuk buat presentation. And semua orang punya part pun baru carik tadi juga. So keje aku kena tunggu dorang siap then baru boleh compile. Masa compile, aku rasa macam banyak lagi yang nak kena tambah. Untuk presentation memang tak tambah la sebab memang aku akan buat sesimple mungkin. Tapi untuk kertas kerja, rasa macam tak cukup. Kertas kerja pulak typo melambak. Kepantangan aku. *Ceitt. Hahaha* So since masa untuk compile ciput sangat, aku maen buat je, selekeh gile la hasilnya.

Presentation tadi start dengan group budak laki, dorang cerita pasal perang dalam Islam. Etika perang, perang pertama Islam, World war semua tu. Rasa macam belajar sejarah balik pun ada. Then, group Anne sembang pasal pandangan Barat terhadap Islam dan perang. Pun pasal perang jugak kan. And kitorang punya tajuk pun kaitan dengan perang jugak. Haa, takpe, nanti akan ade TITAS Part II. Aku akan sembang kat korang. Tajuk..? Ihihi. Nak bagitau ke tak ek? Haha. Tak payah? Suprise? Okeh.. Alaa.. nak jugak cakap. Ermm.. aku cakap sikit je. Sang Penakluk.

Okeh, abaikan kegedikan aku ni. Meh nak masuk kepada apa yang aku nak cerita hari ni. 

JIHAD. PERANG. ISLAM.

Cerita pasal perang dan jihad, buat aku terfikir sendiri. Kenapa kena ada perang? Kenapa kena ada jihad? Apa sebenarnya jihad dan perang untuk kita?

Bila cakap pasal perang jugak, buat aku teringatkan zaman Rasulullah dan sahabat menegakkan Islam sampai ke peringkat Ustaziyatul Alam. Kalau tanya aku apa yang aku fikir pasal Islam dan perang, aku akan fikir sebenanya Islam ni agama yang sukakan kedamaian dan berperang untuk mencapi kedamaian tu. Tapi kalau kita tanya non-Muslim apa yang dorang fikir pasal Islam dan perang, mostly sah-sah dorang akan kata Islam is terrorist. Perang dalam Islam melahirkan Islam yang ganas.

“My name is Wan Norshafika and I’m not terrorist”
*Iklan*

Cenggitu la. And bila kita dengar tu yang dorang fikir pasal kita, macamana perasaan? Marah? Geram? Sakit hati? Wat derk..? Err. Hmm, tu la. Kita rasa marah kan, sebab kita tahu yang disebut ganas tu KITA. Yang dipanggil terrorist tu KITA. Yang dikatakan suka berperang tu KITA. Sebab kitalah orang Islam tu. Ye idok? Kan..

Dah tu rasa tak nak cakap kat dorang yang kita bukan cenggitu? Rasa tak untuk nak pegang dorang, tatap mata dorang, bukak telinga dorang and cakap kat dorang, ISLAM BUKAN PENGGANAS. Nak tak buat macam tu?

Aku nak.

Then terfikir pulak, macamana nak bagitau dorang macam tu? Kalau la sekali dorang tanya soalan kat kita macam ni..

“Apa yang ko tau pasal perang dalam Islam? Perang pertama Islam? Perang antara Islam dan bukan Islam?”
“Err..”
“Apa yang kau tau pasal teori konspirasi 9/11?”
“Hmm..”
“Apa yang kau tau pasal konflik and perang kat Iran, Iraq, Gaza dan Palestin sekarang ni?”
“Erk..”
“Apa yang kau tahu pasal Hamas, Al-Qaeda, Bridged Qassam?”
“Aaa..”
“Apa yang kau dah BUAT setakat ni dalam konteks perang?”
“Uwaa..”

Rasa nak nangis. Sebab frankly speaking, aku tak tau apa-apa pasal dorang. Nil. Zero. Kosong. Padahal Islam sendiri bukan setakat cukup solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, bayar zakat, etc. Tu hablun minallah kan. Tapi hablun minannas? Kita, as in aku, korang and mereka, kita semua ade tanggungjawab kepada satu sama lain. Bila tengok saudara Islam kita kat Gaza, Palestin, ditindas, dibunuh, apa yang kita rasa? Pernah tak cuba letakkan kaki kita ni kat tempat dorang? Rasa apa yang diorang rasa. Apa yang korang akan buat? Copp, better tak payah kot. Sebab kita TAK LAYAK. Tak layak nak bandingkan diri kita dengan diorang. Tak layak pun nak rasa apa yang diorang rasa. Sebab hakikatnya, kita sendiri yang pejam mata saat dorang sangat memerlukan kita. Kita sendiri yang berpeluk tubuh saat dorang bermandi darah.

Nak jihad sama dengan dorang? Diorang tak minta macam tu. Yang dorang mintak, cumalah doa kita. Cumalah perhatin dan keprihatinan kita kat dorang. But then kalau kita sendiri tak pernah ambik tahu pun pasal dorang, mana kita nak letak hablun minannas kita? Hubungan sesame saudara kita. Kalau kita even tak tau apa tu Hamas, apa tu Gaza, siapa tu Bridged al-Qassam, kita tak layak nak panggil diri kita ni sebagai saudara diorang.

Macamana nak cakap kat non-Muslim yang tak faham Islam tu, yang Islam tak macam yang diorang sangkakan tu?

Kawan aku pernah cakap yang sebenarnya kalau kita masuk syurga ni, bukanlah kerana amal ibadat kita, kerana solat kita, sedekah kita. Tapi kita masuk syurga sebab Rahmannya Allah kat kita. Kalau kata ada pahala pun, semua akan habis dikikis-kikis oleh orang yang kita bertanggungjawab ke atas mereka. Siapa mereka ni? Semua. Yang Islam, non-Islam. Sebab syahadah kita adalah amanah yang kita pikul untuk kita sampaikan Islam kat diorang. Then aku tanya dia, dah tu kalau kata American, African ke sape-sape je la yang tak peluk Islam, even tak pernah dengar pun pasal Islam, berdosa ke kita? Susah ke kita nak masuk syurga nanti? Then dorang cakap, Wallahua’lam. Sebab dosa pahala, syurga neraka tu kerja Allah kan. Yang penting kita usaha untuk tarik diorang. Dah tu macamana kita nak buat dorang tertarik dengan Islam, kenal Islam sebenar-benarnya? Kalau kat Africa, America sane, bukan kita kenal diorang, lagi nak cakap kat diorang pasal Islam. Acano?? Haa.. cukup la kalau kita bawak Islam tu dalam diri kita. Berjalanlah dengan Islam, berbicaralah dengan Islam, bertindaklah dengan Islam. Jangan asingkan Islam dengan kehidupan kita. ISLAM IS THE WAY OF LIFE.



         So then nanti dorang pun akan nampak macamana Islam ni. Bukan yang macam orang kata, terrorist tu. Haa, panjang pulak explainnya.


Cukup la kalau kita bawak Islam tu dalam diri kita. Sedarkan diorang, kat Gaza, Palestin tu, yang kejam sebenarnya ialah Israel, Zionis laknatullah. Sebab Islam dan orang Islam ni ialah yang cintakan kedamaian. Cukup la kita start dari bawah dulu.

Sebab kalau kata kita nak jihad bersama-sama dengan diorang, kita belek la diri dulu kot. Jihad..? Macamana jihad ni sebenarnya? Jihad bukan perang. Tapi perang ada dalam jihad.


Kenapa jihad bukan perang? Sebab jihad ade 3 peringkat.

Peringkat 1 – jihad melawan hawa nafsu
Peringkat 2 – jihad melawan syaitan
Peringkat 3 – jihad melawan kafir

So kat mana state jihad kita sekarang?

Peringkat 3?
Thee hee, tak kot.

Peringkat 2?
Hek3, macam tak sampai situ lagi je.

Peringkat 1?
Haa, yang tu kot.

Peringkat 1? Seriously? Pfft. Kalau kata kita sekarang sedang berjihad kat peringkat 1, takdenya kita ni asyik tinggal solat, bermalas-malasan kat depan TV, asyik Youtube, Insta, FB, Twitter sampai lupa dunia.

*Member cakap, salah sebenarnya perumpaan kita sampai lupa dunia. Sepatutnya sampai lupa akhirat*

Okeh, sambung. Kita ni, kejap-kejap je dah jatuh tergolek kat kaki nafsu. Kalau ikutkan, jihad melawan hawa nafsu ni tak perlukan duit berlambak, tak perlukan senjata pun. Cuma sekadar kefahaman kita je. Iktikad, usaha, doa dan tawakkal. Tu je modal jihad melawan hawa nafsu. Orang-orang kat Palestin, Gaza tu, jihad mereka ialah jihad yang ke3. Melawan penindasan kafir terhadap dorang. Dorang nak tegakkan hak diorang. Tanah Palestin ialah tanah diorang.

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiyai. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. Iaitu orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-baiara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Al-Hajj, 22:39-40

         Allah dah kata kan, orang yang dianiayai, iaitu yang diusir dari kampung halaman. Siapa? Islam kat Palestin tadi la.

So, belek-belek la diri balik. *Aku jugak*. Kat mana sumbangan kita sebenarnya dalam nak menegakkan Islam ni..?  Tangga maratib amal, bermula la kita membentuk Individu Muslim dulu. Iaitu bentuk la diri kita dulu. Ye idok?

Wallahua’lam

Jazakumullahu Khayr Katheera
Kisah Kabus Qaseh © 2014