Wednesday, September 10, 2014

Tarbiyah Itu Indah..

Wednesday, September 10, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hi! Hehehe. Rasa macam excited sebab dah lama aku tak menulis. Well, dulu idea melimpah ruah nak menulis sampaikan berjela-jela. Tapi isi kosong. Sampaikan aku sendiri fed up nak baca. So, aku tanamkan tekad yang baru, aku nak pendekkan penulisan aku tapi panjangkan dan jauhkan daya pemikiran. Cewahh. Hahaha.

Hari tu aku ada la belek blog favourite aku, Mujahadah Itu Pahit.. *Pun boleh klik kat linkie love* Best sangat blog dia sebab dia punya penulisan santai je tapi boleh buat sentap. Haa, ambik nak. Dia pun ikut D&T dan Alhamdulillah, ialah seorang murobbi. Aku suka bace teguran and pesanan dia. Actually dah lama sangat dia tak menulis. Aku terbelek blog dia secara tak sengaja and sejak daripada tu aku mula follow penulisan dia. Aku baca blog-blog dia yang sebelum ni. Aku anggap blog dia ni ialah satu wasilah tarbiyah untuk aku. Tapi sejak aku mula berkenalan dengan blog dia tu, dia dah tak update entry baru. Hari-hari aku bukak blog dia kot-kot dia ada update entry baru tapi frust. Sampai la aku pun dah stop bukak blog dia. But then satu hari tu, aku saje try-try bukak, nak usha je kan, tengok-tengok dia ade entry baru. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk try jugak bukak. Ada la jugak tarbiyah baru untuk aku. Sebab tu kata orang, tarbiyah ni datang dalam pelbagai cara.

So, hari ni aku nak cakap la pasal tarbiyah. Apa sebenarnya tarbiyah ni? Dulu tak faham bila dengar perkataan tarbiyah ni. Senyap je la sebab tak tau kan. Meh nak habaq mai. Tarbiyah ni dalam erti kata yang sangat simple ialah satu proses mendidik, mengajar atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Orang yang mendidik dipanggil Murobbi dan orang yang dididik dipanggil Mutarobbi.

Bila kata tarbiyah je, mesti fikir, “Oh, usrah la tu,”. Tak pun daurah, tazkirah and apa-apa yang sewaktu dengannya. Haa, jom betulkan sikit pemahaman kita. Tarbiyah ni datang dalam pelbagai cara dengan izin Allah. Ilmu Allah ni luas, kat mana pun kita boleh ambil ibrah dan pengajaran. Tak semestinya hanya dalam bulatan usrah sahaja. Liqa' usrah adalah satu wasilah tarbiyah sahaja. Tapi proses tarbiyah tu sendiri bukan dalam usrah semata. Kata Murobbi aku, proses tarbiyah ini ialah satu proses yang bermula daripada kita mengaminkan bacaan Rabitah sehinggalah bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah yang seterusnya. Haa, berbunga kan ayat. Maksud ringkasnya, proses tarbiyah dalam erti kata yang sebenar ni berlaku di luar usrah.

Contoh nak dibagi, kita tengah jalan-jalan kat pasar malam. Tiba-tiba ternampak ada pengemis minta sedekah. Kita perhati, tengok orang-orang yang lalu lalang, pakai baju mahal, poket nampak tebal, beg tangan kalau tak Gucci, paling-paling Guess tapi sikit pun tak nak hulur kat pengemis tu. Erkk? Tiba-tiba ternampak pulak budak kecik umur 5 tahun datang kat pengemis tu, hulur duit. Haa, apa yang kita fikir? Subhanallah, mulia sungguh hati budak tu. Masih setahun jagung, tapi tahu macamana nak syukuri nikmat Allah bagi, berkongsi sikit apa yang dia ada. Itu la namanya tarbiyah. Kat pasar malam pun dapat tarbiyah tu.

Itu la nak katanya, tarbiyah Allah di mana-mana. Dulu member aku yang sorang ni, time sekolah dulu biasa-biasa je orangnya. Huha huha macam aku jugak la. Lepas habis SPM, masing-masing ambik haluan sendiri. Nak jumpa dengan dia pun, sikit punya susah. Alhamdulillah, hari raya lepas, ada rezeki nak jumpa dia dan Subhanallah, aku terpegun la tengok dia. Selama hampir 2 tahun jugak la, banyak perubahan dia. Cara dia cakap memang lembut je, sejuk hati. Dia dah tak couple-couple. Dah bertudung labuh, pakai handsock, pakai stoking and untuk 1st time, dia imamkan solat aku. Aku rasa macam nak menitis air mata, sebab aku sangat-sangat bersyukur dengan dia. Dan tengok dia macam tu, aku rasa macam terdetik dalam hati, bila aku nak jadi macam dia? Aku nak jugak rasa pakai tudung labuh. Nak juga rasa manisnya kesempurnaan berhijab tu.

Member aku tu tak ada cakap apa pun kat aku, tak pernah pulak kitorang buat bulatan usrah. Tapi aku fikir Alhamdulillah, Allah datangkan seseorang kepada aku untuk tarbiyahkan aku. Untuk detikkan kat hati aku ni secebis perasaan untuk jadi muslimah dalam erti kata sebenar, Insha Allah.

So, jom la kita mentarbiyah diri kita kerana sebenarnya tarbiyah Allah tu ada di mana-mana dan pelbagai cara. Cuma kita je yang perlu buka mata, buka hati, sedari keindahan dan kesempurnaan tarbiyah itu.

Teguhkan iman, mantapkan akidah!

Thanks for reading (^_^)
Kisah Kabus Qaseh © 2014