Friday, January 8, 2016

Selalu Ada..

Friday, January 8, 2016
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

In Shaa Allah esok balik Malaysia. Ciss. Bukak je cerita, terus gebang pasal nak balik. Hahaha. Exam dah habis hari ni. Setelah 3 minggu berperang dengan kemalasan. Setelah 3 minggu aku tidor bangun tak tentu masa. Setelah 3 minggu aku jadi macam bujang terlajak yang selekeh sememeh. Dan 3 minggu ni In Shaa Allah akan terbayar dengan seminggu cuti. Err? Tak puas hati dengan cuti kejap, tapi tak pe la. Janji cuti. Kalau tak cuti langsung, lagi senak. Lagipun mungkin Allah nak jaga aku. Kalau bagi cuti sebulan dua bulan, hancuss ke mana-mana hentah aku ni.

Dan bila dah rileks macam ni, rasa la nak menulis. Lame dah tak menulis. Sangat lama. Bukan tak nak update. Tapi macam kosong cerita. Tak tahu nak sembang pasal apa. Kalau ikutkan, banyak jugak je sebenarnya benda yang nak disembangkan, tapi tak tahu nak tulis macamana. Hari tu rasa jugak rindu nak update blog. Saja la belek2 blog. Baca yang last entry, pasal Muntalaq. Tetiba rasa touching. Laju je air mata mengalir. Huhuk. Maluuuu. Mengada je Ika ni.

Ade sorang ukhti ni send kat grup whatsapp, snapshot dari status fb orang kot.

Teruskanlah menulis
Kita tidak tahu hati mana yang akan tersentuh ketika membaca tulisan kita
Dan sedar atau tidak, kita telah melakukan dua kerja
Iya, dua kerja
Satu, menulis
Dua, berdakwah

Jujur. Bila baca, semangat rasa berkobar. As if Allah dah bukak jalan bagi kita tanam ladang-ladang pahala. Sayang la kan kalau kita abaikan. Tapi at the same time dalam hati, ada ke yang baca tulisan aku ni? Ade ke yang terkesan dengan tulisan aku ni. Sebolehnya tak nak la usaha tapi tak dapat apa. Memang Allah tak pandang hasil, tapi sebolehnya kita mesti nak merasa jugak menuai hasil tu kan.

Aku tak ada benda lain untuk aku pakai. Aku tak reti nak tarik orang dengan bercakap bila bercakap pun still terabur. Aku tak reti nak tarik orang dengan qudwah bila mana qudwah aku sendiri masih ke laut. Aku cuma tahu menulis. Bila cakap tahu, aku cuma tahu je. Tak bermaksud aku pandai atau reti menulis. Kikiki.. Tapi dengan penulisan ni la, aku berharap dapat bukak hati-hati yang nak mencari.

Setiap orang ada logam masing2. Which is kelebihan masing2. Yang mana kita boleh gunakan kelebihan yang ada tu untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Ada yang boleh menulis, bagi talk, menyanyi, qasidah, apa lagi. Ada yang hanya dengan qudwah je, dah mampu menyentuh orang untuk ikut tarbiyah.

Ada seorang ukhti pernah tanya aku, apa agak2 logam yang aku nampak ada pada dia. And I was like krik~ krik~ Apa aku patut jawab. Supposedly dia la yang akan tahu pasal dia kan. Hehe. And aku tak tahu nak cakap apa, aku cakap, “In Shaa Allah, ada punya. Memang akan ada.”

Aku pernah usrah usrah dengan dia masa awal-awal dulu je. Time tu zaman rebel, so aku tak berapa nak heran sangat sape-sape bercakap dalam usrah pun. Aku tak ingat macamana dia dulu. And sekarang aku dah tak sama usrah dengan dia, so aku tak tahu macamana sharing dia dalam usrah. Aku tak tahu adakah logam dia pada bercakap. Aku tahu dia kadang-kadang menulis jugak. Cuma dia sendiri tak yakin adakah logam dia pada menulis.

Kadang-kadang kita terlalu fikir jauh, fikir susah2, complicated. Apa logam kita, apa kelebihan kita. Padahal kadang-kadang benda yang kita anggap sepele tu la yang sebenarnya kunci dakwah kita.

Hari tu masa daurah, Kak Noja sharing. Kata Kak Noja, dia hanya tahu bercakap. Itu la yang dia mampu buat. Bercakap. Dan aku mengaku, Kak Noja memang pandai bercakap, tak boring bila dengar dia bercakap. Instead kita rasa macam excited nak dengar dia cakap apa. Tapi kata Kak Noja, kadang-kadang dia takut. Sebab dia hanya ada mulut ni je. In which kat akhirat nanti, mulut ni la yang akan dipateri Allah. Mulut ni la yang tak mampu nak bagi kesaksian. Tapi still, buat je. Bercakap je. Bila mana Allah kurniakan sesuatu untuk kita, bersyukur la dengan kurnia tu. Macamana nak tunjukkan rasa bersyukur tu? Guna lah ke jalan-jalan Allah.

Pernah terbelek terbaca status-status akak2 yang dah balik Malaysia. Yang sekarang kat HUKM. Diorang masih kuat kat jalan ni. Masih bergelar akhwat yang hebat2 di dunia dakwah. Tapi tak dinafikan yang ada masanya diorang pun jatuh jugak. Buatkan aku terfikir, akak2 yang qawiy macam diorang ni, ada masanya dorang boleh jatuh, ni kan lagi aku.

Aku kadang-kadang takut. Macamana agaknya balik Malaysia nanti. Adakah aku still akan ikut usrah? Adakah aku still care pasal dakwah tarbiyah? Atau dengan alasan aku terlalu sibuk, aku abaikan semua? Kalau sekarang pun kadang-kadang aku rasa nak give up dengan usrah, macamana pulak nanti?

Yepp, there’s time yang aku memang rasa nak give up dengan usrah. Terfikir nak mesej murabbi, nak bagitahu niat nak keluar usrah. Nak cari jalan sendiri. Kadang-kadang rasa macam ‘Lantak la. Aku dah tak heran dengan usrah dah. Tak nak pikir dah’.

Kenapa macam tu? Entah la. Banyak sebab. Salah satunya, sebab rasa kosong. Rasa macam usrah tak usrah, sama je. Rasa sangat kosong. As if kau masuk satu bilik ni, yang kosong je, tak ada apa2, yang kau even akan dengar gema nafas sendiri. Kau nak cari pintu nak keluar, tak de. Nak cari lubang nak bernafas, tak de. Macamana rasa tu? Suffocating!

Tarbiyah sifatnya mengubah. Tapi aku tak rasa wujudnya perubahan tu. Aku masih lalai, masih dengan malas, masih merajakan nafsu dunia. Apa yang berubah? Tak ada. Aku fikir, maybe ni bukan jalan aku yang sebenar2nya. Maybe aku tak layak kat sini.

Till one day, terima something dari chat group whatsapp.

Jika engkau merasa di sekelilingmu gelap dan pekat,
tidakkah dirimu curiga bahawa engkau dikirim oleh Allah,
sebagai cahaya bagi mereka.
Sinarmulah yang mereka nantikan.
Maka, berkilaulah!

-      Salim A. Fillah 

Aku rasa aku selfish. Terlampau fikirkan diri sendiri. Fikir susahnya nak istiqamah, susahnya nak kuat dalam dakwah, susahnya untuk elak diri futur lagi, susahnya nak rajinkan diri lapangkan hati untuk turun usrah. Padahal ummah dah bepecah belah. Tapi still fikir pasal diri sendiri. Still manjakan diri sendiri. Padahal salahnya bukan pada usrah, bukan salah dakwah tarbiyah yang kita gebang penat. Tapi salahnya pada aku yang manja. Salahnya pada aku yang tak nak menerima.

Malu.

Ada masanya aku nak bersendirian. Aku nak cari apa yang tak kena dengan diri. Nak cari sebab kenapa aku rasa macam susah hati. Siapa tahu, rupanya Allah nak cuit manja. Allah nak cakap, “Kenapa perlu rasa susah hati, bila Aku kau boleh cari. Kenapa nak tarik diri, bila kau masih diperlukan ummah ini. Kenapa nak kena mengalah, bila kau selalu boleh bangkit berdiri?”

Sebab Allah takkan pernah tinggalkan kita...

Allah akan selalu ada..



Jazakumullahu Khayran Katheera..
Kisah Kabus Qaseh © 2014