Saturday, June 13, 2015

Stepping Shoes to Jogja ~ Part I ..

Saturday, June 13, 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

This is it

Haluuu haluuu! Okeh, langsung tak pandai bikin saspens kan aku. Headline dah mention awal-awal dah. Heh. Okeh la. Last 2 April sampai 5 April, aku ikut trip dengan memember pergi Jogjakarta. Lame suda kan. Ini baru sempat mau post. Aku kan jenis kalau entry je berjela 2 malam baru habis bace. Lagi mau tulis, harus 2 bulan. Heheh. Tapi ni pun tak banyak gambar yang aku ade sebenarnya, tak sempat nak kutip dengan diorang lagi. In Shaa Allah entry ni pun aku akan update lagi sekali.

Sekarang ni tengah break kejap sebelum remedial and balik raya. So time ni la ramai geng yang jenjalan. Aku? Hmm.. Nanti In Shaa Allah aku akan update lagi 2 minggu ni aku buat ape je. Ahaks.

Back to Jogja, alkisah, alang2 aku dah kat Bumi Indonesia ni, baik la kirenya jika aku melebarkan langkah aku ni kan. Muahaha. Niat nak ke Jogja dah lame dah. Member2 daripada 1st year lagi dah jejak Jogja dah. Aku ni je. Nak habis 2nd year baru pandai nak trip2 ni.

So yang ikut trip ni ialah aku (obviously sangat Ika), Ainin, Zura, Shu, Anne, Ghah, Shaf, Izzati, Zuhur, Shairah, Ku. Memula mase Zuhur tanya, aku cakap nak fikir dulu. Lame aku fikir, aku cakap tak. Sebab ingat nak ikut trip dengan orang lain. Then bile dengar Atie bincang2, tetibe rase nak ikut trip diorang. Tapi still takde kate putus yang betul. Aku mintak jugak izin ma. Ma bagi je asalkan ramai yang ikut. Atie buat je group whatsapp and masukkan aku. Dia masukkan je sebab in case tetibe aku nak ikut. Sekali bile Atie post gambar-gambar aktiviti yang menarik, terus aku rase terliur. Then, “Okeh, I’m in.” Hahaha.

Mostly Zuhur dengan Atie and Shaf yang uruskan trip ni. Dari tiket, hotel, kereta, aktiviti and semua la. Aku tinggal tunggu masa and there you go. Huhu. Aku jenis yang tak suka deal-deal dengan orang. Leceh. Aku pembenci tegar bende2 leceh. So memang tak berapa nak rajin untuk tolong dorang. Nice Ika. Nice.

Kitorang pilih hari tu sebab Jumaat tu cuti Good Friday. So kirenya after kelas hari Khamis, kitorang akan bertolak. Dengan train sebab lagi cepat than kereta. Kurang lebih 8 jam berbanding kereta 12 jam. Ahad malam balik, pun pakai train. Then Isnin tu start kelas. Tapi tetibe ade masalah bile Shaf beli tiket salah. Plannya pukul 6 petang Khamis tu sebab kelas usually habis pukul 3.30. (note : waktu sini lambat sejam daripada Malaysia). Nak pergi stesen dah makan mase dekat sejam lebih dah. Tu tak kire jam lagi. FYI, jam kat Bandung ni boleh buat bontot berasap tahu.

Tapi tetibe hupenya tiket train pukul 4.50. So kitorang mintak dengan lecturer untuk lepaskan kitorang awal sikit. Barang2 pun dah siap packing dah. Since Atie, Zuhur, Shairah and Ku dah ganti lab act awal2, so dorang tak masuk lab Khamis tu. Kirenya dorang yang angkutkan barang-barang kitorang dari rumah pergi stesen. Kitorang menyusul daripada belakang. Kate Zai, terbaik la plan bolos kitorang. Dr Adhi lepaskan kitorang setengah jam awal, pukul 3.00. So berlari-lari la kitorang, doa mintak-mintak sempat catch train. Alhamdulillah. Sampai tu dalam pukul 4.30, kitorang cari bekal makan, aku ambik wudhu’ sebab nanti aku akan Asar dalam train je. So bertolak la kitorang lebih kurang pukul 5.00 hari Khamis.

Hini la tiketnye..

Tips Jogja #1 : Make sure tiket yang korang beli kena dengan planning korang. Lagi2 kalau korang students. Jangan sampai kena ponteng kelas. Ihiks. Pesanan dari kaki ponteng. And ambik kire jugak perjalanan dari tempat asal korang ke stesen.

First sekali, tolong jangan imagine train kitorang macam cite hendostan Chale Chayya Chayya tu. Yang ade orang panjat-panjat train tu. Indonesian pun civilized okeh. Selesa tak selesa tu, kire boleh la. Masing2 punya opinion. Aku cume tak selesa sebab bapak depan aku boleh tidor dengan angkat kaki die letak sebelah aku. Like what?? Dengan mamai2 aku tidor, sekali bukak mate tengok ade kaki kat sebelah. Dah macam cerita horror.

Kitorang solat Maghrib Isya’ dalam train je. Lepas je Isya’, aku, Atie and Shaf, since kitorang seat sekali, kitorang layan drama sat. Sebelum aku krohh krohh. Belom sampai mane lagi, belom buat ape lagi. Aku memang. Kan dah kate, ko campak la aku kat mane, memang aku boleh tido siap mimpi2 makan KFC lagi.

JUMAAT, 3 APRIL 2015

Lebih kurang pukul 1.30 pagi, kitorang sampai kat Jogja. Hooray hooray! Lepas cuci2 muka, kitorang gerak. Kitorang pakai 2 kereta sepanjang kat sini. Mase planning, it’s either nak pakai kereta atau shuttle (minibus). Kalau shuttle senang sebab nanti bile gerak pergi mane2 senang sebab angkut sekaligus semua. Tapi yang leceh sebab kitorang ade nak kena lalu jalan kecik, jalan bukit-bukit, nak kena cilok-cilok. So kitorang pakai la 2 kereta untuk 11 orang. Tanpa mandi, terus pergi ke 1st destination. Pantai Teleng Ria. And again aku tido dalam kereta. Aku pun tak paham ape yang aku penat sangat ni, asik tido je.

Lebih kurang 5.45 pagi, kitorang sampai kat Pantai Teleng Ria. Sebenarnya Teleng Ria ni dah masuk Jawa Timur. Hotel kitorang and destination kitorang esok2 kat Jawa Tengah. Sebab tu perjalanan kitorang sangat ambik mase.



   
First, solat Subuh dulu sebab dah dekat hujung-hujung dah. Plan kitorang supposedly kat sini kitorang akan buat water sport. Tapi rupenya takde. Sebab dorang cuma akan sediakan all those sport bile ade event ape-ape.

Tips Jogja #2 : Make sure deal bebetol and tanya pihak yang terlibat dulu kalau kate nak join apa-apa program dorang. Boleh ke tak. Ade ke tak.

So tak jadi water sport, kitorang bersport sendiri2 la. Atie dengan Zuhur dah macam kanak-kanak Ribena dah. Berendam kemahen. Aku je yang acah-acah tak nak basah, celup-celup kaki sudah. Wahaha.


Kita kasi celup itu kaki
Aku tunggu sunrise tau. Bile la nak keluar si matahari ni. Nampak dah cerah. Hupenya matahari memang dah keluar, cume terlindung dek awan je. Iyo je aku tunggu sunrise yang tak berapa nak rise ni. So dapat tengok matahari yang dah naek je la.

    
Then lebih kurang 7.45 pagi, kitorang bertolak from Teleng Ria ke Goa Gong. Jalan memang toksah habaq la. Berbukit kemahen. Around 8.45 kitorang sampai kat Goa Gong.


    
Kereta parking kat bawah, nak naik ke area entrance Goa, kitorang ambik ojeg, bayar 3k. Around seringgit je. Tahu ojeg? Pernah tengok sinetron? Ojeg ni senang kate macam teksi, bezanya pakai motor. Nak naik atas, dekat je sebenarnya. Jalan kaki pun boleh. So agak2 nak jantung sihat, nak panjangkan life span, jalan je la. Cuma kitorang je yang tak tahu time tu, ingat jauh sangat. Turun tu baru kitorang jalan kaki. Tiket masuk cuma 5k je.

Sepanjang sebelum korang masuk gua tu, akan ade orang yang offer untuk sewakan lampu suluh. Aku suggest untuk korang sewa, 5k je. Sebab gua tu sangat gelap. Memula aku tak nak. Sekali bile tengok gelap benor, terus aku ambik. Wahaha. Member2 aku pakai flashlight phone je. Tapi bagi aku tak membantu sangat. Sadis bile Zura terjatuh and aku terhantuk stalagtit. Punya la aku dok tolong suluh lampu aku kat orang, nak tunjuk jalan kat diorang, sekali bukkk! Direct kepala aku kena benda tu. Sakit tahu. Itu batu, awak.


   
Tips Jogja #3 : Kalau datang sini, make sure korang sewa lampu suluh tu. And jangan suluh jalan orang. Suluh jalan ko sendiri je. Cukup jahat? Kisah ape. Careful dengan stalagtit. Careful dengan tangga. And careful sebab sangat gelap. And licin. Make sure stamina mantap. Heh3.

Kat sini, dorang ade jual souvenir. Ade je Tshirt, keychain. Tapi mostly dorang akan jual bracelet, cincin, rantai yang ade batu2. Cantik. Cume kena pandai menawar and pandai cari kedai murah. Cumanya, ni bukanlah tempat yang aku akan recommend kalau korang bukan penggemar tempat gelap and batu. Kalau korang suka kaji batu, haa, meh la.


Haa, kaji meh ini batu
Pukul 9.45 kitorang gerak from Goa Gong. Cari makan. Kat kedai biase2 je, Ayam Kampung Mbak Jenny. Asal perut kenyang. 10.45 kitorang sambung perjalanan ke hotel. Jalan memang bukit bukau. Aku dengan tak mandinya lagi, melekit, panas. Kereta pasang air cond, lagi la pening kepala toksah cerita. Rase mual. Sikit lagi rase nak mengamuk. Nak marah orang. Orang cakap dengan aku pun, aku layan tak nak layan je. Bertepuk tangan sungguh syaitan dok sebelah aku time tu.

Pukul 1.45 kitorang sampai hotel kitorang. Cakra Kusuma Hotel. Not bad. Bayaran hotel, a night 450K. Cuma sayang, sebab kitorang tak tahu rupenya rumah akak-akak murabbi dekat je dengan tempat tu. So boleh je kalau nak menumpang kat rumah diorang kan. Katanya rumah diorang sangat besar. Nak muat 11 orag pun, sangat dialu-alukan. Kitorang cuma ade kat hotel untuk tidur malam je. Kitorang tak guna fasiliti hotel pun. Macam tak berbaloi sikit la. Aku share bilik dengan Shu and Zura. Sebab Zura cuma akan bermalam 1 malam je. 2nd night tu dia akan stay rumah akak2.




    
Lepas rehat2 jap, kitorang mandi, solat and gerak keluar pukul 3.45 petang. Plan kitorang sepatutnya pergi Pantai Indrayanti, nak enjoy sunset. Tapi tetibe hujan. So kitorang tukar plan, pergi mall. Sebab susah nak shuffle balik aktiviti sebab tempat jauh2. Tu je la yang spoil sikit. Kitorang banyak habiskan masa dalam kereta sebabkan jarak 1 tempat dengan 1 tempat tu jauh.

4.30 petang, kitorang sampai kat Plaza Ambarukmo. And macam biase, aku akan merayap sorang-sorang. Shu dengan Zura layan movie. Aku je la yang gigih turun naik window shopping. Pukul 7.15 malam, kitorang gerak pergi Jalan Malioboro. Ni ialah tempat wajib pergi kalau korang pergi Jogja. Hahaha. Sebab, boleh shopping! Wakaka. Tempat ni macam pasar cenggitu je, tepi2 jalan. Tapi meriah la. So aku borong la sikit ole2.

Tips Jogja #4 : aku recommend datang sini malam. Sebab suasana malam lagi best. Lagipun malam tak panas sangat.

Dalam 9.50 malam, kitorang gerak balik. Asing2 sebab kereta kitorang dah penuh dulu. Penat nak tunggu 1 lagi kereta. 10.30 malam sampai hotel. Aku join Shu dengan Zura layan movie tapi last-last aku krohh krohh belom sampai mane lagi. Ahaha.

SABTU, 4 APRIL 2015
Pukul 7.00 pagi kitorang breakfast and bersiap-siap. Take time la sebab semua anak dara kan. LOL. 8.45 pagi tu baru kitorang gerak keluar ke Borobudur. So ladies and gentlemen, keep in mind yang kalau datang Jogja, Borobudur is the place yang korang wajib datang. Wajib ke? Ihik. Aku bukanlah penggemar Sejarah. Haram aku nak baca Sejarah itu ini. Dalam kelas pun aku tidor. Tapi still aku rasa Borobudur ni wajib sebab macam landmark Jogja gitew.

Dalam 10.00 pagi kitorang sampai sana. Panasnya ya ampun! Standard macam Malaysia. So kitorang budak Bandung ni dah macam lupa daratan sikit, tetibe acah2 mat salih, panas gile uolss. Heh. Diorang pesan jugak untuk bawak payung and kipas. Tapi aku? Payung is so leceh. Aku lagi sanggup berhitam daripada berpayung. Malas tak malas jadi manusia ni. Dorang semua beli hat yang makcik-makcik kat situ jual. Yang cecomey macam gugurl tu. Ika pakai hat? *erkk* So aku dah buat preparation awal, bawak cap la bai.


Under my umbeerella.. ella.. ella.. eh eh eh???

Tourist bai.. Setiap benda mau snap.
Borobudur is so fun. Fun dengan bergambar la kan. Masuknya tiket 30k harga local. Foreigner sepatutnya harga lagi mahal. Bapak supir kitorang tolong belikan and staf dorang tak check la pulak either kitorang ni local tak. Bapak supir pesan jangan bukak mulut sepatah pun kat akak guard gate tu, takut dorang recognize yang kitorang ni Malaysians. Jangan keluarkan slang KL ‘e.. e’ tu. Sebelum sampai kat candi tu, kitorang kena jalan dulu sikit. Tapi still, penat mak. Nasib view hijau, cantik je. Sejuk balik jiwa raga aku.




    
Kitorang memula tu melekat je semua. Tapi last2 batang hidung setiap sorang memang tak nampak. Tinggal la aku melekat dengan Shu je.

Sorang ni je yang last-last melekat dengan aku

Candi tu sangat besar. Sangat sangat.




    
Ade few floors sebelum sampai puncak yang ada kubah. Since candi tu macam pyramid, floor paling bawah yang paling besar dan luas, so memang penat nak tawaf satu floor tu. Sebab tu tak ramai yang keliling. Nanti korang akan jumpa ramai gile manusia kat bahagian depan, tapi cuba kau tawaf sampai belakang, lengang. Sebab dorang tawaf separuh then patah balik. Haha. Mostly kat wall banyak ukiran. Entah majapahit, mahabrata ape entah. Then ada jugak la somewhat like tugu binatang, and macam loceng ke pebenda tah. Kurang tahu dehh.







    
Ustaz Fahmi kelas mengaji kitorang pernah cerita sikit sejarah Borobudur ni. Katenya candi ni ialah bukti peninggalan Nabi Sulaiman. Sebab kerajaan Saba yang tak diketahui mana tempatnya tu, dikatakan sebenarnya ialah Magelang ni. Sebab kita tahu yang Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang sangat besar dengan jin2 sekali. Candi ni dibina daripada batuan yang berasaskan besi. Yang mana kita tahu jin boleh mencairkan besi, bukan kudrat manusia la kan. Lagipun Nabi Sulaiman sendiri ialah putera Nabi Daud yang mana Allah bagi mukjizat untuk melenturkan besi tu. Wallahua’lam. Nanti kalau korang datang dengan guide, mintak la dorang ceritakan sikit2 pasal sejarah candi ni.

Alhamdulillah, aku dengan Shu sukses untuk sampai ke top, mengah tak sudah. Kat atas ni ada tugu macam loceng.



Belakang Shu ni la kubahnya yang gedabak tu
Tapi view dari atas sangat cantik. Aku nampak ade padang, tetibe terimagine Eiffel Tower yang memang aku dah berangan lama nak jejak sana. Cantik wehh. Subhanallah.


     
Bile turun tu, dengan sawannya aku bergambau tak sudah. Panas seyh tapi pedulik.




     
Turun tu, aku dengan Shu sesat sikit sebenarnya. Tak sure betol tak, tapi aku lantak je sebab tengok semua turun arah tu. Kitorang nak cari Zura sebenarnya tapi tak jumpa sampai ke sudah. Laluan keluar dia ialah laluan pasar. So mata aku tak boleh dok diam. Pandang kiri, pandang kanan. Last2 borong lagi. Adoyaiii.

     
Pastu hengat dekat je, hupenya nak tercabut lutut aku jalan. Tanya makcik2 kat kedai tu, jauh lagi ke tempat parking. Jawapan dorang, “lumayan mbak.” Memang lumayan sungguh penangan dia. Pastu gather semua kat kereta dengan muka masing-masing macam kena simbah cat merah. Panas wehh. Dengan lautan manusia lagi.


Lauuuutan manusia
Tips Jogja #5 : Kat Borobudur ni, make sure korang bawak cap, hat atau payung dan kipas. Kalau tak nak bawak, boleh je beli kat situ. And bawak sunblock. And bawak kesabaran dan kesungguhan setinggi gunung. Okeh?

Okeh la, cerita hari ini stop kat sini dulu. So far, aku rasa sangat enjoy. Especially Borobudur. 

And…

To be continued…


No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014