Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hari tu aku download talk Yasmin Mogahed. Tak pernah show
interest pun kat dia sebelum ni tapi dunno why, saja la nak try dengar talk
dia. Aku download yang lama punya. ‘Hope in Allah’. Buat aku tertarik kat
something.
Tahu, aku teringat masa sekolah rendah dulu, aku dengan
geng-geng aku berpakat untuk masuk contest nasyid antara sekolah. So practice
punya practice. Tapi a day before contest, ustazah datang jumpa aku and request
untuk aku keluar from nasyid. Okeh, ayat dinoktahkan ni memang tak sedap
didengar. Agak2 mesti sebab suara aku ni golongan suara seru hujan. Ehehe. Tak
hade la.
Ustazah jumpa aku and request untuk aku masuk contest
story telling. Dan bila ini ialah request daripada ustazah, aku terima la. Tapi
jangan imagine aku akan pakai gaun kembang dan bukak cerita Prince Frog hanya
sebab aku sebut story telling.
Ustazah bagi aku few choices daripada banyak-banyak kisah
anbiya’. And aku decide untuk pilih kisah Nabi Adam a.s sebab tu ialah satu-satunya
jalan cerita yang memang dah aku tahu plot ceritanya dengan teliti. Paling
kalau tak ingat, aku boleh hentam bikin ayat sendiri. Kemon, aku kan novelis
wannabe.
And the fact that aku hafal kisah tu seawal aku masih di
zaman Astro masih belum ada actually amazing la kan. Tapi baru aku sedar,
rupanya di zaman ko boleh tengok TV dekat handphone ni, baru lah aku
betul-betul faham semua plot, konflik dan isu yang wujud dalam kisah Nabi Adam
a.s. Kisah yang Allah ceritakan seawal dalam surah Al-Baqarah lagi.
Di sebalik kisah penciptaan makhluk bernama manusia yang
Allah jadikan dengan tujuan khalifah dan hamba itu, di sebalik kisah cinta Adam
dan Hawa, di sebalik kisah iblis yang angkuh, rupanya banyak yang Allah ingin
sampaikan.
Kisah mengenai dua hamba yang khilaf tapi menghadapi
kekhilafan tu dengan dua cara yang berbeza. Allah bagi kita 2 plot yang berbeza
dalam satu kisah yang sama. Kisah di mana iblis diperintahkan untuk tunduk
sujud kepada Adam tapi iblis mengingkarinya. Dan kisah Adam yang dicegah dari memakan
buah khuldi tapi juga diingkarinya.
2 hamba Allah ni sama pada dasarnya. Mengingkari Allah.
Cuma bezanya yang kita boleh nampak ialah apa tindakan yang diambil lepas tu.
Kat situ letak bezanya.
Macam yang kita tahu, iblis ni hamba yang paling sombong,
angkuh, berlagak. Konon megah la bila dia diciptakan daripada api. Nak compare
dengan Nabi Adam, memang tak la iblis nak tunduk sujud, kan. Iblis derhaka
dengan Allah. Tapi bila dia tahu yang dia salah, dia dah derhaka dengan Allah,
apa yang dia buat ialah pertama, dia salahkan Allah. Dah lepas tu, iblis makin
memusuhi Nabi Adam dan keturunannya dengan lebih dasyat lagi. Dihasut Adam
supaya langgar tegahan Allah. Pulak tu dimintanya penangguhan daripada Allah
sampai hari kiamat dengan alasan nak sesatkan umat Nabi Adam a.s ni
sesesat-sesatnya.
(Iblis) berkata
“Oleh kerana Engkau menyesatkan aku, pasti aku akan menghalangi mereka daripada
jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, daripada hadapan, daripada
belakang, daripada kanan dan daripada kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati
kebanyakan daripada mereka bersyukur.
Al-A’raf, 7 : 16
-17
See? Nampak?
Siapa yang bersalah sekarang ni ialah iblis. Kan? Tapi instead
of mintak maaf and menyesal dengan salah dia, iblis put the blame on Allah and berjanji
untuk balas dendam kat Nabi Adam. Apa yang dia buat ialah hasut Nabi Adam
supaya Nabi Adam dikeluarkan dari syurga. Then bersumpah untuk attack umat
manusia dari semua arah. Tu la hamba Allah yang derhaka.
Pernah tak kita, terkadang kita ego. Terkadang kita
sombong mengaku salah sendiri. And what do we do is that, we put the blame on
others. Pernah? It sounds familiar, isn’t it?
Let’s go back and tengok balik apa salah iblis ni
sebenarnya. Hmm. Sebab iblis langgar suruhan Allah untuk sujud kat Nabi Adam.
So senang kata, iblis tak perform this one sajdah. Only one sajdah. Okeh, let’s
take a look at ourselves pulak. Sepanjang 20, 30 tahun kita hidup, it is almost
impossible yang kita tak pernah tinggalkan even 1 pun sujud solat kita kan. Probability
kita tertinggal solat tu, banyak kali. Even Subuh pun dah 4 sujud dah. Sape
yang tak pernah terbabas Subuh angkat tangan.
Krik~ Krik~
Iblis was denied Jannah sebab dia ignore that one sajdah.
So what are gonna happen kat kita yang mana kita dah missed several sajdahs?
Are we forbidden to enter Jannah? Na’uzubillah. Actually it’s not about that
one sajdah itself. Salah iblis, bukan sebab tak sujud kat Nabi Adam
semata-mata.
Isunya kat sini ialah repentance. Familiar with the word
repentance? Taubat? That’s what differs us from iblis even though we made the
same mistake of not performing sajdah. We seek mercy from Allah. We repent. On
the other hand, iblis was guilty because he did not repent himself. Dia tak
mengaku salah. Dia tak mohon ampun. Instead of repenting, iblis rebel against
Allah.
Tu cerita pasal iblis derhaka. Lain pulak ceritanya
dengan Nabi Allah ni.
Nabi Adam a.s ditegah daripada Allah untuk memakan buah
khuldi, buah larangan. Tapi sebab hasutan iblis ni, Nabi Adam dan isterinya
Hawa makan jugak buah tu dan mendapat murka Allah. Berbeza dengan iblis, bila
sedar yang mereka salah, Nabi Adam cepat-cepat memohon keampunan daripada
Allah. Apa yang dia cakap,
Keduanya berkata
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak
mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya termasuklah kami
orang-orang yang rugi.”
Al-A’raf 7 : 23
See? Nampak?
Nabi Adam a.s dengan humble-nya, mohon taubat dengan
Allah. Berbeza dengan iblis yang salahkan Allah, Nabi Adam tak salahkan anyone
pun. Even iblis yang hasut dia pun dia tak salahkan. It’s not that hard pun nak
cakap, “It’s not my fault. Iblis yang hasut aku.” Right? Tapi, tak. Nabi Adam
mengaku bahawa dia yang zalimi diri sendiri. Dia mengaku yang dia bersalah.
Just imagine it. Kita sendiri. Kadang-kadang bila kita make mistake, the very
first thing kita akan buat ialah kita cari orang untuk kita salahkan. No matter
who is it, we’re gonna definitely blame that person. Kan?
Kenapa Nabi Adam takes full responsibility? Sebab dia
tahu yang dia ada pilihan. Dia boleh biarkan diri terpedaya dengan iblis. And
dia jugak boleh build full protection against iblis. Kan? So, macamana dia nak
blame iblis untuk hal ni.
And the power of taubah is that, Allah akan naikkan
darjat kita lebih tinggi. Just look at Adam. Lepas berdosa, dia mohon taubat.
And what Allah do after that is, Allah turunkan Adam ke bumi sebagai khalifah.
Allah lantik Adam sebagai seorang nabi. Seorang khalifah. Pemula kepada
generasi umat manusia. That’s him.
Itu yang iblis tak ada. And bila iblis berjanji untuk
sesatkan kita, means, iblis nak kita ikut jejak langkah dia. To have no hope in
Allah. To be in despair.
“Hey muslimah! Kau dah berdosa. Apa yang kau buat
sekarang? Kau nak berlindung di sebalik hijab kau atas dosa kau? Such a
hypocrite. Kau ingat pakai hijab, Allah akan ampunkan kau? Take off your hijab,
woman! You don’t deserve it!”
“Hey akhi! Kau si pendosa. Kau dengan megahnya langgar
arahan Allah untuk tundukkan pandangan. Kau zina hati. Kau ingat dengan serban
atas kepala, solat tak pernah tinggal, Allah akan pandang kau? Solat kau
sia-sia. Dah alang-alang kau bermaksiat, you just go ang get that girl, man.”
Itu iblis yang akan datang hasut kita. Supaya kita tak
ada pengharapan kat Allah. Supaya kita berputus asa dari rahmat Allah. Supaya
kita jauh dari taubat Allah.
Wahai mawar Jannah. Wahai tetamu Firdaus. Tiada siapa yang tak pernah berdosa.
Sebab kita hanya hamba biasa. Mungkin kita rasa terhina. Kita rasa putus asa.
Tapi knows that, Allah bukak pintu taubat, pintu pengharapan yang
seluas-luasnya kepada kita. Untuk kita kembali padaNya. Untuk kita sentiasa
berharap padanya.
Katakanlah,
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Az-Zumar, 39 : 53
Jazakumullahu Khayran Katheera..
Thanks for reading.