Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hi! Hehehe. Rasa
macam excited sebab dah lama aku tak menulis. Well, dulu idea melimpah ruah nak
menulis sampaikan berjela-jela. Tapi isi kosong. Sampaikan aku sendiri fed up
nak baca. So, aku tanamkan tekad yang baru, aku nak pendekkan penulisan aku tapi
panjangkan dan jauhkan daya pemikiran. Cewahh. Hahaha.
Hari tu aku ada
la belek blog favourite aku, Mujahadah Itu Pahit.. *Pun boleh klik kat linkie love* Best sangat blog dia sebab dia punya penulisan
santai je tapi boleh buat sentap. Haa, ambik nak. Dia pun ikut
D&T dan Alhamdulillah, ialah seorang murobbi. Aku suka bace teguran and
pesanan dia. Actually dah lama sangat dia tak menulis. Aku terbelek blog dia
secara tak sengaja and sejak daripada tu aku mula follow penulisan dia. Aku
baca blog-blog dia yang sebelum ni. Aku anggap blog dia ni ialah satu wasilah
tarbiyah untuk aku. Tapi sejak aku mula berkenalan dengan blog dia tu, dia dah
tak update entry baru. Hari-hari aku bukak blog dia kot-kot dia ada update
entry baru tapi frust. Sampai la aku pun dah stop bukak blog dia. But then satu
hari tu, aku saje try-try bukak, nak usha je kan, tengok-tengok dia ade entry
baru. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk try jugak bukak. Ada la
jugak tarbiyah baru untuk aku. Sebab tu kata orang, tarbiyah ni datang dalam
pelbagai cara.
So, hari ni aku
nak cakap la pasal tarbiyah. Apa sebenarnya tarbiyah ni? Dulu tak faham bila
dengar perkataan tarbiyah ni. Senyap je la sebab tak tau kan. Meh nak habaq
mai. Tarbiyah ni dalam erti kata yang sangat simple ialah satu proses mendidik,
mengajar atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Orang yang mendidik dipanggil
Murobbi dan orang yang dididik dipanggil Mutarobbi.
Bila kata
tarbiyah je, mesti fikir, “Oh, usrah la tu,”. Tak pun daurah, tazkirah and
apa-apa yang sewaktu dengannya. Haa, jom betulkan sikit pemahaman kita. Tarbiyah
ni datang dalam pelbagai cara dengan izin Allah. Ilmu Allah ni luas, kat mana
pun kita boleh ambil ibrah dan pengajaran. Tak semestinya hanya dalam bulatan
usrah sahaja. Liqa' usrah adalah satu wasilah tarbiyah sahaja. Tapi proses
tarbiyah tu sendiri bukan dalam usrah semata. Kata Murobbi aku, proses tarbiyah
ini ialah satu proses yang bermula daripada kita mengaminkan bacaan Rabitah
sehinggalah bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah yang seterusnya. Haa, berbunga kan
ayat. Maksud ringkasnya, proses tarbiyah dalam erti kata yang sebenar ni
berlaku di luar usrah.
Contoh nak
dibagi, kita tengah jalan-jalan kat pasar malam. Tiba-tiba ternampak ada
pengemis minta sedekah. Kita perhati, tengok orang-orang yang lalu lalang,
pakai baju mahal, poket nampak tebal, beg tangan kalau tak Gucci, paling-paling
Guess tapi sikit pun tak nak hulur kat pengemis tu. Erkk? Tiba-tiba ternampak
pulak budak kecik umur 5 tahun datang kat pengemis tu, hulur duit. Haa, apa
yang kita fikir? Subhanallah, mulia sungguh hati budak tu. Masih setahun
jagung, tapi tahu macamana nak syukuri nikmat Allah bagi, berkongsi sikit apa
yang dia ada. Itu la namanya tarbiyah. Kat pasar malam pun dapat tarbiyah tu.
Itu la nak
katanya, tarbiyah Allah di mana-mana. Dulu member aku yang sorang ni, time sekolah
dulu biasa-biasa je orangnya. Huha huha macam aku jugak la. Lepas habis SPM,
masing-masing ambik haluan sendiri. Nak jumpa dengan dia pun, sikit punya
susah. Alhamdulillah, hari raya lepas, ada rezeki nak jumpa dia dan
Subhanallah, aku terpegun la tengok dia. Selama hampir 2 tahun jugak la, banyak
perubahan dia. Cara dia cakap memang lembut je, sejuk hati. Dia dah tak
couple-couple. Dah bertudung labuh, pakai handsock, pakai stoking and untuk 1st time,
dia imamkan solat aku. Aku rasa macam nak menitis air mata, sebab aku
sangat-sangat bersyukur dengan dia. Dan tengok dia macam tu, aku rasa macam
terdetik dalam hati, bila aku nak jadi macam dia? Aku nak jugak rasa pakai
tudung labuh. Nak juga rasa manisnya kesempurnaan berhijab tu.
Member aku tu
tak ada cakap apa pun kat aku, tak pernah pulak kitorang buat bulatan usrah.
Tapi aku fikir Alhamdulillah, Allah datangkan seseorang kepada aku untuk
tarbiyahkan aku. Untuk detikkan kat hati aku ni secebis perasaan untuk jadi
muslimah dalam erti kata sebenar, Insha Allah.
So, jom la kita
mentarbiyah diri kita kerana sebenarnya tarbiyah Allah tu ada di mana-mana dan
pelbagai cara. Cuma kita je yang perlu buka mata, buka hati, sedari keindahan
dan kesempurnaan tarbiyah itu.
Teguhkan iman, mantapkan akidah!
No comments:
Post a Comment