Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hmm. Nak cerita ni. Hari tu aku jenjalan
balik rumah dengan Anne. Singgah kedai makan jap, then mase jalan nak cari
angkot, Anne cakap kat aku,
“Ko banyak berubah kan sekarang Ika.”
Gulp. Berubah? Kenapa? Aku makin sombong ke?
Makin berlagak ke?
Cuak..
“Ko macam makin baik sekarang”
Ooo. Ingat berubah makin jahat. Tapi still
cuak lagi. Entah kenapa aku cuak, aku pun tak tau. Aku tanya la Anne apa yang
berubah? Cara pemakaian aku? Cara bercakap aku? Sebab aku rasa aku cakap boleh
tahan kasar. Uhhuuk.
Then Anne cakap, “Entah la berubah macamana.
Cuma rasa macam ko berubah dah sekarang.”
Aku pun tersengih la sensorang lepas tu.
Moral of the story, bukan la aku nak perasan
sorang-sorang kat sini, tak pun nak meriakkan diri dengan bukak cerita ni. It
just that aku tertanya sendiri lepas tu, Anne sedar perubahan aku?? Well, aku
mengaku memang aku tengah cuba berubah ke arah yang lebih baik sekarang. Dan
aku pun mengaku yang aku pun rasa aku berubah sikit. It just that aku tak
expect akan ade orang lain perasan perubahan aku ni. And bila aku tau ade orang
yang sedar, aku rasa … entah la. Happy ke? Bahagia? Macam tu la kot.
Aku terfikir, Anne bukannya housemate aku. Bukan
jugak satu group dengan aku. Jarang spend time dengan aku. And bukan la orang
yang selalu balik rumah together-gether dengan aku. Tapi kalau Anne boleh
perasan perubahan aku, mesti Allah pun acknowledge jugak kan. Memang la aku
tahu yang Allah sebenarnya tahu. In fact, apa yang tersembunyi kat hati aku ni
pun Allah tahu. Even sekecik-kecik benda yang aku buat pun Allah akan tahu. Tapi
aku ni manusia. And fitrah manusia ni, dia nak bukti yang nyata. Dia nak
something yang dia boleh nampak, boleh dengar.
Contoh
macam bila kita dapat result exam. Kalau la kawan kita awal-awal lagi da mesej
kita, call kita cakap kita dapat sekian sekian result. Contoh dapat straight
A’s. Pastu kita buat apa? Takkan wat lek wat peace je kan. Walaupun dah ada
yang bagitau result kite tapi still, kite mesti macam, “ooo.. eymm.. jeee..!!” Terus
kelam kabut, cepat-cepat nak pergi tengok board result kan. Takpun amek slip. “Betol
ke straight A’s? Ahh, tak caye la. Nak kena tengok ni.” Nak tengok sendiri,
betol ke dapat straight A’s macam yang kawan cakap.
Sebab ape? Sebab kita nak tengok sendiri
bukti tu.
So macam tu jugak la aku. Aku nak bukti yang
Allah tahu aku ni tengah berubah. Patutnya aku tak perlukan bukti la kan. Patutnya
cukup la aku yakin Allah tu ada. Cukup la aku tahu yang Insha Allah, Allah
pandang aku, pandang usaha aku dan tahu apa yang tersirat kat hati aku. Tapi
still, fitrahnya manusia macam aku ni, nak jugak bukti tu. Degil. Nak jugak macam..
“nah, ambik la, bukti!” Haa. Macam tu. Sebab tu bila Anne cakap, baru la aku
jadi makin yakin, makin confident.
Aku rasa macam aku keep repeating the same
things je. Hahaha. Tu sebab memang sungguh-sungguh aku rasa macam tu. Tak tau
nak cakap macamana dah. Macam tu je. Tapi faham kan..?
Allah tak cakap direct kat aku tapi umpamanya
Allah hantar Anne kat aku. As if datangnya Anne ni nak cakap, “Okeh Ika, aku nampak
ko dah berubah. So kalau aku tahu, mesti Allah lagi tahu kan. Allah tahu niat
dan usaha kau sekarang. Good job.”
Contoh lagi, masa kecik-kecik dulu, kalau
kite lukis bende-bende yang cantik, kalerful habes, lawa bagai nak rak, nak tak
tunjuk kat mak kita? Mesti melompat-lompat bagai kanak-kanak riang kan. Ngeh ngeh.
Mesti kita macam ni, “Mak.. mak.. tengok la. Tengok
la. Cantik tak kite lukis?”
*mata kedip-kedip, sengih kerang*
Ye idok? Mesti macam tu kan? Kenapa macam tu
ek? Haa. Sebab kite nak mak kite tengok ape yang kite buat tu. Kite nak mak
kite tengok betapa cantiknya hasil usaha kita tu. Pastu bile mak puji cantiknye
lukisan kite, rasa bahagia tak? Gile tak bahagia?? Mau melompat sampai atap
kot.
So macam tu la kite sekarang. Bila kite
berusaha buat something. And that something tu turn out to be sangat bagus, so
perfect. Then kite tahu Allah tengok. And dah sah-sah Allah akan puji kita sebab
kite ikut cakap Dia kan. So bahagia tak?
Haa. Beruntung la kalau kamu rasa bahagia
itu. Sebab umpama kamu tahu Allah tu sedang berbicara dengan kamu. Allah sedang
menatap kamu dengan rasa cinta.
Subhanallah..
Tapi jangan la pulak kite berubah, beribadat
ni semata-mata nak orang sedar pulak. Itu namanya … tak ikhlas. Ye idok? Tak tajarrud.
Tajarrud ni bile kite beribadah semata-mata kerana Allah. Takde alasan duniawi,
takde alasan manusiawi. Alasan beribadah kite semata-mata menjalankan perintah
Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Bukan jugak sebab alasan takut kepada
azab Allah. Bukan jugak sebab mengharapkan ganjaran pahala Allah.
Teringat pulak yang Kak Wani share hari tu. Dalam
beribadah, manusia a.k.a hamba a.k.a kita ni,*Kita = kamu, aku dan mereka*,
terbahagi kepada 3 golongan.
1.
Golongan hamba
- Yang
mana golongan ni pun beribadah, takde bezanya dengan yang lain. Cumanya,
golongan ni beribadah sebab takutkan azab Allah. Takut janji Allah tentang
neraka dan balasan terhadap orang-orang yang kufur perintahnya. Takut kalau tak
jalankan perintah Allah, nanti kena azab. As in bibik-bibik, pembantu rumah,
dorang buat kerja, ikut perintah majikan. Kenapa? Sebab tak nak kena marah, tak
nak kena potong gaji, tak nak kena buang kerja. Haa, cenggitu.
2.
Golongan pedagang
- Ini
ialah golongan yang suka berjual beli. Ye idok? Golongan yang bile dia memberi,
dia mengharapkan ada balasan. Bila dia beribadah kepada Allah, dia sangat
mengharapkan ganjaran. Mengharapkan pahala Allah, mengharapkan ganjaran syurga
yang Allah janjikan untuk orang-orang yang beriman. Umpamanya businessmen,
dorang kalau berniaga, mesti nakkan ganjaran kan. Nakkan pulangan modal and
keuntungan yang banyak. Mana ada bagi free-free. Bayar la. Haa, tak gitew? Padahal
kalau ikutkan, bukan Allah yang kena ‘bayar’ kat kita. Tapi kita yang banyak kena
‘bayar hutang’ kat Allah.
3.
Golongan kekasih
- Ni ialah golongan
yang paling sweet. Golongan yang beribadah kerana mencari cinta Allah. Menyembah
Allah kerana mengharapkan cinta Allah. Matlamat cuma satu, dicintai Allah dan
mencintai Allah lebih dari dia mencintai diri sendiri. Sanggup berpenat lelah,
berkorban harta, masa, nyawa kerana Allah. Macam seorang kekasih, mesti sanggup
buat ape je untuk orang dicintai tu. Berhabis duit ke, berpeluh sakan ke,
takpe, semua untuk orang yang dicintai tu. I tak kisah sebab semuanya demi you.
Haa, gitew uolss.
Dalam banyak-banyak golongan,
kite nak jadi golongan yang mana?? Haa, Insha Allah, jadi la golongan kekasih.
Yang beribadah hanya kerana mencintai Allah. Bukan la tak nak syurga. Bukan
jugak tak takut neraka. Yang tu memang janji Allah kan. And kita dah sah-sah
nak syurga tu, kampung halaman kita. Tempat asal Nabi Adam and kita sebagai
keturunan Nabi Adam, autometik tu jadi kampung kita la kan. Mesti la nak balik
kampung. Lagi-lagi nikmat melimpah ruah tengah tunggu kat syurga, mau tak nak
kejar syurga?? Tapi kejar la syurga tu dengan cinta Allah. Gitew.
So, hmm. Tu je la.
Thanks
for reading (“,)
No comments:
Post a Comment