Thursday, December 25, 2014

Ujian ALLAH..

Thursday, December 25, 2014
Bismillahirrahmnirrahim..

Assalamualaikum..

Sekarang, bukak Twitter, Fb, TV, even Whatsapp pun, sane sini orang cakap pasal banjir. And since aku ialah warga pantai timur, memang buat aku risau habis. Bukan la maksud kalau tak jadi kat tempat aku, aku tak risau. Tapi nak cakapnya sekarang ni aku fikir family aku je. Mintak-mintak dijauhkan segala yang tak elok. Rumah kitorang area yang senang naik air. Kalau banjir tu sebenarnya dah biasa dah. Bukan tak pernah banjir kat rumah. Tapi kali ni kan banjirnya lain macam. Tak pernah aku tengok banjir macam ni punya dasyat. Baru lepas belek twitter, gerun tengok gambar yang diorang post. Stadium KB tenggelam, stesen minyak nampak signboard atas tu je, kedai runcit ke ape ke, tak payah cakap la.

Tapi Alhamdulillah family cakap setakat ni kat rumah takde ape-ape lagi. Hujan ribut tu ade la jugak. Banjir kecik tu pun, few times jugak. Tapi Alhamdulillah sebab tak de la sampai kena berlindung kat pusat pemindahan ke ape. Somehow, just in case nanti terputus hubungan ke, tak boleh keluar ke, family dah prepare bekalan makanan. Just get ready untuk any possibilities.

Kadang-kadang geram jugak bila ade yang sebarkan berita palsu. Nak percaya tak nak percaya tu sama banyak. Aku main sebar je la berita kan. Expect dah betul dah. Tetibe keluar statement lain kata salah. Dah tu dengarnya pulak ade yang kaitkan dengan pesta 26 Dec, pesta tahun baru la. Yang tu aku tak tahu apa-apa la pulak. Huhu. Iolss macam katak kan. Hehe. Wallahua’lam. Nak cakap pasal manusia ni, entah la. Dah namanya pun manusia, asal kata arabnya ialah lupa. So memang manusia ni jenis yang pelupa. Lupa akan peringatan Allah, lupa akan azab Allah, lupa akan janji Allah. Na’uzubillah. Cumanya doa je la. Semoga Allah lindungi dari musibah.

Musibah Allah tu ialah ujian. Nikmat Allah pun sebenarnya ujian. Dan Allah turunkan ujian kepada kita sebab Allah rindukan kita. Allah rindu nak dengar rintihan kita. Allah rindukan bicara kita. Tapi tanya balik diri, kita ni hamba yang bersyukur tak?

~ Datangnya ujian, kita mengeluh. Datangnya nikmat, kita alpa ~

~ Na’uzubillah. Moga diri terhindar dari riak, lupa diri, takbur ~



Till then..
Jazakumullahu khayr..


No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014