Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Salam Aidiladha tahun 1435 Hijrah.
Taqabbalallahu minna wa minkum..
Haa. Aidiladha
kali ni ialah Aidiladha yang kedua aku di perantauan. Tahun lepas kitorang 1st year memang semua tak balik sebab
segala bagai permit dan visa tu still belom siap. Memula tu rase macam,
‘WHAT??!! TAK BOLEH BALIK RAYA??’ *mata bulat, mulut nganga* Haa, cenggitu la
reactionnya bila management kate tak boleh balik. Mahu nangis sembah bumi jugak
time tu. Rase macam, mana aci. Akak-akak aku sume balik rumah kot. Paling sedih
bile diorang dah start sembang2 dekat Whatsapp, nak BBQ la, nak pegi sane la,
pegi sini la. Bile call ma, laen pulak. Ma saje nak sedapkan hati, tak nak bagi
sedih la kot. Ma cakap, “takde la, tahun ni ma tak buat ape pun. Ma tak larat
la.” *dialog same yang ma cakap tahun ni. Uhuhu* Tapi aku tahu, Aidiladha tahun
tu adalah sesuatu yang berbeza buat aku. Tak dapat makan yang ma masak, tak
dapat salam peluk cium family, tak dapat nak jalan2 rumah sedare *walaupun aku
bukan kaki jalan, aku still rase sedih tu*
Then, tibalah
Aidiladha pertama aku tanpa keluarga. Since aku bangun lambat, aku tak sempat
nak sembahyang raya kat masjid. So, sorang2 la aku sembahyang kat bilik. Tu
jugak la pertama kalinya aku sembahyang raya sendiri. Then, since aku terlibat
sebagai AJK merewang, aku pun pegi la dengan excitednya ke rumah2 senior pagi
tu. Malaysian students memang setiap tahun akan buat makan2 Aidiladha ni. Sebab
students pun boleh ambik bahagian dalam qurban ni. And tak silap aku ada jugak
la tajaan daripada MARA kan *thanks MARA*. So pagi sampai ke petang, semua
students akan gotong royong la buat semua2 kerja tu then malamnya barulah
jamuan makan. Hermm, sambutan Aidiladha dengan kawan2, senior2 yang even baru
sekerat je aku kenal tu buat aku rasa macam ‘Wow! We’re like family’. Mungkin
betul aku takde family di samping untuk aku sambut Aidiladha bersama-sama, tapi
aku masih ada kawan2 yang aku akan habiskan and teruskan masa2 aku and
perjuangan aku kat bumi Indonesia ni bersama-sama.
Then Aidiladha
kedua aku di sini. Hermm.. tak la terasa terlalu sayu macam 1st tu kot. Since aku sendiri yang pilih
untuk tak balik. Kitorang memang takde cuti tapi kalau la nak balik sangat, Sabtu
Ahad pun boleh je. Tapi aku pilih untuk beraya kat sini dengan kawan-kawan.
Sekali lagi merasai nikmat beraya di perantauan. Hermm, aku takde ambik
bahagian dalam qurban and aku tak terlibat sebagai AJK ape2 but then still nak
jugak aku menyibuk tempat orang buat kerja. Haha. Aku ikut Jura, Enin dan Kirra
pegi Rancakalong, almost an hour jugak daripada tempat kitorang. Sebab dorang
punye bahagian qurban ditempatkan kat sane. Total untuk qurban ni ade 4 kawasan
tak silap aku. Macam tahun lepas, aku pegi tengok kat Mulana je. Tapi tahun ni
saje nak melebarkan sayap. Hahaha.
Haa, since hari ni hari raya Aidiladha, aku pun nak ambik jugak ksempatan untuk
bersembang pasal hari yang barakah ni. Ermm.. sejarah terjadinya ibadah qurban
ni, semua orang dah tahu dah kot. Tapi jumm meh, kite relatekan sikit cerita
Nabi Ibrahim a.s dengan kita.
Haishh..
macamana nak relate? Nabi Ibrahim zaman mana, kita dah di zaman mana. Susah la
kot. Eh, sape kate? Jumm, kite tengok key point pada sejarah Nabi Ibrahim a.s
ingin menyembelih putera baginda sendiri, Nabi Ismail a.s. Haa, ape sebenarnya
yang kite boleh ambik daripada sejarah tu? Tak boleh sembelih anak? Boleh
sembelih anak sendiri sebab nanti Allah gantikan dengan kibas? Jangan bernazar
perkara yang susah nak ditunaikan? Hmphh.
Key point pada
sejarah Nabi Ibrahim tu ialah mengenai keteguhan dan keikhlasan seorang nabi
Allah, sanggup mengorbankan satu2nya putera yang dia miliki sebagai tanda
keimanannya kepada Allah. Pengorbanan yang dilakukan tu, Subhanallah. Ayah mana
yang sanggup melihat darah anak menitis di tangan sendiri? Tapi tu perintah
Allah, nak tak nak kena jugak laksanakan. Mungkin cintanya terhadap anak
sendiri melimpah ruah, tapi jika ingin dibandingkan dengan cinta terhadap Sang
Pencipta. Masha Allah. Teguhnya iman seorang nabi bernama Ibrahim. Kalau kita
kat tempat Ibrahim, sanggupkah kita? Meletakkan bilah pisau di leher anak kita
sendiri, yang kita besarkan, didik penuh kasih sayang. Frankly speaking, aku
tak rasa aku sanggup. Itulah kasih Ibrahim terhadap Allah, melebihi kasihnya
terhadap puteranya. Kerana Ibrahim tahu, cintanya kepada Allah itu yang harus
kekal abadi. Dia harus korbankan cintanya di dunia untuk mengejar cinta Allah
yang abadi.
Haa, cuba
belek kita pulak macamana? Zaman sekarang ni, yang dipandang cumalah duniawi.
Yang dikejar pun duniawi. Kerja siang malam, tinggalkan kewajipan sebab nak
kumpul harta bertimbun. Sang Hawa berhabis wang, melawa sakan semata-mata nak
dipuji cantik, nak menjadi tatapan dan perhatian. Sang Adam bermanis kata,
melupai batas, kerana mahu memikat dara jelita. Glamour. Populariti. Wang
ringgit. Hiburan dunia. Itu yang dikejar. Andai kata kita terpaksa mengorbankan
duniawi untuk mengejar cinta Illahi, mampukah kita redha dengan pengorbanan
itu? Mampukah kita setabah Ibrahim? Mampukah iman kita seteguh Ibrahim?
Pengorbanan..
Apakah erti sebenar pengorbanan? Tepuk
dada, tanya iman.
Thanks for
reading (",)
No comments:
Post a Comment