Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Aku
tertanya-tanya sorang2 sebenarnya. Pernah tak korang dalam hidup, even sekali
pun, pernah tak korang rasa macam tetibe nak nangis? Tak de sape marah, tak de
gaduh dengan sesape pun, tapi rasa macam laju je air mata nak jatuh. Tak pun
dalam hati korang ni ada satu perasaan yang susah la nak diexplainkan. Tak
keluar perkataannya. Susah benau nak cakap apa rasenya. Tak pun rasa macam
serba tak kena. Nak study rasa macam tak boleh fokus. Lapar nak makan, tapi
rasa tak selera. Nak tengok movie, tapi rasa macam tak de mood. Nak tidur pun,
mata macam tak boleh lelap. Tutup laptop, bukak laptop. Tutup handphone, bukak
handphone. Last-last termenung sorang-sorang bawah katil. Pernah tak korang
mengalami salah satu daripada tanda-tanda ni?
Hmm. Aku
selalu tertanya-tanya, aku je ke yang kadang-kadang rasa macam tu. Sampai la
satu hari, dalam usrah, akak usrah tanya, “Pernah tak korang tetibe rasa macam
serba tak kena, rasa nak nangis tetibe?”.
”Errkk,
kalau pernah, kenapa? Penyakit ke tu?”
“Yupp,
penyakit hati.” *ni aku yang cakap, bukan akak*
Akak cakap,
tu tandanya awak jauh dari Allah. Awak dah mula leka dengan dunia, dah mula
lupakan Allah. Dah banyak bermaksiat. Erkk.. bila cakap maksiat kat sini, bukan
la just bermaksud berzina ke ape. Berdosa, itulah dia. Hmm.. akak cakap, tu
tandanya Allah nak tegur hambaNya yang telah alpa, leka. Allah sayang hambaNya,
tak nak tengok terus hanyut dalam kehidupan dunia, so Allah jentik sikit
perasaan kita ni untuk kembali ingat kat Dia. Allah nak kita ingat tujuan kita
kat dunia ni. Macam cikgu kat sekolah. Bila tengok anak murid dia ni memain
kuat, dia pun bagi kuiz mendadak. Haa, baru kau nak gelabah. Cenggitu la kita
dengan Allah ni. Kita dah start playful, Allah bagi ujian berupa ketidak amanan
dalam hati kita ni.
Dalam usrah
petang tadi, akak usrah cerita pengalaman dia. Lepas midsem exam hari tu,
kitorang semua tak de cuti macam bebudak laen pun. Setakat cuti hujung minggu.
Sabtu, Ahad plus Jumaat yang takde exam. 3 hari je bai. Sedeyhh! Tapi akak-akak
3rd year, total 15 orang, diorang saja la nak jenjalan ke
Surabaya. Jauh jugak daripada tempat kitorang sebab Surabaya kat Jawa Timur.
Kitorang kat Jawa Barat. Kena cross satu lagi Jawa, which is Jawa Tengah.
Hehehe.
Nak
dijadikan cerita, diorang bersuka ria la kan dah travel jauh-jauh ni. Ade satu
tempat dorang pergi, Bromo, ade air terjun bagai-bagai la. Sebab Indonesia ni,
macamana sekalipun, aku sangat la takjub dengan view kat sini. Subhanallah. But
then, tengah hari yang diorang sepatutnya naek train balik ni, ade sorang akak
ni tertinggal beg dia kat air terjun tu. Perasan pun time dah turun dah. So pak
supir naek balik nak cari, tapi tak jumpa. Masalah yang timbul is that, dorang
dah terlepas train. Lagi pulak, akak yang hilang beg tu tak dapat naek train sebab
tak de ID. So dorang sewa kereta untuk balik Bandung. Guess what, 30 jam!
Kurang lebih 30 jam total perjalanan balik dorang. Masha Allah. Kalau aku,
agaknya memang mati katak aku. Tapi dorang so sweet, sangat tenang.
Macam-macam
je masalah lepas tu. Kereta ade masalah, dorang terpaksa mandi kat bengkel anak
saudara supir, and macam-macam la. Tapi apa yang buat aku sentap jugak la, is
that, dorang tak nak jadikan perjalanan dorang sia-sia. Dorang nak isikan masa
perjalanan dorang dengan pengembaraan mencari sang Pencipta.
Dorang cari
ibrah di sebalik semua yang jadi ni. Katanya, Allah nak tegur sikit sebab
terlalu alpa dengan percutian kali ni. Bersuka-ria kat air terjun, mungkin
menjauhkan sikit mereka dengan Allah. So Allah tegur sikit. Sikiiiit je. Kalau
ikutkan, hanya sebab sebijik beg je. Sebab beg yang satu tu, mereka terlepas
train, naek kereta 30 jam balik Bandung, bermalam dalam kereta je, kereta pulak
ade masalah, etc. Haa.
Yang buat
aku macam sentap lagi is that dorang boleh
cool and ambik bende ni sebagai satu ibrah. Instead of salahkan masing-masing
or salahkan takdir, dorang salahkan diri sendiri yang leka. (T_T)
So macam tu
la kadang-kadang kita manusia. Selalu sangat alpa, leka. Dunia ni indah, sape
yang tak terpukau kan. Tapi kalau kata kita tau yang kita ni dah alpa,
cepat-cepat la kita kembali ke landasan. Allah tu Maha Pengampun, Maha
Penyayang. Sayangnya Allah kat kita ni sampaikan Dia guide satu-satu jalan kita
ni. Kita salah, Allah tegur. Kita leka, Allah cuit. Sweet tak Allah?
Teringat
pulak perkongsian Kak Ain dulu. Tentang jiwa manusia. Jiwa manusia ni ada 3
kategori.
1. Al-Muthma'innah
Ni jiwa yang tenang. Jiwa yang sangat bergantung kat Allah, apa-apa yang dibuat pun, semua kerana Allah. Semuanya bersandarkan Allah. Jiwa yang mencintai Allah. Bila berbuat dosa, dia akan rasa sangat menyesal, bersalah.
2. Al-Ammarah Bi Suu'
Ni jiwa yang selalu mengajak nak berbuat jahat, berbuat lagha. Itu la motif hidup, nak buat jahat je. Sampaikan bila buat dosa pun, dah tak ada rasa bersalah tu. Wat lek wat peace je.
3. Al-Lawwaamah
Ni jiwa yang Kak Ain cakap, 50-50, macam lalang. Buat jahat boleh, buat baik pun boleh. Ada masa, rilex je lepas buat jahat. Ada masa, menyesal tak habis bila buat salah. Jiwa yang takde pendirian, sangat senang berubah-ubah dan digoda.
1. Al-Muthma'innah
Ni jiwa yang tenang. Jiwa yang sangat bergantung kat Allah, apa-apa yang dibuat pun, semua kerana Allah. Semuanya bersandarkan Allah. Jiwa yang mencintai Allah. Bila berbuat dosa, dia akan rasa sangat menyesal, bersalah.
2. Al-Ammarah Bi Suu'
Ni jiwa yang selalu mengajak nak berbuat jahat, berbuat lagha. Itu la motif hidup, nak buat jahat je. Sampaikan bila buat dosa pun, dah tak ada rasa bersalah tu. Wat lek wat peace je.
3. Al-Lawwaamah
Ni jiwa yang Kak Ain cakap, 50-50, macam lalang. Buat jahat boleh, buat baik pun boleh. Ada masa, rilex je lepas buat jahat. Ada masa, menyesal tak habis bila buat salah. Jiwa yang takde pendirian, sangat senang berubah-ubah dan digoda.
And
then Kak Ain tambah lagi. Ada satu jiwa yang memang langsung tak layak nak
disebut. Tak de dalam mane-mane kategori kat atas pun. Jiwa ni, bila buat jahat
dia tak rasa bersalah, bila buat baik pun dia tak rasa tenang. Buat apa-apa pun
tak pernah nak buat betul-betul. Hidup umpama takde hala tuju. Tak tau nak buat
jahat ke baik. Gitu la.
So
tepuk dada, tanya iman. Jiwa kita ni jiwa yang mana?
*Jiwa
Muthma’innah!! Insha Allah*
Thanks for reading (“,)
No comments:
Post a Comment