Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Pejam celik. Tidur bangun. Rupanya aku dah
setahun lebih dah kat bumi Jatinangor ni. Selalu aku cakap kat ma, lambatnya
nak habes belajar. Dah penat belajar. Nak keje. Lambatnya boleh balik UKM. Haa,
then ma mula la dengan rajin dan gigihnya buat kira-kira. “Ika masuk UNPAD
2013, pastu 3 tahun kat Bandung. 2016 balik UKM. 3 tahun bukannya lama sangat
pun. Ni dah masuk tahun kedua kan. Tinggal lagi setahun lebih, boleh la balik
UKM pulak.” Cenggitew uolss ma pujuk kemalasan tahap gaban aku ni. Nasib ko tak
kena maki je Ika, konon ngadew sangat nak mengadu malas belajar. Puiii.
Since sekarang aku dah masuk sem 4, rasenya
sistem makin mengancam tahap kesabaran dan kerajinan aku. Dedolu masa memula
nak masuk sistem NBSS, aku kekonon excited la. Sebab belajar pasal otak kan,
bukan senang. Lagipun aku minat psikologi sebenarnya. So ade la tu relation
kan. Tapi bila tibanya sistem NBSS, manis khabar dari kenyataan hidup. Merana.
Azab.
Tapi bila result macam hampeh, so masuk sem 4
ni, untuk kali ke patblas aku pasang azam dan niat yang ikhlas untuk belajar
dengan rajin dan bersemangat. Dah tak nak memain. Sistem untuk sem ni ialah Dermatomusculoskeletal
(DMS). Bahasa saintifiknya ialah sistem kulit, otot dan tulang. Wahaha. Untuk
sistem ni, sebenarnya aku tak expect banyak. Memang tak nak expect kekonon
sistem ni best dan menarik dan menyeronokkan. Huhuuu. Aljawabnya sebab aku
tengok buku pun dah meremang dah.
Masuk minggu ni, kitorang dah bukak tutup 3
kes dah. Kes 1st pasal jerawat. Jerawat. Iyolah. Jerawat je ponnn.
Nak jugak bikin kecoh. Muahaha. Takde la. Jahat betol mulut haku. Judge patient
sesuka jiwa. Hahaha. Iyolah nokss, dalam kamus hidup aku, jerawat ni dah macam makan
nasik. Biasa sangat dah. Tapi ini kes luar biasa. Jerawat batu. Perghhhh. Plus
eczema. So kes ni basically belajar pasal kulit. Boleh tahan menyeramkan jugak
bila aku jumpa gamba-gamba yang kulit mereput la, berbijik-bijik, naik bintil,
kudis, nanah. Haaa, benda-benda gitew la. Bende yang boleh buat akak aku tak
makan nasik lapan hari. Tapi boleh pulak aku wat lek wat peace. Sambil study tu
sambil makan megi. Errrmmm, enak banget. Kenyal jeeee megi aku. Hahaha.
Kes 2nd, pasal complication
infection gigi. Moral of the story, jaga la gigi anda dengan baik. Jangan takut
jumpa doktot gigi tahu. Macam haku ni, penakutnya ya ampun. Tah kat mana yang
konon jiwa kental la sangat. Muahaha.
Kes 3rd, yang ni sekali lagi mulut
aku jahat nak judge patient. Wahaha. Patient terlibat bar fight. Hermm. Kan aku
dah cakap. Tu laaaa. Pastu korang paham-paham la kalau dah bar fight, cedera dia
macamana. Imagine eh. Jenis yang macam ko tengok cite industan bila hero kena
hentak dengan botol. Pastu kena belasah dengan geng-geng Don sampai separuh
lenyek. Tapi herannya bila tengok heroin kena kacau, tetiba jadi macam magic
pulak. Tetibe dapat kekuatan luar biasa yang buat muscle naik berketul-ketul.
Perghhh. Main bilkul samjha nehi hain. Tapi yang tu jugak yang aku layankan.
Wahaha.
Untuk tutor, aku rase can go lagi kot. Untuk
lab activity, macam hampeh sikit. Asik anatomy je. Wuuuu. Sedih tau iolss. Rase
macam kerdil sangat diri ini. Aku tak tau macamana nak upgrade otak aku jadi
3D. Cumanya aku excited tunggu skill’s lab. Sebab nanti kitorang akan belajar
cara nak jahit wound. Wooooo. Kelasssss. Selama ni pandai jahit seluar koyak
je, bila lagi nak jahit kulit koyak pulak kan. Miahaha.
Tapi sekali lagi indah khabar dari
kenyataannya. Minggu lepas kitorang belajar skil nak rawat luka yang dah
dijahit. Macamana nak bersihkan luka and tukar dressing, ataupun balutan luka
tu. Selalu sebelum practice dalam kelas, kitorang akan dapat brief explanation
dulu. Doktor akan bagi lecture sikit and tunjuk demo. So alkisahnya untuk brief
lecture, perghhh. Sangat menguji keimanan aku.
Ditunjuknya gamba jenis luka dalam, bernanah,
bengkak tu. Meremang jugak. Tapi konon kental, aku tengok je lelame. Lecturer aku
lagi la, lama dia tunjuk satu satu gamba tu. Bla bla bla dia punya la panjang. Bila
masuk kelas lepas tu, kesian tengok Far. Pening katenya.
Minggu ni, stil benda yang lebih kurang sama.
Cumanya kali ni jenis open wound. Yang jenis kaki putus, deep punya open wound,
bleeding tak sudah. Aku dah loya dah sikit. Tapi still nak tayang kental, aku
tengok je la. Tapi lama tu start rase laen. Berpinar. Kepala dah rase macam sikit
lagi nak tercabut. Dah tu tangan sejuk dingin, kebas. Rase macam ade butterfly
dalam whole body. Nampak tak teruk tak teruk aku rasa macam nak pitam ni. Doktot
tunjuk demo hape, sikit pon tak masuk kepala.
Dzul tegur pehal nampak pucat. Sekali boleh
dia budakkan aku. “Alalaaa, ciannya.”
-__- Mekasih sangat kawan.
-__- Mekasih sangat kawan.
Masuk kelas tu, dorang tegur la pehal pucat. Aku
cakap pening, tapi entah kenapa. Shu kate, dia pun macam tu. Sebab tengok gamba
wound yang tah pape tu. Aku deny. Sebab aku jenis jiwa kental sikit. Wahaha. Selama
ni no hal je. Tapi rase tak sedap badan tu memang sangat cannot go. Aku bagitau
lecturer nak keluar jap, dia ingat aku nak gi toilet. Sekali aku keluar kelas,
pergi mart, cari coklat. Why? Coz I reaaaallly need glucose. Wakakaka.
Seryesly maynnn, I really dunno wat is wrong
with me. Aku ialah seorang yang kental jiwa raga. Hehe. Among siblings aku, aku
ialah the one yang one of the fearless person. Even compare dengan abang aku,
aku lebih kental tahu. Ko jangan tak tahu yang abang aku tu boleh pengsan
tengok darah. Baru sebut pasal darah sikit, pucat muka macam sikit lagi mahu
sembah bumi. Dulu pak cik sedara aku pernah injured, quite serious la. Sebab main
artery kat lengan dia putus. Tapi boleh pulak abang aku yang nak pitam mase
visit kat hospital. Extreme tak extreme. Aten pulak, baru luka kena pisau
sikit, muka dah macam hypovolemic. Ma pun same, bile tengok luka, mula la
meremang-remang. Yang okeh sikit dengan benda-benda gini, aku, adik, Kak Ja. Sebab
Kak Ja punya field pun sains jugak even bukan medical. So dia dah biasa sikit.
Raya haji yang lepas (last raye haji aku
sambut kat rumah T____T), kitorang buat qurban. Alkisah mase potong-potong daging
tu, ade sorang pakcik ni (maaf pakcik, saya dah tak ingat nama pakcik ape. Huhu),
tangan dia luka sebab kena pisau tu. Macam terbelah la sikit tapak tangan tuh. Kalau
potong daging kan, tak pakai pisau biase potong bawang tu kan. Pakai yang jenis
besau tu. So haa, tangan dia kena yang tu. Dia tak kecoh pun tapi sekali aku
yang ade kat tempat kejadian, memang aku buat kecoh. Wakaka. Aku shock weh. Mana
tak terkejut tengok darah menitik-nitik. Tapi shock tak shock still aku yang
tolong pakcik clean up luka dia, letak iodin, minyak bagai-bagi then balut. Huhuuu.
Then aku cakap la kat ma abah ape yang jadi
kan. Sekali Aten punya muka yang kelat. Seram dengar katenya. Dia boleh questioning aku macamana aku buat,
tak takut ke.
Bila fikir balik, entah la. Tak takut ke
tengok darah? Sebenarnya aku tak rase takut pun dengan darah. Aku cuma takut
bila tengok orang tu injured. Sakit ke dia, okeh ke dia. Sebabkan rase tak
takut aku ni, ma selalu cakap, “haa, Ika boleh la jadi doktor ni.”
Aku tak pernah accident teruk-teruk. Paling koman,
aku jatuh basikal masa kecik-kecik dulu. Darjah 6 tak silap. Tapi luka kat kaki
boleh tahan deep. Wakaka. So time tu aku ade jugak rase nak pitam sebenarnya. Tu
la 1st and last time aku rase nak pitam tengok darah sampai la skill’s
lab hari tu. Hehhh. Memang tercalar ego aku ni. Dulu aku selalu cakap kat Qila,
“macamana nak jadi doktot ni kalau takut tengok darah.” Alkisah sebab Qila
memang takut darah. Dulu pun time matriks aku penah sakat member aku yang
collapse dalam kelas sebab tengok darah dalam lab. Tapi bile kena atas batang
hidung, perghhh, ego aku ni dah jatuh terhumban dalam gaung dah.
Bila dorang cakap aku nak pitam tu sebab
gamba-gamba wound yang doktor tunjuk, perghhh, rase diri ini sangat kerdil. Aku
deny la. Sebab aku bukannya yang jenis takut darah. Then Ain cakap,
“you never
know until you face it.”
Hmmmmmmmmmm….
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment