Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Finally! Alhamdulillah, finally baru sempat post. Lama dah
aku tulis entry yang ni, tapi postnya tak. Konon tak sempat. Haha. Lame sudah
tak membebel kat sini kan. Entry sebelum ni, aku sempat post puisi je. Konon tak
nak berhabuk sangat, ade la jugak puisi tu. Pehh.
Ni nak cerita pasal marah. Ehh? Haha. Marah kat sape?
Marah. Tak kira la marah orang ke, marah kucing berak merata ke, marah
batu tengah jalan ke, marah bapak angkot hisap rokok ke, mesti kita pernah je marah kan. Paling selalu mesti banyak
marah kat orang. Dah bila marah tu, datang pulak perasaan bernama tak suka.
Benci. Uhuk.
Aku pernah la konon mengadu kat ma, tak suka orang tu,
tak suka orang ni. Sekali guruh berdentum kat telinga aku, “Ko tak suka orang, dah tu ingat orang suka sangat ko?”. Thumbs
up ma! Sentap habis iolss. Lain kali jangan mengada nak mengadu cenggitu kalau
tak nak kena bantai Ika.
Tapi betol la jugak kan. Kita asyik tak suka orang. Yet
kita expect semua orang untuk suka kita? Pfft. Are we that good untuk expect
semua orang suka kita? Blog aku ni pun boleh jadi ade yang tak suka, last-last
kena maki je.
Kenapa boleh jadik tak suka, benci orang ni?
Maybe orang tu memang jenis yang annoying, suka buat
kepala, kaki gaduh, kaki sarcastic, kaki mintak kaki. Kan.. Tak pun memang kita
sendiri ni yang jenis cepat annoyed. Orang tak buat apa, tapi meluap je rasa
nak bagi pelempang. Apa pun la reasonnya, just ingat one thing la kot. “NOBODY
IS PERFECT”. Neither you nor them.
*credit : google |
From now one, maybe kita boleh belajar untuk bukak hati
kita untuk sukakan orang. Not that “suka”. Tapi as in kita selesa dengan that
person and stop daripada rasa tak suka kat dia regardless dia punya attitude
and behaviour. Who knows yang sebenarnya bukan attitude and behaviour dia yang
salah tapi cara penerimaan kita yang berbeza. Sebab setiap orang ni berbeza
preference diorang. Maybe kita tak suka dia sebab kita rasa dia mengada-ngada,
yet dia punya kawan bersepah. Kalau betul perangai dia teruk, how come orang
lain boleh je kawan dengan dia. Betol tak?
Sama macam kalau aku kata aku tak suka bawang. Onion
ring, teramat la aku tak suka. Tapi housmates aku semua suka. Haa. Salah bawang
ke salah lidah aku?
Jawab. Jawab. Jawab.
Takde yang salah kat sini kan. Dah lidah aku tak boleh
terima rasa bawang tu, nak buat macamana. Takkan nak paksa pulak. Nak sumbat
aku ni dengan segala macam jenis bawang satu guni. Bawang putih, bawang merah, Alya,
Siska, Rika Sumanto, Oma Bertha. Bawang tu pulak, dah rasa dia macam tu, nak
buat macamana lagi. Orang lain boleh je makan. Maknanya tak de yang salah pun
la kat bawang tu kan. Kesian ko Encik Bawang sebab tak pepasal ko jadi contoh.
Kenapa aku panggil bawang encik bukan cik? Sebab bawang..
awang.. bawang.. awang.. encik awang.. encik bawang..
Wakakaka.
Lame Ika.
Laaaaayyyme….
So macam tu la. Bila kita tak suka orang, maybe bukan
salah orang tu. Dah perangai dia cenggitu, nak buat macamana. Maybe jugak bukan
salah kita. Dah penerimaan kita cenggini, nak buat macamana. Nak paksa?
Tapi kalau kita kate kat orang, “you can’t expect me to like you.” Same la jugak orang boleh cakap
kat kita balik, “then you can’t expect me
to like you either, right?”
Hambik nak ko. So win-win?
Win-win ke tak, we can’t live like that, right? We can’t
live being such a hater. So however, maybe we can try to like people. At least
give it a try.
“Cakap senang la Ika.
Macam ko tak pernah tak suka orang.”
Right, I know. Bukan setakat pernah, tapi selalu. Ramai gile orang yang aku tak suka. Ramai sangat
orang yang aku senang annoyed. Berlambak. Senang sangat untuk aku tak suka
orang. Sebab aku jenis yang senang marah. Senang annoyed. Sebab tu la aku terdetik nak cakap pasal ni. Sebab nanti korang boleh la
jentik aku kalau aku kate aku tak suka sesape. Muahaha.
credit : google |
Nope la. Just that aku terfikir, why do I hate people?
Are you that good Ika? To make you think that others are just not ‘likeable’ as
you do?
Sentapp nokss…
Pernah aku bukak satu review pasal gadget ni, tengok
komen-komen orang kat bawah, fulamak mencarut tak sudah bai. Yang itu bangang,
yang ini bengap, yang tu maki yang ni, yang ni bash yang tu. Padahal kenalnya
tak pun satu dengan yang lain tu. Tapi gaduh macam 7 keturunan dah bermusuh. Just
sebab sebijik gadget. Padahal syarikat gadget tu bukan korang punya pun. Ikutkan
mulut jahat haku ni, nak jugak join same. Ape masalah sangat nak kena
gaduh-gaduh. Dah orang tu suka, orang lain tak suka, nak buat macamana. Setiap
orang ada la pilihan masing-masing kan. Macam waste masa je nak gaduh untuk
pertahankan benda tu sebijik. Kejadah. You have your own opinion, they have
theirs. The end.
See, hati orang kita tak boleh duga hitam putih kan.
Allah jadikan kita berbeza-beza sebab nanti baru hidup ni berseri. Imagine
kalau kata semua orang ade taste and perangai yang sama, tak rasa boring ke.
Keluar pergi kelas, sekali tengok classmates semua baju sebijik
sama dengan ko. Dah jadi pertandingan boria dah pulak.
Pergi makan café, semua order sama je. Tukang masak pulak
boring asyik masak nasik goreng kicap je.
Orang marah, kita pun marah. Orang nangis, kita pun
nangis. Dah takde complementnya air dengan api. Api dengan tanah and whatsoever
tu. Just sebab perangai semua orang sebijik sama.
Silap-silap hari bulan cuma ada satu pekerjaan je atas
dunia ni. Sebab semua orang suka buat kerja yang satu tu je. Muahaha. Ko bayang
kalau semua orang ade minat blogging. Jawabnya bersepah la blog.
Sebab tu Allah buat ade yang suka blogging, ade yang
pefer vlogging. Ade yang lagi suka berkicau (tweeeeeting), ade yang suke bermuka
buku, ada yang minat berinsta. The more the merrryyy sangat uolsss. Baru la
boleh kasi gegar ini dunia siber. Muahaha.
Tak gitew? Kannnnn….
Hari tu mase usrah kitorang main game kurang lebih untuk
ta’arufan la. Each of us akan randomly pick 1 kertas and jawab soalan yang tertulis
kat situ. Nak dijadikan cerita, Ainin dapat soalan “Listkan 3 perangai orang
yang akan buat awak marah”. It took almost 5 minutes untuk Ainin fikir tapi end
up with no answer. Kalau kate aku, in no time, aku dah boleh listkan 30 dah
agaknya. Sebab Ainin bukan jenis yang senang nak marah, takpun annoyed dengan
orang. And me? Heh. Sendiri bisa jawab.
haha. this is soooo.. me |
Dulu Mieja pernah share tazkirah pasal marah and aku
oucchh sikit sebab aku baru je lepas mengamuk and marah2 dalam group. Time tu
pulak aku satu group tutor dengan Mieja. Hahaha. So aku mengaku, ha’a, aku
jenis yang senang marah sikit. And Mieja cakap aku bukan jenis yang cepat
marah, tapi aku jenis cepat annoyed dengan orang. And I do agree with that. Betol
la tu kot. Tapi bile datangnya perasaan annoyed tu, datang la perasaan nak marah. Bile
dah selalu marah orang, datang pulak perasaan tak suka. Duhhaii. Apa nak jadi
dengan aku kan.
credit : google |
Aku sedar, takkan selamanya aku nak jadi macam ni. Living
as a hater kan. I’m trying to change for the better. Kalau tak best, better pun
okeh la kan.
At least, just try, Ika.
Just. . . try.
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment