Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Wahaha.
Lama suda tak jenguk blog. Muahaha. Baru tau gian. Seminggu cuti, balik
Malaysia. So blogging tolak tepi sat. Haruss le. Blogging pun blogging, tapi ma
aku still number 1. Gila tak. 6 bulan sekali balik rumah. Kalau la aku balik
rumah tapi berkepit dengan blog, mau kena ketuk dengan periuk Vantage ma aku.
“Kalau
balik nak ngadap laptop je, baik tak payah balik. Muka ma ni sikit lagi lawa
daripada laptop tu, tapi dengan bende sekeping tu jugak kau berkepit”, bebel
Puan Laila.
Okeh,
bohong je.
So,
seminggu kat rumah. Cukup ke seminggu? Tak! Aku seorang yang tamak. Aku mau
lebih. Wakaka. Tapi biasa la, hidup student medic, kena banyak redha. Tak
gitew? Since seminggu je, memang spend kaw-kaw la kan. Jumm, tetibe rase nak
share pulak seminggu di Malaysia aku.
Poyo
Ika. Poyo. Bajet ade orang nak dengar cerita ko je.
Pedulik,
kesah hape. Nak jugak cerite.
Sabtu
10/1
Flight
aku pukul 5.50 pagi lagi. Gigih gile nak balik awal, pagi buta pun aku sanggup.
Kebetulan flight same dengan Shaf and Ira. Tak pakat pun. Sebab kali ni aku
beli tiket sendiri. Dulu-dulu balik je mesti pakat dengan member, konon nak
cari geng balik. Biar ade teman. Tapi since aku pernah balik Malaysia
sorang-sorang sem 2 lepas and masa tengok abah, so tahap confidence tetibe
tinggi pulak. Konon takde masalah la kalau sensorang pun. Awalnya Shaf kate
keluar pergi airport a.k.a bandara a.k.a bandar udara, pukul 2.30 lagi, tapi
pak supir yang jemput kitorang lambat, sebab nak kena ambik seniors from Mulana
dulu. Kitorang naik shuttle, beramai-ramai. 2.30 aku dah siap packing barang,
tunggu sampai pukul 3 lebih. Haa, jangan tak tahu. Aku sekarang packing barang
pun last minute. Dulu kemahen, lagi seminggu nak balik, luggage dah siap
packing dah. Tunggu nak kena angkut je. Kali ni, dan dan packing sebelum
bertolak pergi airport.
Alkisahnya,
luggage aku nak sumbat dengan ole-ole untuk family. Tapi Jumaat 9/1 tu baru aku
shopping barang nak bawak balik. Sebab tu tak packing awal-awal. Habis je exam,
balik rumah jap, terus keluar pergi Bandung dengan Raja, Jura, Enin, Zai, Shu,
Syera. Pukul 10 lebih sampai rumah. Tido 2 jam, mintak bebudak ni kejutkan
sebab tak packing lagi kan. Tepat pukul 12, Enin kejutkan. Punctual sangat.
Muahaha. Pastu dengan mamainya, pening kepalanya, nak tak nak aku packing jugak
luggage aku. Maunya tak pening. Minggu exam, memang aku tak cukup tido. 2,3 jam
je aku tido. Siap packing luggage, aku kemas bilik kejap. Kejadah sungguh, tak
pernah-pernah pukul 1 pagi kemas bilik. Wahahaha. Sape nak buat aku jadik
menantu meh la.
Kebetulan Jura tak tido malam tu. Sementara tunggu pak supir sampai, aku layan Umar the series dengan Jura jap. Sempat je. Wahaha.
Flight
kurang lebih 2 jam. Bertolak 5.50 pagi waktu sini, sampai dalam pukul 9 waktu
Malaysia. Since Malaysia 1 jam awal.
tolong sesape habaq mai kenapa exam akan buat pipi dan lengan aku bengkak? |
Malaysia,
Wan Norshafika in the house!
Kak
Ja yang datang jemput aku. Aku tak balik Kelantan terus sebab nak spend masa
dengan Keysha Fakhira! Wahaha. Bila lagi uolss. Keluar KLIA, kitorang singgah
UKM Bangi jap, nak jumpa akak aku. Sebab kebetulan Kak Linda ade discussion kat
sane. So tak sempat nak jumpa kat rumah, kitorang terus jumpa kat UKM je.
Makan-makan jap, then blah. Terus pergi rumah Kak Wan kat Wangsa Maju. Hehe.
Kompius le ituuu banyak-banyak nama. Aku ramai kakak hokeh.
Meh
sini nak introducekan siblings aku dulu. Nanti idok le kome sume pening-pening
nak mikior.
Aku
ade 4 kakak. Kak Jie yang sulung (32). Sekarang kerja kat Terengganu. Kak Wan 2nd
(29) merangkap ibu Keysha. And Keysha is the only niece yang aku ade so far. Yepp,
so far because I’m expecting lots more nieces and nephews. Miahaha. Kak Ja yang
3rd (28). Dia la yang selalu jadi mak supir tak bergaji aku. Then
Aten yang 4th (25). She’s the only one yang aku tak akakkan. Sebab rase
awkward. Miahaha. Dulu main aku kau je. Sekarang je dah sopan sikit. Kitorang
cakap I U.
Sape
percaya memang nak kena sekeh.
And
I have another sister, Kak Linda. She’s not my real sister actually. Tapi ma
jaga dia dari kecik. Furthermore ade la sikit blood related, even bau-bau
mempelam je. So she’s like a real sister dah.
Then
aku ade sorang abang, Izham. He’s now 23. Dah kerja. Ade adik pompuan, yang aku
panggil adik. Hehe. She’s 5 years younger than me. We’re the one yang paling
jauh jarak umur.
Okeh,
so spend 2 hari kat rumah Kak Wan. Keysha dah besar!! 1 tahun and extra. Uuuu. Dah
boleh berdiri, tateh sesikit. Tapi dia kurang la sikit dengan aku. Iyolah, ade
mak sedara yang comel ni pun jarang jumpa. Geram sangat aku dengan Keysha. Atoto.
Sikit lagi aku rase nak penyet-penyet, sumbat masuk beg, bawak balik Bandung.
Keysha dah pandai babbling even uu aa ii je pun. Melum pandai panggil ibu dia
lagi tapi panggil miawwww pandai. Apokono eh ini budak. Kucing itu jugak yang
ko nak. Keysha suka buat mmmuah, manja nauuu. Pandai high five, salam, kiss
pipi. Tokojut la jugak eden. Genius hupenya anak sedara. Wakaka.
Same tak? same tak? Same comel kan.... |
Isnin,
12/1
Saya
sudah di Teratak De’Laila. Konon sangat. Fine. Aku dah sampai Bukit Awang. Hamikk
ko. Ma aku actually suke nauu name De’Laila. Klasik tak ma aku?
Aten
asalnya stay kat Terengganu, rumah Kak Jie. Saje temankan Kak Jie since dia
still melum keje. Tapi dah aku balik rumah, harusss le anak dara itu pulang ke
rumah jugak. Aku, Aten and adik, kitorang 3 serangkai memang unseparable. Abah
selalu panggil kitorang 3 Abdul. “Abah, anak abah ni pompuan”, jawabku. Baru tau
ko pompuan.
Ma
dengan nenek, selalu bebel kalau kitorang 3 orang beramah mesra, bergelak
ketawa, bergurau senda.
“Anak
dara, gelak tu elok-elok la sikit. Orang datang nak minang, tak langkah pintu
pagar lagi, dah balik semula dengar korang gelak.”
“Bebudak
ni, lapar pun bising. Kenyang lagi la bising. Pastu bangun esok pukul patblas”
Epic
gile kan ma aku.
“Bebudak
oii, jangan gelak-gelak sangat la. Nanti kalau semua dah takde, sunyi pulak ma”
Yang
itu sedihhhh. Iyolah, nanti aku balik Bandung, Aten pulak kalau tak goyang kaki
rumah Kak Jie, kerja. Dah sah takde kat rumah. Tinggal adik dengan abang je la
kat rumah. 2 orang tu pulak mane la ngam. Nama je adik beradik ramai, tapi tup
tup tinggal berapa kerat tu je kat rumah.
So
ini hari, spend masa kat rumah. Sambil dalam kepala dah plan esok nak suruh ma
masak apa, lusa masak apa. Advantage ko belajar jauh, bile balik boleh nyendeng
kat ma, buat muka kesian. Minta masak itu ni. Alasan, “Ma, kat sane mane ade
nasi dagang. Dah la balik jarang, kalau kempunan nak makan ma masak camno? Nanti
jadi batu belah batu terlungkup tu pulak karang.” Okeh, over.
Tapi
ini hari, puas la aku makan nasi putih dengan ikan kembung masak kicap leftover
semalam sambil ditemani ma aku makan nasi dengan ikan pekasam. Heaven kan?? Thumbs
up for the sarcasm. Heleh, pedulik. Leftover ke, left tak over ke, bertambah jugak
aku makan. Heh.
Petang,
aku ajak adik keluar jap. Cari burger. Hewahhh. Balik kampung, cari burger. Iyolah
nokss. Jatinagor tak jumpa burger double special dua hengget lima posen tu. Gigih
aku nak eja.
Selasa,
13/1
Lepak
di rumah. Pagi sampai petang layan drama. Nonstop. Jangan tak tau, kat rumah
aku, drama melayu tu umpama satu isu semasa yang wajib diulas, dibincang dan
didebatkan.
“B***h
la cite Indon ni. Mane ade polis yang check orang punya result pregnancy test.
Tak pasal-pasal semua tau Kasih mengandung.”
Marah
Puan Laila terhadap sinetron pukul 2 tv3 ~ Sinar
“Kak
Aten, betul la adik cakap Cindy tu bukannya baik sangat pun. Jahat la dia buat
Alex dengan mak dia macam tu.”
“Laa,
tapi dik, Alex kan couple dengan mak Cindy. Mesti la Cindy marah”
Debat
Cikpaten and Cikadik untuk telenovela pukul 3 tv3 ~ !@#$%^& sebab aku tergeliat
lidah nak sebut nama tajuk
“Ma, rugi la ma terlepas episod semalam. Anak
Suraya meninggal, dia ambik anak angkat. Tapi lepas tu dia mengandung pulak.”
Ulasan
Cikpaten untuk drama pukul 4 tv3 ~ Ku Tak Rela.
Then aku merayau keluar. Tak tahu ulasan next
ape. Aku pergi dengan Aten je, naik motor. Hingat nak angkut ma, adik sekali. Tapi
last minute abah amik kete, pergi Terengganu. Tengok bola. Ko nampak abah aku
macamana? Fanatik nauu ngan sukan tu. 20 orang berebut sebijik bola. Tapi another
2 orang tak nak bola masuk rumah dorang (goalkeeper letew).
So,
merempit la aku dengan Aten. Pergi rumah nenek-nenek. Ramai kan nenek aku. Nenek
kandung, nenek sedara. Miahaha. Alang-alang dah keluar, terus aku pergi rumah
nenek belah ma dengan abah terus. Dekat je pon. At first aku bajet sebelum
Maghrib balik la kan. Sudahnya masuk Isya’ tu baru la kitorang balik. Tu pon
nasib baik ma call panggil balik. Muahaha. Since kitorang anak yang mendengar
kata, kitorang balik la jugak jam 9. Wahaha. Tak pernak wehh balik rumah
memalam, dengan motor. Apa mau jadik la dengan ini budak. Tapi sebabkan keluar
bukan tujuan maksiat, melainkan dengan tujuan berziarah dan merapatkan
silaturrahim, Alhamdulillah, sampai jugak rumah dengan selamatnya. LOL
Rabu,
14/1
Heh,
ini hari aku lepak rumah je dari pagi sampai petang. Lepas asar, ajak adik
dengan Aten teman aku pergi kedai jahit. Alang-alang singgah rumah nenek sedara
ma a.k.a guru ngaji aku dolu-dolu. So nenek suruh aku jenguk dia. Hengat sikit
jasa.
Alkisah
pulak, kawasan kampung aku memang banyak sawah. Dolu-dolu rase takde cantik manenya.
Tapi lepas je tengok cerita Cun, tetibe naluri sukakan sawah ni meluap-luap
dalam diri. Nak je bina rumah tengah sawah. Nasib je aku tak main dalam lumpur,
panjat belakang kebau, mekap kat kebau jadi Beyonce. Kalau tak haru orang
kampung jaja cerita anak Puan Laila dah buang tebiat.
Dah
tu pulak kitorang 3 Abdul ni memang sawan sikit bab bergambar kat sawah. Konon
damai leee. So berphoto shoot la kitorang kat sawah sambil orang lalu lalang
perhatikan kitorang posing di situ. Feymesss sangat seyh rase diri ini.
yepp! that's us. that is the 3 Abdul |
and yepp! that's ever so cute and gorgeous me. someone lempang aku please. |
Khamis,
15/1
Keluar
rumah awal pagi dengan ma, abah, Aten. Pergi Machang dulu, temankan Aten buat
IC baru. Tapi membebel jugak itu pompuan. Katenya muka melumm cantik lagi. Resdung
punya pasal. Wakakaka. Tapi since tak nak kena denda sebab belum renew IC, buat
la jugak. Pastu breakfast, me makan nasi kerabu. Aku ade suruh ma masakkan
sebenarnya, tapi politik ma boleh tahan. “Haa, ni Ika dah makan nasi kerabu,
tak payah la ma buat.” Jawabnya no nasi kerabu from my ma T_T
Then
off we go to pasar minggu Pasir Puteh. Muahaha. Sebelum tu, masuk kedai kain
dulu sebab aku nak cari kain nak buat langsir. Aku punya langsir kat bilik ni
tak berapa kena sangat dengan jiwa bebas dan kanak-kanak Ribena aku ni. Haha. Ngadew
kan kite.. Haa, jangan tak tahu pulak ma aku dulu tukang jahit femes kat Bukit
Awang. Glamm nauu bunyinye.
Nak
showing off langsir baru, tapi belom pasang. Aku tak tau mane nak cari besi
penyangkut tu. Masalah.
Lepas
tu masuk pasar minggu. Ikutkan hati nurani aku yang tengah memberontak nak
bershopping ni, memang nak je aku jelajah sampai hujung. Tapi separuh jalan, ma
kate tak larat. Nak balik dah. So balik la kitorang. Sebelum tu ikut abah
setelkan hal dia jap. Tapi abah dah tak boleh drive dah, lenguh belakang. Tu la,
since yang abah accident jatuh tu dulu, abah tak boleh jalan banyak dah. Nanti
cepat sakit belakang.
Kan
abah pakai braces Jewett untuk support tulang dia. Abah tak pakai cast yang
simen tu. Bende alah Jewett tu boleh bukak pakai. So bila nak jalan jauh sikit,
abah akan bawak braces tu. Bukan braces gigi naaa. Tapi hari tu abah tak bawak,
kesian jugak la. Ma cakap, tu la, anak dara dia memang tak kenal erti penat
lelah kalau bab berjalan ni. Diangkutnya pulak orang sakit ke hulu hilir buat
jadi pak supir. Nak buat acano aihh. Kurang asam punya anak. Nasib ko tak kena
sumpah jadi Ford Fiesta je.
Tengahari
balik, petang tu keluar lagi pergi Jerteh pulak. Jerteh ni sebenarnya dah masuk
area Terengganu, tapi magicnya sebab just 15 minit dari rumah aku. Magic tak? Magic
tak? Sekeh mahu Ika? Sampai je rumah, tengok-tengok kereta Kak Jie ada kat
laman. Eh, surprise sangat. Sebab plannya nak pergi Terengganu Jumaat, boleh
jenjalan. Pastu since kesian Kak Jie nak kena fetch kitorang, then drive ke
Terengganu then hantar kitorang balik Kelantan, then drive balik ke Terengganu.
So 3 Abdul ni plan nak pergi naik bas je. Dah deal dah dengan Kak Jie gitu
plannya. Tup tup dia balik. Supriseeee!
Jumaat,
16/1
Pepagi
lagi dah bangun. Kan nak pergi jenjalan ke Terengganu. Ko memang Ika. Nak berjalan
je, kemahen awal ko bangun. Pergi kelas, liat benauuu. Patblas kali orang
kejutkan, ade hati nak selubung lagi. Ma buat nasi dagang ini hari untuk
breakfast. Muahaha. Gigih aku showing off kat korang.
Yang
ikut cuma Aten, adik, abang, Kak Jie dengan ma. Abah tak ikut sebab penat, kan
tak boleh jalan jauh sangat. Jadi la abah orang bujang ini hari. Then off we go
to Terengganu.
dalam kete pun jadik la |
Dalam
2 jam je nak pergi Kuala Terengganu. Pergi rumah Kak Jie dulu. Lepak-lepak jap.
Tido dulu, recharge energy.
bangun tido terus selfie. apo nak jadi la bebudak zaman sekarang. and thumbs up to Wan Muhamad Izham |
Lepas
Zohor kitorang keluar visit Masjid Kristal. Ni 2nd time aku kat Masjid
Kristal. Tapi kejap je la. Dah matahari terpacak atas kepala, berkilau benau
masjid. Rosak mata iolss. Shade takde pulak. Miahaha. Tak de la. Sebab tak
tahan panas sangat.
panas tak panas, jummm bergambau |
spoil sungguh camera ade rintik hujan kot. alahai cameraku |
bajet merenung nasib di kejauhan |
Then
pergi pantai. Aku pun tak hengat ape ke nama pantai itu. Dah lama benauu tak
pergi pantai, sawan aku. Konon main kejar-kejar dengan ombak, gedebushhh basah.
Pedulikkk.
tantekkk kan? kan? |
ngehhh. mujur perut tak naik. |
konon senyum sangat padahal cuak takut nanti ade ombak kuat |
and yepp! that's me with seluar yang dah basah sampai lutut |
Lepas
tu naik kereta kuda. Bajet princess sangat uolss. Dah ape kejadah aku naik
mende tu pun aku tak tahu.
adik cuak nak mampos, kemas pegang tangan aku padahal kete kuda pelan je pon. saje ko nak manje2 ngan akak ko yang comel ni kan |
Then
makan time! I was recommended to try nasi ayam sebab katenya femes nauu nasi
ayam situ.
makan!!!! |
Lepas
solat Asar, ma beria ajak kitorang pergi pasar malam kat Tanjung. Katenya kat
situ best. Melilau jugak cari sebab Puan Laila bukanlah puan waze yang profesional.
Then it’s pasar malam time!
Lepas
Maghrib, bertolak balik. Sebelum tu singgah Waterfront jap. Ala-ala ICT tu. Kejap je. Bergambau jugak tapi gelap. Miahaha. So aku tak masukkan. Plan asal, kitorang nak stay rumah Kak Jie. Aku siap
paksa adik finishkan semua homework dia awal-awal lagi. Tapi last minute ma
ikut, so tak jadi la nak stay.
Kereknya
ma mentang-mentang ade laki. Fine ma. Fine.
Sabtu,
17/1
Not
going anywhere. Sebab ma paksa tulang 4 kerat kitorang ni bekerja. Konon bagi
bakar lemak. Mau kasi michellin tayar aku ni kempis. Miahaha. Kitorang dipaksa
untuk tolong ma bersihkan kedai dia. Since hari tu banjir sikit kat rumah. Takde
la melimpah naik atas rumah, tapi still nak kena bersihkan kawasan depan tu.
Then
malam keluar kejap. Shopping barang nak bawak balik sini. Barang wajib beli
harus megi. Aku rase macam berdosa sangat kalau balik Bandung tak bawak megi. Wakaka.
yeppp! that's right. still dalam luggage. tak sempat kemas. pfft ika. |
Yepp. Megi aku 6 paket. Muahaha. Ingat nak boikot Maggi, so aku beli Mamee. Tapi Maggi asam laksa sangat la menggoda jiwa dan perasaan aku. So beli la jugak. Wakakaka. And yepp, aku beli kunyit, sebab kunyit sini tak best. Bajet aku masak je padahal bangun pagi cari MD. Wahaha. Asam jawa sebab itu hari tengok Ainin bawak. Agaknya sini takde kot, hentahlah. Tak tau jugak. Aku beli je. Ngade. And yepp again, that is tumbler Angry Bird. So what?? Dah aku suka, aku bawak la. Sebab sini takde. Dalam plastic putih tu aku bawak beras wangi, nanti nak masak nasi dagang. Insha Allah. Kalau rajin. Muahaha. And dalam plastic guardian tu (LOL), ade ikan bilis and belacan a.k.a terasi. Ma cakap belacan best, Terengganu mari. So hape lagi, aku bawak la. Muahaha. Barang free bai.
Ahad,
18/1
It’s
bye-bye time! Lambat bangun, lambat keluar rumah, terlepas flight KB-KL. Sob sob.
Mujur sempat je catch yang KL-Bandung. Nanti-nanti kalau aku rajin, aku cerita
la pasal terlepas flight ni. Muahaha.
Then
around 5.00 WIB, I arrived at Bandung! And welcome to the hectic and miserable
life!
Thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment