Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hai
hai. Hari tu bilik aku bising dengan aku and Ainin menjerit. Ehh? Alkisah,
Ainin datang bilik. “Dah tengok trailer maisen?”. Terus aku bukak utube cari
trailer kitorang. Dah jumpe, melalak la kitorang. Tengok lagi. Aku tak tahu ni
kali yang keberapa ratus aku tengok trailer sendiri. Narcissistnya seorang
manusia bernama Wan Norshafika ni.
Lega
wehh bile tengok trailer yang kitorang submit dah diupload. Berdebar nak tunggu
short film diupload jugak. MAISEN sangat stress. Banyak benda jadi sepanjang
tak sampai 2 minggu tu. Sangat banyak. Dengan mood aku yang tak menentu, kerja2
yang tetibe melambak macam muatan kontena gedebukk jatuh, dengan tak cukup
tidor. Stress.
Okeh,
nak diceritakan. Every year, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia
(PKPMI) akan organize satu contest yakni Malam Inspirasi Seni (MAISEN). Tema
tahun ni ialah “Life Is A Journey”.
Banyak
kategori dalam MAISEN ni. Ada short film, short clip, photography, Malaysian
Got Talent (MGT). Untuk short film, every batch wajib hantar satu penyertaan.
So tahun lepas twinning 2013 tak hantar apa2. Yang hantar ialah dak2 farmasi.
MAISEN
2015, inilah hasilnya. *trailer je baru*
KRAYON by TWP 13 (Merpati Pictures)
LA VIE by KPBI FK 13 (AmircaMyCountry Production)
AKU MEMILIH SETIA by TWP 14
WABAK X by TWP 12 (Paperboat Production)
LAYANG-LAYANG HARUN by UIN (JHP Production)
Untuk
aku sendiri, perjalanan cerita MAISEN kitorang kali ni sangat berat. Sangat
berkonflik.
Alkisah,
tahun ni Shaf suggest untuk kitorang join buat short film. Kebetulan masa
diorang suggest tu ialah time cerpen aku naik kat Penulisan2u. Ingat tak pasal
tu? Tak ingat, meh belek balik >>sini<<. So dalam seryes tak seryes
dorang semua mintak aku dengan Ummi untuk buat skrip. Tu je la. Then dorang
create group watsapp. Tapi krikk~ krik~ sebab semua orang senyap je.
Aku
tunggu orang gerak dulu. Orang lain tunggu orang lain nak buat apa dulu. Tapi
semua dok asyik tanya, jadi ke nak buat video, bila nak buat video. Semua dok
tanya tapi takde sape nak gerak. Submission date dah dekat. Aku geram la jugak
kan, kalut dok tanya tapi hampeh nak kerja. Sekali aku sound halus2 kat
watsapp, kalau betul nak buat, plan betul2. Jangan asal nak siap je. Buat bagi
sistematik sikit. Carik production crew. Kalau ko tunggu aku, aku tunggu kau,
bile nak jadi. Semua tak berani balas sebab dorang ingat aku mengamuk marah.
Dah
tu ingatkan jalan la lepas tu, lagi la tak jadi kerja apa. Makin semua orang
senyap je. Last2 aku mintak Ummi tolong arrangekan semua. Carik sape director,
sape camera, sape editor, scriptwriter semua. Pastu setiap orang buat kerja
masing2. Aku siap bagi dah skop kerja masing2. Then Ummi letak aku jadi
scriptwriter sebab aku dah ada rough idea. Tapi still discuss2 dengan Ummi and
oter mana2 yang tak sesuai. So Khamis, 9
APRIL tu semua orang dah didivide kerja masing2. Shaf director. Zai main
actress. Malam tu jugak aku start tulis script. Jumaat 10 APRIL tu oter lagi mana2 yang nak kena edit.
Sayang
sebab aku tak sempat nak brief kat Ummi dengan Shaf pun pasal jalan cerita. Sabtu 11 APRIL pagi tu dorang terus
start shooting yang scene simple2. Supposedly aku nak brief diorang pasal the
whole jalan cerita macamana nak bagi diorang nampak rough idea. Sebab script
aku, so aku je yang perfectly boleh imagine how is it actually. Tapi minggu tu
memang minggu yang sangat hectic. Sabtu dengan Ahad 12 APRIL tu kitorang busy dengan kelas UKM. So nak brief pun
tak sempat.
Shaf
kate takpe, nanti dia yang akan briefkan. Aku hesitate jugak sebab Shaf sendiri
tak tahu jalan cerita macamana, lagi nak brief kat orang. Dah tu nak brief
exactly sebelum start shooting pulak tu. Makan masa satu hal. Blur satu hal.
Kalut satu hal. Aku risaukan team editing sebab tak sempat wehh.
Aku
bajet mase untuk shooting cuma sampai Isnin
13 APRIL. The rest sampai Jumaat 17
APRIL tu, kerja team editing pulak. Sabtu
18 APRIL dah nak kena submit. Tapi Shaf kate takpe, sempat. Okeh, fine.
Then
since I’m done with my job, aku serahkan semua kat crews yang lain untuk
bahagian shooting. Since kerja aku sepatutnya cuma tulis script je kan. Scriptwriter
tak perlu ikut sampai tempat shooting. Memang terkilan sebab aku tak sempat nak
explain kat diorang bout the whole story. Tapi dah Shaf kate no hal, then aku
serahkan everything kat dia la.
Bila
dah habis shooting, which delayed daripada plan, Raja mintak tolong aku untuk
edit sama. Sebab katenya tak sempat kalau dia sorang. Then aku decide untuk
tolong Raja. Aku mintak Ummi carikkan sorang lagi team untuk editing sebab
memang tak sempat. Ummi cakap tak de yang nak. Even Shaf pun tak nak ngedit. Katanya
tak nak masuk campur. So tinggallah aku dengan Raja je editor.
Then
bila aku tengok semua video yang dorang recorded, berasap telinga aku. Sakit
hati ada. Nak marah ada. Terkilan. Kecik hati.
Dorang
tak ikut skrip wehh. Tak ikut skrip.
Like,
what???
Ape
guna aku tulis skrip kalau korang memandai nak buat jalan cerita sendiri. Kalau
dari aku sendiri, memang skrip yang aku tulis sangat cikai2. Sesimple mungkin.
Dah ko bayang, dalam 2 malam je aku tulis benda tu. Aku pikir, takpe la simple
pun, sebab nanti aku akan explain jugak kat diorang.
Tapi,
seryes aku terkilan. Bila dorang sesuka tukar skrip aku into a total mess.
Kalau kate tak paham cerita tu macamana, tak paham tu scene apa, then tanya aku.
Apa susah nak tanya aku. Bukan aku nak telan orang. Tapi tak. Sorang pun takde
tanya aku or mintak pendapat aku nak buat scene tu macamana. At least kalau nak
tukar pun, mintak la jugak opinion aku macamana. Boleh ke tukar. Nanti terjejas
tak jalan cerita. Tapi tak bai.
Dude,
ko kena paham yang scriptwriter pun ada pride.
Tapi,
this is not pasal pride je. Wehh, dah aku nak pening2 kepala pikir jalan
cerita. Pastu sesuka hati korang mess upkan jalan cerita aku. Then korang
expect untuk aku betulkan balik salah korang? The heck la kan.
Aku
tak tau la aku yang oversensitive ke orang yang tak respect aku. Just that,
kite semua a grown up kan. So aku expect untuk semua orang bekerja like a grown
up.
Aku
marah, dorang kata aku cerewet. Aku membebel, dorang kata aku baran. Aku kata
scene tak kena skrip, dorang persoalkan kenapa aku tak ikut kat tempat
shooting. Eh, scriptwriter kena ikut gi tengok shooting ke? And at the end, all
the blames were put on me.
Seryes
aku mengaku yang aku panas hati, aku makan hati, aku jauh hati. Semua yang
hati2 tu la. Last2 aku mintak untuk reshoot via watsapp. Aku mintak reshoot
dengan baik, dorang semua senyap sebab ingat aku mengamuk. Haa, memang aku
marah. Tapi tak de la pulak aku mengamuk dalam watsapp. Jadah nak menaip
bernada marah.
Ummi
keep on mintak maaf dengan aku. Katanya bersalah gila dengan aku. Shaf pun
apologize kat aku. Aku tak kisah pasal mintak maaf tu. Sebab aku tak perlu
mintak maaf tu. Aku cuma nak, tolong jangan put the blames kat aku lepas benda
jadi macam ni. Tolong cooperate sama, untuk aku siapkan semua ni. Dah aku kena
betolkan all the mess korang buat, melampau la kan kalau korang buat tak tahu
je. Tu je aku mintak.
Alhamdulillah,
kitorang da boleh settle down dengan baiknya pun. Ummi sangat supportive. Dia yang
keep on tengok2 kitorang punya progress macamana.
Jalan
cerita aku ada 2 part. 1 part reality and another one flashback scene. Semua
flashback scene aku mintak reshoot sebab memang tak boleh fit in langsung.
Untuk part reality, Raja yang editkan. Walaupun ada yang tak kena tapi since
tak sempat nak reshoot, Raja kata nanti pandai2 la pakai yang mana ada. Sebab
mostly scene tu kat luar and kat kampus. Susah. Kalau scene flashback, kat
rumah je. So no hal. Tapi ada satu scene yang aku cut out terus sebab memang
tak boleh nak fit in dah. Macamana pun, memang tersasar jauh.
Untuk
semua scene flashback, aku yang direct sendiri. Sebab Shaf pun dah tarik diri
dah. In one night, hari Rabu 15 APRIL
kitorang shoot kesemua 3 scene flashback tu. Dengan Zai and Dija injured
tangan. Kesian jugak kat Zai tapi nak buat macamana lagi. So kitorang suruh dia
limitedkan movement tangan. In fact, memang tak banyak bergerak pun semua scene
ni. Another 1 scene, kitorang reshoot a day before nak submit. Haa, mujur jugak
submission date diorang tangguh sampai Selasa
21 APRIL.
Hari
Sabtu 18 APRIL, aku start warming
up. Bukak editor video, and go trough sikit2. Sebab this is the 1st
time aku edit video. Selama ni cuma pernah buat video yang compilation pictures
je. Tapi kalau real one, seryes aku tak pernah. Sabtu lepas Asar tu kitorang
ada daurah sampai Ahad. Balik je dari daurah Ahad 19 APRIL tu, terus start editing. Aku edit semua scene
flashback je and malam tu Alhamdulillah sempat siap 3. And then Ummi remind
kena buat poster and trailer.
Isnin esoknya, 20 APRIL, aku mintak tolong satu batch
untuk photoshoot for poster. Alhamdulillah, kejap je. Then balik je kelas, aku
mintak reshoot 1 scene flashback yang tak jadi. Total scene flashback ialah 4. Dah
siap, terus aku edit and bagi Raja. Dah siap 4 scene flashback tu, terus fokus
buat poster, credits for production crews dengan trailer pulak.
This is what we've decided untuk letak. Since crews banyak bertukar kerja last minute. |
Gambar
untuk poster, malam tu baru Aiman bagi. So tengah malam tu aku start buat
poster.
Hari
Isnin tu sampai 4 pagi Selasa aku
buat kerja. Pukul 5 pagi Ummi datang bilik nak tengok progress. Terus aku jaga
balik, sambung buat kerja. Sejam je sempat tidor. Pagi tu ada lecture CRP. And
Selasa tu jugak la last date submission. Sambung editing trailer. Dan2 sebelum
pergi kelas, poster siap.
Tadaaa! |
Balik
kelas tu, aku fokus nak siapkan trailer sikit lagi. Tinggal masukkan soundtrack
je. Then siap. Hoho. Pastu Raja dengan Ummi mintak tolong buat video intro
production sikit. Siapkan video intro, kejap je. Then tolong2 tengokkan yang
Raja punya. Nak kena submit pukul 3-5 petang. So Raja dengan Ummi yang kena
tolong submitkan sebab aku ada kelas mengaji dengan kelas Arab tengahari tu.
Tapi
sape sangka, kelas mengaji aku ponteng. Kelas arab pun aku ponteng. Sebab aku
tidor. Wahaha. Alasan yang merepek gile.
Alkisah,
tengahari sebelum kelas tu Far datang bilik nak pinjam motor. So aku pikir,
okeh la. Nak lelap kejap sementara tunggu Far pulangkan motor. Nanti Far
datang, dia kejutkan aku la tu. Sekali, pukul 2.30 Raja kejutkan aku. Dia
ingatkan aku dah pergi kelas, rupanya aku tidor. Aku cakap tak pe la, kelas
mengaji dah nak habis dah pun. Tunggu kelas Arab nanti je la aku pergi. So aku
sambung tidor kejap, sebab kelas Arab start pukul 3.45 selalunya. And aku
expect akan bangun pukul 3.15, siap2 then keluar.
Pukul
3 berapa hentah, Shu call aku. Remind aku kelas arab. Aku mamai. Seryes aku tak
tahu aku cakap apa dengan Shu. And finally, aku bangun pukul 7 pagi keesokan
harinya. Epic gile. Aku tido selama 18 jam. 18 jam weh. Mujur time aku tak
solat. And lagi mantap bile aku tido kat lantai dengan tak berselimut and kipas
betol2 hujung kepala aku. Aku tak tahu macamana aku boleh tahan sejuk tu.
Dorang
semua dah risau sebab aku tidor lama gile. Aku ingat malam tu Zai datang bilik
and tanya aku sihat tak. Seryes aku tak expect aku akan tidor lama gile. Aku tanya
Zura, kelas mengaji and arab semalam apa cer. Ustaz tanya tak. Dorang buat
alasan katanya aku ada kerja. Padahal dorang tahu je aku tidor. Katanya biar la
aku tidor sebab dah seminggu aku tidor tak menentu.
Hari Khamis 16 APRIL sebelum tu, seharian
aku tak tidur langsung. Tak pernah2 tak tidur langsung. Selalu paling2 sejam
sempat jugak lelap. Kali ni pergi kelas dengan kepala macam nak pecah. Bawak motor
balik kelas tengahari tu pun mamai2 mata berat. Terus aku bukak shade helmet,
bawak laju2 bagi kena angin. Heh3. Minggu tu seryes sangat hectic.
And
actually the real thing is that, MAISEN is fun actually. Memang banyak problem.
Banyak konflik. Like seryes banyak gile. Tapi MAISEN mengajar aku something. And
the fact yang sebenarnya the script was written by myself, buat aku terfikir
sendiri. Aku ni pandai cakap je kan.
“Langkah kaki kita tidak akan pernah sama. Ada langkah yang pantas mengejar masa. Ada langkah yang teratur berwaspada. Ada langkah yang gopoh tidak sekata. Kerana kita manusia. Manusia yang pada dasarnya kita sebenarnya sama. Yang membezakan, hanya rantaian langkah perjalanan hidup kita..
Lumrahnya, hidup kita tidak akan
berseorangan. Kerana itu fitrahnya manusia. Di setiap langkah yang kita susun,
akan ada insan yang menemani. Berdampingan kala susah dan senang. Itulah
anugerah Allah buat yang tahu erti sepatah Alhamdulillah. Mungkin kita berbeza
rasa. Mungkin kita berbeza gaya. Mungkin kita berbeza cara. Tapi kau perlukan
aku. Dan aku perlukan kau. Kerana manisnya ukhwah, hanya kita yang rasa.
Di perjalanan ini, akan ada juga insan
yang hadirnya sebagai cabaran dalam hidup kita. Mungkin menduga kesabaran kita.
Mungkin menggali titik kemarahan kita. Kerana benar. Manusia pada sikapnya
tidak akan pernah sama. Tapi bezanya manusia, bukan itu ukurannya. Kerana kita
ialah sang manusia itu. Tidak lekang dari kesalahan. Tidak pernah jauh dari
masalah. Tidak terlepas dari ujian.
Aku pernah merasakan betapa rapuhnya
tali silaturrahim yang terbina. Kerana aku lupa bahawa aku hanya hamba biasa.
Lupa bahawa secangkir senyuman itu mahal nilainya. Lupa bahawa tajamnya lidah
berbicara bisa menggaris luka. Dan aku gagal untuk merasa manisnya didakap
ukhuwah itu..
Aku pernah menjadi si angkuh itu.
Merasakan hanya aku yang betul. Merasakan hanya aku yang tahu segalanya. Lupa
bahawa aku juga manusia yang terkadang masih futur. Yang diri ini masih serba
kurang. Alpanya aku.
Hidup ini umpama satu teka-teki yang
kita tidak pernah akan pernah kita tahu apa yang menanti di hadapan. Terkadang
takdir mempermainkan kita. Alam mepersendakan kita. Namun, jika sahaja kita
mengerti, alangkah indahnya percaturan hidup ini.
Itulah perjalanan dalam kehidupan kita.
Pahit manis hidup ini, hanya kita yang tahu. Kerana hidup kita, Hanya kita yang
mengerti.
Perjalanan hidup ini aneh. Kerana hidup
ini persis KRAYON.
Mungkin ada warna yang sangat kita hargai. Ada juga warna yang mungkin kita
tidak gemari. Namun masih, kita memerlukan setiap satunya untuk melengkapkan
sebuah gambaran cerita kita.
Dan itulah kehidupan yang menemani
perjalanan kita…”
Yepp,
tu monolog dalam video pendek ni. Written by me. By Wan Norshafika. Tapi the
fact untuk aku mengaku yang this is what I’ve wrote, aku malu. Malu. Sebab the
thing is that, aku cuma pandai menulis. Tangan aku ni cuma pandai menulis.
Konon penulisan yang lahir dari hati. Tapi pfft. The real is that, aku gagal
merasa dengan hati…
Akulah yang gagal untuk faham tentang krayon tu...
Akulah yang gagal untuk faham tentang krayon tu...
p/s
: Terima kasih untuk Twinning 2013 yang terlibat secara langsung atau tak
langsung sepanjang pembikinan filem pendek ni. Kredit kepada production crews
and pelakon2 yang sangat mantap. And mintak maaf atas segala kekurangan,
kekasaran and ketidakpuasan hati sepanjang proses pembikinan. Kepada yang sabar
dengan aku, aku sayang gile la kat korang. Korang mantap!
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment