Sunday, October 25, 2015

Muntalaq..

Sunday, October 25, 2015
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Yeayyy! Entry baru. Alhamdulillah. Sistem CVS da habis. Minggu lepas mid-sem exam. In Shaa Allah esok start sistem baru. Respiratory System. Hihuuu. Jadi student, penat memang penat. Kadang-kadang kerja tak de la banyak sangat. Tapi penatnya Masha Allah. Aku pun tak tau tang mane yang penatnya. Nak-nak lagi kalau final sem. Nak mampp je rase. Time tu la baru nak cover balik midsem, baru nak kumpul slides, mana nak practice OSCE, SOOCA. Seharian kadang-kadang tak bercakap dengan orang. Terperap je dalam bilik. Makan tinggal order. Jangan heran kalau seharian aku tak jumpa housemates. Paling kalau jenguk bilik sebab nak tanya sape nak order makan. Masing-masing pun terperap je dalam bilik. Bincang soalan pakai Whatsapp. Yepp, even serumah. Hahaha.

Tapi usaha tu macam tak pernah rasa sia-sia. Penat tu tak pernah tak terbayar. Lepas final, cuti. Balik Malaysia. Jumpa family. Kat situ, terbayar semua penat exam. Even seminggu, rase memang tak cukup. Tapi dah cukup bersyukur. 6 bulan sekali. Kadang-kadang rase kejap. Kadang-kadang rase lama. Bila rindu, terasa la lambatnya lagi nak balik. Bila rindu, bukak gallery. Tengok gambar setiap sorang. Belek-belek gambar family. Tengok video Keysha. Aku jenis yang tak pandai cakap rindu. So, mati rindu sorang-sorang la. Hehe.

And alhamdulillah. Minggu lepas-lepas, wedding Kak Jie berlangsung dengan jayanya. Hohoh. Congratulation ! And celebration! Na na na ~ ~ Tapi aku tak balik. Sebab exam. And In Shaa Allah minggu depan majlis belah lelaki. Pun tak balik. Ma abah cakap takpe tak balik. Nanti in Shaa Allah majlis Kak Ja yang coming soon aku wajib balik. Hehe.

Member selalu cakap, untung la Ika kau boleh belajar jauh-jauh. Medic pulak tu. And kitorang kat sini akan cakap, bestnya belajar kat Malaysia. Dekat dengan family. Ada apa-apa event, boleh balik rumah. Hohh. Tak bersyukur ke tu? Hmm. Syukur tu masing-masing tahu sendiri la kot. Kadang-kadang bukan la tak bersyukur, tapi cuma nak luahkan apa yang dirasa.

Jujur, dulu tak la rasa bersyukur sangat. Sebab macam, kenapa la nak kena datang jauh-jauh. Medic pulak tu. Dah la 6 tahun. Pastu kat sini rasa macam golongan minority je.

Tapi jalan syukur tu, ada temannya. Iaitu sabar. Mukmin yang berjaya ialah mukmin yang bersyukur dan bersabar dengan apa yang dia dapat. Bagi la nikmat anugerah ke, meynah ujian ke, In Shaa Allah dia mampu bersabar and tak lupa ucap syukur.

Reflect diri balik, kenapa dulu tak rasa bersyukur ialah sebab tak nampak apa yang Allah nak bagi ni. Lepas lama (lama ke?) berjinak-jinak dalam dunia dakwah tarbiyah ni, baru disedarkan. Ni sebenarnya yang Allah nak bagi.

Allah nak bagi nikmat kefahaman dalam Islam tu. In Shaa Allah.



Siapa tahu sebenarnya kat sini baru aku jumpa Islam, baru belajar kenal Allah. Siapa tahu kalau study kat Malaysia, maybe aku still sama. Aku still Ika yang dulu.

Perjalanan yang Allah rancang, memang berkabus. Kita tak pernah tahu apa yang menanti kat depan. Tak nampak siapa dan apa yang ada kat depan. Tapi Allah memang sediakan sesuatu untuk kita. Kalau je kita berani melangkah ke depan..

Dalam daurah Aqila tanya muajjih, Kak Long. Qila pernah ditanya oleh someone, “dari kaca mata Islam, apa sebenarnya maksud kehidupan?”

Kehidupan? Aku cuba jawab sendiri. Tapi entah. Bila ditanya macam tu, baru aku sedar, yang kadang-kadang kita tak pernah mendefinisikan makna ‘kehidupan’ tu dengan sebenarnya. Kita hidup. Noktah. So dah la kan. Tapi dengan soalan ni, aku terfikir, apa makna kehidupan aku.

Aku pernah fikir sendiri, how life is actually a riddle. Kau takkan sesenangnya ada jawapan. And terkadang that riddle tu sangat absurd. Sangat ridiculous. Terkadang macam prank, a joke yang buat kita rasa diperbodohkan. Macam hidup ni jadi permainan takdir je. Tapi beyond everything, setiap yang jadi tak pernah sia-sia.

Dalam dunia DnT ni, ada masa kita rasa iman tengah jatuh. Ada masa iman kita tengah tip top. Masa iman tip top tu, fuhh. Semua benda rasa nak dibuat. Tiap masa rasa nak buat sharing. Tiap masa nak dengar kak murabbi bersembang. Kata Kak Long, futur itu fitrah. Tabik salute kepada mana-mana da’ie yang tak pernah rasa futur tu. Iman manusia ni ada naik turunnya. Sebab tu la kita akan rasa futur tu. Dan bukan kita tak akan sedar. Kalau kita pernah rasa macam kosong, incomplete, macam dah lain, itu tanda mungkin kita tengah futur. Boleh sedar sendiri.

Dan itu perjalanan Dnt yang macam teka-teki ni.

Dan terkadang bila kita futur, nak bangkit balik, kita perlukan sesuatu untuk buat kita naik balik tu. Nak cari semangat balik. Nak cari hati yang dah hilang. Kita perlukan satu titik perubahan, a turning point. Yang kita panggil Muntalaq.



Muntalaq kita boleh jadi bukan satu. Boleh jadi banyak. Sebanyak mana aku jatuh and bangkit balik, sebanyak tu la muntalaq aku. Berdozen jawabnya.

And mostly muntalaq aku ialah akhwat. Sisters yang berjalan sama dengan aku. Yang sama-sama di jalan ni. Akhwat yang boleh buat aku menitiskan air mata. Terkadang tanya diri, kenapa akhwat aku masih boleh berdiri teguh. Kenapa even bila dah cuti lama, akhwat aku masih tak layu. Kenapa semangat masih membara.

Far share, kata murabbi dia, “kalau malam tu awak tak qiam, esok jangan buat usrah adik. Kalau malam tu awak tak lengkapkan tadabbur, esok jangan buat usrah adik.”

Sentap. Aku memang tak pegang usrah adik. Tapi terfikir, malunya aku nak pegang mad’u, cari mad’u kalau diri ni still jahil. Kalau diri ni pun still terkontang-kanting. Jalan tak stabil. Dan semangat Far dan murabbi yang lain, jujur aku cemburu. Cemburu, kenapa semangat tu tak pernah padam.

Turning point ni, muntalaq ni ialah satu titik tolak yang mampu bawak kita setapak lebih maju. Setapak melangkah ke depan dari kita yang sekarang. Ya, kita futur. Dibenarkan. Tapi biarkan muntalaq kita tu membawa kita lebih tinggi dari diri sebelum kita futur. Itu graf futur seorang da’ie.

Dan bila sebut pasal akhwat, hmm. Aneh. Sebab kita kenal bukan lama. Ada yang usrah tak sama. Ada yang di Jogja, Jakarta, Bandung. Tapi, aneh. Bila daurah, kumpul sama, macam tak ada yang beza. As if mengalirkan darah yang sama.

Cerita Kak Farami, pernah merajuk dengan housmates. Keluar rumah, lencun menangis. Comel. Itukah ukhuwah kata mereka? Cerita Kak Atie, berkongsi bumbung yang sama, umpama adik beradik. Sampaikan tahu setiap helai pakaian milik siapa.

Kalau tanya apa muntalaq aku. Mereka. Akhwat itu muntalaq aku…


credit


Jazakumullahu Khayran Katheera..

No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014