Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Tak berniat nak menulis pun malam ni. Tapi terdetik nak
stalk blog sendiri. Then nampak la kat blog I follow, ade entry baru dari blog
hakak fevret aku. Hik3. Baca blog dia kejap, pastu tercuit la rasa tu untuk menulis jugak.
Semalam kitorang bermabit. Sambung dengan rehlah pagi
tadi sampai tengahari. This is the first time ever kitorang dihumban dengan
tanggungjawab untuk prepare everything. Dari cari tempat, siapkan makanan,
perlengkapan, games, sharing. Semua kitorang. Rasa bangga sebab konon
independent. Hihik.
Alhamdulillah jugak sebab Allah permudahkan. And jazakumullahu
khayr sisters untuk every penat lelah and pening-pening kepala korang setelkan
semua. May Allah grant us Jannatul Firdaus.
Untuk rehlah pagi tadi, kitorang ade total of 3 games
daripada 4 group usrah. Sebab group usrah aku dengan Iche gabung. Tema games
yang dibagi kat group kitorang is Iradah Qawiyah which is kemahuan yang kuat. Kemahuan
untuk berubah dan mengubah.
Ubah diri sendiri and orang jugak.
Sebab memang, berubah tak senang. Susah. Payah. Rumit. Renyah.
Nak berubah, kena ada ‘nak’ tu. Dan ‘nak’ tu pulak, tak
boleh setakat ‘nak’ yang suam-suam kuku. Kena hangat, panas membara. Memang nak
yang sangat-sangat nak la.
*credit |
Kalau recall zaman2 aku rebel usrah dulu, bukan tak ada akak-akak
yang approach. Bukan tak ada usrah, daurah. Bukan tak ada akak-akak yang ketuk
pintu bilik bila kitorang tak nak datang daurah. Bukan akak-akak tak call
ingatkan bila usrah. Akak-akak siap masak lagi semata-mata nak kitorang
semangat sikit join usrah. Nanti ade la pisang goreng, macaroni, ‘kerepek
daurah’. Sebab nak tarik hati-hati kitorang ni, untuk kenal Allah.
Tapi dengan adanya
semua benda tu, nak ke tak sebenarnya kita ni untuk berubah.
Aku still ingat satu benda yang aku sembang dengan Kak
Ain dulu masa kitorang rehlah kat curug. Akak tanya aku suka tak tadabbur alam.
That moment, halfly joking aku cakap aku suka tadabbur manusia. Nanti aku akan
tengok la satu-satu perangai manusia ni macamana. And kadang-kadang aku compare
aku dengan dia.
Let’s say aku tengah tadabbur sorang akhwat tudung labuh
pakai jubah yang jalan sopan. Then aku compare. Kenapa tudung aku tak labuh
macam tu. Kenapa aku still liat dengan jubah and nak jugak hari-hari dengan seluar.
Kenapa aku jalan mesti macam gangster masuk pasar nak kutip duit tapak. Benda-benda
macam tu yang selalu aku fikirkan.
Then aku cerita la kat Kak Ain pasal ade sorang member
sekolah yang sekarang ni dah jadi orang hebat dalam D&T. Kenapa setahun
tarbiyah dia kat matriks dah berjaya ubah dia totally jadi macam another different
person. Yet aku setahun tarbiyah (time tu) kat Indonesia sini, bumi Islam tapi still
jalan merangkak. Bukan setakat merangkak, baring tak gerak-gerak pun lagi. Aku tanya
Kak Ain apa yang membezakan kitorang.
Penerimaan..
Tu jawapan Kak Ain. Isi usrah mungkin lain, tarbiyah lain,
tempat lain. Tapi bukan tu highlightnya. Sebab apa yang betul-betul membezakan
ialah penerimaan. Nak ke tak aku terima tarbiyah ni. Kalau kata Allah ketuk
pintu hati aku ni untuk berubah, nak ke tak sebenarnya aku bukak. Tu bezanya.
And betul la, cakap pasal nak tak nak, bunyi macam mudah.
“Okeh, aku nak berubah.” Mulut laju je cakap. Tak perlu berhenti bayar tol pun.
Touch n go. Laju je. Tapi nak buat, Allhurabbi, masuk gaung kak. Terbabas.
Sebab tu kite kena ade satu pemacu untuk kite nak
berubah. Something yang boleh kite jadikan sandaran. Satu sebab. Contoh la ek,
Umar Al-Khattab. Bukan lahir dengan identiti islam. Bahkan kejam-kejam tak
kejam, jahil tak jahilnya dia, Umar bunuh anak perempuan sendiri. Tapi berada
dalam jahiliyah, Umar tahu dia perlu berubah. Sebab dia rasa macamana hitam
gelapnya jahiliyah tu, Umar decide untuk pilih sinar Islam. Umar nak berubah tu
and apa yang pacu perubahan dia ialah zaman jahiliyah dia sendiri.
So dalam games yang kitorang buat, idea dari Iche.
Kitorang create game in which setiap grup yang main ni akan dikasik sebijik
telur and dorang kena protect telur tu. Kitorang akan bagi several bahan macam
kertas, tisu, plastic untuk dorang balut telur tu. And jeng jeng, kitorang yang
akan baling telur tu nanti. Aim kitorang untuk pecahkan telur diorang la. So dorang
kena la balut sebaik mungkin to protect telur tu pecah bila dibaling nanti.
Ibrah atau pengajaran yang cuba ditekankan is that
seberapa banyak usaha yang dorang akan buat untuk protect telur tu. Which is
sebanyak mana kemahuan korang untuk protect telur tu. Kalau memang nak protect,
kena la usaha betul-betul kan. And telur tu sendiri boleh diibaratkan sebagai
kemahuan tu. Kena protect kemahuan kite ni, jangan sampai menyimpang kat tengah
jalan then terbabas langgar traffic light. Sebab banyak sangat benda. Like seriously
sangat banyak dugaan yang akan datang. Yang akan buat kite swaying dengan
kemahuan kita untuk berubah ni.
Nak berubah pakai tudung labuh.
Ehh, takpe la. Nanti kang orang panggil ustazah pulak.
Nak berubah betulkan bacaan mengaji, nak masuk kelas
mengaji.
Ehh, takpe la. Nanti orang kata apa pulak tua bangka tapi
mengaji gagap-gagap lagi.
Nak try join usrah la, cari grup2 akhwat yang buat usrah
terbuka.
Ehh, takpe la. Nanti takut kawan-kawan cakap kolot pulak nak
usrah-usrah bagai ni.
Nak itu nak ini. Tapi banyak benda yang interfere. Then all
those ‘nak’, jadi la ‘takpe la, nanti…’ Sebab tu la kemahuan2 nak berubah tu,
kite kena protect jangan sampai jadi pudar kusam.
Supposedly tu benda yang nak disampaikan sebenarnya. Tapi
bila kata ibrah, tak ada limit. Tak ada takaran mana betul mana salah. Sebab
nanti setiap orang akan ada ibrah masing-masing. So 2,3 orang ade la share
ibrah diorang tadi.
And keluarlah satu benda yang aku tak expect pasal ibrah
game ni. In which dari Kak Atie, “bayangkan telur tu ialah iman awak.” And then
hmmm…
Bayangkan sebijik telur tu ialah iman kita. Yang kita kena
protect, kena balut kemas, kena hati-hati sebab tak nak bagi pecah dan rosak. So
kena la balut setebal dan sebaik mungkin. Balut dengan amal. Mutaba’ah amal.
Kalau kata balutan kat luar telur tu nipis, mampu ke
telur kat dalam tu selamat? Like no way la kan. Lagi2 kitorang baling dengan
gaya main baseball. Arch 45 degree dengan velocity 50 ms-1. Langgar pagar
and kelepekkk. Pecah.
Sama la jugak analoginya dengan kita balut iman ni dengan
amal yang setipis kertas tu. Selamat? Heh, mimpi la sis. Kena gegar sikit je
iman dah runtuh.
And balingan gaya baseball kitorang ni pulak umpama
rintangan dan dugaan dalam D&T ni. Telur, kalau jatuh dari tinggi yang
berbeza, pecahnya tak sama. Macam tu la jugak dugaan, tak sama. Impact beza-beza.
Semua tahu nak dakwah ni banyak halangan. Internally and externally. Rasa tak
confident, malas, tak istiqamah, futur, tak tsiqah. Pastu datang pulak dari luar,
“weh, kau ni bajet bagus”, “bajet ustazah”, “diri pun tak betul, ada hati nak
tegur orang” and bla bla bla. Tambah pulak dengan all those things yang happened
around the world. Islamophobia, Islam was banned, pergolakan Syria, Palestin, Gaza yang tak berkesudahan. Penindasan kat mana-mana. Dugaan ni memang akan
selalu ada.
So, kalau kata balut telur pun tak tebal, tak cukup,
possible ke telur akan selamat lepas kena baling kuat-kuat and laju-laju tu?
Sama la jugak, kalau kata amal tak banyak, tak ‘tebal’,
tak cukup, mampu ke nak jamin iman kita ni selamat lepas dah dihentam dugaan
yang bertalu-talu?
Kak Atie cakap lagi, “mampu ke iman kita untuk tetap kuat
dengan semua dugaan ni?”
Hukkk..
Soalan tu.. aku tak ada jawapan.
Menangis sebab rasa iman lemah?
Tick. Pernah.
Tetibe sendu sebab rasa iman kat bawah?
Tick. Pernah.
Aku tak tahu mampu ke tak iman aku untuk tetap kuat bila
there’s time yang aku rasa sangat lost dengan semua ni. Rasa nak give up.
*credit |
Yepp, mungkin je balutan aku masih belum cukup tebal.
Kan?
Tepuk dada, tanya iman…
Jazakumullahu Khayran Katheera…
Thanks for reading..