Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
In Shaa Allah esok balik Malaysia. Ciss. Bukak je cerita, terus
gebang pasal nak balik. Hahaha. Exam dah habis hari ni. Setelah 3 minggu
berperang dengan kemalasan. Setelah 3 minggu aku tidor bangun tak tentu masa.
Setelah 3 minggu aku jadi macam bujang terlajak yang selekeh sememeh. Dan 3
minggu ni In Shaa Allah akan terbayar dengan seminggu cuti. Err? Tak puas hati
dengan cuti kejap, tapi tak pe la. Janji cuti. Kalau tak cuti langsung, lagi senak.
Lagipun mungkin Allah nak jaga aku. Kalau bagi cuti sebulan dua bulan, hancuss
ke mana-mana hentah aku ni.
Dan bila dah rileks macam ni, rasa la nak menulis. Lame
dah tak menulis. Sangat lama. Bukan tak nak update. Tapi macam kosong cerita.
Tak tahu nak sembang pasal apa. Kalau ikutkan, banyak jugak je sebenarnya benda
yang nak disembangkan, tapi tak tahu nak tulis macamana. Hari tu rasa jugak rindu
nak update blog. Saja la belek2 blog. Baca yang last entry, pasal Muntalaq.
Tetiba rasa touching. Laju je air mata mengalir. Huhuk. Maluuuu. Mengada je Ika
ni.
Ade sorang ukhti ni send kat grup whatsapp, snapshot dari
status fb orang kot.
Teruskanlah
menulis
Kita tidak tahu
hati mana yang akan tersentuh ketika membaca tulisan kita
Dan sedar atau
tidak, kita telah melakukan dua kerja
Iya, dua kerja
Satu, menulis
Dua, berdakwah
Jujur. Bila baca, semangat rasa berkobar. As if Allah dah
bukak jalan bagi kita tanam ladang-ladang pahala. Sayang la kan kalau kita
abaikan. Tapi at the same time dalam hati, ada ke yang baca tulisan aku ni? Ade
ke yang terkesan dengan tulisan aku ni. Sebolehnya tak nak la usaha tapi tak
dapat apa. Memang Allah tak pandang hasil, tapi sebolehnya kita mesti nak
merasa jugak menuai hasil tu kan.
Aku tak ada benda lain untuk aku pakai. Aku tak reti nak
tarik orang dengan bercakap bila bercakap pun still terabur. Aku tak reti nak
tarik orang dengan qudwah bila mana qudwah aku sendiri masih ke laut. Aku cuma
tahu menulis. Bila cakap tahu, aku cuma tahu je. Tak bermaksud aku pandai atau
reti menulis. Kikiki.. Tapi dengan penulisan ni la, aku berharap dapat bukak hati-hati
yang nak mencari.
Setiap orang ada logam masing2. Which is kelebihan
masing2. Yang mana kita boleh gunakan kelebihan yang ada tu untuk menyampaikan
dakwah Islamiah. Ada yang boleh menulis, bagi talk, menyanyi, qasidah, apa
lagi. Ada yang hanya dengan qudwah je, dah mampu menyentuh orang untuk ikut
tarbiyah.
Ada seorang ukhti pernah tanya aku, apa agak2 logam yang
aku nampak ada pada dia. And I was like krik~ krik~ Apa aku patut jawab.
Supposedly dia la yang akan tahu pasal dia kan. Hehe. And aku tak tahu nak
cakap apa, aku cakap, “In Shaa Allah, ada punya. Memang akan ada.”
Aku pernah usrah usrah dengan dia masa awal-awal dulu je.
Time tu zaman rebel, so aku tak berapa nak heran sangat sape-sape bercakap
dalam usrah pun. Aku tak ingat macamana dia dulu. And sekarang aku dah tak sama
usrah dengan dia, so aku tak tahu macamana sharing dia dalam usrah. Aku tak
tahu adakah logam dia pada bercakap. Aku tahu dia kadang-kadang menulis jugak.
Cuma dia sendiri tak yakin adakah logam dia pada menulis.
Kadang-kadang kita terlalu fikir jauh, fikir susah2,
complicated. Apa logam kita, apa kelebihan kita. Padahal kadang-kadang benda
yang kita anggap sepele tu la yang sebenarnya kunci dakwah kita.
Hari tu masa daurah, Kak Noja sharing. Kata Kak Noja, dia
hanya tahu bercakap. Itu la yang dia mampu buat. Bercakap. Dan aku mengaku, Kak
Noja memang pandai bercakap, tak boring bila dengar dia bercakap. Instead kita
rasa macam excited nak dengar dia cakap apa. Tapi kata Kak Noja, kadang-kadang
dia takut. Sebab dia hanya ada mulut ni je. In which kat akhirat nanti, mulut
ni la yang akan dipateri Allah. Mulut ni la yang tak mampu nak bagi kesaksian.
Tapi still, buat je. Bercakap je. Bila mana Allah kurniakan sesuatu untuk kita,
bersyukur la dengan kurnia tu. Macamana nak tunjukkan rasa bersyukur tu? Guna
lah ke jalan-jalan Allah.
Pernah terbelek terbaca status-status akak2 yang dah
balik Malaysia. Yang sekarang kat HUKM. Diorang masih kuat kat jalan ni. Masih
bergelar akhwat yang hebat2 di dunia dakwah. Tapi tak dinafikan yang ada
masanya diorang pun jatuh jugak. Buatkan aku terfikir, akak2 yang qawiy macam
diorang ni, ada masanya dorang boleh jatuh, ni kan lagi aku.
Aku kadang-kadang takut. Macamana agaknya balik Malaysia
nanti. Adakah aku still akan ikut usrah? Adakah aku still care pasal dakwah
tarbiyah? Atau dengan alasan aku terlalu sibuk, aku abaikan semua? Kalau sekarang
pun kadang-kadang aku rasa nak give up dengan usrah, macamana pulak nanti?
Yepp, there’s time yang aku memang rasa nak give up
dengan usrah. Terfikir nak mesej murabbi, nak bagitahu niat nak keluar usrah. Nak
cari jalan sendiri. Kadang-kadang rasa macam ‘Lantak la. Aku dah tak heran
dengan usrah dah. Tak nak pikir dah’.
Kenapa macam tu? Entah la. Banyak sebab. Salah satunya, sebab
rasa kosong. Rasa macam usrah tak usrah, sama je. Rasa sangat kosong. As if kau
masuk satu bilik ni, yang kosong je, tak ada apa2, yang kau even akan dengar
gema nafas sendiri. Kau nak cari pintu nak keluar, tak de. Nak cari lubang nak
bernafas, tak de. Macamana rasa tu? Suffocating!
Tarbiyah sifatnya mengubah. Tapi aku tak rasa wujudnya
perubahan tu. Aku masih lalai, masih dengan malas, masih merajakan nafsu dunia.
Apa yang berubah? Tak ada. Aku fikir, maybe ni bukan jalan aku yang
sebenar2nya. Maybe aku tak layak kat sini.
Till one day, terima something dari chat group whatsapp.
Jika engkau merasa di sekelilingmu
gelap dan pekat,
tidakkah dirimu curiga bahawa engkau
dikirim oleh Allah,
sebagai cahaya bagi mereka.
Sinarmulah yang mereka nantikan.
Maka, berkilaulah!
-
Salim
A. Fillah
Aku rasa aku selfish. Terlampau fikirkan diri sendiri. Fikir
susahnya nak istiqamah, susahnya nak kuat dalam dakwah, susahnya untuk elak
diri futur lagi, susahnya nak rajinkan diri lapangkan hati untuk turun usrah. Padahal
ummah dah bepecah belah. Tapi still fikir pasal diri sendiri. Still manjakan
diri sendiri. Padahal salahnya bukan pada usrah, bukan salah dakwah tarbiyah
yang kita gebang penat. Tapi salahnya pada aku yang manja. Salahnya pada aku
yang tak nak menerima.
Malu.
Ada masanya aku nak bersendirian. Aku nak cari apa yang
tak kena dengan diri. Nak cari sebab kenapa aku rasa macam susah hati. Siapa tahu,
rupanya Allah nak cuit manja. Allah nak cakap, “Kenapa perlu rasa susah hati, bila
Aku kau boleh cari. Kenapa nak tarik diri, bila kau masih diperlukan ummah ini.
Kenapa nak kena mengalah, bila kau selalu boleh bangkit berdiri?”
Sebab Allah takkan pernah tinggalkan kita...
Allah akan selalu ada..
Allah akan selalu ada..
No comments:
Post a Comment