Sunday, December 14, 2014

KATCHA! ~ Part III

Sunday, December 14, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Okeh, ni last part Katcha!. Hehe. Okeh, bile kite cakap pasal certain program, or project, or activity, gebang sangat la kan kalau kate kite totally 100% puas hati. Tak pun 100% lancar, takde masalah langsung. Iyo dok? Cakap je la program ape pun, aktiviti ape pun, mesti akan ade problem sikit. It can be masa planning, boleh jadi jugak masa pelaksaan. Even kalau planning untuk vacation, mesti ade je timbul masalah kan. Haa, same la dengan Katcha! ni. Ade je problems yang timbul masa planning, masa pelaksanaan. Tapi bukanlah problem tu membantutkan aktiviti ni. tak jugak, sebab akan ada strength and opportunities untuk sesebuah program tu. Familiar tak dengan term SWOT analysis? SWOT ni stand untuk STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITIES and THREAT. SWOT analysis ni somekind like kita analyse satu-satu SWOT untuk certain program. So, dah alang-alang mention, without further ado, jumm kite analyse SWOT untuk Katcha!

STRENGTH
1.    Tempoh masa yang singkat

Okeh, kalau nak buat certain program, masa memang satu elemen yang sangat penting. Sangat crucial. Lagi-lagi kitorang as a student, bukan senang nak spare masa untuk something yang lain. Tapi advantage and strength program Katcha! ni is that kita tak perlu nak sparekan mase yang banyak untuk buat program ni. Masa planning, kitorang ambik masa untuk tentukan kategori pertandingan, then tentukan few other things. Tu je. Meeting pun simple-simple je.

Tu based on kitorang as biro kan. Tapi untuk peserta sendiri, diorang pun tak perlu luangkan banyak masa untuk hantar penyertaan. Just pick mane-mane gambar yang diorang suka, then emel je kat kitorang. Done!

2.   Publisiti

Apa yang aku nak cakap pasal ni, bukanlah bermaksud Katcha! ni dah ada nama sendiri. As if ‘brand’ sendiri. Tak. Sebab ni ialah program 1st kitorang. Tapi Katcha! kan ialah satu program anjuran Biro Multimedia KUBI. Yang mana KUBI sendiri tak perlu nak diperkenalkan lagi. Pelajar Malaysian semua dah tau apa KUBI ni. Kelab UMNO Bandung Indonesia. So, tak susah la untuk kitorang bawak naik nama Katcha! ni. Sebab berada di bawah KUBI dah bagi kitorang satu peluang untuk promote Katcha! ni. As if bile dengar nama Katcha!, orang tau, “oo, tu program fotografi yang bawah KUBI tu kan?”

WEAKNESS
1.   Pengalaman yang terbatas

Actually, kalau nak cakap pasal pengalaman, setiap orang ade je pengalaman nak handle program. Macam untuk Insaniah sendiri, kitorang punya previous 6 credits, semua kitorang handle sendiri aktiviti. Tapi rasa berbeza kot sebab aktiviti sebelum ni dalam kalangan kitorang sendiri je. Tapi Katcha! bukan je melibatkan kitorang. Tapi jugak dari UIN, dari fakulti lain and jugak dari batcha lain. Bukan senang la nak handle something yang skop lebih besar.
Lagipun kalau ikutkan, most of member Katcha! bukanlah background IT savvy or ape-ape yang berkaitan dengan multimedia ni. Pengalaman kitorang dalam fotografi pun tak seberapa sangat.


2.   Dana dan bajet (ekonomi)

Yang ni, aku rasa mana-mana program pun, dana memang satu isu yang tak boleh lari la. Majlis tertinggi ade je apply dana daripada KUBI sebab KUBI boleh sparekan moneys untuk every acara yang mana-mana biro under KUBi buat. Tapi untuk yang ni, maybe sebab event ni takde la besar mana. So dana yang diprovidekan pun tak la sebanyak yang dimintak. So, ralat la sikit. Then, biro ekonomi la yang nak kena kerjaa keras untuk sediakan lebih dana. In fact, not only biro ekonomi je, sekali dengan biro lain pun tolong untuk cari dana lagi.

3.   Kurang penilaian dan anggaran


Actually, jujur cakap, aku rasa kitorang still lack dalam estimate things. Yang paling jelas is that untuk penyertaan filem pendek. Terkilan kot sebab takde penyertaan langsung. Bile fikir balik, maybe salahnya kat kitorang sebab kitorang tak providekan masa yang lebih untuk filem pendek tu. Means, kitorang tak estimate mase selama sebulan tu sebenarnya cukup tak untuk orang buat filem tu. Well, mesti require mase yang lebih sikit kan sebab nak buat filem pun bukan senang. Even yang cikai macam aku buat pun dah stress bagai dah. Situ kelemahan kitorang sebab kitorang tak terfikir kat perkara tu.


OPPORTUNITIES
1.   Program yang sangat terbuka dan menarik untuk setiap mahasiswa yang terlibat

Katcha! ni kan sebenarnya ialah satu pertandingan fotografi dan video pendek kan. And penyertaan untuk fotografi tak ada exact peraturan, kena pakai kamera ni, kena tema ni, kena orang ni je, kena itu ini. Tak. Sebab orang bebas hantar gambar masing-masing. It just that nak bagi penyertaan ni somekind like terarah sikit, so kitorang wujudkan kategori tertentu.
i)             Selfie
§  Selfie Boria
§  Selfie Unik
§  Selfie Fotogenik
ii)            Memorable

So let’s say macam untuk selfie, memang semua orang suka selfie kan. Even uolls pun kan. Kalau duduk sensorang tu, mula la bukak henpon, pastu klik sane, klik sini. Muncung mulut, peace, macam-macam gaya. Iyo dok? Tapi semua just simpan dalam henpon je. Tak pun masuk FB, Insta, Twitter. Orang like, komen. Then..? Nothing la kan. Disebabkan jadinya macam tu la, kitorang wujudkan kategori ni. Macam nak menggalakkan diorang untuk something yang lebih worth. Not just post gambar selfie tu untuk orang like and komen je.

Same macam memorable, aku sendiri ade few friends yang suka amek gambar untuk merakam kenangan. Macam ade pernah kitorang jalan-jalan kat Kawah Putih, kat Situ Patenggang semua, haa, bergmbau tak ingat dunia kau. Lagi-lagi bile kitorang kat bumi Indonesia ni, kalau boleh every moment nak dicapture. So nanti bila dah balik Malaysia, at least ade kenangan yang mengingatkan diorang moment-moment indah kat sini. Iyo dok? So sebab tu la kitorang wujudkan kategori ni. Untuk bagi diorang peluang untuk share kenangan diorang bersama-sama and dihargai.

Untuk video, lain pulak cerita. Actually skop cerita, storyline, pelakon semua tu, terbuka je. 
It just that tema kitorang pasal ‘Raya di Perantauan’ sebab tempoh pertandingan ni dekat-dekat dengan Raya Haji time tu. Tapi, bile kate raya, not only raya dalam Islam kan. Sebab it can be Raya Cina, Raya Deepavali, etc

Penyertaan sendiri terbukak kepada semua students, not only students Malaysia yang jadi ahli KUBI je. Sebab actually ahli KUBI cuma untuk Malaysian students je. Tapi untuk contest Katcha! ni, even yang bukan member KUBI pun boleh join.


THREAT
1.   Penyertaan

Untuk penyertaan, at first memang kitorang tak boleh nak estimate berapa banyak penyertaan. Sebab awal-awal tu, bila tengok, macam tak ramai yang join. So kitorang bit worried la sikit. “What if kalau penyertaan 2,3 kerat je?”. “What if sebenarnya orang tak tau pun pasal Katcha! ni?”. And banyak lagi la “what if” tu. Tapi bila tarikh dah almost nak tutup, baru la banyak penyertaan yang masuk. So macam threat jugak la bila fikirkan publisiti penyertaan tu.


2.   ‘Jenama’ Katcha!

Apa yang aku nak cakap kat sini is that, Katcha! takde jenama. Katcha! tak dikenali pun sebab baru lagi kan. So kitorang like compete dengan few other contests photography yang lagi grand. Contohnya MAISEN – Malam Inspirasi Seni. Dalam dunia multimedia bagi Malaysian students UNPAD, MAISEN ni memang sangat famous. Memang grand habis la kan. So kitorang sebolehnya nak elakkan orang untuk fikir kitorang copycat MAISEN. And kitorang jugak tak nak dicompare dengan MAISEN atau jadi shadow MAISEN. Kalau ikutkan susah la nak tunjuk yang Katcha! ada its own brand sebab wujudnya another platform dalam dunia multimedia ni.

REFLEKSI

Okeh, hold on. Sekali lagi, tak perlu heran dengan apa la pulak refleksi ni. ni somekind like dapatan, tak pun hasil yang aku dapat daripada program ni. I mean, macamana program Katcha! ni boleh membentuk sesuatu dalam diri aku.

Okeh, so sebenarnya Katcha! ni aku jadikan report untuk program Insaniah aku kali ni. Kitorang ade another 2 kredit untuk dipenuhkan. And somehow, Katcha! ni memang satu platform yang berjaya membentuk dua nilai yang diterapkan dalam Kemahiran Insaniah kali ni.

1.   HHHC9701 – PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Bila mention keusahawanan, yang terlintas kat kepala mesti meniaga, bukak bisnes, buat duit. Kan? Kan? Hermm, betol ke cemtu? Haa, tak salah pun. Betul la tu. Keusahawanan ialah satu bidang untuk kita buat bisnes, generate duit. Tapi question is macamana nak buat bisnes yang berjaya? Macamana nak generate duit tu? Kenapa ade bisnes yang success, kenapa ade yang gulung tikar? Kalau nak buat bisnes sebenarnya bukan la susah, tapi macamana nak menguruskan bisnes tu yang jadi masalah. Haa, kat sini la Kemahiran Insaniah ni memainan peranan. Sebab dalam keusahawanan, kita tak cuma cakap pasal duit, bisnes je. Tapi yang paling penting untuk diterapkan ialah kemahiran, skill, kepakaran keusahawanan tu sendiri. Apa ciri-ciri keusahawanan yang berjaya? Heh, banyak. Google je. Tak pun tengok je businessmen, businesswomen yang ada, macamana boleh success macam tu?

So, Alhamdulillah, dalam Katcha! ni sendiri, even aku bukan la Biro Ekonomi, bukan bendahari, tapi still menguruskan multimedia pun berjaya membentuk ciri-ciri keusahawan dalam diri aku.

Perancangan.          

That’s it. Sebab somehow, nak menguruskan sesuatu bisnes, atau nak ceburkan diri dalam bidang keusahawanan, skill untuk merancang tu sangat penting. Orang kate, “if you fail to plan, then you plan to fail”. Untuk multimedia ni, banyak benda yang aku nak kena plan sebelum buat. Plan macamana nak publisitikan dan promosikan Katcha! melalui skop kerja aku sebagai Biro Multimedia sendiri. Together dengan biro lain, plan macamana nak create majlis untuk penyampaian hadiah untuk make sure orang datang and response. Bukan tu je. Aim majlis penyampaian hadiah Katcha! sendiri ialah untuk celebrate and congratulate winners kan. So sebab tu la penting untuk kitorang create satu majlis yang mana keutamaannya ialah untuk menghargai dan congratulate para pemenang tu sendiri. Majlis ni bukan untuk kitorang je, tapi majlis untuk diorang. Haa, macam tu la.

2.   HHHC9801 - KREATIF DAN INOVATIF

Bile cakap pasal kreativiti dan nilai inovatif ni, sebenarnya sangat la subjektif. Sebab setiap orang ade nilai kreatif dan inovatif ni dalam cara masing-masing. Personality and coping mechanism setiap orang berbeza. Kreatif ni senang kate as if kita mampu melihat sesuatu dari perspektif yang baru and buat sesuatu yang baru dengan gabungkan several ideas yang bernas melalui cara berfikir di luar kotak. Inovatif pulak macam kita gunakan kreativit kita untuk create something yang baru yang lebih better and lebih banyak improvement. Haa, sebab tu la kalau perasan, kreatif dan inovatif ni memang tak terpisah. Macamana aku nak explainkan maksud kreatif dan inovatif ni jugak umpama contoh nilai kreativiti dan inovatif aku la ni. Haha.

Bekerja dalam bidang multimedia, memang aku tak dapat lari daripada nilai yang satu ni. In fact, nilai-nilai ni as if first rule kalau kita nak melibatkan diri dalam bidang multimedia. Sebab tu ramai yang selalu cakap, “Tak nak la masuk multimedia. Tak kreatif la”. Untuk skop kerja aku dalam Katcha! ni, aku banyak ditugaskan untuk buat posters, videos. So daripada sini, day by day, aku berjaya meningkatkan tahap kreatif dan inovatif aku tu. Sebab bila makin lama, makin banyak pengetahuan aku tentang macamana nak buat posters yang catch, yang menarik, yang boleh capture orang dengan 1st impressions. Makin lama, aku makin cuba untuk pelbagaikan cara aku buat posters supaya lebih menarik.


Ni poster 1st yang aku buat untuk Katcha!
Somehow aku sendiri yang rasa poster ni macam dull, kosong, and tak bagi impression yang manarik pun


Ni poster  kedua, yang aku buat untuk explain pasal Rules and Regulation
Since yang previous terlalu dull, aku cuba insertkan banyak warna. Tapi terlalu banyak pulak permainan warna. Rase macam heavy and kelam kabut sikit

Yang ni aku buat untuk countdown. So basically pakai poster yang sama untuk 7 hari tu, just add up countdown tu je.
Yang ni aku rasa better from those two sebab tak terlalu berat dengan warna tapi tak jugak kosong.

Basically, aku nak tekankan, even daripada 3 poster ni pun aku rase aku dah ade perubahan dalam kemahiran membuat poster. Sebab tu aku cakap yang Katcha! ni dah berjaya keluarkan something new daripada aku. And tepat bersesuaian dengan kredit Kemahiran Insaniah ni.

And selain daripada 2 kredit ni, nilai lain yang nak ditekankan ialah mengenai peranan sosial individu terhadap diri, keluarga dan masyarakat. This one nak bagi interesting sikit, aku buat video. So, enjoy. Hehe.





Btw, boleh la kalau korang nak belek balik 2 entries Katcha! yang lepas. Either cari kat archive, atau boleh klik sini untuk tengok Katcha! ~ Part I and klik sini untuk tengok Katcha! ~ Part II.


So, berakhirnya entry kali ni bermaksud, setel la cerita aku dan Katcha!. Juga bermaksud, laporan untuk Kemahiran Insaniah aku pun dah siap. For the 1st time, aku rase semangat sikit nak buat laporan. Hehe. Sebab main dalam bidang aku kan. Some of kawan aku baru nak start blogging. Zai, Ainin, Kirra, Far, Ira. Aku pulak yang excited lebih ajar and guide diorang instead of diorang yang excited untuk create a new blog. Hehe..

See you again.

Thanks for reading..


Saturday, December 13, 2014

KATCHA! ~ Part II

Saturday, December 13, 2014
 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai lagi. So tak nak cakap banyak, terus langsung la ye. Basically entry ni ialah sambungan kepada Katcha! ~ Part I. Cari je kat archieve untuk tengok balik entry lepas. Tak pun, klik je sini. Entry lepas aku ceritakan what is Katcha! actually, macamana contest ni sebenarnya, siapa yang terlibat and opkos ape jawatan aku. So, dengan jawatan aku sebagai Biro Multimedia, dah sah-sah skop kerja aku banyak melibatkan multimedia la kan. Basically tak susah pun kerja-kerja ni. *memang la tak susah sebab standard aku cikai je* Sebelum pertandingan and sepanjang pertandingan, kerja aku ialah untuk buat posters. Various la poster yang aku buat. Tapi boleh tengok kot, basically theme and cara poster aku sama je. Paling-paling pakai gambar ihsan google, tambah word, edit kaler, then done. Macam tak berapa nak berseni sangat je. Sebab tu je la standard piawaian kelulusan pembikinan poster aku. Okeh what? Hahaha. Thanks kepada yang masih ingat and selalu ingat bahawa aku, Wan Norshafika ini pada asalnya ialah seorang pembenci tegar IT yang baru sekarang mula berjinak-jinak dengan IT. Ni pun tak berapa nak jinak lagi. Aku masih stage beginner. Primitive sangat lagi. Skill aku pun cikai sangat je. Kalau setakat nak gebang kat orang, tak payah la. Buat malu muka je. Ni pun aku cube untuk tak gebangkan sangat.

So, untuk penyertaan, ade few beberapa cara untuk hantar. Actually semua wajib emel since senang nak sorting nanti. But then untuk memeriahkan, diorang boleh post kat page FB Katcha! (klik sini) and jugak Insta KUBI (klik sini).

So ni ialah poster-poster yang aku buat.


This one yang aku tayangkan kat slide mase event


This is the very first poster untuk Katcha!
Yang ni dibuat untuk kenalkan orang kat Katcha!


Untuk poster Rules & Regulation, mula-mula aku buat 2 poster. Sebab aku nak bagi pilihan kat Shaf untuk pilih antara 2 tu, which one is better. Then baru postkan. Tapi last-last Enin postkan dua-dua. Hihu..





This one ialah new R&R poster yang aku buat. Sebab nak informkan page FB Katcha! yang baru. Senang kata just nak add up few things je la.



This one untuk guide contestants macamana nak tagkan Katcha! kat Insta


Soon we know…

Yeayyy!!


Yang ni semua ialah untuk promotion and publisiti. As if nak keep on bagitau diorang, c’mon, join la Katcha!





This one made by Ira Adila. Nice kan??

This one special untuk UIN punye students. Since diorang tak diexpose sangat dengan Katcha! ni, so tak ramai yang tahu. Shaf decide untuk panjangkan tempoh diorang another 2 weeks untuk bagi peluang kat diorang



Countdown jumm!









Tett!

By Ira Adila

Then, dah lepas boleh mengedit foto, mesti mau berkembang lagi. Kan? So, here we go. Dah start buat video la pulak. Sebelum Katcha! ni, aku tak pernah buat video langsung. TAK PERNAH LANGSUNG. Believe me, bila aku cakap tak pernah langsung, maksudnya memang tak pernah langsung la tu. Even yang paling kacang, sekacang-kacangnya, yang pakai movie maker tu je pun, aku tak pernah buat. Tapi this is Wan Norshafika. Mana mau berundur dengan cabaran. So, untuk Katcha! ni, aku hasilkan 2 buah video. Actually asalnya Nawal mintak aku sediakan video pengenalan and pembukaan untuk event penyampaian hadiah Katcha! tu. Tapi aku tak tahu nak buat pasal apa, temanya macamana. Jawabnya, aku bantai je. Ni la hasilnya. Agak merapu. And sorry since aku tak boleh nak link direct dengan Youtube. Problem ape tah. *still tak familiar. Haha* Nak uploadkan from PC, masak woo mau tunggu. So, ambik link secara manual la ek. Huuu.


Then, since aku sendiri tak puas hati dengan video, datang la Nawal untuk membantu. Nawal mintak untuk pembukaan tu, just buat video tayangan few gambar yang disubmited. As if Hall of Fame. Gambar-gambar terpilih (yang dipilih oleh Nawal sendiri). Then malam tu jugak aku siapkan  video tu. Tadaa.. (This one pun tak boleh nak link direct). Sorry.


Ada pulak satu lagi video yang patot ada. Video pengenalan biro-biro yang terlibat. Patotnya multimedia yang buat. Aku minta Ira Adila, junior aku yang buat. As if kitorang divide task la. Tapi disebabkan masalah teknikal, akhirnya Shaf jugak la yang buat video tu. Huu. Ini la hasilnya.



Then, tiba la hari besar Katcha! itu. Setiap event, tak sah kalau tak bergambau. Lagi-lagi dalam Biro Multimedia KUBI and Biro Katcha! sendiri. Heyy, c’mon la. Kitorang tak buat contest for nothing okeh. Diorang bergambau, kitorang pun mesti la nak bergambau jugak. Well, a picture is worth a thousand words. Tu the 1st principal of Biro Multimedia KUBI and Biro Katcha!. Hahaha. Bila dah ada gambau bebanyak ni, apa lagi, naluri nak mengedit jadi meluap-luap la pulak. Edit lagi gambau bebanyak tu. Terhasil la video ini.



So tu semua pasal video yang berkaitan dengan Katcha! Nanti boleh bukak link Youtube aku dekat page Reaching Me. Tak pun klik sini untuk direct link ke Youtube channel aku.

Then, jumm tengok pulak sepanjang hari, apa je yang jadik. Gambau aku sendiri tak banyak sebab aku kan isolated. Heh, sedihh. Kerja aku kan tercongok je depan laptop, sorang-sorang, alone..

Nampak tak betapa alonenya aku..??

Still alone..


Ni kitorang tengah setting up
Me tolong-tolong Biro Acara
Btw, decoration yang sangat mantap – Nawal Salleh, Shahirah Bistamam, Ku Nurmahirah, Sharifah Nur Shairah



Then, hasilnya..
TADAA!!
Theme - ALICE IN WONDERLAND



Haipp. Mau ke mana? Sini mehh..


Makanan yang super duper awesome daripada Biro Makanan - Aqila Murshid







Ni hadiah untuk winners
Prepared by Biro Hadiah – Ummi Athirah, Ain Hanani
Aku designkan logo Katcha! untuk mug and plak


This one logo Katcha! yang aku design untuk mug and plak for the winners


Ummi buat invitation card. Sangat nice.
And aku just buat another logo Katcha!, special untuk insert dalam card tu.

By Ummi Athirah *cantik kan?*

Bahagian belakang card - tentatif prepared by Biro Acara

Again, sumbangan aku. Design another logo Katcha! untuk invitation card


This is me with Shaf nak setting up slide show
Nak kena synckan semua nama pemenang ikut list MC



Perjalanan Program

MC Of The Day - Nadia Farhana
*siap pakai crown lagi kau*


Doa by Abdul Latif

Ucapan pengarah - Shafiqah


Ucapan VIP - Syed Abdul Kadir Al-Haddad (presiden KUBI)

Perasmian majlis


Antara tetamu yang hadir
Some ade dari fakulti lain




Climax of the day - Penyampaian hadiah dan cenderahati
*aku insertkan few of the winners je*
Btw – congratulation for those yang menang. You guys rock!





Now, it’s the end for today.
Sooo.. bergambau jumm

Ehh?? Haha, baru sempat bergambar.

Nampak tak tema aku macamana?
"Me In My Own World"


Biro Katcha! + Winners

Still Biro Katcha! + Winners


Biro KUBI


Biro Katcha!
Great job guys! Katcha! is splendid. Such a pleasure to work with you guys.


Okeh, tu je. Klik sini untuk ke entry Katcha! ~ Part III. Till then, chiauuww.

Thanks for reading <3


Kisah Kabus Qaseh © 2014