Thursday, June 23, 2016

UNPAD and BANDUNG - Cheerio !

Thursday, June 23, 2016

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai uolsss. Okeh, first and foremost, Salam Ramadhan ! Hehe. Alhamdulillah sebab kita still diizinkan Allah untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ni. In Shaa Allah semoga bulan mulia ni memberi seribu satu makna dalam diari hidup kita. Dah masuk 3rd week Ramadhan kan. Lambat betol haku ni.

Hahaha. Sape yang friend kat fb aku and jenguk2 jugak fb, tahu la. Aku kekonon busy mengedit video. Muahaha. After final exam the other day, aku quite busy. Nak kena kemas bilik, kemas barang nak masuk kargo. Tu je dah amek masa seminggu lebih. Hahaha. Kekonon banyak sangat barang macam bermastautin kat sini patblas tahun. Then farewell dinner batch. Then nak finish up INSOFT. After that buat video. Busy. Tapi mostly busy dengan perasaan malas. Hehekkk. Anyhow, ingat kali ni nak sambung dengan entry HOTS. Tapi nak relax kejap. Kita buat entry laen dulu.

Alhamdulillah, finally aku dah habis medic teori kat Bandung. Oficially ! Kikiii. Jumaat 17/6, hari bersejarah, ambik result. Alhamdulillah takde sangkut mana2. Pointer? Boleh la lepas2 nak masuk UKM. Hahaha. And haa, bulan 8 nanti akan daftar sambung kat UKM untuk clinical years pulak. Wihoooo ! Excited tapi at the same time nervous. Is this what we call as sindrom nak masuk klinikal?

So, this year, kali ke3 puasa kat bandung. Dah 3 tahun berturut2. Tapi this year puasa kat sini lama sikit. Masa 1st year, aku puasa sini 5 hari pastu tak menyempat-nyempat nak balik. Hahaha. Then 2nd year, stay lama sikit. Saja nak merasa puasa kat sini. Sambil2 saja nak repeat paper. Daripada stay tak buat apa, baik la kiranya kite merepeat paper. Ada rezeki, boleh naik pointer. Then, 3rd year, this year, In Shaa Allah will be my last year puasa kat sini. This time puasa kat sini lama sebab kitorang kena tunggu result. Every year pun memang kena tunggu result tapi Ramadhan kan makin awal. Result keluar pun da tengah2 bulan puasa dah. Tahun lepas, 2nd day puasa result dah keluar.

Pastu tahun ni nak kena tunggu exit permit lagi. Alkisahnya dengan permit ni, nak kena tunggu permit siap, dah makan dalam 4,5 hari. Then after dah dapat, kena terus leave Bandung within seminggu. So, problemnya jadi, nak apply awal2, takot result tak lepas, tak boleh balik. Lets say, permit dah lulus, nak kena leave within a week, tapi sebab sangkut, kena stay for at least 2 weeks untuk repeat paper. Tak boleh la cemtu sebab dah lepas tempoh permit. So kena la balik Malaysia dulu and datang sebagai pelancong. Complicated kan? Exactlayy! So tak nak take any risk, aku tunggu result keluar dulu baru apply permit.But as for now, permit da apply and tiket balik da beli da. Yihuuuu ! Sabtu lusa flight. 

Pasal permit tu one reason. Another reason is sebab nak spend masa lama sikit lagi kat sini. Hitung tinggal hari ni dengan esok je kat sini. Phewww, cepatnya kan masa ni. And yepp, sayangnya nak tinggalkan Bandung.

Fulamakkk. Statement tak boleh blah.

Tapi serious talk, rasa jugak macam, “betol ke aku dah nak balik ni? For good?”. Pheww. Time flies sooooo fast. 3 tahun poooof macam tu je. Can’t believe it. Masa 1st year dulu, I used to cakap kat ma, bile la nak habis kat sini. Bila la boleh start sambung kat UKM ni. It’s not that aku homesick ke apa time tu. Tapi rasa boring belajar teori. Nak terus masuk klinikal UKM. Konon baru la mencabar. Muahahaha. Tak menyempat. Padahal sekarang pulak menggedik mengada cakap tak ready nak masuk klinikal. Okeh, Wan Norshafika seorang yang mengada. Hahahak.

Tapi at that time, ma selalu cakap, tak lama dah belajar. 3 tahun je pun. Ma siap buat timeline lagi kat aku. Ma hitung satu2 cuti aku, minus itu, minus ini, last2 tadaaaa, berapa bulan je. Tapi masa tu, aku rasa duhaiiii. Panjangnya perjalanan. Lambatnya 3 tahun nak habis.

Tapi sekarang pejam celik, pejam tak celik, celik tak pejam, 3 tahun tu dah tinggal sisa2 seminggu je lagi. Then I’ll be coming home for good. Hmmmm..

Awal2nya kan, tak rasa sangat tau. Our last tutor, last kuliah, hari Jumaat 13/5, students local batch 2013 Spekatria, along with Twinning 2013 and junior Proxima and Anantara, diorang buat like farewell event. Bukan yang grand ape ke. Just gather around, sume duduk2 lepak buat bulatan kat court volley. Cehhh, macam comel je kan. Hahaha. Tapi event ni bukan la special untuk kitorang je. Untuk dorang sama, sebab after this, diorang pun berpecah jugak untuk program co-ass. And kitorang of course la, balik Malaysia. So diorang ada la macam bagi2 ucapan, nasihat, pesanan bagai. Then, ambik2 gambar. During that time, aku tak rasa sangat tau. Maybe sebab aku fikir, c’monnn, exam ada lagi kot. Time OSCE, SOOCA nanti, jumpa jugak muka diorang.

Tapi still la, kitorang bergambar sakan jugak. Hahahak.

Spekatria. Dont bother to look for me. Even I cant find myself. Haha.

Group C. Yang ni Twinning include 1 group student reguler.

Introducing, Twinning 13 !

C12. Acah2 betol semorang.

Btw, kite ade bakal mummy daddy kat sini. Woot woot !

Demmit ! Why so pendek lolll

      

Masa bergambar sakan ni, macam tu je la rasa. Rasa macam lambat lagi nak balik. Exam pun belom. Then, masa hari our last exam tu, 3/6 kitorang Twinning Batch 13 buat la ala2 sesi photoshoot kekonon. Ambik2 gambar 1 batch. And aku buat video (click here to watch). During that time, my goddd, aku rasa. Baru aku rasa. Betol la, this is our last. We’ll be leaving this place soon.


  Cantik je susun semua. Hehehhh. Sopan pulak tu.

  

Actually kekonon nak reminiscing the old days. This one taken on 2013. Susun pn sama loll. Whoaaa. Gitu.

After exam hari yang sama tu, aku saje merayau dekat gerbang. Nak cari makanan, sambil2 saja la jalan2. Sebab hari tu Jumaat. Esoknya Sabtu maybe aku tak keluar rumah. Ahad, gerbang tak bukak. Isnin dah start puasa. So Jumaat tu maybe will be my last dapat makan makanan gerbang. So aku kemaruk. Aku beli cotton candy for no reason. Tak teringin pun. Aku beli kerepek tempe Pak Kumis yang sampai ke hari ni pun aku belum bukak makan pun lagi. Beli seblak sebab nanti takot rindu seblak akak tu. Aku beli tu, beli ni. Sebab aku fikir, ni last. Then tetibe getting emotional. Dah kenapa emosi sangat ini perempuan? Duyaii.

3 tahun kat Bandung…

Ramai tanya, best ke belajar kat sini? Apa yang best? Dulu aku tak tau nak jawab ape yang best. APE YANG BEST? Hmmm..

Makanan, okeh la. Best jugak. Tapi mesti la makanan Puan Laila yang menari2 kat dalam kepala. Bila balik cuti sem, aku dah siap rangka list dalam kepala, nak request makan apa. Kikiii. Suasana, best jugak. Sebab sejuk dingin je. Tak bukak kipas pun, tidor malam siap selubung dalam comforter lagi. Orang2nya, not bad. Diorang peramah, baik, suka bersembang. Walaupun there’s time bila diorang start sembang Sunda and aku rasa macam errrr…? “Ibu, saya ga bisa bicara Sunda bu, maaf.” Ibu laundry aku, Ibu Tati suka bersembang. Dia boleh cakap Indonesia but there’s time dia melalut apa tah cakap Sunda dengan aku. Aku angguk sengih buat kekonon paham. Hahaha.

But now bila orang tanya apa yang best, semua ! Aku tak boleh nak explai satu2 sebab semua best. Makanan la especially. Sosej gulung C6, tart buah Verina, mi ayam FKG, ayam berlada MD, pecel lele Suroboyo, air BIG cola and lime,  teh kotak, tahu bulat, tahu sumedang, tahu crispy cicah sos kicap kat Jalan Sayang, ayam De'Chick, nasi ayam goreng Galau, nasi goreng telor ceplok and seblak kat gerbang, lumpia, batagor, coffee hazelnut Mas Dani kat gerbang. Huhukkk. Sedapnyeee semua. Then suasana, orangnya, UNPAD, fakulti, lecture hall, bilik tutor, admin, dosen, Jatos, Griya, Indomaret, bla bla bla, everything. Semua. Semua best. I think aku even akan rindu macetnya jalan Bandung. Muahaha. Okeh, over. Aku tak rasa aku akan rindu yang tu. Haha.

So untuk kekonon commemorate la kenangan aku dengan Jatinangor ni (Jatinangor je, Bandung jauh), aku saja la round2 UNPAD. Ambik gambar kenangan. Kat Jatos, Suroboyo, MD? Mintak maaf. Segan pulak hakak tetibe nak merayau kat Jatos sambil ambik gambar. Nanti orang ingat hakak ni pelancong mana pulak yang takde kerja nak bergambar kat Jatos. Heheh. Lagipun aku spend masa 4 hari seminggu kat UNPAD. Tu pun kalau tak ponteng lecture la. Kikiiiih. Tapi still, 4 hari seminggu, lagi terasa ikatan dan hubungan yang terbina. Ciwaaah.

Pulak tu, aku ada few favourite places kat UNPAD ni. Aboratum (dunno if the spelling is correct or not hahaha), port belakang FIKOM, Jambatan Cincing, saung belakang bale (mase still kat bale).

Dulu masa 2nd year, aku dah start bawak motor sendiri pergi kelas. Tapi time tu kena lalu belakang. Keluar masuk dari gate belakang. Kadang2 kalau aku rasa nak ambik angin, aku akan pusing jalan jauh sikit. Sikit je. Aku tak suka sangat kawasan yang confined, yang macam tertutup. Sebab tu aku suka lalu yang kat belah FIKOM, sebab dia macam open sikit. And kadang2 aku lalu jalan nak ke bale. Tu jalan favourite aku. Sebab masa kat bale dulu, kalau aku merayau jenjalan round UNPAD, jalan tu jalan wajib aku lalu. Then aku akan singgah kat port favourite kat situ. Aku suka kat sini sebab kalau petang2 nanti selalu akan ada orang lalu lalang jogging.

Tadaa ! Ni tempat secret aku yang tak jadi secret dah. Belakang Fakultas Ilmu Komunikasi



Ehh?

Pernah sekali tu aku lepak, tengah khusyuk bercerpen time tu. Sekali datang 2,3 orang mamat, bawak anjing dia jenjalan. Then diorang lepak sat kat tepi jalan. Depan aku je. Cuak hakak. Kalau anjing2 diorang cuit2 manja dengan aku, okeh la, aku balik bale, korek tanah kat saung belakang bale, aku sertu. Buatnya digigit aku, disiat kulit aku. Tak ke haru? Final destination sangat rasa.

Then kalau aku jogging (which is berapa kali tu, cukup2 la kalau hitung pakai tangan je) aku ada route aku sendiri. Aku start warm up jalan dari Sukaw, ikut jalan belakang ke UNPAD. Lalu ikut Bale, then follow je jalan ke belakang.

Laluan belakang from Sukaw. Jalan kampung je.

Jalan ni sangat menggamit kenangan. Kat sini la aku terpele'ot jatuh sebab mata sebok kat tepon. Kakahhh.

Pastu sambung lari lagi pusing 2,3 kali then end up lalu fakulti pastu singgah aboratum jap. Pastu balik ikut jalan luar. Singgah Indomaret beli air BIG. Kakakah. Tak menjadi jogging aku.

Anyway, aboratum ni favourite place aku jugak. Tempat aku suka melepak nak tulis cerpen ke, nak blogging ke, saja2 layan perasaan sambil dengar lagu kpop ke. Sebab tak ramai sangat kat sini. Kalau ada pun, dorang buat tak kisah je walaupun dorang nampak ini perempuan selalu duduk menung sorang2 macam hilang laki. Haha. Tapi hari tu tak sempat singgah nak ambik gamba. hmm..

Masa kat Bale, aku stay sorang. Aku dah pernah cerita ke? Tak pe la. Kite cerita je. Aku suka mengimbau kenangan ni. Hahaha. Supposedly girls batch aku ada 30 orang. So bila dapat bilik, sume akan share 2 orang. Tapi alkisahnya, my roommate-supposed-to-be tarik diri dari program at the very last minute. Nak jadi cerita, aku pulak memang kenal dia. Tak la kenal betol. Jumpe pun tak pernah tapi kitorang kawan atas kawan. Afiqah bagi nombor dia kat aku bila dapat tahu kitorang dapat offer sama. So aku contact dia untuk tanya benda2 pasal dokumen time tu. Bila dia tarik diri, batch kitorang jadi la 29 je pompuan. So ade la yang tak berpair biliknya. And guess who’s the lucky girl. Correct ! 5 bintang ! It’s me.

That lucky girl is Wan Norshafika. Applause. Applause.

Memula aku tak boleh terima kenyataan. Drama sangat iolss time tu. Sebab seriously aku kena stay sorang2? Sorang2? Kat bale ni? Kat Indonesia ni? Kat tempat yang aku tak kenal sesape ni? Whoaaa. Dah la depan bilik aku tu, tangga admin. Kiranya tangga tu tak diguna students. So gelap tak berlampu je tangga tu. Aku dah fefeeling macam cerita horror dah. Memalam ada yang merangkak kat tangga pastu cakar pintu bilik. Tak pun ada yang naik ikut tangga tu, ketuk pintu bilik aku nak jual karipap sardin. Demmmit !

Aku mintak dengan warden bale kalau dia dapat carikan aku roommate. Tapi tak dapat sebab dorang tak nak mix Twinning dengan non-twinning dalam 1 bilik. So hakak pun redha la. Kadang2 kalau boring ke, takut ke, hakak lepak bilik Ainin dengan Ira. Bilik dorang kat depan, tapi terpisah dek tangga acah2 horror tu.

Memula awkward la sorang2 kan. Takut, boring. Tapi lama2 hakak suka pulak. Sebab sorang2 pakai 1 bilik. Toilet tak share, almari dapat 2 bijik, katil dapat 2 bijik, meja 2 bijik. Tak ke heaven hidup hakak ni? Privacy pun tak kena kacau. Malam2 study sambil karaoke lagu kpop pun takde sape nak mengamuk baling bantal. Hahaha. Tapi bilik hakak selalu la jadi mangsa kalau nak buat any activity. Memasak secara haram (istilah haram ni dipakai sebab we were forbidden dari masak kat bale), study group, discussion, practice SOOCA, sume tu kadang2 dorang buat kat bilik aku.

Bale yang paling best sebab sini la laundry, sini la mart, sini la cafe. Haha. Bale 3.

Bale 3. Tadaa !

Bale cafe. Jarang jugak sebenarnya makan sini sebab mahal sikit. Hahakkk.

Bale mart. Kadang2 saja masuk merayau tak beli ape2 sebab suka tengok jajan je. Haha.


Bale 2. Khas budak laki je.

Bilik aku 1st floor. Bilik Ainin depannya. Dari tingkap ni la aku selalu skodeng orang kat gym dgn kat bilik karaoke bale 4.

Bale 4 sebelah kiri bale 3. Zai 3rd floor, selalu skodeng aku. Haha.
Bale 4. Ada gym, bilik karaoke and aula.

Ni tempat makan favourite sebab murah nak mampp.

Ni asalnya dulu Masjid Ibnu Sina tapi sekarang dengarnya jadi library. Tak berani masuk tengok, time ni ramai dak laki lepak kat luar.
Tangga ni pun menggamit kenangan tahu.

Ini kenangannya. Hahak. This is us back then. Semua muka innocent je lagi. Bahaha.

Ni pulak tempat favourite aku lepak masa stil kat bale. Jambatan Cincing. Keluar ikut jalan belakang bale pastu lalu jalan kampung sikit. Tempat ni kalau petang2 ada la jugak orang datang lepak. Kitorang pernah bangun awal pagi, lepak sana sebab nak tengok sunrise. Hihuuu. Tapi sekali je la sebab aku tak gigih nak bangun keluar pagi2. Kikiiihh.

View from Jambatan Cincing

Time aku pergi ni ramai pulak yang melepak sakan berdating bagai. Ehh? Takpe, husnudzon sikit, adik abang tuh.

View bawah jambatan

I'm gonna miss this view a lot


  

Ni dia jambatan tuh. View dari jauh

Ehh ehh?

Time ni acah2 nak sunset sebenarnya. Matahari dah nak turun sesikit.

Ni zaman dedolu time semua gigih nak keluar awal2 pagi tengok sunrise. Hehehh. Innocent betol muka.

Again, demmmit ! Why so pendek lahaiii.

Then aku suka lepak kat Saung belakang bale 2. Bawak laptop, blogging takpun buat cerpen. Kadang2 saja lepak dengar lagu je. Pernah lepak sini lepas subuh, menggigil sejuk. Bukak mulut asap keluar berkepul2 acah2 musim winter kat Korea. Hehehhh. Time ni sempat ambik gamba cemni je, sebab ade orang lepak. Nak selpie tp iolss segan. Tehee.

2 tahun tak datang, saung ni dah makin cantik. seryes.

Kandang rabbit pun dah baru dah
Dulu masa gate depan belum bukak, aku bawak motor keluar masuk ikut belakang. Sebenarnya suka je jalan belakang ni sebab lalu rektorat, kawasan cantik. Tapi yang tak suka sebab jauh dari fakulti kalau lalu belakang ni. Lagi2 bila aku bangun lagi 15 minit nak kelas pastu kelam kabut nak pecut motor. Pulak tambah lambat la bila lalu belakang. Bila balik tu, baru la boleh menghayati pemandangan sikit. Kikihhh.

Ni rektorat. Kitorang pernah masuk for event2 rasmi je.

Thumbss upp for the view. Pheww.

     

Jejengggg ! Btw gamba ni flipped. Sebab tulisan tu actually mengadap ke luar sana.

   

Banyak gambar kan kali ni. Well, nanti dah rindu UNPAD, boleh la belek balik entry ni. Kekonon down the memory lane. But seriously, I'm gonna miss this place. A lot....

UNPAD and BANDUNG, I bid you farewell... Till we meet again. Cheerio !

Thanks for reading..

1 comment:

  1. Wynn Las Vegas - Trip.com
    Hotel Amenities at Wynn Las Vegas · Wynn Resort King · Encore Tower Suite Parlor · Encore Tower Suite 청주 출장마사지 Salon 제천 출장마사지 · Encore Panoramic View Two 김천 출장샵 Doubles 영주 출장샵 · Encore Resort King. Rating: 4.1 · ‎7 충청남도 출장마사지 reviews

    ReplyDelete

Kisah Kabus Qaseh © 2014