Wednesday, December 24, 2014

KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH - UKM

Wednesday, December 24, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai, hai dan hai. Okeh, kali ni tajuk entry might sound weird sikit kan. Alkisahnya, twinning students 1st and 2nd year, sepanjang tempoh study kat UNPAD, kitorang pun akan ada kelas from UKM jugak sebenarnya. Selalunya tak banyak perjumpaan pun. Tapi setiap kali kelas from UKM, lecturers from UKM akan datang sini. So setakat ni, kitorang dah completekan kredit untuk several classes. Masa 1st year, kitorang ade kelas Bahasa Inggeris. Heh, sape kate tak perlu ade kelas BI dah. Kitorang nak kena siapkan project sendiri and ade presentation. Kitorang jugak ade Kelas Keusahawanan (CESMED). Kelas ni mostly akan belajar tentang entrepreneurship. And ade la kitorang kena buat presentation sendiri, bajet-bajet nak bukak bisnes, buat projek and main simulasi. And untuk second year, ade kelas TITAS.

Yang paling best is kitorang ade kelas Kemahiran Insaniah. Wihoo. Bestnya sebab aku suka outdoor project. Total untuk Kelas Insaniah ni semua sekali 8 kredit.

1.    Kemahiran Menguruskan Maklumat dan Penerapan Aspek Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.    Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
3.    Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
4.    Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
5.    Sosial dan Kebertanggungjawaban
6.    Kemahiran Berkomunikasi

Untuk 1st year, kitorang dah completekan 6 kredit. So untuk 3 kredit yang pertama, Batch 2013 Twinning buat program khidmat masyarakat atau bakti sosial dengan warga Panti Asuhan Yayasan Simpay Asih. Nama programnya R.A.I.N.B.O.W.

Then untuk the next 3 kredit, sekali lagi kitorang buat program bakti sosial, Under One Roof (U.O.R). Tapi kali ni dengan warga kampung pulak. And aktiviti kitorang lebih santai. Main games, sembang-sembang gitu.

Untuk nak completekan 2 kredit kali ni, kitorang tak buat apa-apa aktiviti luar. Untuk buat report, pemilihan aktiviti adalah bebas. And sebab alang-alang aku terlibat dengan Katcha!, aku buat laporan untuk Kemahiran Insaniah kali ni based on pengalaman Katcha! aku. Sekarang, kitorang ade another 2 credits untuk dicompletekan.

7.    Pengurusan dan Keusahawanan
8.    Kreatif dan Inovatif

Dalam 3 entries yang lepas, aku banyak ceritakan tentang Katcha!. Maybe agak berterabur sikit. So untuk mudahkan kerja, aku akan compilekan semua link yang berkaitan kat sini. Entry kali ni somekind like summary untuk laporan program Katcha! ni.

Kod kursus : Kemahiran Insaniah
·         HHHC9701 – Pengurusan dan Keusahawanan
·         HHHC9801 – Kreatif dan Inovatif
Nama : Wan Norshafika binti Wan Muhamad Zin
Nombor matrik : GA01771
Kursus pengajian : Twinning Programme UKM-UNPAD
Fakulti : Fakulti Perubatan UKM – Fakultas Kedokteran UNPAD
Tahun : Tahun ke2
Sesi akademik : 2013/2014
Nama projek : Katcha! – Photography and Short Film Contest
Jawatan : Ketua Biro Multimedia

Kite proceed dengan introduction untuk Katcha!. Dalam entry ni aku ada insertkan presentation slideshares, proposal and report Biro Multimedia (scroll ke bawah untuk link ke akaun slideshare)

Klik >sini< untuk direct ke entry Katcha! Part I

Then, dah tahu apa tu Katcha!, jumm kite tengok gambar-gambar sepanjang event penyampaian hadiah Katcha!. Dan jugak hasil kerja aku – posters and videos. Dalam ni aku ada insertkan link untuk ke certain social sites (scroll bawah)

Klik >sini< untuk direct ke entry Katcha! Part II

Last entry untuk Katcha!. Dalam ni, aku ceritakan pasal SWOT analysis and jugak video refleksi.

Klik >sini< untuk direct ke entry Katcha! Part III

Okeh, antara folder and link yang aku sertakan sama ialah :

1.    Proposal Katcha!
(kredit to Ainin Roslan)

2.    Laporan Biro Multimedia Katcha!





3.    Tayangan slide pemenang pertandingan Katcha!


** untuk ke account slideshare aku, boleh klik kat description ataupun  -- sini

4. Page FB Katcha!
>klik sini<

5. Instagram KUBI
>klik sini<

6.    Channel YOUTUBE Wan Norshafika
>klik sini<

-      kat sini ada 5 videos :

i) Pengenalan Biro Katcha!




ii) My Passion:Photography

** this one manual. haha. sory. >klik sini<

iii) Hall Of Fame Katcha!

** pun manual >klik sini<

iv) Big Day Of Katcha!




v) Refleksi



Okeh, that's all.

Thanks for reading..


Wednesday, December 17, 2014

Komik..?

Wednesday, December 17, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai.. hai.. dan hai.. Pernah tak korang terfikir, that one day korang mampu buat something new yang korang tak pernah terlintas korang akan buat. Even tak sengaja ke, terpaksa ke. And bile korang dah berjaya buat, korang will be like “he he he”. Sengih kerang. Menyendeng kat orang untuk showing off. And keep on bukak or tengok the same thing, over and over. Sampaikan korang rase korang la yang over tuh.

Well, yes for me. Alkisahnya, hari tu ketua Biro TITAN BAIK *name mudahnya Biro Multimedia under Biro Agama Islam KUBI*, Kak Aesyah mesej aku.

Ika, akak ade kerja untuk awak. Untuk majalah IMAN BAIK bulan ni, awak tolong buat komik. Temanya gender, masukkan tentang ikhtilat pun boleh. Setengah A4 tu je. Nak paling lambat Ahad ni.

And I was like ….

Komik? Me? Aku buat komik?

Saya kena buat kartun ke? Lukis?

Ape-ape pun takpe. Ikut kreativiti awak.

And aku stil …

Rase nak nangis. Tapi at the same time rase nak gelak pun rase ade. Teringat kecik-kecik dulu pernah terfikir nak jadi kartunis. LOL sangat. Time tu hobi aku bace Ujang. Tau tak yang majalah Ujang tu? Haa, teringin nak jadi macam kartunis tu semua. Iyolah nokkss, aku ni memang senang terpengaruh sikit. Pantang.

Tapi aku pandang cermin lama-lama. Nak datangkan kesedaran kat diri ni yang tangan awak tu tangan kayu Ika yoiii. So, cita-cita nak jadi kartunis tu aku buang bersama zaman kanak-kanak aku. Ceitt. Lagipun maunya Puan Laila nak bagi aku jadi kartunis? Memang mintak kaki la. Ma aku punya cita-cita lagi tinggi melangit. Nak anak jadi doktot uolss. Heh.

So, aku just telan liur la bile Kak Aesyah mintak komik tu. Aku cakap je Insha Allah aku try. Then, hari berlalu. Tak teringat pun kat komik tu. Sekali Ahad malam tu, Kak Aesyah mesej lepas Maghrib tu.

Macamana Ika? Komik da siap?

Komik?? Ooo.. komik..

Maa!! Hoomaaiiigaddd. Huuu. Tak buat. Lupa. Langsung aku tak teringat wehh. Kalau Kak Aesyah tak mesej, memang sampai sudah tak buat. Sekali aku dah cuak habis. Dah la aku belum siapkan notes lagi untuk tutor esok. Nak kena buat komik pulak. Tapi dah tu kerja aku, amanah aku, nak tak nak kena la jugak buat. Iyo dok? Ciss.

Cakap kat Kak Aesyah, nanti sebelum midnight aku emel dia. Sudahnya 3 jam aku depan laptop, nak siapkan komik yang setengah A4 tu JE. Aku tekankan, stengah A4 tu JE. Aku tak reti lukis, so aku google gambar-gambar komik. Crop sane, crop sini. Then aku compilekan semua. Kartun yang berbeza je semua. Zai kate okeh, tak de la nampak sangat macam kartun berbeza. Sekali Jura masuk, “hek eleh, nampak sangat ko amek kartun laen-laen”

What??

Huuu. Tapi aku buat tak dengar je komen Jura. Sombongnya aku kan. Wakaka. Tapi bai, masak la aku kalau nak buat lain. Lagipun google tak banyak sangat. Haha.

Lepas tu pening nak fikir jalan cerita pulak. Sekali aku rasa macam setengah A4 tu tak cukup untuk create satu jalan cerita. Ye, tau. Aku macam lalang. Sabo je la. Fikir punya fikir, dapat la create satu jalan cerita ni. Alaa, yang klise je. Takde yang wow pun dengan jalan cerita aku. Tapi boleh la daripada takde kan.

Then, aku tunjuk kat Zai sebab Zai je la yang support aku. Sob sob. Bestnya, Zai bagi komen membina. Wakaka. Cumanya dia kata, untuk orang yang dah biasa bace komik, macam dia, takde masalah untuk ikut flow. Tapi, better kalau aku kotakkan flow dia. Bagi jelas sikit. See, pandai tak aku cari orang yang supportive macam Zai ni? Haha. *Time kasih banyak-banyak kawan. Love you!*

Then Zai la yang beria-ia suruh aku cerita kat sini. “Bila Ika nak masukkan dalam blog?” See, macamana la aku tak sayang Zai ni. Hehe.

So, cakap banyak pun tak guna. Tengok la sendiri ape hasilnya.

Promise jangan gelak! Aku bukan karyawan Ujang. Jangan expect tinggi sangat hokeh uolls.
Nak kutuk, err.. jangan melebih-lebih suda. Ado paham?




Err.. simpan komen dalam hati. Okeh, bye.

>Malu<

Btw,


Thanks for reading..


Monday, December 15, 2014

Blogging..

Monday, December 15, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

It’s me again. Rase macam lately banyak pulak update. Iye dok? Hehh. Ni time aku rajin. Tunggu la time aku malas nanti, bersarang la jawabnya. Aku takkan kate tunggu time busy, sebab well, heran ape. Busy tak busy, blog tetap blog. Wakaka. Blogging bagi aku, bukan la keje yang sia-sia, at least bagi aku la kan. Laen orang, lain la cerita. Bagi orang yang tak suka blogging, maybe diorang fikir, “dah ape kejadah la asyik blogging je? Tak boring ke?” Tak!

Aku sangat suka menulis. I mean, kalau aku nak bercerita apa-apa pun, aku lagi suka menulis. Skill mulut dengan tangan aku ni tak sama level uolls. Haha. Sebab tu aku suka blogging. Sebab aku rasa banyak benda yang aku nak cakapkan, and Kisah Kabus Qaseh ni umpama platform untuk aku bercerita and berjemah sesuka hati kat sini.

Benda ni same la macam Twitter, Instagram, FB, and bermacam-macam kejadah lagi la sosial site tuh. *maaf, tak familiar. Hihhuu* Ade orang fikir FB, Twitter, Insta ni bende lagha. Expose diri.

Tapi who knows, tujuan bertwitter is that diorang nak tweet hadis of the day, quotes sentap yang bikin insaf. Kat Insta, share sikit ape ayat apa yang dah tadabbur hari ni. Who knows diorang layan FB sebab nak tengok update kawan-kawan. Study kat mane, course ape, dah kawin ke. *ehh?*. Kalau yang jauh dari family, lagi la, nak tengok family macamana, anak sedare dah besar ke, dah boleh jalan ke. >Rindu Keysha…< *ehh, tetibe?*

Macam aku la pulak, aku jenis yang bukan kaki sosial site. Bukan kaki FB, bukan kaki Twitter. Insta jauh sekali. FB aku tu, memang bersarang sangat. For those yang pernah wish birthday aku and aku reply 2 month later, or those yang selalu mesej aku tapi 4 bulan lepas tu baru aku reply, honestly I’m so sorry. Hehe. Kadang-kadang rasa kelakar jugak. Abang aku pernah mesej aku, tapi berjaman baru aku bukak. Dia kirim mintak beli aku something tapi last-last dia beli sendiri sebab katenya aku lambat. Aku rase kelakar la, orang lain sakit jiwa dengan aku. Eden mentak maap eh.

Twitter, paling-paling ade la aku share gambar yang aku edit. *cekidaut la kat page Halawatul Iman* Tu je la yang paling koman aku buat sebab aku tak pandai nak share cerita aku dalam 2 ayat je. Aku just tak reti. Nak jugak sembang banyak-banyak. Haha.

And Insta, entah la. Tak berape nak gemor. Twitter dah ade, cukup la tu kan. So, conclusion memang aku takde Insta.

Aku noob? Kuno? So, what?? Hade haku kesah?

Paling koman aku biase buat, aku belek blog orang. Macam blog FL, Maria Elena, and ade some of my friends. Tu je la yang aku biase buat untuk cari tau cerita orang. Bace komen, status orang kat FB, Twitter, Insta? That’s just not really me. And aku layan Vlog. Tu je la kot. Haha.

Sebab tu la aku cakap, laen orang laen la pandangan diorang. You have your own, and I have mine. I respect yours, and you respect mine. End of conversation. Haa, giteww.

And sekarang, musim kawan-kawan aku start berblogging. Alkisahnya kitorang nak kena siapkan report kelas UKM Insaniah tu. Prob is that kitorang takde system iFolio macam students kat UKM sekarang. For the previous 6 credits, kitorang just buat report yang simple-simple tu, then emel je kat lecturer UKM kitorang, En Qayyum. Tapi kali ni, kitorang dengan lecturer laen, En Adi Irfan, and dia tak nak kitorang emel je, sebab nanti beratkan folder dia untuk bukak each of our report. So, dia nak something yang dia boleh access di alam maya. Gitew.

So, since blogging lebih senang, most of us prefer buat blog and bagi hyperlink blog kat dia. Nanti semua attachment pun pakai yang dah diattach kat blog. Sekarang notification kat Google+ aku melambak-lambak pasal post blog member. Sikit-sikit Kemahiran Insaniah, UOR, Rainbow. Hihuu.

On top of that *ciwwah*, cara pembuktian yang En Adi nak, not as simply as bagi gambau, hambik nak gedebukk je. Tapi nak jugak video. And dia sarankan kitorang untuk try upload kat mane-mane sosial site. Dia bagi contoh students dia yang lepas, semua pakat upload kat Youtube. Like, seryesly? Dorang upload Youtube? Heh, selama ni, aku salute la sape yang upload kat Youtube tu. Sayang gile la kat korang youtubers sekalian sebab berjaya buat aku jadi burung hantu depan laptop. *ngehh, perlu ke kesarcastism ini?*

And then sampai la one day, aku pun mengupload jugak video aku di Youtube. Fulamakkk. High five sikit Youtubers sekalian.

Okeh, poyo Ika. Poyo..

Memang ade improvement la jugak kot aku ni. Start dengan blogging, pastu dah mengedit-ngedit gambar, pastu start buat video, dah tu upload kat Youtube pulak.

*Ceitt. Poyo tak sudah*

Tapi betol la, kalau bukan aku yang nak sedar dengan improvement sendiri, sape lagi. Ma aku pesan, kalau naik lift tu, tekan sendiri. Faham? Tak faham letew ~ ~

Hehe. Improvement aku dalam bidang multimedia ni, Alhamdulillah. Kalau tak, memang takkan wujudnya blog ni kat sini. Untuk Katcha! pun aku banyak buat poster kan. Alhamdulillah, pengalaman baru. Mane pernah seumur hidup buat poster. Dulu masa pertandingan poster sempena Minggu Antidadah kat sekolah, ade la buat poster gambar tengkorak, gambar rokok. Keh keh keh. Tak pun masa zaman matriks dulu, aku buat flyers jual shawl, tampal kat depan pintu bilik. Tampal kat dinding blok asrama. Flyers yang takde orang pandang pun sebenarnya.  Asyik aku je yang pandang. Turun nak pergi kelas aku usha flyers sendiri. Balik kelas, aku pandang lagi. Nak turun beli makanan, aku pandang lagi. Pandang je takpe la, ni sengih sorang-sorang. Aku memang seorang narcissist. So what?


Okeh, abaikan. Aku dah start merapu meraban dah. Tapi seryes talk, aku sendiri rasa bangga dengan pencapaian aku. Sebab aku dah start buat something yang aku tak pernah buat. Hidup mesti mau maju. Yo idok?

Aku sendiri tak tau la macamana nak cakap. Sebab kita sendiri kot yang boleh rasa bende tu. Kite sendiri yang boleh rase bahagianya bile kite sendiri tengok improvement kita.

Nak cerita pasal 3,4 hari lepas, lagi la aku happy nak rak sebab aku dah berjaya untuk crack satu software video editor ni. Alkisahnya, aku ade suka satu video editor ni. Tapi trial version, so bile buat video, dia akan ade watermark besar-besar kat tengah tu. Memang spoil la kan. Aku cuba untuk crack tapi tak jadik. Dekat berpuluh kali jugak la aku try. Aku tak tau nak cakap berapa jam aku boleh spend depan laptop semata-mata untuk crack bende tu je. Tu kisah 2,3 bulan lepas. Bila dah asyik fail, aku almost give up.

Tapi, tett!! Jangan ingat semudah tu Wan Norshafika akan give up. 3,4 hari lepas, aku try lagi. Then, believe it or not, aku boleh crack trial version tu!!!! Melompat la aku. Happy bagai nak rak wehh. Hihuu. Aku pergi bilik Enin, cakap yang aku dah berjaya crack bende tu. Aku melalak-lalak, menjerit happy, gelak depan dia. Sekali dia cakap, “scarynya ko”. Pfft.

Then pergi pulak bilik Shu, cerita kat Shu. Aku cakap la, aku tak tau macamana nak describe aku punye happy ni. Sebab imagine la, dekat 2,3 bulan aku stuck kat bende tu je. Shu cakap, “haa, Shu faham macamana perasaan tu. Happy kan? Ika je yang boleh rasa, orang lain takkan faham”.

Betol, setuju! Sebab aku rasa aku je yang tau macamana rasa tu.

Macam sekarang ni la, bile dah boleh buat poster, boleh buat video, aku je yang rasa bahagia tu. Orang tengok mungkin akan cakap, “Alaa, ko takpe la. Memang dah biase buat kan. Lagipun video je, so what’s the big deal?”

Dude, it is a big deal for me. Aku bukan lahir-lahir je dah boleh buat video, boleh edit gambar. Aku tak biase buat video. Ape ko ingat buat video ni memang kerja daily life aku ke? Aku start daripada kosong, nil, zero. Aku tak ambik kelas multimedia. Aku tak bayar tutor untuk ajar aku buat video. Aku tak jugak menuntut daripada sesape. It’s only me and my laptop. Me and my determination, my curiousity.

Aku tak kisah spend berjam-jam depan laptop just untuk discover small little thing even about macamana nak masukkan text dalam video. Or macamana nak overlay sequence image dalam video. Sebab bile ko discover sendiri, baru ko tahu macamana rasa puas hati tu. Daripada rasa puas hati tu la yang buat aku every day makin eager and makin minat multimedia ni.

Sekarang musim ramai member aku start buat video untuk pembuktian report. Boleh tengok la sorang-sorang muka berkerut je. Stress le buat video. Haa, baru tau macamana susahnya nak buat video kan. Lain kali respect la those yang selalu buat video. Jangan pandai komen je, jangan pandai mengarah itu ini je, jangan ikut kepala ko sorang je nak apa, at least consider la sikit orang lain kan. *haa, dah kenapa emo pulak?*

Kalau ikutkan, memang aku nooby multimedia. But sekarang, ade la few friends aku sendiri yang sedar improvement aku. Macam Zaidathul, dia selalu la cakap, aku ade skill, ade talent, tau banyak pasal bende-bende ni. Padahal, ape yang aku tau, tak la sebanyak yang diexpect pun. Tapi macam sekarang pun Zai dah start blogging. And dia mintak aku yang ajarkan satu-satu. Shu pun selalu cakap, kalau bab buat video, dia tak sampai standard aku lagi. Kalau ikutkan, standard buat video aku pun cikai jugak. Aku pun tak tau jugak macamana impression diorang kat aku. Ade yang selalu tanya aku, mana aku belajar mengedit,belajar buat video, belajar blogging. Aku tak belajar dengan sesape. Tapi aku suka discover sendiri. Tu je yang aku cakap.

Tapi one thing la yang aku nak tekankan. Jangan expect semua benda mudah. Sebab kalau benda mudah, macamana kita nak belajar untuk bersabar. Iye dok?

This is my experience talking to you.


Honestly aku seorang yang sangat tak sabar. Aku tak suka bende yang require aku tunggu lame-lame. Atau bende remeh yang aku kena spend lots of my time tapi hasil yang sangat ciput. Macam memasak. Ambik mase sejam, 2 jam. Nak prepare, then masak, basuh, kemas. Tapi total masa untuk makan? 15 minit? Boleh la tu kot. Kalau kate kunyah 40 kali, campur makan sambil bercakap, lama la kot sikit.

Okeh, whatever. Tapi nak katanya macam tu la aku punya tak suka terhadap bende-bende macam ni. Tapi bila aku banyak buat poster, banyak mengedit, buat video, well, I learn something.
P.A.T.I.E.N.C.E

S.A.B.A.R
Alkisahnya lagi, ade one of my friend ni, seryesly, aku sentap la sikit dengan dia. *dah kenapa curahan pulak? hehe*. Dia mintak software video editor kat aku. Nak yang senang. So aku offer untuk tolong downloadkan Windows Movie Maker tu untuk dia. And aku pun bagi jugak software yang aku pakai. But then dia tak puas hati dengan video editor aku sebab takde function yang movie maker ade. Bentak-bentak pulak.

Panas wehh.

Ehh, uolls jangan la expect semua video editor ni same. Ade software yang takde function ni, ade software yang ade function ni. Semua pun macam tu kan. Comparekan WeChat dengan Whatsapp. Same ke? Whatsapp ade ke tempat nak share moments bagai tu? Even Whatsapp sendiri pun, bila dah update, berbeza dah dengan version lame. Kan? Betol tak?

So, jangan la nak benda yang mudah je. Kalau even benda kecik macam tu pun dah banyak complaint, banyak merungut, what would you expect bile nak buat video nanti? Bertimbun la komen jawabnya. It just that aku tak pandai nak layan orang stress. Tak lame memang aku bantai orang tu balik la jawabnya. Hihuuu. *Acano awak nak jadi doktot ni Ika?* Again, actually aku bukan sorang yang penyabar sangat untuk layan rungutan, komenan, komplenan orang.



Okeh, see you again. Till then,

Thanks for reading (“,)


p/s : Dear ‘that friend’, I’m sorry to bring things up. Just wanna tell you something in a way that you won’t feel burdened kalau aku cakap direct kat ko. Even bile ko bace pun, ko boleh pretend that ko tak bace and knows nothing bout this. Sebab honestly, I’ll never know either you read this or not. Kan. Love you <3


Sunday, December 14, 2014

KATCHA! ~ Part III

Sunday, December 14, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Okeh, ni last part Katcha!. Hehe. Okeh, bile kite cakap pasal certain program, or project, or activity, gebang sangat la kan kalau kate kite totally 100% puas hati. Tak pun 100% lancar, takde masalah langsung. Iyo dok? Cakap je la program ape pun, aktiviti ape pun, mesti akan ade problem sikit. It can be masa planning, boleh jadi jugak masa pelaksaan. Even kalau planning untuk vacation, mesti ade je timbul masalah kan. Haa, same la dengan Katcha! ni. Ade je problems yang timbul masa planning, masa pelaksanaan. Tapi bukanlah problem tu membantutkan aktiviti ni. tak jugak, sebab akan ada strength and opportunities untuk sesebuah program tu. Familiar tak dengan term SWOT analysis? SWOT ni stand untuk STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITIES and THREAT. SWOT analysis ni somekind like kita analyse satu-satu SWOT untuk certain program. So, dah alang-alang mention, without further ado, jumm kite analyse SWOT untuk Katcha!

STRENGTH
1.    Tempoh masa yang singkat

Okeh, kalau nak buat certain program, masa memang satu elemen yang sangat penting. Sangat crucial. Lagi-lagi kitorang as a student, bukan senang nak spare masa untuk something yang lain. Tapi advantage and strength program Katcha! ni is that kita tak perlu nak sparekan mase yang banyak untuk buat program ni. Masa planning, kitorang ambik masa untuk tentukan kategori pertandingan, then tentukan few other things. Tu je. Meeting pun simple-simple je.

Tu based on kitorang as biro kan. Tapi untuk peserta sendiri, diorang pun tak perlu luangkan banyak masa untuk hantar penyertaan. Just pick mane-mane gambar yang diorang suka, then emel je kat kitorang. Done!

2.   Publisiti

Apa yang aku nak cakap pasal ni, bukanlah bermaksud Katcha! ni dah ada nama sendiri. As if ‘brand’ sendiri. Tak. Sebab ni ialah program 1st kitorang. Tapi Katcha! kan ialah satu program anjuran Biro Multimedia KUBI. Yang mana KUBI sendiri tak perlu nak diperkenalkan lagi. Pelajar Malaysian semua dah tau apa KUBI ni. Kelab UMNO Bandung Indonesia. So, tak susah la untuk kitorang bawak naik nama Katcha! ni. Sebab berada di bawah KUBI dah bagi kitorang satu peluang untuk promote Katcha! ni. As if bile dengar nama Katcha!, orang tau, “oo, tu program fotografi yang bawah KUBI tu kan?”

WEAKNESS
1.   Pengalaman yang terbatas

Actually, kalau nak cakap pasal pengalaman, setiap orang ade je pengalaman nak handle program. Macam untuk Insaniah sendiri, kitorang punya previous 6 credits, semua kitorang handle sendiri aktiviti. Tapi rasa berbeza kot sebab aktiviti sebelum ni dalam kalangan kitorang sendiri je. Tapi Katcha! bukan je melibatkan kitorang. Tapi jugak dari UIN, dari fakulti lain and jugak dari batcha lain. Bukan senang la nak handle something yang skop lebih besar.
Lagipun kalau ikutkan, most of member Katcha! bukanlah background IT savvy or ape-ape yang berkaitan dengan multimedia ni. Pengalaman kitorang dalam fotografi pun tak seberapa sangat.


2.   Dana dan bajet (ekonomi)

Yang ni, aku rasa mana-mana program pun, dana memang satu isu yang tak boleh lari la. Majlis tertinggi ade je apply dana daripada KUBI sebab KUBI boleh sparekan moneys untuk every acara yang mana-mana biro under KUBi buat. Tapi untuk yang ni, maybe sebab event ni takde la besar mana. So dana yang diprovidekan pun tak la sebanyak yang dimintak. So, ralat la sikit. Then, biro ekonomi la yang nak kena kerjaa keras untuk sediakan lebih dana. In fact, not only biro ekonomi je, sekali dengan biro lain pun tolong untuk cari dana lagi.

3.   Kurang penilaian dan anggaran


Actually, jujur cakap, aku rasa kitorang still lack dalam estimate things. Yang paling jelas is that untuk penyertaan filem pendek. Terkilan kot sebab takde penyertaan langsung. Bile fikir balik, maybe salahnya kat kitorang sebab kitorang tak providekan masa yang lebih untuk filem pendek tu. Means, kitorang tak estimate mase selama sebulan tu sebenarnya cukup tak untuk orang buat filem tu. Well, mesti require mase yang lebih sikit kan sebab nak buat filem pun bukan senang. Even yang cikai macam aku buat pun dah stress bagai dah. Situ kelemahan kitorang sebab kitorang tak terfikir kat perkara tu.


OPPORTUNITIES
1.   Program yang sangat terbuka dan menarik untuk setiap mahasiswa yang terlibat

Katcha! ni kan sebenarnya ialah satu pertandingan fotografi dan video pendek kan. And penyertaan untuk fotografi tak ada exact peraturan, kena pakai kamera ni, kena tema ni, kena orang ni je, kena itu ini. Tak. Sebab orang bebas hantar gambar masing-masing. It just that nak bagi penyertaan ni somekind like terarah sikit, so kitorang wujudkan kategori tertentu.
i)             Selfie
§  Selfie Boria
§  Selfie Unik
§  Selfie Fotogenik
ii)            Memorable

So let’s say macam untuk selfie, memang semua orang suka selfie kan. Even uolls pun kan. Kalau duduk sensorang tu, mula la bukak henpon, pastu klik sane, klik sini. Muncung mulut, peace, macam-macam gaya. Iyo dok? Tapi semua just simpan dalam henpon je. Tak pun masuk FB, Insta, Twitter. Orang like, komen. Then..? Nothing la kan. Disebabkan jadinya macam tu la, kitorang wujudkan kategori ni. Macam nak menggalakkan diorang untuk something yang lebih worth. Not just post gambar selfie tu untuk orang like and komen je.

Same macam memorable, aku sendiri ade few friends yang suka amek gambar untuk merakam kenangan. Macam ade pernah kitorang jalan-jalan kat Kawah Putih, kat Situ Patenggang semua, haa, bergmbau tak ingat dunia kau. Lagi-lagi bile kitorang kat bumi Indonesia ni, kalau boleh every moment nak dicapture. So nanti bila dah balik Malaysia, at least ade kenangan yang mengingatkan diorang moment-moment indah kat sini. Iyo dok? So sebab tu la kitorang wujudkan kategori ni. Untuk bagi diorang peluang untuk share kenangan diorang bersama-sama and dihargai.

Untuk video, lain pulak cerita. Actually skop cerita, storyline, pelakon semua tu, terbuka je. 
It just that tema kitorang pasal ‘Raya di Perantauan’ sebab tempoh pertandingan ni dekat-dekat dengan Raya Haji time tu. Tapi, bile kate raya, not only raya dalam Islam kan. Sebab it can be Raya Cina, Raya Deepavali, etc

Penyertaan sendiri terbukak kepada semua students, not only students Malaysia yang jadi ahli KUBI je. Sebab actually ahli KUBI cuma untuk Malaysian students je. Tapi untuk contest Katcha! ni, even yang bukan member KUBI pun boleh join.


THREAT
1.   Penyertaan

Untuk penyertaan, at first memang kitorang tak boleh nak estimate berapa banyak penyertaan. Sebab awal-awal tu, bila tengok, macam tak ramai yang join. So kitorang bit worried la sikit. “What if kalau penyertaan 2,3 kerat je?”. “What if sebenarnya orang tak tau pun pasal Katcha! ni?”. And banyak lagi la “what if” tu. Tapi bila tarikh dah almost nak tutup, baru la banyak penyertaan yang masuk. So macam threat jugak la bila fikirkan publisiti penyertaan tu.


2.   ‘Jenama’ Katcha!

Apa yang aku nak cakap kat sini is that, Katcha! takde jenama. Katcha! tak dikenali pun sebab baru lagi kan. So kitorang like compete dengan few other contests photography yang lagi grand. Contohnya MAISEN – Malam Inspirasi Seni. Dalam dunia multimedia bagi Malaysian students UNPAD, MAISEN ni memang sangat famous. Memang grand habis la kan. So kitorang sebolehnya nak elakkan orang untuk fikir kitorang copycat MAISEN. And kitorang jugak tak nak dicompare dengan MAISEN atau jadi shadow MAISEN. Kalau ikutkan susah la nak tunjuk yang Katcha! ada its own brand sebab wujudnya another platform dalam dunia multimedia ni.

REFLEKSI

Okeh, hold on. Sekali lagi, tak perlu heran dengan apa la pulak refleksi ni. ni somekind like dapatan, tak pun hasil yang aku dapat daripada program ni. I mean, macamana program Katcha! ni boleh membentuk sesuatu dalam diri aku.

Okeh, so sebenarnya Katcha! ni aku jadikan report untuk program Insaniah aku kali ni. Kitorang ade another 2 kredit untuk dipenuhkan. And somehow, Katcha! ni memang satu platform yang berjaya membentuk dua nilai yang diterapkan dalam Kemahiran Insaniah kali ni.

1.   HHHC9701 – PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Bila mention keusahawanan, yang terlintas kat kepala mesti meniaga, bukak bisnes, buat duit. Kan? Kan? Hermm, betol ke cemtu? Haa, tak salah pun. Betul la tu. Keusahawanan ialah satu bidang untuk kita buat bisnes, generate duit. Tapi question is macamana nak buat bisnes yang berjaya? Macamana nak generate duit tu? Kenapa ade bisnes yang success, kenapa ade yang gulung tikar? Kalau nak buat bisnes sebenarnya bukan la susah, tapi macamana nak menguruskan bisnes tu yang jadi masalah. Haa, kat sini la Kemahiran Insaniah ni memainan peranan. Sebab dalam keusahawanan, kita tak cuma cakap pasal duit, bisnes je. Tapi yang paling penting untuk diterapkan ialah kemahiran, skill, kepakaran keusahawanan tu sendiri. Apa ciri-ciri keusahawanan yang berjaya? Heh, banyak. Google je. Tak pun tengok je businessmen, businesswomen yang ada, macamana boleh success macam tu?

So, Alhamdulillah, dalam Katcha! ni sendiri, even aku bukan la Biro Ekonomi, bukan bendahari, tapi still menguruskan multimedia pun berjaya membentuk ciri-ciri keusahawan dalam diri aku.

Perancangan.          

That’s it. Sebab somehow, nak menguruskan sesuatu bisnes, atau nak ceburkan diri dalam bidang keusahawanan, skill untuk merancang tu sangat penting. Orang kate, “if you fail to plan, then you plan to fail”. Untuk multimedia ni, banyak benda yang aku nak kena plan sebelum buat. Plan macamana nak publisitikan dan promosikan Katcha! melalui skop kerja aku sebagai Biro Multimedia sendiri. Together dengan biro lain, plan macamana nak create majlis untuk penyampaian hadiah untuk make sure orang datang and response. Bukan tu je. Aim majlis penyampaian hadiah Katcha! sendiri ialah untuk celebrate and congratulate winners kan. So sebab tu la penting untuk kitorang create satu majlis yang mana keutamaannya ialah untuk menghargai dan congratulate para pemenang tu sendiri. Majlis ni bukan untuk kitorang je, tapi majlis untuk diorang. Haa, macam tu la.

2.   HHHC9801 - KREATIF DAN INOVATIF

Bile cakap pasal kreativiti dan nilai inovatif ni, sebenarnya sangat la subjektif. Sebab setiap orang ade nilai kreatif dan inovatif ni dalam cara masing-masing. Personality and coping mechanism setiap orang berbeza. Kreatif ni senang kate as if kita mampu melihat sesuatu dari perspektif yang baru and buat sesuatu yang baru dengan gabungkan several ideas yang bernas melalui cara berfikir di luar kotak. Inovatif pulak macam kita gunakan kreativit kita untuk create something yang baru yang lebih better and lebih banyak improvement. Haa, sebab tu la kalau perasan, kreatif dan inovatif ni memang tak terpisah. Macamana aku nak explainkan maksud kreatif dan inovatif ni jugak umpama contoh nilai kreativiti dan inovatif aku la ni. Haha.

Bekerja dalam bidang multimedia, memang aku tak dapat lari daripada nilai yang satu ni. In fact, nilai-nilai ni as if first rule kalau kita nak melibatkan diri dalam bidang multimedia. Sebab tu ramai yang selalu cakap, “Tak nak la masuk multimedia. Tak kreatif la”. Untuk skop kerja aku dalam Katcha! ni, aku banyak ditugaskan untuk buat posters, videos. So daripada sini, day by day, aku berjaya meningkatkan tahap kreatif dan inovatif aku tu. Sebab bila makin lama, makin banyak pengetahuan aku tentang macamana nak buat posters yang catch, yang menarik, yang boleh capture orang dengan 1st impressions. Makin lama, aku makin cuba untuk pelbagaikan cara aku buat posters supaya lebih menarik.


Ni poster 1st yang aku buat untuk Katcha!
Somehow aku sendiri yang rasa poster ni macam dull, kosong, and tak bagi impression yang manarik pun


Ni poster  kedua, yang aku buat untuk explain pasal Rules and Regulation
Since yang previous terlalu dull, aku cuba insertkan banyak warna. Tapi terlalu banyak pulak permainan warna. Rase macam heavy and kelam kabut sikit

Yang ni aku buat untuk countdown. So basically pakai poster yang sama untuk 7 hari tu, just add up countdown tu je.
Yang ni aku rasa better from those two sebab tak terlalu berat dengan warna tapi tak jugak kosong.

Basically, aku nak tekankan, even daripada 3 poster ni pun aku rase aku dah ade perubahan dalam kemahiran membuat poster. Sebab tu aku cakap yang Katcha! ni dah berjaya keluarkan something new daripada aku. And tepat bersesuaian dengan kredit Kemahiran Insaniah ni.

And selain daripada 2 kredit ni, nilai lain yang nak ditekankan ialah mengenai peranan sosial individu terhadap diri, keluarga dan masyarakat. This one nak bagi interesting sikit, aku buat video. So, enjoy. Hehe.





Btw, boleh la kalau korang nak belek balik 2 entries Katcha! yang lepas. Either cari kat archive, atau boleh klik sini untuk tengok Katcha! ~ Part I and klik sini untuk tengok Katcha! ~ Part II.


So, berakhirnya entry kali ni bermaksud, setel la cerita aku dan Katcha!. Juga bermaksud, laporan untuk Kemahiran Insaniah aku pun dah siap. For the 1st time, aku rase semangat sikit nak buat laporan. Hehe. Sebab main dalam bidang aku kan. Some of kawan aku baru nak start blogging. Zai, Ainin, Kirra, Far, Ira. Aku pulak yang excited lebih ajar and guide diorang instead of diorang yang excited untuk create a new blog. Hehe..

See you again.

Thanks for reading..


Kisah Kabus Qaseh © 2014