Bismillahirrahmanirraim..
Assalamualaikum..
Ermm. Hari ni
aku rase begitu semangat nak share something. Uikss..? Apakah? Ngeh ngeh. Aku
ade mention tak sebelum ni yang aku suka berkarya? Berkarya as in berpuisi and
bercerpen. Biase la, aku ni berangan je lebih, haduyaii. So ahha! Ini la
alkisahnya. Hari ni dengan bahagianya *bukan bangganya* aku nak mempersembahkan
cerpen pertama aku kat sini. Ermm.. sebarang kekurangan dan kelemahan harap
maaf dan sila la tinggalkan komen anda *Hoommaaiigaddd!*
Bismillahirrahmanirrahim..
**********************************************************
You’re My Idiot!
“Hoi!” serentak dengan sergahan itu, Arisa terasa
bahunya dicuit. Berterbangan menungannya. Tindakan refleksnya membuatkan dia
segera mencapai tangan yang melekap di bahu kanannya dan berura-ura untuk
mempraktikkan kemahiran seni mempertahankan diri yang dipelajari.
“Risa, nanti! Nanti! Saya ni!"
Tegahan itu menghentikan niat Arisa. Dia menoleh mahu memastikan siapakah empunya tangan itu. Seketika, dia menarik nafas lega. Aril!
Tegahan itu menghentikan niat Arisa. Dia menoleh mahu memastikan siapakah empunya tangan itu. Seketika, dia menarik nafas lega. Aril!
“Laa.. apa awak buat ni?” soal Arisa
dengan nada tidak puas hati. Mujurlah sempat Aril menahan, kalau tidak, free-free je kena bantai.
“Saya cuit je pun. Senang sungguh
melatah,” Aril menyakat.
“Tu bukan melatah, tapi defend diri,” Arisa cuba membela diri.
Sejujurnya dia bukan seorang yang senang melatah apabila disergah begitu tapi
dia benar-benar terperanjat sebentar tadi kerana saat ini fikirannya bukan di
sini.
“Eleh, ke saja ambil kesempatan nak pegang
tangan saya?” Aril masih ingin menyakat. Dia suka melihat merahnya wajah Arisa
saat disakat terutama bahagian pipinya yang sedikit berisi itu. Comel!
“Eh, tolong sikit. Tak hadap!”
Aril menyambut dengan tawa besar.
“Cakap pasal ambil kesempatan, teringat
dulu masa kita mula-mula kawan,” Arisa berjeda. Mahu menanti reaksi Aril,
masihkah ingatkah tidak dia pada kisah lebih setahun yang lalu.
“Kenapa?”
Arisa mendengus. Tak ingat la tu. Inilah
lelaki, kan.
“Masa tu, kan yang saya terseliuh kaki
masa practice. Ayah Zul mintak awak
yang tolong hantarkan saya ke klinik sebab semua assistant busy. Awak papah saya sesuka hati je time tu, langsung tak mintak izin. Saya ingat awak nak ambil
kesempatan,” Arisa terasa bagai mahu tergelak juga mengingatkan kenangan lalu.
“Ha’ah. Ingat.Tu la awak, fikiran awak tu
asyik negatif je,” Aril menempelak.
“Eh, dah awak tu suka-suka hati pegang
saya. Tak cakap sepatah pun alih-alih peluk kita macam tu je. Marah la,” Arisa
tidak mahu kalah. Haishh, pantang keturunan Haji Mahmud kalau menyerah kalah
sebelum berperang.
Arisa bagai tidak percaya kalau sebenarnya
alasan lelaki itu tidak meminta kebenarannya terlebih dahulu adalah kerana
segan. Segan mahu mengungkapkan kata ‘boleh saya papah awak?’, ‘meh saya papah’
atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Setelah pulang dari klinik,
lelaki itu terus meminta maaf dan menjelaskan situasinya.
“Alaa, kalau dah suka tu cakap je la.”
Arisa membulatkan mata. Dia menayangkan
buku limanya tepat di hadapan wajah Aril. Tidak kuasa melayan sengalnya Aril.
Bila memikirkan kembali saat bermulanya
perkenalan mereka dulu, Arisa bagai tidak menyangka kalau akhirnya dia dan Aril
akhirnya menjadi sahabat baik. Bukannya dia dan Aril sama sombong tapi mungkin
masing-masing segan. Hampir lapan bulan dia mengikuti kelas taekwondo itu,
hanya setelah kejadian di mana Aril membantu menghantarnya ke klinik, barulah
mereka mula bersahabat. Ada hikmah juga dia cedera agaknya.
Setelah mengenali Aril, barulah dia tahu
hati budi Aril sebenarnya. Barulah dia menyedari kenapa Aril menjadi kegilaan
hampir sebahagian daripada pelatih taekwondo di dalam kelas mereka. Kehebatannya
dalam seni mempertahankan diri yang satu ini memang tidak dapat dipertikaikan
lagi. Mungkin kelebihannya bila berbadan tinggi. 178cm. Kalah la kalau nak
dibandingkan dengan Arisa. Ditambah pula dengan kekacakan Aril, matanya yang
redup, keningnya yang lebat dan dagunya yang terbelah sedikit, tak hairan lah
kalau ramai admirer termasuk akaks-akaks dan aunties-aunties pun. Hot gitu,
kan.
Selama ini dia hanya memerhatikan Aril
dari jauh sewaktu lelaki itu dalam latihan. Menjadi penyokong dan penyorak yang
paling bersemangat sewaktu dia bertanding dalam kejohanan. Bukan Arisa seorang stalker. Tapi dia pun mengakui bahawa
dia suka melihat langkah Aril yang pantas, gerak tangannya yang tajam, hayunan
kakinya yang mantap. Mengingatkan dia kepada lagak Lee Minho pujaannya dalam
drama korea City Hunter. Ahh! Seminggu sahaja dia mampu menghabiskan 20 episod
drama itu. Itu pun tengah dalam ujian akhir semester. Rakan-rakan yang lain
demam exam, dia sahaja yang angau tak
sudah, demamkan Lee Minho.
* * * * * *
BUAT kesekian kalinya, Arisa mengeluh lagi. Dia tidak
kuasa mahu melayan cerewetnya Aril berbelanja. Itu tak kena, ini tak cantik,
warna suram, corak macam zaman dulu, belang hitam kuning dah macam lebah. Penat
Arisa melayan kerenah rakannya itu. Kalau ikutkan hati dia malas mahu menemani
Aril, sudah tahu benar kerenah Aril. Namun tidak sampai hati pula mahu menolak.
Selama ini kalau dia dalam masalah, tak lain tak bukan lelaki itulah orang
pertama yang dia akan cari. Tak nak lah jadi kacang lupakan kulit. Cewah!
Pandai pulak aku berperibahasa. Siapa kata anak Haji Mahmud fail BM?
“Risa,” panggilan garau itu membuatkan Arisa
mendengus.
“Apa dia?” Arisa menjawab malas dan berpaling.
Eh? Mana Aril? Dia memandang kiri dan
kanan. Di hadapannya kini bukan Aril tapi seorang lelaki tinggi yang segak
dalam kemeja. Siap bertali leher lagi. Wah! Hensem bukan main lagi kau ye.
Siapa ni? Tau pulak nama aku? Sangkanya Aril yang menyeru namanya sebentar
tadi.
“Ingat lagi?” ringkas soalan itu.
Arisa mengerutkan dahi. Berfikir. Siapa
ek? Macamanalah sikit punya handsome
macam ni aku boleh tak ingat.
“Tak ingatlah tu kan,” duganya.
Arisa mengangguk jujur.
Terdengar gelak halus dari bibirnya. Dah
makin handsome pulak dah.
“Dah agak. Ini Syamil la.”
“Err..” Arisa masih bingung. Siapa? Anak
angkat mak aku ke? Kawan sekolah dulu ke? Aku pernah gaduh dengan mamat ni kat
mana-mana ke? Ex boyfriend aku tak
mungkin handsome macam ni. Dah tu, secret
admirer?
“Bunga kaktus. Kedai bunga err.. Lucy.
Depan Seven Eleven Taman Saujana. Tahun lepas.”
Hah! Ambik nak kau Arisa! Sebijik-sebijik detail dia bagi kat kau. Memang nyanyuk
sungguh kau Arisa Farhana kalau tak ingat lagi. Tapi Arisa mengaku kalau dia
memang seorang yang pelupa.
Seminit..
Dua minit..
Tiga minit..
“Ahh!! Ingat!” Arisa memetik jari.
Bercahaya matanya bagai orang yang baru sahaja memenangi anugerah Nobel. Overreact! Okey, Arisa Farhana memang
seorang yang over.
“Syamil. Yang kita berebut kaktus masa tu.
Depan Seven Eleven. Betullah. Aduh, macamana sebijik-sebijik awak boleh ingat
eh?” dalam kagum, Arisa mengutuk kebebalan sendiri.
“Mujur ingat lagi. Kalau tak saya dah rasa
macam nak sorok muka dalam baju ni je. Syok sorang-sorang,” Syamil bergurau.
Aiceh! Bergurau pulak dia. Bahagia
sungguh. Arisa lihat senyuman dari bibir merah lelaki itu. Wah! Bagus-bagus.
Merah bibir tu tanda tak merokok. Sama macam Aril, pun tak merokok. Bangga pula
dia dengan rakannya itu. Walaupun rakan-rakan lelaki Aril boleh dikatakan
hampir 80% merokok namun Aril tidak pula terpengaruh. Bagus!
Eh? Baru kini dia teringatkan Aril. Mana
pula mamat sorang ni? Dia mahu mengenalkan Aril dengan Syamil. Syamil ialah
pemuda yang ditemuinya dahulu. Lebih tepat untuk dia katakan lelaki yang dia
berebut kaktus sewaktu mencari kaktus sebagai hadiah kepada umi sempena ulang
tahunnya. Macam budak-budak sungguh bila difikirkan padahal banyak lagi kaktus
lain di kedai itu. Cuma Arisa enggan mengalah kerana kaktus itu dahulu yang
menangkap perhatiannya. Warna merah durinya membuatkan Arisa tertarik. Selama
ini dia ingatkan duri kaktus warna putih sahaja. Barulah dia tahu rupanya
berbagai spesies yang wujud di muka bumi ini. Dia sahaja yang hidup di alam
kuno.
“Sihat?”
Arisa sekadar mengangguk. Soalan
berbasa-basi gitu dia memang tidak berapa gemar sebenarnya. “Awak?” cakap
orang, aku pun sama je soalannya. Agaknya dengan orang handsome macam ni, aku memang lidah beku. Otak pun dah macam dalam freezer agaknya.
Seketika Arisa sedar bahawa kedudukan yang
rapat dan ketinggian Syamil membuatkan tengkuknya naik lenguh apabila harus
mendongak memandang lelaki itu. Arisa lantas menjarakkan diri ke belakang
supaya dia tidak perlu mendongak lagi.
“Eh!”
Arisa tergamam saat tangannya ditarik
Syamil. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Tahu-tahu sahaja dirinya sudah seinci
sahaja dari pelukan Syamil. Astaghfirullah! Apa ni? Arisa menolak tubuh Syamil
dan membetulkan kedudukan.
“Maaf, tadi awak hampir nak terlanggar
orang tu,” Syamil menjelaskan perkara yang sebenar. Khuatir kalau Arisa fikir
dia ingin mengambil kesempatan. Syamil menuding ke arah lenggok seorang lelaki
bertubuh gempal yang semakin menjauhi mereka. Arisa mengangguk, mengerti. Mujur
juga Syamil menarik tangannya sebentar tadi. Kalau tidak memang lenyek aku
jawabnya kena langgar. Salah dia kerana mengundur ke belakang sebentar tadi
tanpa melihat keadaan trafik sekitarnya terlebih dahulu. Itulah Arisa yang
sangat cuai.
Baru ingin mengucapkan terima kasih,
sekali lagi tangannya terasa dipaut dan ditarik ke belakang. Aduh! Yang ni aku
memang hangin. Asyik kena tarik je. Memang orang tubuh kecik kena buli macam ni
ke.
“Kau kenapa? Ada masalah dengan awek aku?
Main tarik-tarik pulak?”
Awek? Arisa gamam melihat Aril yang
tiba-tiba sahaja muncul berhadapan dengan Syamil dan mengaku kekasihnya.
Kekasih? Sejak bila? Tersedak susu agaknya kecil-kecil dulu. Dah besar ni jadi
berhalusinasi pula. Arisa melepaskan pegangan Aril yang kemas melekap di
tangannya.
“Apa ni Aril?”
“Mamat ni nak apa dengan awak? Suka hati
kacau anak dara orang,” Aril bersuara bengis. Arisa nampak pandangan mata Aril
yang tajam mencerlung.
“Oii, ni kawan saya la. Syamil. Awak
rilekslah,” Arisa cuba menenangkan Aril. Tidak mahu kalau Aril tiba-tiba
menunjukkan kemahiran taekwondonya kepada Syamil. Masak aku yang kena jadi
pelerai nanti.
“Kawan?”
“Iye. Meh sini saya kenalkan. Syamil, ni
kawan baik saya, Ar..”
“Jom, dah lambat dah ni. Saya ada janji
pulak lepas ni,” belum sempat Arisa menyempurnakan ayatnya, Aril memotong.
“Tapi..”
“Bro,
sorry. Lain kali jumpa lagi. Pergi dulu,” Aril hanya mengangkat tangannya
kepada Syamil dan terus berlalu.
Arisa pandang langkah Aril yang laju
meninggalkan mereka. Itu je? Arisa pandang pula Syamil yang sedari tadi menjadi
pemerhati. Diam tak berkutik.
“Err.. awak. Sorry ye dengan kawan saya tu. Angin kus-kus dia dah datang. Insha
Allah kalau ada masa, saya akan kenalkan awak dengan dia. Okey?” Arisa memohon
maaf bagi pihak Aril. Menaikkan kembali saham yang sudah gedebuk jatuh akibat
perbuatan Aril. Aduh! Bikin malu member
je. Mana mahu disorokkan wajah dengan perlakuan kurang sopan Aril tadi.
“Tak apa. Faham. Lain kali ada jodoh kita
jumpa lagi,” Syamil melemparkan senyuman mesra.
Jodoh? Aiceh! Arisa sudah tersenyum dalam
hati. Berangan. Amin, moga-moga termakbul la hendaknya ya.
“Insha Allah. Kalau macam tu, saya pergi
dululah ye.”
“Eh, nanti. Boleh minta nombor telefon?”
Syamil sempat menahan Arisa yang sudah mula mengatur langkah.
Nombor telefon? Hehe. Alamatnya tak lama
lagi Haji Mahmud dapat menantu la gamaknya kalau macam ni.
“Err.. just
in case kalau ada apa-apa. But, its
okay kalau awak keberatan. No biggie,”
suara Syamil kedengaran layu.
Keberatan? “Eh, tak. Tak. Tak keberatan
pun.” Gila tak nak bagi nombor? Haruslah bagi. Umi cakap kalau rezeki jangan
ditolak. Umi, ni dikira rezeki la, kan? Kan?
Setelah bertukar nombor telefon, Arisa
melangkah berlalu mendapatkan Aril yang sudah tidak tahu ke mana menghilangnya.
Mamat ni dah kenapa pulak? Tiba-tiba hangin semacam. Tak pernah-pernah pulak
macam ni.
* * * * *
ARISA mengerling lagi jam yang melilit di pergelangan
tangan. Sudah hampir setengah jam dia menanti. Langsung tiada teksi mahupun bas
yang lalu. Teringat pelawaan Sara yang ditolak sebentar tadi. Dia tidak mahu
menyusahkan gadis itu untuk menghantarnya pulang. Arah rumah mereka berlainan.
Satu ke barat, satu ke timur. Takkan dia mahu menyusahkan Sara terpaksa memandu
jauh-jauh.
Dia juga tidak sampai hati mahu meminta
tolong abangnya. Dia tahu pasti abangnya yang berkerjaya doktor itu sedang
sibuk. Nak cari bini pun tak sempat, lagi nak jemput aku bagai. Kalau tidak
kerana keretanya buat masalah pagi tadi, dia pasti tidak akan ada di sini. Pagi
tadi datangnya dijemput Aril. Tapi memandangkan dia baru sahaja bertikam lidah
dengan Aril sebentar tadi, dia tidak
mahu dikatakan tebal muka meminta bantuan lelaki itu. Gila nak tayang
muka tak malu nak minta tolong?
Kenapa dia bergaduh dengan Aril. Heh!
Pening kepala dia memikirkan sikap Aril sejak kebelakangan ini. Anginnya tidak
menentu. Senang marah tidak tentu pasal. Hari itu dia dimarahi kerana
membiarkan Syamil memegangnya. Eh? Masalahnya, mana ada aku kasik sesuka hati
macam tu. Orang tu nak tolong aku je pun. Lepas tu, Aril naik angin bila Arisa
sembang dengan waiter muka jambu
waktu mereka keluar makan beberapa hari lalu. Tu tak kira lagi bila Arisa
sembang dengan uncle jual paper, bila ada mamat hensem
menguratnya. Dia dikatakan melayan saja. Aduhai, mana ada dia menggedik mahu
melayan. Susah sungguh mahu memahami Aril sekarang ni.
Tadi, tiba-tiba entah kenapa Aril
memintanya berhenti daripada kelas taekwondo ini. Tak nak! Arisa tak rela kalau
terpaksa menghentikan minatnya itu hanya kerana Aril risaukan keadaannya yang
sering sahaja tercedera. Seperti kecederaan yang dialaminya sekarang ini.
Arisa akur kalau dia seringkali mengalami
kecederaan sewaktu berlatih. Mungkin kerana dia lalai. Mungkin juga kerana saiz
kakinya yang kecil membuatkan dia sukar untuk stabil. Apabila ada asakan
daripada lawan, mudah sahaja untuk dia rebah. Namun, Arisa bangga kerana
walaupun hanya dengan ketinggian 150cm, Arisa masih berjaya merangkul banyak
pingat dalam acara sparring kejohanan
taekwondo yang disertainya.
Bangga Haji Mahmud dan Hajah Zaleha dengan
anak gadis yang seorang ini. Nampak sahaja lembut di luar. Nampak seperti mudah
sahaja dibuli tapi Arisa bukan gadis lemah. Dia sudah masak dengan jatuh bangun
dunia seni mempertahankan diri. Ini sudah bukan kali pertama dia mengalami
kecederaan sebegitu. Sudah masak. Dia akur kalau adat berlatih, jatuh, cedera
bukan lagi perkara asing.
Namun pendapatnya bertentangan dengan
Aril. Kata Aril, sebagai perempuan, aktiviti lasak begitu tidak sesuai dengannya. Kaki mahu pakai lama, nanti kalau jadi
apa-apa takut tak ada yang nak masuk meminang, tak perlu belajar defend diri sebab nanti boleh depend kat suami dan bermacam lagi
sebab-sebab yang keluar dari mulut Aril. Tapi, bagi Arisa, taekwondo
benar-benar sudah sebati dengan jiwanya. Tidak bererti tidak. Dan jawapan itu
membuatkan Aril berang. Gaduhlah jawabnya. Disebabkan gaduh itu, mahu tidak
mahu, Arisa akur bahawa tiada lagi Aril untuk dia minta bantuan.
Sebuah kereta perdana yang berhenti di
hadapan membuatkan Arisa mengeluh. Marahnya pada Aril masih belum reda. Kenapa
lelaki itu harus muncul pada saat ini?
“Jom, saya hantarkan,” itu bicara pertama
yang keluar dari mulut Aril.
Arisa buat tidak dengar. Tak kuasa
membazirkan tenaga mulutnya nak menjawab.
“Arisa Farhana, jom. Teksi susah nak dapat
kat sini,” Aril masih tidak putus asa.
Arisa mengetap bibir. Eleh, konon prihatin
la ni dengan aku? Arisa tayang muka dingin. “Tak payahlah. Abang datang ambil,”
bohong Arisa.
“Buat apa nak susahkan abang awak, saya
boleh hantarkan.”
Arisa diam. Lama.
Aril mengeluh. Putus asa dengan kedegilan
Arisa lantas dia kembali masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju.
Arisa hanya memandang dari hujung mata.
“Fuiyoo! Langkah kanan la kita. Ada awek
cun la!”
Arisa dikejutkan dengan suara bising dua
orang remaja yang semakin mendekati. Ah, sudah! Bala apa pulak ni?
“Ha’ah la Burn. Rezeki kot,” balas seorang
remaja yang memang membuatkan mata Arisa naik berbulu. Dengan rambut karatnya,
baju gambar tengkorak entah apa-apa, jeans
koyak rabak, telinga capangnya yang bertindik subang yang bukan satu tapi
boleh bukak kedai aksesori dah. Mana la datangnya manusia macam ni?
“Aku pun memang tengah ‘lapar’ ni,” sahut
lelaki yang dipanggil Burn tadi. Burn konon. Entah Bakar je nama kau.
Burn dan mamat bersubang itu mengelilingi
Arisa sambil memandangnya atas bawah. Arisa kecut perut tapi dia tetap bersedia
dengan apa-apa kemungkinan. Sedia menggunakan kemahiran taekwondo yang
dipelajari. Meskipun lawannya ini ialah lelaki, Arisa tidak gentar.
Saat dagunya dicuit mamat bersubang itu,
Arisa tidak membiarkan. Dicapai kemas tangan itu dan terus disilangkan ke
belakang badan. Kemas dia mengunci lengan kanan itu. Baru sahaja Arisa ingin
meneruskan langkah seterusnya, bahunya terasa dicengkam kemas dan ditarik ke
belakang. Arisa hilang imbangan lantas terjelepok. Aduh!
“Fuhh! Barang baik der. Pandai dia
melawan. Ni buat aku makin geram ni,” Burn bersuara dengan suara yang memang
Arisa sangat-sangat meluat.
Arisa ingin bangkit, namun kesakitan yang
kembali menyerang di bahagian pergelangan kakinya membuatkan dia menyeringai.
Aduhai, time ni jugaklah aku nak
sakit-sakit bagai. Arisa sudah mula kecut perut. Dia tahu sukar untuk dia
melawan saat ini dengan keadaan kaki yang membatasi pergerakannya. Ya Allah,
tolonglah aku. Apa aku nak buat ni?
Bagai mengerti keadaan Arisa, lelaki
berdua tadi sengih bahagia. Tahu bahawa kemenangan berpihak pada mereka
memandangkan keadaan Arisa menyukarkan gadis itu untuk melawan. Mereka semakin
menghampiri.
“Hoi!”
Serentak dengan sergahan itu, entah dari
mana datangnya tendangan kemas yang membuatkan Burn tersungkur mencium bumi.
Arisa terperanjat lantas mendongak. Aril! Lelaki itu sudah siap sedia dengan
penumbuk dan kuda-kuda yang dipasang kemas. Bersedia menghadapi mamat bersubang
yang kelihatan terkejut namun jelas berang itu.
Mamat bersubang menyerang dahulu. Serangan
yang sangat rapuh dari pemerhatian Arisa. Aril mengelak sedikit. Lantas tanpa
bertangguh,dia terus menghayunkan penumbuknya tepat ke wajah mamat bersubang.
Sekali. Dua kali. Tiga kali. Disudahi dengan tendangan padu di perut. Side kick itu membuatkan mamat bersubang
terus rebah.
Aril mengalihkan sasaran kepada Burn yang
memerhati. Baru sahaja dia melangkah setapak, Burn sudah mengangkat tangan.
“Cukup! Cukup! Aku blah! Okey? Aku blah! Aku tak kacau!” Burn bersuara
takut-takut.
Arisa menyimpan tawa. Nama je macam taiko,
tapi pengecut. Baru sergah sikit, dah angkat tangan. Arisa memerhati Burn
memapah rakannya dan berlalu dari situ. Langsung tidak dipandang Aril, takut
barangkali. Heh! Baru kau tahu siapa kawan aku ni.
“Arisa, awak okey?” Aril lantas
mendapatkan Arisa. Dipautnya lengan gadis itu, membantunya berdiri tanpa sempat
Arisa menepis.
Arisa kembali mempamerkan muka dingin. Dia
masih belum mengisytiharkan perang antara mereka tamat. “Awak buat apa lagi kat
sini? Ingat awak dah pergi tadi. Why are
you still here?”
“Sebab saya risaukan awak. Saya nak make sure awak selamat kat sini sampai
la abang awak datang jemput,” Aril benar-benar khuatirkan Arisa. Dia sanggup
menanti Arisa, memerhatikan dari jauh. Dia mahu memastikan bahawa Arisa selamat
dijemput pulang. Kalau Arisa tidak mahu dihantar pulang olehnya, paling tidak
dia harus memastikan bahawa dia tidak akan sesal kalau ada apa-apa yang berlaku
pada gadis itu.
“Tak perlu! Saya tak perlukan awak untuk
risau pasal saya. Saya boleh jaga diri.”
“Ya, saya tahu awak boleh jaga diri.awak
dah besar, tahu taekwondo segala bagai. But
right now, dengan keadaan kaki awak macam ni, what do you want me to expect from you?”
Melihatkan Arisa yang tidak berdaya
mempertahankan diri di hadapan dua remaja tadi, Aril tidak pasti apa yang
dirasakan saat itu. Dia rasa marah. Marah kerana dua manusia bertuankan syaitan
tadi mahu mengganggu Arisa. Marah kerana Arisa kedegilan Arisa yang membawanya
kepada bala tersebut. Marah kepada diri sendiri kerana tidak berada di sisi
Arisa untuk melindungi gadis itu. Yang pasti dia hanya rasa ingin melindungi
Arisa. Tidak mahu gadis itu diapa-apakan.
Arisa diam.
“Dahlah, jom saya hantarkan balik. Call abang awak, cakap tak payah datang
jemput,” Aril melembutkan suara. Cuba memujuk Arisa.
Ewahh, suka hati pulak. “Orang cakap tak
nak. Awak ni memang susah faham ek?”Arisa masih berkeras.
“Ya ALLAH! Arisa Farhana! For God sake, kenapa awak ni degil
sangat? Kenapa susah sangat nak dengar cakap orang? Susah ke kalau sekali je
awak mengalah, buang perangai keras kepala tu, cakap je ya.”
Arisa tersentak saat keras suara Aril
menjengah gegendang telinganya. Dia memberanikan diri menatap wajah tegang
Aril. Namun anak matanya yang mencerlung membuatkan Arisa kecut perut.
Seketika terdengar lafaz istighfar
berkali-kali terbit dari bibir Aril. Aril menghela nafas dalam seraya meraup
wajahnya beberapa kali. Cuba menenangkan perasaannya yang bergelodak kala ini.
Dia tidak tahu kenapa dia meninggikan suara. Yang pasti, dia sangat geram
dengan kedegilan Arisa. Setelah apa yang berlaku sebentar tadi, masih saja mahu
berdegil.
“Arisa, boleh tak kalau awak berhenti buat
saya sesak nafas. Berhenti buat saya risaukan awak. Risau dengan sikap
terlampau berani awak ni. Saiz badan awak dengan saiz berani awak ni langsung
tak balance, tahu tak? Saya tak
mintak banyak pun, saya just mintak
nak hantar awak balik. Tu je. Faham tak? Itu je yang saya nak. Hantar awak
balik. Make sure awak selamat sampai
kat rumah. Saya tahu awak still marahkan
saya, tapi kejap je, lupakan rasa marah tu. Bila awak dah sampai rumah, sambung
la balik rasa marah tu. Boleh?” Aril masih cuba memujuk. Mana mungkin dia akan
menurut kata Arisa kali ini setelah apa yang baru sahaja terjadi.
“Kenapa awak perlu risaukan saya?”
“Because
I love you, Arisa! Tahu tak? I love
you damn much!”
Arisa terkedu dengan apa yang baru
didengari.
Aril tergamam dengan tindakan sendiri.
Sepi.
“Tolong hantarkan saya balik,” perlahan
Arisa menuturkan kata.
* * * * *
ARIL Shahfyz. Arisa tidak tahu kenapa nama itu harus
berada dalam kepalanya saat ini. Sesak nafas terasa apabila memikirkan apa yang
terjadi antara dia dan Aril. Lebih-lebih lagi mengenangkan apa yang dituturkan
Aril beberapa minggu yang lalu. Beberapa minggu itu jugalah Arisa bagai orang
mati suami. Kalau tak termenung, dia akan berangan. Kalau bukan berangan, dia
akan berkhayal. Arisa tidak tahu apa bezanya berangan, berkhayal dan termenung
itu, tapi yang pasti itulah kerjanya kini.
Disebabkan kehandalannya termenung, menyebabkan
dia hampir sahaja melanggar kereta orang sewaktu traffic light. Bukan sekali, bukan juga dua tapi beberapa kali
sampai dia malas mahu mengiranya. Tersalah meletakkan garam dalam kopi abah
yang dah pun ada tekanan darah tinggi. Dia juga tersalah masuk rumah jirannya.
Tebal mukanya di hadapan Aunty Annie. Otaknya ligat memikirkan alasan yang
dirasakan paling tak menampakkan dia seorang yang sedang angau tika ini. Angau?
Ya, mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan Arisa tika
ini. Dia angaukan Aril.
Disebabkan rasa angau itulah, Arisa
bertekad untuk berdepan dengan Aril setelah berminggu tidak bersua muka.
“Kenapa dah lama tak masuk kelas?” setelah
hampir setengah masing-masing tayang drama bisu, Arisa akhirnya membuka mulut.
Aril senyum hambar. Soalan itu tidak
terjawab. Tidak perlu jawab, Aril pasti Arisa tahu jawapannya. Dia melabuhkan
pandangan memandang tasik yang terbentang luas di hadapan mereka. Mencari
secebis ketenangan di situ.
“Awak sihat?” soal Arisa.
Aril angguk.
Angguk je? Mana hilang suara? Arisa hampa.
Aril seakan tidak rela berada di sini. Bagai tidak mahu berjumpa dengannya.
Reaksi itu membuatkan Arisa ragu-ragu dengan apa yang diucapkan Aril tempoh
hari. Hai, mamat ni April Foolkan aku
ke apa?
“Ingat tak bila first time kita jumpa?” tiba-tiba sahaja Aril mengutarakan soalan.
Hehe. Ada lagi suara rupanya. Tapi, dah
kenapa pulak itu yang ditanya? Arisa angguk laju. Yakin. “Kat kelas taekwondo
la.”
Bibir Aril tertarik. Terukir senyuman
manisnya. Benar-benar menggetarkan hati Arisa. Aduhai!
“Salah.”
Arisa kerut dahi.
Eh? Betullah jawapan aku. Dah tu kat mana lagi. “Dah tu?”
Aril mengalihkan pandangan, beradu dengan
pandangan Arisa yang mengharapkan jawapan. Tangan kanannya yang tergenggam
kemas diajukan ke hadapan Arisa lantas genggamannya dibuka. Dia menjulang
tangannya separas kepala, membiarkan rantai leher silver yang terukir huruf ‘AF’ itu teruntai di celah jemarinya. AF
untuk Arisa Farhana.
Arisa terpana. “Err.. itu? Ni..? Ermm..?”
gagap.
Aril mengangguk, mengiyakan walaupun tiada
sebarang soalan jelas yang terkeluar dari bibir Arisa. “It is yours.”
Arisa mengerutkan kening. Tidak mengerti
bagaimana rantai miliknya itu boleh berada di tangan Aril. Padahal dia
tercicirkan rantai pemberian umi itu lama sebelum dia mengenali Aril lagi.
Rantai kesayangannya itu memang tidak pernah ditanggalkan sekalipun. Saat Arisa
sedar kalau di lehernya sudah tidak terlilit rantai itu, dia buntu. Tidak tahu
di mana dia menghilangkan rantai itu.
“Mungkin awak dah tak ingat yang kita first kita jumpa is 3 tahun dulu. Lama sebelum kita jumpa kat kelas taekwondo. Kat
mana? It is here,” mukaddimah dari
Aril itu membuatkan Arisa terpana. 3 tahun lalu? Di sini? Di tempat kegemaran
Aril ini?
“At
that time saya saja lepak-lepak kat sini for the first time. Sangat tenang je time tu. But then awak
tiba-tiba datang, menangis-nangis kat tepi tasik tu. Mungkin awak tak nampak
saya time tu but I can see everything from here. I can see you cry. I can see
bila awak koyak gambar pakwe awak dan buang dalam tasik tu. Macamana saya tahu
tu pakwe awak? Obviously, takkan la
ada orang tiba-tiba datang tepi tasik, sorang-sorang , menangis bagai nak rak
sebab gaduh dengan kawan, or abang
kan. It must be awak baru je putus
dengan dia, from my assumption la. And I don’t think I’m wrong. Kan?” duga
Aril.
Arisa diam. Tidak mahu menjawab soalan
itu. Dia tidak mahu mengimbau luka lama. Dia tidak mahu mengingati lagi
peritnya hati saat Adam mengabarkan berita pernikahannya dengan bekas tunangnya
dahulu, Anita. Wajah tanpa rasa bersalah Adam membuatkan dia sedar kalau dia
hanyalah tempat persinggahan saat Adam terluka dengan putusnya pertunangannya
sebelum itu. Dia hanya tempat Adam mengisi waktunya yang sepi tanpa Anita.
“And
then, tak cukup dengan awak dah sedia terluka, awak diganggu lagi dengan
mamat-mamat tak senonoh yang lalu situ waktu tu. I can see how defendless you were at that time. Tapi lepas tu,
kalau awak still ingat, ada seorang
lelaki ni, datang tolong awak and belasah
semua mamat-mamat tu. Ingat tak?” Aril berjeda, memberikan peluang kepada Arisa
untuk mengingati peristiwa lama.
Arisa tidak perlu berfikir lama. Dia mula
menyedari sesuatu. “That guy, awak
ke?”
“Awak pergi macam tu je lepas tu. Not a single word came out from your mouth.
Not even a thanks. Tapi saya tak
kisah. Somehow, rantai tu mungkin
tercicir masa awak cuba selamatkan diri dari orang yang ganggu awak tu. Saya
jumpa and simpan baik-baik sebab in case
kalau jumpa awak, saya akan pulangkan. Every
single day saya tunggu kalau-kalau ada rezeki untuk terserempak dengan
awak. Almost setiap masa lapang, saya
akan datang sini. Who knows that I might
be able to see you again. Sampai-sampai tempat ni akhirnya jadi tempat favourite saya tapi still tak jumpa awak.
Then, Allah pertemukan kita lama lepas tu. Saya tak ambil
masa lama untuk tahu awaklah yang saya cari selama ni. Tapi, sayang sebab awak
tak cam saya. Saya takut nak dekati awak sebab saya tak tahu macamana reaksi
awak dengan lelaki. Lepas awak dilukakan dulu, saya takut kalau awak tak nak didekati
lelaki. Bila kita kawan, saya jadi takut nak mengaku kalau saya pernah jumpa
awak kat sini. Saya tak nak awak ingat balik cerita lama awak walaupun saya
tahu awak kuat. 3 tahun saya simpan rantai ni. Saya fikir betapa bodohnya saya.
Selama ni saya cari awak, setiap hari tunggu kalau awak akan muncul kat sini but then bila saya dah jumpa awak, saya
takut nak mengaku pulak.”
Arisa tersentuh. Itukah yang selama ini
berada di hati Aril?
“Aril, tahu tak, the reason why saya belajar taekwondo is that I wanna defend myself. Saya dah tak nak dipandang lemah.
Saya tak nak orang fikir saya ni boleh dibuat apa je, boleh main-main dengan
hati saya, boleh sakitkan hati saya, boleh buat tak senonoh dengan saya. Saya
nak orang tahu, walaupun saya perempuan, jangan ingat boleh ambil kesempatan
kat saya. I never thought rupanya
Allah gerakkan hati saya masuk kelas taekwondo tu sebab Allah nak pertemukan
kita,” setelah sekian lama berdiam, Arisa membuka mulut. Mengisahkan bahawa
kelukaan yang dicoret Adam, membuatkan dia menjadi lebih kuat. Kejadian di mana
dirinya hampir diambil kesempatan oleh insan bernama lelaki, membuatkan dia
bangkit membuktikan bahawa dia tidak lemah.
“Mungkin betul jugak apa yang awak buat,
belajar untuk defend diri sendiri. Then, kenapa saya suruh awak berhenti?
Macam benda bodoh je saya buat kan. Tapi, saya buat macam tu sebab saya sangat
risaukan awak. Saya tak sanggup tengok awak cedera, sikit pun. Saya nak
lindungi awak. Ada di sisi awak tapi tak mampu lindungi awak, buat saya rasa
sangat tak berguna. That’s all. I’m sorry
Arisa.”
“No,
I’m sorry sebab selalu buat awak
risau.”
“No,
I’m sorry sebab tinggikan suara
kat awak.”
“No,
I’m sorry sebab dah lukakan hati
awak.”
“No,
you never hurt me. In fact, awak
selalu buat hari saya bahagia.”
“No,
I’m an idiot.”
“Yes,
you’re my idiot. My cute, little idiot.”
Arisa gelak besar.
“Kenapa? Salah ke?” soal Aril tidak puas
hati. Terasa dirinya ditertawakan.
“Nothing,” jawab Arisa setelah ketawanya reda.
Dan menyambung, “Just that, I love you too.”
*******************************************************
Thanks for
reading (“,)
Love you!!
No comments:
Post a Comment