Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hehehe *Dah kenapa tetibe nak hehehe?
Confuse* Masih hari ni macam tak de ape sangat yang nak disharekan. Dah kenapa
Ika? Idea kering. Haha. Erm.. sabtu hari tu aku ikut daurah lagi. Kali ni dalam
Jatinangor lagi. Tak jauh daripada rumah pun. Kurang 10 minit naek motor kot.
Ahha! Daurah kali ni bukan yang macam
dulu-dulu lagi. Sebab.. ade berita mengejutkan yang disampaikan kat kitorang.
Uhuk.. uhuk.. Katenya, group usrah kitorang yang sekarang akan dibubarkan.
*Sob.. sob..* Akak-akak murobbi kitorang mungkin Insha Allah akan pegang group
usrah baru daripada 1st year. Kitorang yang tua-tua dah ni,
yang 2nd year semua akan dapat murobbi baru Insha Allah. Bukan
setakat murobbi je, usrah-mates pun akan berubah jugak. Pendek kate, semua akan
dishuffle habis-habis la. Katenya sebagai satu perubahan untuk memantapkan lagi
perjalanan tarbiyah and mungkin group usrah yang baru akan membawa lebih banyak
perkembangan.
Nak dijadikan ceghitanya pulak, cerr teka
sape usrah-mate baru aku? Ahha! Housemate aku iaitu si Ainin Roslan. Haha.
Memula akak usrah mesej dia, bagitau yang dia ade 2 murobbi baru and 3 lagi
usrah-mates. Dibagi la pulak password usrah untuk dia cari usrah-mates dia tu.
Semalam dia heboh2 la kat group Whatsapp batch, bagi password kat sesape yang
tau. Tapi hambar sebab takde sape yang ngaku kan.
Pastu, pagi ni bangun je tido, aku bukak
mesej. Tengok2 ade mesej yang sebijik same macam Enin ni. Kopi pasta sebijik.
Harapkan nama aku je yang diubah. Aku ingat nak suprisekan Enin bile group
usrah nak jumpa tapi macam tak sampai hati pulak sebab Enin dah monyok semacam
sebab tak tau adik beradik usrah dia sape. So aku pun dengan baik hatinya
tunjukkan la mesej yang aku dapat tu. Haha. Melalak la cik akak tu tadi. Jadi
la oficiallynya aku dengan Enin ni usrah-mates yang baru. Alhamdulillah.
Semalam aku ade ‘usrah terakhir’ dengan
murobbi lama iaitu Kak Ain n Kak Iqin. Bersama-sama dengan usrah-mates yang
laen, Zaidathul (Zai), Ku Nurmahirah (Ku), Najihah (Jihah), Syafikah (Syaf) and
Mazni Hamizah (Mieja). Kitorang makan-makan sikit and bagi-bagi hadiah, ala-ala
token usrah and berfoto-fotoan la kan. Itu sudah semestinya.
Semua orang sedih la kan nak tinggalkan
group usrah yang ni. Ku menangis-nangis la jugak semalam. Yang laen-laen dah
penat dah menangis time daurah hari tu so semalam tayang muka selamba je la.
Even aku sendiri pun sebenarnya rasa la sedih tu. Tak tunjuk je kot *nampak
sangat kepoyoan tu kat sini*. Aku sedih jugak bila fikir lepas ni aku dah
takkan usrah dengan Kak Ain and Kak Iqin. Aku baru je nak bebetol berusrah
lepas ni dengan dorang, alih2 bubar pulak. Bukan apa, dulu waktu dorang
mula-mula masuk jadi murobbi kitorang, bukan senang nak adapt. Nak qadhaya, nak
isi slot, nak tadabbur dengan dorang. Rasa macam hambar je. Bila dah lama, aku
rasa selesa sangat dengan diorang. Sampaikan aku dah boleh qadhaya ape yang aku
nak, aku dah boleh cerita zaman jahiliah aku dulu macamana, aku dah boleh ngaku
betapa dulu2 aku sangat rebel dengan usrah ni. Sebab aku teramat la selesa
dengan diorang sebagai mak usrah aku. Macam family. Nama group usrah pun memang
'Kami Family'. Tapi sekarang, aku kena start balik semua tu dengan mak usrah
yang baru. Proses adapting tu, I wish it is as simple as A, B, C. Kan?? Tapi
entahlah, still tak tahu macamana.
Aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan tarbiyah aku ni. Aku doakan supaya nanti usrah-mates and murobbi aku akan jadi bi'ah solehah yang mampu menuntun aku ke jalan Allah. Menarik aku saat aku hampir terjatuh. Memeluk aku saat aku hampir putus asa. Membimbing aku saat aku hilang arah. Mendampingi aku saat aku perlukan teman. Menjadi saksi aku di hadapan Allah suatu saat nanti. Yang penting, Insha Allah bersama-sama aku di syurga kelak. Amin..
Thanks for reading (",)
No comments:
Post a Comment