Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Jumm.. Hari ni aku nak sharekan puisi aku. Ni ialah puisi pertama yang aku buat… kat dalam kelas. *Saje mengada nak boldkan* Nampak tak betapa aku ni seorang pelajar kesayangan cikgu dulu. Hamboii.. punya la tekun menunduk je masa cikgu mengajar. Cikgu sengih sampai telinga tengok aku. Haa.. hupenya tengah berjiwang sakan. Tu kot agaknya kenapa SPM aku kantoi. Hahaha. Maafkan saya cikgu.
Puisi ni is my most favourite puisi of all. 1, sebab ni
puisi pertama aku. Opkos la kan. Umpama cinta pertama beb. Sayang lebih la *dah
kenapa aku ni? sekeh mahu?*. 2, sebab puisi ni macam mendalam kot maksudnya
walaupun tak berapa nak dalam. And tak de la sampai buat orang menangis tisu
habis sekotak *over*. Tapi bagi aku, ade something yang ouch and menyentuh hati
aku, menusuk kalbu aku. *What? Hahaha*. 3, sebab puisi ni ialah puisi pertama
yang aku persembahkan masa Contest Minggu Bahasa dulu. Dah la 1st
time aku perform puisi. I mean like man, I never had my interest toward
sajak and puisi before then. So heran ape aku. Mane la penah nak masuk
pertandingan sajak puisi bagai. Tapi time tu saje la, konon nak try je. Masa tu
member-member aku semua gigih sakan google2, cari puisi untuk deklamasi kan. Sekali
aku naek pentas, ehem.. ehem.. “Saya akan mempersembahkan puisi bertajuk Salam
Kerinduan, hasil karya saya sendiri”. Iciwahhh. Bayangkan la macamana
perasaannya bila audience macam.. “Oooo”. Rasa macam wow, aku ade something
yang aku boleh buat. *Perlu ke aku berbangga?* Tapi rasa tu la yang sebenarnya makin
mendorong untuk aku buat lebih banyak puisi lepas tu.
And then aku terhilangkan semua folder puisi aku yang
dah berpuluh-puluh tu. What?? Just imagine how would I feel. Like crap. But then,
believe it or not, among all of puisi-puisi yang aku penah buat, aku stil ingat
puisi ni. The 1st one. Yang dah lama aku buat, yang dah lama aku tak
belek-belek. I mean like, wow! Aku boleh rewrite puisi ni the same as before. And
then aku edit balik sikit-sikit, nak menambah perasa. So now, here it is!
Salam Kerinduan
Oh Bulan
Ajarkan aku erti kerinduan
Seperti dirimu
Yang tidak lelah mendamba malam
Agar bisa aku
Mendamba rindu dan kasihNya
Oh Langit
Ajarkan aku erti kesetiaan
Seperti dirimu
Yang senantiasa memayungi insan
Agar mampu aku
Belajar mengabdi hanya kepadaNya
Oh Mentari
Ajarkan aku erti pengorbanan
Seperti dirimu
Tidak berkeluh menerangi insan
Agar dapat aku
Merasakan akan hangat cintaNya
Oh Angin
Ajarkan aku salam kerinduan
Seperti dirimu
Yang menyapa penuh pesona
Agar aku tahu bagaimana
Membisikkan kata rindu
Mendendangkan puisi cinta
Terbang bebas
Menyapa Yang Maha Esa
-Kabus Qaseh-
That’s
all.
Thank
you for reading (“,)
No comments:
Post a Comment