Thursday, October 23, 2014

Kuntum Khairu Ummah..

Thursday, October 23, 2014
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Entry hari ni akan bermula dengan soalan, tahukah kita bahawa kita ialah umat terbaik yang Allah ciptakan? Allah angkat martabat kita dalam Quran. 



Haa, meh nak cite siket. Nanti kat padang Mahsyar, kita yang akan dipanggil untuk ditimbang dahulu. Kita yang layak menerima syafaat Nabi Muhamad (Insha Allah). Kita umat akhir zaman yang lepas ni dah takkkan ade umat laen dah.

So umpamanya kita ni dah jadi perkara terakhir, takkan kita nak buat endah tak endah. Lets say macam mak kita nak buat wedding untuk adik bongsu kita. Adik yang bongsu dah ni, yang last, mesti la mak kite buat grand habis kan. Sebab lepas ni dah tak anak yang akan dia kawinkan. Macam tu jugak la kita. Allah letakkan kita sebagai umat terakhir, makhlukNya terakhir, so Allah tinggikan martabat kita. Di zaman yang terakhir ni jugak la, Islam pernah menakluk 1/3 dunia. Wow! Kegemilangan Islam time tu, Subhanallah. Umpamanya Islam dah jadi Ustaziyatul Alam. Ilmuwan Islam berlumba-lumba mencari ilmu. Lagi2 pulak kita ni umat kepada kekasih Allah, Rasulullah. Seorang Nabi yang Allah angkat darjatnya. Nama Muhamad dijulang-julang dan diungkap dalam syahadah. Even dalam syahadah pun, Allah nak letak nama kekasih Dia. Tak bangga ke kita jadi umat Nabi Muhamad?

Tapi cuba tanya la diri balik. Apa yang kita nak banggakan sebenarnya? Dengan fakta yang kita ni umat terbaik? Dengan fakta yang kita ni umat Nabi Muhamad, nabi akhir zaman, umat seorang kekasih Allah? Dengan fakta umat Muhamad dah pernah meninggikan Islam di mata dunia setelah menakluk 1/3 dunia tu?

Layak ke kita berbangga dengan fakta tu? Memang Islam pernah berada tinggi di mata dunia, then sekarang? Islam jatuh. Bukan lagi berada pada puncak dunia. Macam yang kita tengok sekarang. Umpamanya sekarang ni, US, Amerika yang jadi ‘ustaziyatul alam’. Islam? Di Palestin, di Gaza, Islam ditindas. Islam dipijak-pijak. Even kat Malaysia, Islam kat hujung kaki Non-Muslim je. Cuma bezanya secara lahiriah ke batiniah. Cara kita diserang tu, lebih fatal yang batiniah sebenarnya. Tapi kita tak sedar.

Islam jatuh sekarang ni. Kenapa? Sebab kita! Ya, kita! Anda dan juga saya. Sedar tak sedar, sebenarnya kita la punca Islam jatuh ada hari ni. Tak nak mengaku? Cuba fikir balik apa sumbangan yang telah kita buat untuk naikkan nama Islam tu? Cuba listkan.

“Eh, ade je la Ika. Aku selalu sampaikan ayat-ayat Quran, hadis. Kat Twitter, kat FB. Cukup la tu. Semua orang baca, retweet, share, dapat jugak pahala kan.” (-.-)

Aku tak perlukan jawapan korang. Sebab nanti yang akan tanya kita, Allah. Usia muda kita, ke mana kita habiskan. Tepuk dada, tanya la iman.

Hakikatnya, kita lagi banyak bercakap daripada buat. Kita lagi banyak membangkang daripada bermusyawarah. Kita lagi banyak mendabik dada daripada memenuhkan dada. Keluar isu-isu sensitive yang menyentuh isu Islam, hah, semua pakat tweet, FB sane sini, bangkang isu tu bangkang isu ni. Kita sebenarnya lebih banyak melatah. Sangat senang melatah. Nampak tak betapa rapuhnya iman kita, kesatuan kita? Kita tak berada dalam satu saf yang sama. Padahal dalam Quran, Allah dah suruh untuk kita bersatu.




Aku ingat lagi dulu aku pernah baca somewhere pasal satu kisah ni. Zaman perang dahulu, Nabi suruh pahlawan perang untuk rapatkan saf. Lepas tu baru la dorang menang perang. Nak katanya betapa kesatuan ummah tu penting untuk menaikkan dan memperjuangkan Islam. Tapi kita? Sibuk bergaduh, perang mulut sana sini. Non-Muslim baru je jentik sikit, kita dah mengamuk sakan.

Terbaru, isu “I Want To Touch a Dog”. Isu besar ke? Entahlah. Bukan la aku nak berada kat pihak mana-mana. Sebenarnya sepatutnya tak harus ada dua, tiga pihak yang berbeza. Islam tu satu, so kenapa kita perlu ade dua, tiga pihak? Ade yang menyokong isu ni, ade yang membantah, ade pulak yang buat tak kisah. Lain orang, lainlah ragam. Tapi Islam ni bukan sekadar satu ragam. Islam ni sendiri satu pegangan, kepercayaan yang wujud bukan sekadar pada kata-kata kita, bukan sekadar melalui perbuatan. Tapi corenya, HATI. Isu anjing ni, melalui kata-kata, ramai la yang bangkang itu ini. Keluarkan hujah satu-satu, petik hadis tu, hadis ni. Melalui perbuatan, buat poster bangkang isu ni, tweet itu, tweet ini.

Tapi hakikatnya, melalui hati? Sebenarnya apa yang kita bangkangkan tu? Faham ke sebenarnya? Kita cuma faham, ade segelintir umat Islam yang menyalahi hukum fiqh, menyalahi Mazhab Syafie. Diorang kate pegang anjing saje-saje pun takpe, nanti boleh sertu. Okeh, kita bangkang sebab kita tahu tu salah. Hakikatnya, kita betol-betol faham ke ape agenda di sebalik keluarnya isu ni? Itu la dia. Agenda untuk memecah belahkan umat Islam sampai jadi dua, tiga puak. Sedar tak, semakin kita berpecah, semakin kita senang dijatuhkan. Nak patahkan satu lidi, heh, pakai dua jari pun boleh. Tapi cuba ambik satu ikat lidi, berpuluh-puluh batang, cuba patahkan. Kim Jong Kook pun kena pakai dua belah tangan.

Tapi itulah, Islam umpama dah kembali ke zaman Assabiyah dulu. Di mana Ansar dan Mujahidin menjadi dua suku yang sangat berpuak-puak. Padahalnya kita masih mengikut satu agama yang sama, agama yang Mustaqim, Islam. Kita masih mengikut perintah Tuhan yang sama, Tuhan kita yang Satu, ALLAH. Kita masih mengikut ajaran rasul yang sama, Rasulullah, Nabi Muhamad. Dah tu, apa yang kita buat sekarang? So layak ke kita nak berbangga kat satu dunia, kata yang kita ni umat terbaik? Padahal yang menjatuhkan dan memecah belahkan Islam sendiri ialah kita?

So, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Perjuangkan Islam. Perjuangkan identiti kita. Di mana kita meletakkan Islam ialah di mana kita meletakkan diri kita sendiri. Di bawah, di atas, di tengah? Insha Allah, di kedudukan yang terpuji.

Wallahua’lam


Jazakumullahu Khayran Katheera..

No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014