Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ehem.. hehe. Hari ni aku bahagia. (^,^) Iciwwah.
Kenapa? Sebabb…. memang hari-hari kita patot bahagia pun kan. *Ehh, memain
pulak?* Kih3. Tak la. Bukan main-main, tapi betul la kan. Everyday yang kita
lalui, aren’t we supposed to be happy? Bersyukur sebab kita masih lagi dapat
menghirup udara Allah, masih dikurniakan umur yang panjang oleh Allah. Bersyukur
kerana kita masih dapat menikmati nikmat terbesar dalam hidup kita, nikmat
Islam dan Iman. Tak gitu? So, tak bahagia ke?
Hmmm. Hari ni tak plan nak menulis pun sebab
aku sepatutnya siapkan kerja KATCHA! yang dah tertangguh-tangguh dah. Nak kena
sorting submission karya peserta ikut kategori. Erkk, aku tak cerita panjang
lagi kan amende jugak la Katcha! ni. Haa, alang-alang *cehh! Alang-alang la
sangat*, meh la aku cerita sesikit pasal Katcha! Btw, sorry kalau pening sebab banyak
sangat exclamation mark ni. It it compulsory to have that mark okeh. *goyang
telunjuk*
Ni ialah photography contest yang dianjurkan
oleh Biro Multimedia Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI). Dah apa pulak KUBI
ni? Err.. pendek cerita, usually untuk students oversea, memang akan ada kelab
students Malaysian kan. So, this is one of it. Not only Bandung je actually.
Ada kat Jakarta, Makasar, Medan, Malang, etc. In fact, bukan cuma kat
Indonesia. Banyak lagi kat tempat laen. UK, Jepun, Korea, etc. Nama besarnya,
Kelab UMNO Luar Negara (KULN).
Meh la nak promote sikit KUBI ni. Ainin yang selalu pegang fb KUBI ni sebab awal-awal lagi aku dah cakap aku malas. Keje aku poster je. Ngeh3. Kadang-kadang aku just buat poster untuk hari kemerdekaan ke, raye ke untuk diupdate kat fb KUBI. (Twitter KUBI kat sini) and (sini official fb KUBI)
Back to Katcha! tadi, aku is one of the AJK
Katcha! Diserap masuk daripada Biro Multimedia KUBI, masuk Katcha! terus. Then,
since pengarah program a.k.a ketua Biro Multimedia KUBI a.k.a jiran depan rumah
percaya aku untuk buat kerja-kerja multimedia ni *ye ke? syok sorang kot*,
dapat la aku kerja sebagai Biro Multimedia dalam Katcha! Since aku saja nak bagi
korang konfius lagi, aku ialah Biro Multimedia KUBI yang terlibat sebagai Biro
Multimedia Katcha! *cukup konfius?* Heh3. Kerja aku tak la susah sangat, tapi
boleh la buat aku bengang sorang-sorang. Buat poster je pun. Tapi untuk create
hasil yang orang cuma akan baca tak sampai seminit tu, it takes hours to be
done. Whatt? Yepp. So jangan pandang bebudak multimedia sebelah mata je tau. *tayang
muka bangga sikit. cehh!* Muahaha.
Aku gian nak promote. Ni page fb Katcha! Ainin jugak la yang bertanggungjawab uruskan. *padahal patutnye aku la kan? heh3* (sila la klik sini)
Aku gian nak promote. Ni page fb Katcha! Ainin jugak la yang bertanggungjawab uruskan. *padahal patutnye aku la kan? heh3* (sila la klik sini)
Untuk kali keduanya, back kepada cerita asal,
which is nak cerita pasal kerja tak sudah aku ni. Sorting submission tadi. Sepatutnya
aku siapkan 2,3 hari lepas lagi. Pengarah dah asyik tanya. Aku cakap nak buat
semalam, Insha Allah tapi bukan kehendak Allah nampaknya. Sebab internet
masalah semalam. So nak buat hari ni tapi internet stil gelong. Ni pun
tethering je. Allah dah gerakkan tangan aku untuk menulis, so macam-macam cara
aku buat untuk pastikan entry ni dapat dipost jugak. Sebenarnya aku pun tak tau
nak cakap pasal apa. Tapi let’s just follow the flow. Kalau dah aku keluarkan
satu perkataan je pun, lepas tu berderet-deret la yang menyusul. Macam ni la,
baru mukaddimah je. Tapi aku tak boleh nak stop. Will you please stop, Ika? Orang
dah penat nak baca mukaddimah ko sampai 5 perenggan. Now, stop!
Haa, cunn. Sekarang, nak tanya pulak. Pernah tak
korang terfikir yang one day, korang akan buat something or minat something
that you never thought you will? Contoh macam, dulu korang rasa yang Milo tu
langsung tak sedap? Kecik-kecik dulu pun tak minum Milo. Minum kopi ‘o cap
Kapal Api tu uolls. *maaf, tak tau time kecik dah ada belom kopi cap tu* Heh. Tapi
kan, bila dah sekali minum Milo, hambooi mak, nikmat la pulak sampai tiap masa
rasa nak minum Milo je. Breakfast pepagi, minum Milo dengan roti bakar sapu srikaya.
Dah tak main teh tarik bagai ni. Tengahari makan kat kampus, order Milo ais tabur.
Balik kelas petang tu, bajet-bajet hi-tea, minum Milo panas, tak heran kat teh ‘o.
Malam, sambil study, buat assignment tu, ditemani Milo lagi. Hambik ko, asik
Milo je.
Tu contoh je la. *aku kan suke bagi contoh
yang hentah hape-hape*. Tapi, nak katanya kat sini, mustahil ke kalau dulu kite
pernah tak suke satu benda tu, tapi one fine day tu, kita ‘terjatuh cinta’ kat
perkara tu. Korang rasa mustahil ke? Kalau tanya aku, aku akan kata TAK. Tak mustahil
pun. Kenapa? Sebab hati kita ni milik Allah. Anytime Allah nak bolak-balikkan
hati kita, memang tak mustahil pun. Kun Fayakun. Iyo tak? Any argument?
Lagipun, benda ni terjadi kat aku. Meh nak
ceghita sikit. Hmm. Kalau ikutkan la kan, aku bukanlah seorang IT savvy. Tak
pernah teringin jadi IT savvy pun. Minat ke, curiosity ke, cinta towards
bidang-bidang IT ni langsung takde. Senang kate, memang aku tak pernah minat IT,
rabun IT. Since aku seorang kanak-kanak comel dahulu kala sampai la aku dah
jadi anak dara comel sekarang ni. *Ya Allah, dah kenapa? Jentik jugak karang*
Time sekolah-sekolah dulu kan ade kelas ICT. Kalau
sekolah rendah dulu, cikgu selalu bawak masuk lab computer bila cikgu malas
mengajar. *ehh? hehe* Time tu havoc la satu kelas. Sume cakap “we love you,
cikgu”, “cikgu memang tip top la”, habis la segala vocabulary dipakai untuk
puji cikgu tu. Bahagia dapat masuk lab comp. Iyolah, kecik-kecik dulu bukan
pakai komputer nak buat assignment, tapi main game. Mau tak happy? Aku pun
tumpang la happy tu. Main game tau la.
Tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku dah
tak berbahagia dah bila masuk kelas ICT. Sebab macam-macam la terminologies
baru yang aku akan jumpa. Macam-macam homework yang cikgu bagi related dengan computer.
Ko ingat senang aku nak carik hentah hape-hape software la, hitu la, hini la
dengan tahap pengetahuan IT aku yang cukup makan ni? Renyah. Sebel banget tau
nggak.
Lepas SPM, aku apply semua asasi. Haha. Betapa
aku tak nak membazirkan masa untuk diploma, habis semua 8 options tu aku mintak
asasi. *last-last sangkut medic 6 tahun jugak. hmpph* Langsung tak takut semua
kena reject. Risky. So aku nasihatkan kepada lepasan SPM sekalian, jangan tiru
hakak Ika ko ni. *in fact, aku rasa macam aku sorang je manusia fearless macam
ni* And one of my options is Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer kot kalau tak
silap. Aku pilih sebab dah takde pilhan lain. Tapi still aku letak option yang
belakang-belakang sikit la kan. Aku dah fikir dah, kalau kata aku dapat yang
tu, memang jangan harap aku nak accept la. Sekali aku memang dapat yang tu
uolls. Kat UIAM. Aku suruh member yang check offer tu, dapat tau je course tu,
memang langsung aku tak check balik. Tak heran dah bila tarikh register ke, kat
mana ke. Aku pun then terima la offer Matriks.
Kisah kat matriks pulak, kat Changlun,
kitorang tak pilih sendiri course tapi kitorang diassigned oleh management. Guess
what, aku dapat Modul 2, consist of Math, Chemistry, Physics and… Science
Computer! Like, what the..?? Kebetulan akak aku, Aten study kat UUM time tu. Around
20 minutes daripada matriks aku. 1st week kelas tu, dia datang jumpa
aku kat matriks. Pastu katenya risau tengok muke aku stress habis. Dia ingat
aku tak boleh adapt sebab aku kan tak pernah jauh dari rumah. Tapi tak,
semuanya sebab Science Comp! Huh. Aku request tukar course ke Modul 1. Yang
takde SC, tapi ganti dengan Bio. Member aku cakap aku pelik sebab selalunya
orang tak nak modul 1. Tapi aku terbalik. Whatever. Then bila dah tukar kelas,
baru la aku rasa hidup aku ni teramat la aman.
Then, lepas matriks, aku dah tak mintak SC
dah. Cuma 2 bende je yang aku mintak. 8 options tu, semua aku mintak Medic dengan
Engineering.
Ehh? Macam berbeza pulak courses tu?
Haa, memang.
Dah tu minat yang mana sebenarnya?
Dua-dua tak.
What..??
Itulah Wan Norshafika. Dah nak masuk degree
pun takde hala tuju lagi. Dapat interview oversea untuk Skim Latihan Tenaga
Pengajar under matriks, aku fail. Ujian aptitude medic, aku kantoi. Then dapat
la offer dari UKM, untuk Electrics and Electronics Engineering. Hmm. Tak la berpuas
hati, tak jugak bersedih hati. Then, dapat pulak offer Medic UKM-UNPAD ni, Alhamdulillah
dapat. So, once aku dah jejak kaki dalam bidang medic, aku fikir aku dah takkan
terlibat dalam ape-ape je perkara berkaitan multimedia and IT ni.
But who knows, waktu ni la aku ‘jatuh cinta’
kat IT. The moment aku tak ‘dikejar’ IT, aku pulak yang ‘mengejar’ IT. Not exactly
like jatuh cinta sungguh la kan. Sebab aku still rase aku noobie IT. Tapi more
like, aku sendiri yang nak buat kerja-kerja multimedia ni. Aku masuk Biro Agama
Islam KUBI (BAIK) *again KUBI*, and aku sendiri yang apply dengan amirah BAIK (ketua
BAIK) untuk jadi Biro Multimedia BAIK. Haa, percaya idok? Dulu aku la yang
paling tak nak IT ni. Beria-ia sungguh tolak IT, multimedia ni. But then,
sampai satu saat which aku sendiri yang meletakkan posisi aku kat situ. Dulu aku
reject, sekarang aku approach, cenggitu la. Then bila Shaf offer aku jadi Biro
Multimedia KUBI, laju je aku setuju. Bile dia letakkan aku sebagai Biro
Multimedia Katcha!, aku sangat puas hati. Bila dia mintak aku siapkan poster,
buat itu ini, well, my pleasure. Then, sampai satu tahap lagi di mana aku gile
mengedit foto. Nanti cekidaut la kat page Halawatul Iman aku (cekidaut sini)
Haa, panjang-panjang aku membebel ni,
sebenarnya aku nak cakap satu benda ni je…
So just follow la ape yang Allah dah aturkan
sebab Allah sebaik-baik perancang. Suka ke, tak suke ke, ikhlaskan la hati kita
untuk terima apa yang Allah dah siapkan untuk kite. Sebab one fine day, baru
kita nampak hikmahnya. Insha Allah, one fine day...
One fine day…
Wallahua’lam
Thanks for reading (“,)
No comments:
Post a Comment