Thursday, January 22, 2015

Aku dan Si Mekap..

Thursday, January 22, 2015
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Aku rase sepanjang minggu exam yang lepas, aku dah develop satu rutin yang baru. Piraahh. Macam exam setahun je ko. Aku kan jenis yang study last minute, so minggu exam tu la aku pulun habis-habis. Stay up sampai 3,4 pagi. Lepas Subuh aku tido jap. Selalu aku bangun sejam sebelum exam. Tu paling awal. Miahaha. Aku bersiap lebih kurang setengah jam sebab aku pergi fakulti setengah jam awal. Kalau rajin, aku akan iron la mane-mane baju yang aku rase nak pakai. Kalau tak, sambar je mane yang tak payah iron. Selalu T-shirt muslimah la. Kalau bukan exam, memang tak pikir banyak, terus sambar T-shirt biasa. Tapi sebab exam, konon camouflage tanak bagi orang perasan. Kang tak pasal kena halau tak bagi amek exam je kalau pakai T-shirt. Pastu pakai Syria murahan lagi lapuk lagi ketinggalan zaman tu. Kalau mood naik sikit, aku pakai bawal 5 hengget, pin tengah macam zaman sekolah dedolu. Takde maknenya nak belit-belit, pin kiri kanan ke. Punya la malas aku ni.

Dedulu aku bangun, mandi, bersiap total 15 minit. Sekarang setengah jam. Since pakai braces, gigi mau berus lebih. Tambahan 15 minit tu spesel untuk gigi aku je. Muahaha. Melebih benauuu. Lagipun kat rumah ni, aku rase air sejuk melampau. Sebab toilet aku pakai air kolah. Makin sejuk la kot. So selalu 5 pertama lepas masuk bathroom tu aku betulkan nawaitu dulu. Kasi rileks dan tenteram jiwa ni untuk menghadapi azab kesejukan ala-ala Frozen. Then 5 minit seterusnya mind controlling. Main psychology konon kolah tu ade water heater element. Syok je suam suam kuku kamben. Pepagi lagi buat dosa kering tipu diri sendiri. Kalau kat bale dolu pakai shower. Tak perlu nak paksa tangan yang tremor macam Parkinson tu nak kena cedok air. Berdiri je bawah shower, tup tup da siap. Magic sungguh aku mandi. Uuuuu. Aku rindu bale. Ngadeeewwwnye aku.

Selalu time exam memang aku selekeh la sikit. Harap tak pakai T-shirt dah, tapi muke selekeh nak mampos. Macam tak mandi patblas hari. Dah dengan muke sembap tak cukup tido. Mata boleh buat blakon cite hantu. Muke kering, kusam, selekeh. Macam-macam la ayat penghinaan yang aku boleh bagi kat diri sendiri untuk kasi sedar sikit diri ini.

Sebab aku jenis yang tak pandai jaga muka. Dari dolu sampai la sekarang, aku cuma reti cuci muka pakai cleanser tiap kali mandi tu je. Then done. Takde inisiatif lain nak bermasker ke, bersteaming ke, berbedak sejuk ke, berbedak panas jauh sekali. Kalau mandi sekali sehari, memang sekali je la cuci muka. Kalau tak mandi langsung? Aisehhhh. =P

So akibatnya, muka aku ni jadi la macam roti Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja yang berkulat. Tak selera dowhh.

Kalau ikutkan ratio laki kepada pompuan dalam family aku ni ciput nauu. Laki abah dengan abang je pun kan. Adik beradik pompuan je dah 7 orang campur Kak Linda. Campur ma, campur nenek. Total 9. So selalunya bile dah pompuan ramai, aura pompuan ni mesti la mendominasi kan. Tapi tak. Punya la selekeh macam jantan je semua. Keselekehan itu menghantui semua orang, dari Kak Jie sampai la aku. Except adik aku sebab dia tak terpengaruh dengan zaman-zaman tu. Masuk umur belasan tahun ni baru la aku sedar rupenya aku ni dilahirkan sebagai pompuan. Hiperbola.

Dedolu time kecik-kecik, sikit lagi aku nak jadi macam jantan. Sebab dulu selalu beli baju dengan abah. So abah bukanlah seorang pencinta fesyen. Lagi-lagi time tu takde Hijabista ke, Sis ke, Wanita Hari Ini Ke, majalah Remaja, Dara semua tu. So dibelikan la tshirt dengan jeans untuk aku. And aku pakai tshirt, tight in. Sebab aku ni anak bekas askar. Wakaka. Buruk dowhh bile ingat balik. Kengkawan time tu mesti pakai blaus, pakai dress reben-reben, renda-renda, bunga-bunga cinta layu di pusara. Pastu zaman tu yang trendy ialah jenis jeans yang ade corak motif bunga yang menjalar dari kaki sampai paha tu. Haa, kengkawan semua pakai gitu. Aku je pakai jeans macam jantan. Nasib la.

Bile dah besar, masuk sekolah menengah, aku stil pakai sempoi. T shirt, jeans tapi dah tak tight in. Miahaha. Makin jadi anak dara, dah pandai la pakai blaus, pakai heels. Lilit shawl. Tu zaman kegemilangan aku nak melawa. Tapi sekarang ni, aku kembali dengan T-shirt dan jeans bersama bawal 5 hengget aku tu.

Kalau part fesyen, ade la naik turun aku kan. Tapi part jaga muke, sampai ke sudah, cenggitu je la. Dulu selalu akak-akak aku bebelkan aku sebab tak jaga muka. So dorang pun pernah la buat one-hour spa treatment kat aku. Tapi haremmm, macam aku pedulik. Time form 4, form 5, muka aku teruk sikit. Berjerawat, keruh, berparut, bernoda, berbintik hitam, putih, kelabu, kuning, merah, pelangi. Sebab debu kot. Aku pergi sekolah bawak motor sendiri, so memang tak heran la debu bertempek kat muka.

Masuk matriks, muka aku better sikit sebab aku jarang keluar bilik pun. Aku jage sikit muke ni. Selalu jugak scrub, pakai mask. Ececece. And aku ade la try pakai cream ala-ala BB cream tu sebab jeles tengok roommate tiap pagi dok tempek-tempek bende kat muke. Hengat aku tak boleh? Time tu mujur muke aku boleh la terima cream cenggitu. Sebab muke aku ni jenis sensitipnye kemahen ko. Kalah kesensitipan jiwa raga pompuan aku ni. Lagi pulak aku allergic compact powder. So standard aku pakai Johnson Baby yang harum mewangi tu je la. Setakat bedak tu, ma aku buat pakai kat ketiak je. Alahaiii, kerdilnya terasa diri ini.

But then semangat aku nak berlawa dan menjaga muke tu hanya tinggal sebagai kenangan. Belum habis sem 1 lagi, aku dah stop pakai krim-krim bagai ni. Tak macho pulak rase diri ini. Wakakaka.

Start masuk UNPAD pulak, lagi la muke aku langsung tak sentuh kosmetik ape-ape. Pergi kelas je, discussion ke, Jatos ke, jogging ke, memang aku tak pakai ape-ape. Dah sape jugak yang pakai bedak pergi jogging. Melampau nauuu. Kosong je muke ini. Bedak Johnson Baby tu pun tinggal sejarah je. Ade la pakai krim sikit bile ade event ape-ape. Pastu mula la muka berkerut sebab rimas. Hengat nak bagi lawa sikit, sekali muka masam kelat je dalam gambau. Kikiki. Takde la, cakap je masam. Padahal nak jugak maintain comel dalam gambau. Wekkk.

Tapi balik raye puase itu hari, macam biase la, raye…. Mesti la akak-akak aku melawa sakan. Raye….. Bukan setakat akak aku, ma aku, adik aku pun. Bukak beg mekap akak aku, berpusing mato eden. Mak aih macam ejen MLM kosmetik pulak akak aku. Dah tu jakun pulak aku dok belek menatang kosmetik tu semua. Tetibe terase diri ini kerdil. Aku rase kuchengggs kat rumah tu pun sikit lagi lawa dari aku.

So dengan azam yang baru, aku pun pikiaq nak kena jaga muke la. Aku dah masuk umur 20 dah. Aku ni pompuan. Buruk nauu la kalau selekeh sangat. So aku pun beli la produk kosmetik, konon nak melawa. Sudahnya sebulan pertama je semangat itu berkobar-kobar. Dan Ika kembali ke zaman kejatuhan itu. Wakakaka.

Balik rumah ritu, baru la aku tau rupenya banyak benauu sekarang produk kecantikan yang fefeymes. Qu Puteh Qu Puteh, baru la Puteh. LOL. Mase tengah tengok iklan, sekali hawk eyes ma aku tenung muke aku. And then…

“Ika ni tak lama teruk la muke ni kalau tak jage”

Dusyummm! Aku sengih je. Ape mau jawab? Kelu lidahku.

“Jage la muke Ika. Awak tu anak dara.”

Dan aku stil tersengih.

Dulu aku curious gile. Kenape pompuan suke mekap? Kenapa pompuan sanggup spend beghejam-ghejam hanya untuk tempek bedak kat muka? Kenapa pompuan takkan keluar rumah selagi muke tak pakai foundation, bedak, blusher, etc. Selalu paling leceh kalau ajak Aten keluar. Nak tunggu bersiap mekap tu 15 minit. Padahal nak beli gula sekilo kat kedai runcit 5 minit dari rumah je pon. Kalau aku pergi sorang, agaknya siap je die mekap, aku pun sampai rumah balik da. Sebab tu kalau nak keluar gi memane, aku akan make sure dia mandi dulu sebab dia bersiap lame.

Dedolu time kat bale pulak, aku paling renyah tunggu Ainin dengan Ira bersiap. Dah la aku ni memang manusia yang tak kenal erti sabar. Ehh, apekah sabar itu? Sejenis makanan? Atau shopping mall? Selalu dorang dah siap mandi, pakai baju semua, dorang akan jenguk make sure aku dah bangun. And harus aku belom bangun…. Wakakaka. So kelam kabut mandi and bersiap. Dah bersiap, ready to go, hupenya Ira belomm siap mekap lagi. Hupenya belom pakai losyen lagi. Hupenya tudung senget sikit. Ikutkan selekeh aku, tudung berkedut pun aku pakai pergi kelas. Aku pergi belajar, bukan carik laki, tak pun pergi audition jadi covergirl CLEO. Hulamakkk.

And kat sini, bile aku tengok mostly kengkawan aku ialah jenis yang melawa. Jenis yang pergi Indomaret pun nak kena mekap, buat aku rase isolated. Umpamanya aku ni ialah makhluk yang pelik sebab tak bermekap. Macam ko pakai baju yang same 5 hari berturut-turut and orang akan fikir, bapak selekeh ini budak. Bukan setakat bapak, mak, nenek, pakcik, makcik selekeh gile ini budak. Hanya sebab aku tak pakai bedak keluar rumah.

Terase jugak macam noooob sangat. Loser. Tahap confidence aku menjunam jatuh bagai bas ekspres jatuh gaung.

But then Wan Norshafika kembali bangkit untuk menyedapkan hati sendiri. Janji ko bahagia sudah. Pedulik hape ko pakai Syria murahan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ke. Pedulik hape ko pergi kelas tak mandi ke. Pedulik hape ko pergi Bandung tak mekap ke. Janji ko bahagia Ika. Janji ko bahagia.


Thanks for reading..


No comments:

Post a Comment

Kisah Kabus Qaseh © 2014