Hai
and hai.. So colours are the smiles of nature.
*credit
Beribu
banyak colours kat dunia ni, you just name it. White, pink, blue, yellow,
green, red, violet, magenta bla bla bla. Tapi tak semua colour akan pleases
you. Some colours ade yang kite suke gile, some ade yang kite suke biase je,
some ade yang kite sangat tak suke. Even ade people yang fobia dengan some colours. Contoh
xanthophobia, which is the phobia of the colour yellow. Pernah tengok “My Name
is Khan”? Pernah? Haa, itulah dia.
For
me, aku jenis yang suke banyak colours. Tapi seasonal. Cuma ade 1 number je
yang aku memang constantly suke which is white. Tapi aku jarang beli white
stuff sebab afraid it might get stained or dirty easily. Tapi I never stop
liking white.
It began
bile dulu kan mase kekecik, sekolah rendah, members suka mintak setiap orang
punya biodata. And one of the things yang wajib tulis is favourite colour. Time
tu aku selalu akan menung panjang fikir, ape favourite colour aku sebenarnya.
So aku decide untuk tulis ape je yang terlintas. Aljawabnya memang akan selalu
differs la kan.
Sampai
la aku decide aku minat PUTIH. Haha. Simple kan. Macam tu jugak la aku define
myself. Simple. Hehe. Cumanya minat aku ni seasonal. There’s time yang aku
minat certain colours. Contoh, mase darjah 6 lebih kurang, aku minat colour
hitam, putih, kelabu. Sebab aku rase that colours defined me well at that
moment. Dull gile zaman sekolah rendah. Wahaha. Aku paling tak suka colour pink
time tu sebab aku rase pink is colour yang gedik. Erkk? Wahaha.
Not
long after, aku minat peach. It happened when ma aku buatkan baju kurung colour
peach untuk aku. And aku rase it suits me well. Nampak lembut je colournya. So
I began to like peach. Not long after, aku start minat hijau. Tak tau kenapa
and macamana, aku just suka. Masa akhir form 4, aku start minat pale orange.
Sebab aku tak suka colour bright. And aku rase oren akan buat aku ceria, happy
and girang gumbira.
Masa
form 5, aku minat kelabu. Hambaaaaarr…. Tapi time tu jugak aku start minat
pink. Combination of pink + white + black + grey to be exact. Macamana aku
boleh minat pink? Sebab aku rasa aku cute bila pakai pink. Okeh, sila muntah.
Aku
paling tak suka warna merah. Sampai sekarang. Tapi yang heran sebab baju and
barang aku banyak warna merah. Adoyaii.
Then
masa kat matriks, aku hidup sebagai orang yang tak berapa nak ada jiwa. So tak
minat colours sangat time tu. Nak beli barang, main ambik je colour yang
terlintas. Hahaha. Tapi lain cerita, bila kat UNPAD ni lagi dasat penangan
colours variety aku. Bulan ni aku minat kuning, pastu ubah ke turquoise pulak,
sat bulan depan aku minat hijau. Next month lagi aku minat biru pulak. Pastu
purple. Pastu minat maroon. Sekarang tengah minat hitam putih.
Minat
pink and putih memang tak pernah hilang. So bile aku tengah minat certain
colour tu, barang aku bulan tu akan banyak colour tu la jawabnya. Hahaha.
Tapi
one thing is that aku tak pandai main dengan warna. There’s few times yang bila
buat poster, aku akan struggle the most bile nak pilih colour text. Dude, it’s
just colour je kan. Tapi mak aihh, semput aku nak pilih colour yang best. Then
few times aku design baju. Again, colour jadik masalah. Recently aku design
baju untuk kelab Iman Baik. Aku buat black and white je. Then dorang mintak aku
masukkan sekali colour. Punya la kena paksa. Aku dah cakap aku tak reti main
dengan colour. Adoyyai.
Pernah
tak aku cerita yang aku minat psikologi sebenarnya? So dalam field ni, apa yang
aku paling suka ialah study pasal orang punya personality. That’s why aku
sendiri sangat suka buat quiz personality. Career test, personality traits
based on name, horoscope, date of birth. Benda2 macam tu la. So recently aku
ada buat personality test according to fav colour. So aku obviously akan letak
putih sebab tu yang paling aku suka. And the result, ohhoii.
Know
why aku suka sangat personality test? Sebab it will define you well. Sedar tak,
bile je kita dapat result, we’ll be like, “OMG! Betol la.” Or “perghh, sejibik
kena dengan aku.” Some ade yang, “khurafat nih. Khurafat.” Erkk, bang, I’m not
asking you untuk tilik nasib or percaya sebijik. It just that untuk kita
muhasabah balik kita ni macamana.
Kalau
you realize yang the result suits you well, means you know yang that is the
real you. 1st, dapat tinggikan self esteem untuk personality yang
naiss. 2nd, if the result says bad thing bout your attitude, then
you know what to do next. Change la that bad attitude. Haa. Gitew.
Allah
tak ciptakan satu ilmu tu tanpa tujuan. Sia-sia. Melainkan untuk kita cari
iktibar. Considering yang psychology pun satu bidang study, so why don’t you
grab it. And study about yourself.
Ahha.
Dah? So what I’m trying to say sebenarnya bukan la pasal habit colours aku,
bukan jugak pasal variety of colours or this personality test.
Sedar
tak sedar betapa sebenarnya kita ni berbeza with one another. Kenapa aku minat
putih. Kenapa Adik and Aten suka purple (for years. ahaks). Kenapa orang lain suka biru? And kenapa ada
yang suka black? And kenapa ada orang yang tak suka semua colours?
Kenapa
even pasal colours pun kita dah berbeza dah? Tu tak masuk bab makanan, pakaian,
IQ, bla bla lagi.
Hmmm.
Maybe sebab Allah nak indahkan dunia. Sebab cer imagine kalau dunia ni satu
colour je. Ohho. Dull weh.
(tolong
jangan argue pasal colour prism dengan aku. eheh)
Sama
macam hati kita. Ada hitam, putih, oren, hijau biru. Baru la perbezaan kita tu
akan mewarnakan hidup kita ni. Let’s say aku dengan Aten sama2 kaki marah. Dah
kalau kitorang gaduh, sape nak leraikan? Sebab tu Allah jadikan api ada
complement airnya.
So
dear fellas, dalam dunia ni, banyak sangat perkara yang kita belom dapat
discover lagi. Kita belum discover lagi warna2 kehidupan apa lagi yang ada. Kita
kadang2 tak sedar pun warna warni ragam orang sekeliling kita. Just that,
hargai la setiap warna tu.
Cause
despite hating the colour, you may still need it to complete the picture.
Bila kate hijab, macam2 orang akan fikir. Kalau dulu, maybe orang
akan kaitkan dengan perempuan tudung labuh, mak2 usrah, ustazah2. Hoho. Akulah
itu sebenarnya. Sebab aku guna istilah tudung. Ingatkan hijab tu apply for
jilbab. LOL.
And bile masa beredar, zaman berarus maju ke depan, hijab
dikaitkan dengan fesyen, gaya, model Islamic. Lagi pulak dah banyak dah
sekarang pasal hijab ni. Hijabista. Hijabers Komuniti. Hijabersfashionlovers.
Whatsoever lagi la. And kalau bukak mata secara globalnya, banyak isu pasal
hijab ni. Contoh kat negara luar, kat Perancis. Mana kebebasan beragama bila
larangan berhijab tu dikuat kuasakan.
Hmmm. The thing yang menarik minat aku sendiri is pasal kite punya
pandangan pasal hijab. Hijab sendiri bawak maksud menutupi. Ehh? Tutup apekah?
In Shaa Allah, tutup aurat. Tutup perhiasan mahal kita ni.
Perhiasan mahal kita ni yang mana? Ahha. So girls, anda sendiri
ialah perhiasan tu. Anda sendiri ialah yang mahal tu. From bottom to top. From
inner to outer. Pakaian pun hijab. Kalau nak cakap pasal tutup aurat yang
sempurna, banyak cerita lagi. Tentang macamana batas aurat yang sebenar, konsep
tutup aurat and balut aurat, konsep tutup aurat tapi dedah perangai. Haa.
Malu, sederhana, tu pun hijab sebenarnya.
*credit
Tapi konteks hijab yang aku rasa nak sentuh hari ni ialah pasal
TUDUNG. JILBAB. SHAWL. PASHMINA. CLOVERUSH. ADIJUMA. Ehh? Hehe. Apa2 je yang
seangkatan dengannya.
And Alhamdulillah, kalau tengok, ramai dah yang berhijrah untuk
berhijab ni. Mantap seyh! Aku sangat salute la kepada yang boleh berhijrah
macam ni. Kenapa? Sebab nak berkorban, keluar dari zon selesa and terpaksa
bersusah payah, berpanasan, berhabis duit untuk hijab ni, ingat senang ke? Lagi
kalau yang dah 20 tahun hidup tanpa hijab. Dah biasa. Alih2 kena keluar dari
kebiasaan tu. Senang? Senang?
Aku sendiri sebenarnya nak cakap pasal hijab ni, aku pikir patploh
kali kot. Rasa macam tak layak. Rasa macam akan ada yang akan hempuk aku and
cakap, “Kau diam la Ika! Tudung kau pun tak cukup meter, ada hati nak cakap orang.”
Aisehh.
Bila belek cermin, tengok tudung sendiri, alahai, rasa malu.
Seryes aku rasa malu. Kadang2 pikir lama depan cermin, pass tak nak keluar
rumah ni. Okeh tak pakai tudung ni. Tengok kawan cantik je pakai tudung labuh,
rasa jugak terdetik kat hati ni, “aku bila lagi?”. Tapi jawapannya krik~ krik~
Aku anak jati Kelantan, yang mana Kelantan pernah (pernah?) dapat
gelaran serambi Mekah. Nak compare dengan tempat lain, maybe aku boleh kata kat
Kelantan lebih rasa Islamnya. Kat tempat lain pun rasa. Bahkan ada kawan aku
yang bukan Kelantan, lagi nampak Islamnya dari orang Kelantan sendiri. Aku
bukan nak cakap pasal negeri sape lagi islamik, tapi nak cerita pasal
pengalaman aku sendiri macamana. Seryes, dulu (ulang baca : DULU) kalau keluar
bandar ke apa, jarang weh nak jumpa amoi2 celup atau akak-salih celup. Takde.
Tak hade. Aku membesar dengan suasana macam tu.
Lagi pulak, masa kecik2 dulu, bile keluar bandar, aku akan tengok
ada satu signboard ni, pasal peraturan tutup aurat macamana. Gambar kartun.
Yang pakai skirt pendek, free hair dipangkahkan. Yang pakai baju kurung, pakai
tudung, dia buat tanda betul. Aten selalu usik aku, katanya nanti polis tangkap
sebab aku tak pakai tudung. Heh3. Kecik2 punya kenangan.
Cuma bukan tu yang aku nak cakap. Membesar kat Kelantan, lagi aku
duduk kampung je, so suasana Islam tu memang ada. Berhijab memang bukan perkara
asing. Tapi tak berhijab tu yang jadi benda asing. Cuba kau round kampung aku
free hair, wajib glam habis kau. Patblas hari orang ingat muka kau. Aku kadang2
shock bila tengok orang perempuan Islam yang free hair. Rasa macam, “ehh, apa
ni? Apa ni? Kenapa dia tak pakai tudung? Kenapa?”
Aku sendiri, family aku bukan la family yang lengkap and perfect
dari segi agama. Tapi berhijab tu tak asing bagi kitorang adik beradik. Masa
darjah 3, aku dah berhijab kat sekolah. Cuma luar sekolah, on and off la. Pergi
tempat jauh, on. Pergi tempat dekat2 rumah, aku off. Masa darjah 5 kot tak
silap, memang aku dah lekat dengan hijab. Cuma perfect tak perfect je lagi.
Tapi bagi aku sendiri, yang mana sekarang cuba untuk berhijab
lebih sempurna, susah woo. Bukan sekali 2 aku terbabas masuk gaung. Banyak kali
sangat. Ada time yang bila aku cuba labuhkan tudung, rasa tak confident. Rasa
macam tak cantik sebab besar gedabak. Rasa tenggelam dalam tudung je. Nanti
orang carik, mana Ika, mana Ika. Ada time yang aku rasa tak kena dengan gaya.
Aku dak hip hop (?), mana kena pakai dengan tudung labuh. Ada time yang aku
tersangat malas (in fact selalu) untuk iron tudung. So aku just pick Syria
sebab senang tapi Syria aku singkat. Gitu la. Banyak weh dugaan nak berhijrah
ni.
Itu bagi aku sendiri yang memang dah berhijab pun. Dah rasa
susahnya. Tapi untuk yang baru berjinak nak berhijab, Masha Allah sisters, may
Allah grant you Jannah. Tu je aku boleh cakap. Pengorbanan korang untuk cari
redha Allah tu, buat aku rasa aku ni kerdil.
Aku bajet dah berbelas tahun pakai tudung, pastu boleh goyang kaki
la? Konon dah selamat. No no no. Hijab baru one of it.
Pernah dengar orang kata, “Yang pakai tudung, tak semestinya baik.
Yang tak pakai tudung, tak semestinya jahat. Iman dalam hati.”
Hmm, sebenarnya tu la masalah orang kita. Judgemental. Dengan
tudung semata-mata, kita tak boleh nak kata, sape pakai tudung, dia dah baik.
Sape tak pakai tudung, err… jahat? Tapi ehh, buat apa jugak nak claim sape
baik, sape jahat. Kau buat amanah kau, kerja kau, aku buat kerja aku. Baik
buruk orang, dosa pahala orang, itu kerja Allah. Tak gitu?
Tapi hijab ni ialah cerminan diri kita. Memang iman dalam hati.
Tapi kalau kata iman kita ni mantap, rasional ke untuk kita kata “aku tak nak
pakai tudung. Iman aku dah mantap.” Erkk.
Dah tu pulak, tang mana jugak iman kita ni boleh jadi mantap.
Manusia ni, iman jenis naik turun. Mantap tu macam .. err.. macam ayam yang
sampai sudah tak masak sebab jauhnya panggang dengan api tu.
Sebab iman kita selalu naik turun jugak la, kita diwajibkan untuk
berhijab ni. Kenapa? Sebab hijab ni macam penghalang. As if nak halang kita
daripada buat perkara yang salah. Contoh, kita berhijab kemahen labuh tapi
dating kat mall dengan pakwe. Agak2 apa orang kata? Rasa malu tak bila orang
pandang je pastu psst psst potpet potpet dengan orang sebelah. Lain daripada
orang yang free hair, and dating dengan pakwe kat mall. Tanggapan orang akan
jadi berbeza.
So kat situlah hijab ni akan jadi macam barrier, untuk halang kita
daripada buat benda salah tu. Bukan la nak kata niat kita berhijab ni sebab tak
nak orang mengata kalau kita buat salah. Tapi anggap hijab ni kayu ukurannya
and pemangkin kita untuk tahan nafsu.
Ehem.. hehe. Aurat ni perhiasan wanita. Perhiasan yang sangat
mahal. Cuma orang yang berhak je boleh lihat, boleh pegang, sentuh, miliki.
Kalau dah jadi tayangan orang, dah tak eksklusif dah la. Let’s say kalau korang
beli kasut, korang try yang display kan. Belek2, try2. Tapi kalau beli, korang
nak yang display tu ke yang baru, yang stok? Kalau aku beli barang display,
habis2 aku akan tawar lagi untuk dapat murah. Nilai display tu dah jadi murah
dah. Tahu? Faham?
Aku kenal sorang ukht ni, tak de la kenal betol2 kenal. Cuma
setakat kenal nama, duduk mana, fakulti apa, tu aku tahu la. Sembang pun pernah
je 2,3 kali. Aku sangat salute akak ni tau. First time aku kenal dia ialah masa
kitorang punya hari orientasi students Malaysia kat sini. Dia one of the biro
aktiviti yang jaga checkpoint. At that time, aku tak banyak kenal pun students
daripada fakulti lain. Seniors twinning pun belum kenal habis lagi.
Akak ni, time tu dia free hair, T-shirt lengan pendek. Aku dok pikir
sorang, akak ni orang mana sebenarnya. Sebab gaya cakap macam Melayu. Tapi muka
tak berapa nak macam melayu tulen. Macam ada mix India sikit. Hendostan la.
Dengar dia bahasakan nama dia pun dah bunyik omputih pulak.
And then lama tu, aku involve satu projek and dia ketua kitorang.
Masa meeting, aku tengok dia pakai tudung. Time tu tudung bawal biasa, yang
singkat je la. Still, dia dah start bertudung. Time tu dia pakai baju lengan
panjang. Aku pikir lama, akak ni akak yang sama ke. Ke aku salah orang. Sebab
dia dah bertudung dah. And memang confirm dia orang yang sama. Aku amazed jugak
time tu, sebab tak sangka dia dah berubah kan.
And recently aku terserempak dengan dia lagi, (alkisah aku sangat
jarang terserempak dengan dia sebab different fakulti). Aku lagi la bulat mata
tengok dia. Subhanallah. Seryes weh. Cantik sangat aku tengok dia pakai baju
kurung, pakai tudung yang lebih labuh, lagi labuh dari aku. In shaa Allah
sempurna. Cover chest. I was like, seryes ke tu dia. Aku salah tengok ke.
And aku pandang baju dengan tudung yang aku pakai hari tu. Rasa
macam … TT_TT
Sangat malu. Malu bila fikir, dia yang asalnya tak kenal hijab,
tapi dalam masa setahun lebih gitu, dia boleh bertudung labuh dah. Aku yang dah
berbelas tahun bertudung ni, mana labuhnya?
Kata orang, hidayah Allah datang kepada siapa yang Allah
kehendaki. Alhamdulillah, akak tu ialah that chosen one. Rasa jealous tak? Rasa
tak? Aku rasa.
Bila orang kata, muslimah lebih cantik dengan hijab, aku sangat
agree. Dulu fikir, tayang rambut ikal mayang pun cantik apa. Iklan syampu kot.
Guna jari pun boleh. Tayang rambut macam Avril pun cun jugak. Pink hijau. Kih3.
Kalau pakai tudung, bagi bulat muka je ada la. Kadang pulak
selekeh bila terkelepet. Dah tu jawabnya bila pakai tudung, kemahen tarik nafas
tahan nafas, moncong mulut2 dok hembus hujung tudung. Sebab tak nak kasi
kelepet kat hujung tudung tu. Nak kelepet kat bawah dagu tu pun kemahen teliti,
konon tak nak bagi bulat muka. Rasa macam tudung memporak perandakan keyakinan
diri pun ada.
Haiyyo, begitukah?
Tidak sama sekali Ika. Tidak. Itu cuma propaganda je.
Tapi bila tengok akak tu sendiri, aku rasa dia sangat cantik bila
bertudung. Dia bukannya ada darah mix, bukannya Pan Asian ke apa ke kalau nak
kata cantik tu. Muka retis pun tak. Bagi aku, dia biasa2 je. Tapi cantiknya dia
tu ada somewhere yang tak boleh nak cakap. Just that, dia cantik. Tu je.
And aku ada sorang kawan sekolah ni. daripada sekolah, dia memang
dah bertudung. Bahkan lagi awal daripada aku, and lagi better dari aku. And
recently aku tengok dia dah bertudung labuh. Subhanallah. Orang dah cantik,
cantik pula hijab dia, double2 cantiknya.
Nak berubah, banyak halangan. Ada halangan dari diri sendiri. Yang
tu macam2 la kan. Ada jugak halangan dari luar. Yang mana mungkin ada yang
mengata, ada yang kutuk2. Ada yang akan hentam kita bila ada something happen.
Contoh, ukht ni baru pakai tudung. Pastu upload ayat2 islamik
sikit kat FB. Tetibe datang la keyboard warrior, “hek eleh pompuan ni. Baru
pakai tudung sehari dah bajet ustazah.”
Contoh, ukht ni baru pakai tudung. And cuba ubah cara cakap,
pergaulan semua. Datang la akak2 jemah, “hek eleh pompuan ni. Bajet baik la
pulak. Cakap sopan. Baju kurung. Pakai tudung je automatic baik. Kat belakang,
hentah apa la.”
Benda baik pun orang akan cakap. Lagi kalau buat benda jahat.
So keep going on wahai muslimah sekalian! Kentalkan jiwamu!
Teguhkan pendirianmu! Kita wanita pejuang, tak tunduk pada bicara orang!
*credit
So sisters out there, jumm kita perbetulkan langkah kita. Kita
take a look back. Nak berubah, memang tak pernah senang. Cuma, keep on
believing yang Allah akan selalu teman kita. Innallaha ma’ana. And In Shaa
Allah, percayalah, akan ada ganjaran untuk orang yang percaya dan yakin dengan
janji Allah tu.
Let’s pray for each other. Semoga kita (kita ni maksudnya aku
sekali tau? tau? tau?) akan terus gagah di jalan hijrah ni. Amin..
*credit
Jazakumullahu khayran katheera for reading this entry..
p/s : tetibe
teringat music video cover of One Direction by>MrTheAllShared<- HIJAB MAKES YOU BEAUTIFUL. Mantap wa cakap lu.
Hai
hai. Hari tu bilik aku bising dengan aku and Ainin menjerit. Ehh? Alkisah,
Ainin datang bilik. “Dah tengok trailer maisen?”. Terus aku bukak utube cari
trailer kitorang. Dah jumpe, melalak la kitorang. Tengok lagi. Aku tak tahu ni
kali yang keberapa ratus aku tengok trailer sendiri. Narcissistnya seorang
manusia bernama Wan Norshafika ni.
Lega
wehh bile tengok trailer yang kitorang submit dah diupload. Berdebar nak tunggu
short film diupload jugak. MAISEN sangat stress. Banyak benda jadi sepanjang
tak sampai 2 minggu tu. Sangat banyak. Dengan mood aku yang tak menentu, kerja2
yang tetibe melambak macam muatan kontena gedebukk jatuh, dengan tak cukup
tidor. Stress.
Okeh,
nak diceritakan. Every year, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia
(PKPMI) akan organize satu contest yakni Malam Inspirasi Seni (MAISEN). Tema
tahun ni ialah “Life Is A Journey”.
Banyak
kategori dalam MAISEN ni. Ada short film, short clip, photography, Malaysian
Got Talent (MGT). Untuk short film, every batch wajib hantar satu penyertaan.
So tahun lepas twinning 2013 tak hantar apa2. Yang hantar ialah dak2 farmasi.
MAISEN
2015, inilah hasilnya. *trailer je baru*
KRAYON by TWP 13 (Merpati Pictures)
LA VIE by KPBI FK 13 (AmircaMyCountry Production)
AKU MEMILIH SETIA by TWP 14
WABAK X by TWP 12 (Paperboat Production)
LAYANG-LAYANG HARUN by UIN (JHP Production)
Untuk
aku sendiri, perjalanan cerita MAISEN kitorang kali ni sangat berat. Sangat
berkonflik.
Alkisah,
tahun ni Shaf suggest untuk kitorang join buat short film. Kebetulan masa
diorang suggest tu ialah time cerpen aku naik kat Penulisan2u. Ingat tak pasal
tu? Tak ingat, meh belek balik >>sini<<. So dalam seryes tak seryes
dorang semua mintak aku dengan Ummi untuk buat skrip. Tu je la. Then dorang
create group watsapp. Tapi krikk~ krik~ sebab semua orang senyap je.
Aku
tunggu orang gerak dulu. Orang lain tunggu orang lain nak buat apa dulu. Tapi
semua dok asyik tanya, jadi ke nak buat video, bila nak buat video. Semua dok
tanya tapi takde sape nak gerak. Submission date dah dekat. Aku geram la jugak
kan, kalut dok tanya tapi hampeh nak kerja. Sekali aku sound halus2 kat
watsapp, kalau betul nak buat, plan betul2. Jangan asal nak siap je. Buat bagi
sistematik sikit. Carik production crew. Kalau ko tunggu aku, aku tunggu kau,
bile nak jadi. Semua tak berani balas sebab dorang ingat aku mengamuk marah.
Dah
tu ingatkan jalan la lepas tu, lagi la tak jadi kerja apa. Makin semua orang
senyap je. Last2 aku mintak Ummi tolong arrangekan semua. Carik sape director,
sape camera, sape editor, scriptwriter semua. Pastu setiap orang buat kerja
masing2. Aku siap bagi dah skop kerja masing2. Then Ummi letak aku jadi
scriptwriter sebab aku dah ada rough idea. Tapi still discuss2 dengan Ummi and
oter mana2 yang tak sesuai. So Khamis, 9
APRIL tu semua orang dah didivide kerja masing2. Shaf director. Zai main
actress. Malam tu jugak aku start tulis script. Jumaat 10 APRIL tu oter lagi mana2 yang nak kena edit.
Sayang
sebab aku tak sempat nak brief kat Ummi dengan Shaf pun pasal jalan cerita. Sabtu 11 APRIL pagi tu dorang terus
start shooting yang scene simple2. Supposedly aku nak brief diorang pasal the
whole jalan cerita macamana nak bagi diorang nampak rough idea. Sebab script
aku, so aku je yang perfectly boleh imagine how is it actually. Tapi minggu tu
memang minggu yang sangat hectic. Sabtu dengan Ahad 12 APRIL tu kitorang busy dengan kelas UKM. So nak brief pun
tak sempat.
Shaf
kate takpe, nanti dia yang akan briefkan. Aku hesitate jugak sebab Shaf sendiri
tak tahu jalan cerita macamana, lagi nak brief kat orang. Dah tu nak brief
exactly sebelum start shooting pulak tu. Makan masa satu hal. Blur satu hal.
Kalut satu hal. Aku risaukan team editing sebab tak sempat wehh.
Aku
bajet mase untuk shooting cuma sampai Isnin
13 APRIL. The rest sampai Jumaat 17
APRIL tu, kerja team editing pulak. Sabtu
18 APRIL dah nak kena submit. Tapi Shaf kate takpe, sempat. Okeh, fine.
Then
since I’m done with my job, aku serahkan semua kat crews yang lain untuk
bahagian shooting. Since kerja aku sepatutnya cuma tulis script je kan. Scriptwriter
tak perlu ikut sampai tempat shooting. Memang terkilan sebab aku tak sempat nak
explain kat diorang bout the whole story. Tapi dah Shaf kate no hal, then aku
serahkan everything kat dia la.
Bila
dah habis shooting, which delayed daripada plan, Raja mintak tolong aku untuk
edit sama. Sebab katenya tak sempat kalau dia sorang. Then aku decide untuk
tolong Raja. Aku mintak Ummi carikkan sorang lagi team untuk editing sebab
memang tak sempat. Ummi cakap tak de yang nak. Even Shaf pun tak nak ngedit. Katanya
tak nak masuk campur. So tinggallah aku dengan Raja je editor.
Then
bila aku tengok semua video yang dorang recorded, berasap telinga aku. Sakit
hati ada. Nak marah ada. Terkilan. Kecik hati.
Dorang
tak ikut skrip wehh. Tak ikut skrip.
Like,
what???
Ape
guna aku tulis skrip kalau korang memandai nak buat jalan cerita sendiri. Kalau
dari aku sendiri, memang skrip yang aku tulis sangat cikai2. Sesimple mungkin.
Dah ko bayang, dalam 2 malam je aku tulis benda tu. Aku pikir, takpe la simple
pun, sebab nanti aku akan explain jugak kat diorang.
Tapi,
seryes aku terkilan. Bila dorang sesuka tukar skrip aku into a total mess.
Kalau kate tak paham cerita tu macamana, tak paham tu scene apa, then tanya aku.
Apa susah nak tanya aku. Bukan aku nak telan orang. Tapi tak. Sorang pun takde
tanya aku or mintak pendapat aku nak buat scene tu macamana. At least kalau nak
tukar pun, mintak la jugak opinion aku macamana. Boleh ke tukar. Nanti terjejas
tak jalan cerita. Tapi tak bai.
Dude,
ko kena paham yang scriptwriter pun ada pride.
Tapi,
this is not pasal pride je. Wehh, dah aku nak pening2 kepala pikir jalan
cerita. Pastu sesuka hati korang mess upkan jalan cerita aku. Then korang
expect untuk aku betulkan balik salah korang? The heck la kan.
Aku
tak tau la aku yang oversensitive ke orang yang tak respect aku. Just that,
kite semua a grown up kan. So aku expect untuk semua orang bekerja like a grown
up.
Aku
marah, dorang kata aku cerewet. Aku membebel, dorang kata aku baran. Aku kata
scene tak kena skrip, dorang persoalkan kenapa aku tak ikut kat tempat
shooting. Eh, scriptwriter kena ikut gi tengok shooting ke? And at the end, all
the blames were put on me.
Seryes
aku mengaku yang aku panas hati, aku makan hati, aku jauh hati. Semua yang
hati2 tu la. Last2 aku mintak untuk reshoot via watsapp. Aku mintak reshoot
dengan baik, dorang semua senyap sebab ingat aku mengamuk. Haa, memang aku
marah. Tapi tak de la pulak aku mengamuk dalam watsapp. Jadah nak menaip
bernada marah.
Ummi
keep on mintak maaf dengan aku. Katanya bersalah gila dengan aku. Shaf pun
apologize kat aku. Aku tak kisah pasal mintak maaf tu. Sebab aku tak perlu
mintak maaf tu. Aku cuma nak, tolong jangan put the blames kat aku lepas benda
jadi macam ni. Tolong cooperate sama, untuk aku siapkan semua ni. Dah aku kena
betolkan all the mess korang buat, melampau la kan kalau korang buat tak tahu
je. Tu je aku mintak.
Alhamdulillah,
kitorang da boleh settle down dengan baiknya pun. Ummi sangat supportive. Dia yang
keep on tengok2 kitorang punya progress macamana.
Jalan
cerita aku ada 2 part. 1 part reality and another one flashback scene. Semua
flashback scene aku mintak reshoot sebab memang tak boleh fit in langsung.
Untuk part reality, Raja yang editkan. Walaupun ada yang tak kena tapi since
tak sempat nak reshoot, Raja kata nanti pandai2 la pakai yang mana ada. Sebab
mostly scene tu kat luar and kat kampus. Susah. Kalau scene flashback, kat
rumah je. So no hal. Tapi ada satu scene yang aku cut out terus sebab memang
tak boleh nak fit in dah. Macamana pun, memang tersasar jauh.
Untuk
semua scene flashback, aku yang direct sendiri. Sebab Shaf pun dah tarik diri
dah. In one night, hari Rabu 15 APRIL
kitorang shoot kesemua 3 scene flashback tu. Dengan Zai and Dija injured
tangan. Kesian jugak kat Zai tapi nak buat macamana lagi. So kitorang suruh dia
limitedkan movement tangan. In fact, memang tak banyak bergerak pun semua scene
ni. Another 1 scene, kitorang reshoot a day before nak submit. Haa, mujur jugak
submission date diorang tangguh sampai Selasa
21 APRIL.
Hari
Sabtu 18 APRIL, aku start warming
up. Bukak editor video, and go trough sikit2. Sebab this is the 1st
time aku edit video. Selama ni cuma pernah buat video yang compilation pictures
je. Tapi kalau real one, seryes aku tak pernah. Sabtu lepas Asar tu kitorang
ada daurah sampai Ahad. Balik je dari daurah Ahad 19 APRIL tu, terus start editing. Aku edit semua scene
flashback je and malam tu Alhamdulillah sempat siap 3. And then Ummi remind
kena buat poster and trailer.
Isnin esoknya, 20 APRIL, aku mintak tolong satu batch
untuk photoshoot for poster. Alhamdulillah, kejap je. Then balik je kelas, aku
mintak reshoot 1 scene flashback yang tak jadi. Total scene flashback ialah 4. Dah
siap, terus aku edit and bagi Raja. Dah siap 4 scene flashback tu, terus fokus
buat poster, credits for production crews dengan trailer pulak.
This is what we've decided untuk letak. Since crews banyak bertukar kerja last minute.
Gambar
untuk poster, malam tu baru Aiman bagi. So tengah malam tu aku start buat
poster.
Hari
Isnin tu sampai 4 pagi Selasa aku
buat kerja. Pukul 5 pagi Ummi datang bilik nak tengok progress. Terus aku jaga
balik, sambung buat kerja. Sejam je sempat tidor. Pagi tu ada lecture CRP. And
Selasa tu jugak la last date submission. Sambung editing trailer. Dan2 sebelum
pergi kelas, poster siap.
Tadaaa!
Balik
kelas tu, aku fokus nak siapkan trailer sikit lagi. Tinggal masukkan soundtrack
je. Then siap. Hoho. Pastu Raja dengan Ummi mintak tolong buat video intro
production sikit. Siapkan video intro, kejap je. Then tolong2 tengokkan yang
Raja punya. Nak kena submit pukul 3-5 petang. So Raja dengan Ummi yang kena
tolong submitkan sebab aku ada kelas mengaji dengan kelas Arab tengahari tu.
Tapi
sape sangka, kelas mengaji aku ponteng. Kelas arab pun aku ponteng. Sebab aku
tidor. Wahaha. Alasan yang merepek gile.
Alkisah,
tengahari sebelum kelas tu Far datang bilik nak pinjam motor. So aku pikir,
okeh la. Nak lelap kejap sementara tunggu Far pulangkan motor. Nanti Far
datang, dia kejutkan aku la tu. Sekali, pukul 2.30 Raja kejutkan aku. Dia
ingatkan aku dah pergi kelas, rupanya aku tidor. Aku cakap tak pe la, kelas
mengaji dah nak habis dah pun. Tunggu kelas Arab nanti je la aku pergi. So aku
sambung tidor kejap, sebab kelas Arab start pukul 3.45 selalunya. And aku
expect akan bangun pukul 3.15, siap2 then keluar.
Pukul
3 berapa hentah, Shu call aku. Remind aku kelas arab. Aku mamai. Seryes aku tak
tahu aku cakap apa dengan Shu. And finally, aku bangun pukul 7 pagi keesokan
harinya. Epic gile. Aku tido selama 18 jam. 18 jam weh. Mujur time aku tak
solat. And lagi mantap bile aku tido kat lantai dengan tak berselimut and kipas
betol2 hujung kepala aku. Aku tak tahu macamana aku boleh tahan sejuk tu.
Dorang
semua dah risau sebab aku tidor lama gile. Aku ingat malam tu Zai datang bilik
and tanya aku sihat tak. Seryes aku tak expect aku akan tidor lama gile. Aku tanya
Zura, kelas mengaji and arab semalam apa cer. Ustaz tanya tak. Dorang buat
alasan katanya aku ada kerja. Padahal dorang tahu je aku tidor. Katanya biar la
aku tidor sebab dah seminggu aku tidor tak menentu.
Hari Khamis 16 APRIL sebelum tu, seharian
aku tak tidur langsung. Tak pernah2 tak tidur langsung. Selalu paling2 sejam
sempat jugak lelap. Kali ni pergi kelas dengan kepala macam nak pecah. Bawak motor
balik kelas tengahari tu pun mamai2 mata berat. Terus aku bukak shade helmet,
bawak laju2 bagi kena angin. Heh3. Minggu tu seryes sangat hectic.
And
actually the real thing is that, MAISEN is fun actually. Memang banyak problem.
Banyak konflik. Like seryes banyak gile. Tapi MAISEN mengajar aku something. And
the fact yang sebenarnya the script was written by myself, buat aku terfikir
sendiri. Aku ni pandai cakap je kan.
“Langkah kaki kita tidak akan pernah sama. Ada langkah yang pantas mengejar
masa. Ada langkah yang teratur berwaspada. Ada langkah yang gopoh tidak sekata.
Kerana kita manusia. Manusia yang pada dasarnya kita sebenarnya sama. Yang
membezakan, hanya rantaian langkah perjalanan hidup kita..
Lumrahnya, hidup kita tidak akan
berseorangan. Kerana itu fitrahnya manusia. Di setiap langkah yang kita susun,
akan ada insan yang menemani. Berdampingan kala susah dan senang. Itulah
anugerah Allah buat yang tahu erti sepatah Alhamdulillah. Mungkin kita berbeza
rasa. Mungkin kita berbeza gaya. Mungkin kita berbeza cara. Tapi kau perlukan
aku. Dan aku perlukan kau. Kerana manisnya ukhwah, hanya kita yang rasa.
Di perjalanan ini, akan ada juga insan
yang hadirnya sebagai cabaran dalam hidup kita. Mungkin menduga kesabaran kita.
Mungkin menggali titik kemarahan kita. Kerana benar. Manusia pada sikapnya
tidak akan pernah sama. Tapi bezanya manusia, bukan itu ukurannya. Kerana kita
ialah sang manusia itu. Tidak lekang dari kesalahan. Tidak pernah jauh dari
masalah. Tidak terlepas dari ujian.
Aku pernah merasakan betapa rapuhnya
tali silaturrahim yang terbina. Kerana aku lupa bahawa aku hanya hamba biasa.
Lupa bahawa secangkir senyuman itu mahal nilainya. Lupa bahawa tajamnya lidah
berbicara bisa menggaris luka. Dan aku gagal untuk merasa manisnya didakap
ukhuwah itu..
Aku pernah menjadi si angkuh itu.
Merasakan hanya aku yang betul. Merasakan hanya aku yang tahu segalanya. Lupa
bahawa aku juga manusia yang terkadang masih futur. Yang diri ini masih serba
kurang. Alpanya aku.
Hidup ini umpama satu teka-teki yang
kita tidak pernah akan pernah kita tahu apa yang menanti di hadapan. Terkadang
takdir mempermainkan kita. Alam mepersendakan kita. Namun, jika sahaja kita
mengerti, alangkah indahnya percaturan hidup ini.
Itulah perjalanan dalam kehidupan kita.
Pahit manis hidup ini, hanya kita yang tahu. Kerana hidup kita, Hanya kita yang
mengerti.
Perjalanan hidup ini aneh. Kerana hidup
ini persis KRAYON.
Mungkin ada warna yang sangat kita hargai. Ada juga warna yang mungkin kita
tidak gemari. Namun masih, kita memerlukan setiap satunya untuk melengkapkan
sebuah gambaran cerita kita.
Dan itulah kehidupan yang menemani
perjalanan kita…”
Yepp,
tu monolog dalam video pendek ni. Written by me. By Wan Norshafika. Tapi the
fact untuk aku mengaku yang this is what I’ve wrote, aku malu. Malu. Sebab the
thing is that, aku cuma pandai menulis. Tangan aku ni cuma pandai menulis.
Konon penulisan yang lahir dari hati. Tapi pfft. The real is that, aku gagal
merasa dengan hati… Akulah yang gagal untuk faham tentang krayon tu...
p/s
: Terima kasih untuk Twinning 2013 yang terlibat secara langsung atau tak
langsung sepanjang pembikinan filem pendek ni. Kredit kepada production crews
and pelakon2 yang sangat mantap. And mintak maaf atas segala kekurangan,
kekasaran and ketidakpuasan hati sepanjang proses pembikinan. Kepada yang sabar
dengan aku, aku sayang gile la kat korang. Korang mantap!